Friday, 24 June 2011

SEGMEN SIMPLE : SAMBUNG CERITA INI ... ".

Tadi jalan-jalan tiba tersinggah kat SINI
Jadi, rasa nak joinlah.....

Pak Cak (singkatan bagi Pak kacak) memandu kereta Mersedit Ban pulang ke rumah. Pak Cak memandu dengan penuh keberhatian yang sangat tinggi.  Takut tercalar kereta mahal dan barunya. Pak Cak memandu dengan penuh fokus. Matanya sentiasa melihat ke depan.  Risau sangat. Kereta baru la katakan. Pak Cak terus memandu, memandu dan memandu. Radionya tidak dipasang sebab tak jimat bateri katanya. Air Cond pun tak dibuka. Di dalam kereta yang bertutup rapat tu, Pak Cak terus memandu.
Setibanya di hadapan rumahnya, Mak Tiful (singkatan untuk Mak Beautiful) berdiri megah di hadapan pintu, sambil tersenyum simpul bila nampak laki kesayangannya bawak balik kereta baru.

MAK TIFUL : Wow! abang beli kereta baru. Boleh la bawak saya ronda-ronda petang nie..

PAK CAK : Awak cakap aje nak pergi mana, saya boleh bawakkan (sambil senngih bangga)

MAK TIFUL : Hah, saya tau, kita pergi lepak kat bukit hujung kampung ni nak? lepeas tu kita tangkap gambar kat sana, posing dengan kereta baru ni....

PAK CAK : Menarik jugak idea awak tu, apalagi tunggu, jomla cepat.

MAK TIFUL : Oh yea bang, nanti kita lalu depan rumah si Semah tu yea. Nak tayang kereta baru kita ni, saya memang dah lama berbulu dengan dia tu. Dia ingat laki dia beli kereta proton Gen 3 tu dah terror la? kereta kita ni lagi canggih kot...

PAK CAK : Betul jugak cakap awak tu. Samalah dengan laki dia tu. Berlagak aje. Sejak ada kereta, hari-hari pergi masjid bawak kereta. Pastu konon-konon ajak saya tumpang. Ei, ape kelas proton Gen 3 dia tu, huh!

Memang berlagak suami bini ni....maka dengan penuh lagaknya, diorang menuju ke bukit hujung kampung. Lalu aje depan rumah Cik Semah yang dijeleskan suami bini ni, Pak Cak siap hon-hon lagi,bunyi macam hon kapal selam ajemacam ni ha memang buruk perangai kan?

Sampai aje kat bukit tu, dah park kereta, maka suami bini ni pun sesuka hati mereka posing tangkap gambar, seronok betul gayanya. Orang ada kereta barulah katakan.

Tiba-tiba Pak Cak rasa keretanya macam bergerak perlahan. Dia terkejut.

PAK CAK : Cik Tiful oi, kenapa kereta ni bergerak sendiri ni ha? takde orang pun dalam kereta nni.

MAK TIFUL : A,ah la bang, dia gerak sendiri (sambil tengok jam gucci cap pasar malam kat tangan dia) Sekarang dah pukul 7 lebih bang. Dah senja. Kata orang kan time-time macam ni hantu keluar.

PAK CAK : Alamak,(muka dah naik pucat) jangan-jangan, ada orang bunian nak bawak kereta ni tak?

Kereta tu terus bergerak menuruni bukit. Pakak dan Mak Tiful pun apalagi, pecut 100 meter balik rumah. Masa lalu kat rumah Cik Semah, laki dia Pak Semaun ondaway nak ke masjid, nampak suami bini yang lari ketakutan tu, dia panggil Pak Cak.

PAK SEMAUN : Oooii, Cak! kamu paraktis merentas desa ke? kot yea pun dah maghrib ni, besoklah sambung.

PAK CAK : Hotak kamu! Kereta aku dibawak lari dek bunian, tau tak!

PAK SEMAUN : Kamu biar betul Cak. Dekat mana?

PAK CAK : Kat bukit hujung kampung tu.

PAK SEMAUN : Takpelah, aku pun nak ke masjid ni, nanti lepas maghrib aku ajak tok imam tengok, bunian apa yang berkenan sangat kat kereta kamu tu.

Lepas maghrib, Pak Semaun, Tok Imam, Pak Cak dan 2,3 orang kampung pergi ke bukit tu. Sampai di kaki bukit tu, nampaklah kereta Pak Cak tersadai, hentam pokok lagi.

PAK CAK : Tengok ni, tengok, dah la bawak lari kereta aku, siap jahanamkan lagi, langgar pokok, kurang asam punye bunian.

Pak Semaun tengok keadaan kereta Pak Cak. Tiba-tiba dia terfikir sesuatu dan jenguk dalam kereta. TIBA-TIBA DIA KETAWA. Dia panggil Tok Imam jenguk dalam kereta, TIBA-TIBA TOK IMAM PUN KETAWA. Orang-orang yang mengikut diorang tu mula rasa seram. Diorang pun beranikan diri jenguk dalam kereta Pak Cak.

DIORANG SEMUA KETAWA JUGA....

Pak Cak dah resah. Dia mula rasa kawasan tu berhantu, dan orang-orang tu dah kena rasuk.

Pak Semaun bersuara :

ITULAH, LAIN KALI, DAH TAU PARK KAT BUKIT, TARIKLAH HANDBRAKE. DAH TUA-TUA PUN BANGANG!!!!

Pak Cak punye malu, merah padam muka dia. Terus dia marathon balik rumah.

8 comments:

  1. blagak xkena gaya..heheh..

    itulah akbtnya..

    dtg dari sgmen yg same..

    http://nusha1706.blogspot.com/2011/06/segmen-simple-sambung-cerita-ini.html

    ReplyDelete
  2. thanx sudi join..

    jom terjah dan baca entry geng2 yang join segmen ni gak..huhu..

    LIST SEGMEN SIMPLE : SAMBUNG CERITA INI ...

    ReplyDelete
  3. hak3....dah tue2 p0n bangang~ ahahaha....lawak je~ 2 lah belagak lagi kan~ ehehe..xley blah bile PakCak ckp` "tengok ni, tengok, dah la bawak lari kereta aku, siap jahanamkan lagi, langgar pokok, kurang asam punye bunian." sumpah lawak~ meh usha cite zie~

    http://teamoer.blogspot.com/2011/06/segmen-simple-sambung-cerita-ini.html

    wiink3 >_<

    ReplyDelete
  4. hahaha..lawak,lawak!! tu la,berlagak sangat..kan.balasan tu..

    ReplyDelete
  5. ngahahahahahahahahaaa....
    anda bijak memainkan perasaan saya..citttt!

    nice story btw...:))

    ReplyDelete
  6. kesian pak cak tu,,baru nak bergaya dan tayang kereta dah exsident hahahaha XD

    ReplyDelete
  7. dah baca? suke? mekasih daun sirih...(asyik daun keladi ajek...tukar pulak...)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...