Thursday 1 November 2012

cuti yang sangat produktif

Bila dah seminggu memerah keringat dan tenaga untuk bekerja dengan penuh dedikasi, hari cuti memanglah hari yang sangat dinanti-nanti. Sangat seronok tak terkata umpama doraemon diberi upah dorayaki oleh mama Nobita lepas tolong beliau pergi ke kedai. Sangat heaven rasa dihati.

aum..nomnomnomnom....wah, sangat sedap, teringat dorayaki makcik 
yang meniaga kat depan pasaraya Giant.....


Maka seusai kerja, hati dah seronok memplanning bermacam-macam hal pada hari cuti nan sehari itu. Dengan hati yang berlagu riang dan berbunga-bunga kembang setaman. Biasa kalau cuti plan paling standet skali bagi orang-orang yang berkerjaya seperti daku ini ialah merehat dan menenangkan badan dan minda agar dapat mengembalikan tenaga yang hampir kehabisan umpama keta kancil yang hampir kehabisan minyak tapi dah nampak signboard stesen minyak lagi 500km dihadapan, maka sangatlah berkobar-kobar si pemandu untuk mengisi full tank supaya sang kancilnya boleh berjalan lancar seperti asal...


tuh, tuh, I dah nampak petronas, fuhh....selamat, ngam2 meter dah sampai E...

Atau dalam bahasa melayu mudah, TIDUR.....

Aku tak mahu menjadi begitu. No, no, no. Sebagai seorang anak muda yang sangat berwawasan dan berpandangan jauh, cutiku harus diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah lagi mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri dan alam sekeliling. 

Maka malam itu sambil berguling-guling bak tenggiling di tempat tidur, kalau tenggiling ternampak pun mungkin ia akan terharu kerana menganggap telah bertemu dengan sedara bau-bau bacang beliau. Aku dah plan, bangun pagi-pagi, mula-mula sekali aku nak pergi jogging. Dapat seround dua kat taman tu dah ok, mengeluarkan peluh dan menyihatkan badan.

Fuh, fuh, fuh....go, wani, go wani...go, go, go....

Pastu dah settle joging, mahu menyetelkan baju-baju yang tak berbasuh, ala, tak susah pun, sumbat dalam mesin, tekan butang, tunggu abis, sidai...senang bukan? semudah A, B, C...

Kemudian kemaslah bilik yang sudah umpama sarang tikus layaknya. Mungkin kalau tikus tu buat reunion sekolah menengah pun aku tak perasan, sebab bersepah boleh tahan la. Maka sebagai seorang yang ingin menjadi calon menantu yang solehah, kenalah rajin mengemas, maka kalau ada ibu-ibu yang sedang cari calon menantu untuk anak bujang kalian, mungkin saya boleh masuk top 5 kot..hahaha...geli sekejap.

Afterdat, ingat nak keluar sebentar bertemu sahabat lama yang dah berkurun tak jumpa padahal kerja building sebelah-sebelah aje, sorang KLCC, sorang Pavillion tapi punyalah takde masa, umpama U kat Jerman, I kat Australia gayanya, kan.

Setelah memplanning beberapa ketika, maka terlenalah aku sambil senyum-senyum umpama budak iklan susu Everyday tu.

Susu Everyday yang adik minum, habis segelas, senyum-senyum....

Dan keesokan harinya....

Aku tersedar, dan kelihatan jam menunjukkan pukul 9.55 pagi!!!!! HAMAIGAD, HAMAIGAD....Hancus plan pertama aku. Tak jadilah joging. Aku pun basuh baju dan kemaslah bilik sikit-sikit. Tanda malas.

Bila nak bersiap-siap nak keluar beberapa jam kemudian, tiba-tiba dengar bunyi guruh. Seakan-akan tak mengizinkan aku keluar.

Aku dah agak dah. Time aku dah siap-siap kot. Tinggal nak sarung kasut, dan jalan. Namun langit lebih mencemburuiku. Umpama Encik Haris nampak Izzah berduaan dengan Mail. Begitu mungkin. Terus beliau menurunkan cecair yang bergelar hujan, membasahi bumi, tanpa segan silu.

Ok. Tukar baju. Tengok tv aje.



















































Friday 26 October 2012

Kerja baru

Okeh, dua bulan lamanya aku tak menghapdate belog ni. Kalau ini ibarat bilik, dah berabuk, bersawang, siap berpenunggu bagai, nak masuk duduk balik kompem kena kerja keras membersih, buat doa selamat, baca yasin bagai.

Tidak sengaja berniat meninggalkan belog ni keseorangan, Eh, jap, jap, kalau manusia bole la keseorangan, ni belog, nak panggil hape ea? kesatuan? dah macam union ape la pulak. Atau ketunggalan? belasahla pape pun, yang penting sama maksudnya. Kalau cikgu B.M aku baca nih, kompem kena repeat SPM balik nih. Ampun cikgu...ampun...tak sanggup rasanya nak kembali mengadap buku sekolah.

 Gamaknya lagi teruk dari gini kot kalau aku study balik, mau buku tu jadi bantal tetiap malam

Oh, jauh benar melalut ni. Isu utamanya cuma kenapa aku lama tak mengisi sesuatu di blog ni, kan, kan. Dah yang menyimpang sampai isu subjek B.M tu dah kenapa? Terbatuk2 pulak cikgu B.M tu nanti, silap, silap tengah syok hadap ketupat bersama rendang, tercekik terus mati selera, tak heaven terus raya beliau kali ni.

Saje dengki kat cikgu sebab aku kena keje time raya, hehe...

Orait, straight to Ampang Point, aku tak hapdate blog ni bukannya sebab apa, dek kerana kesibukan kerja yang menuntut perhatian, masa, tenagaku menyebabkan aku tak berkesempatan menjenguk ke sini walaupun seminit. Kenapa aku sibuk tahap maksima sampai menjadikan aku kelihatan umpama insan yang takde sosial life ni? why? why? tell me why? tanya blog ni kepada tuannya. Huh, kalau blog ni boleh berkata-kata, takyahla aku hapdate siap nak bertaip bagai, aku cakap je ape aku nak cite, terus dia menghapdate diri sendiri, yea dak? Ala, macam Incik Bos Adudu dalam kartun Boboiboy selalu bercakap ngan komputer dia tu.


belog, harini kau update pasal kisah kerja aku pulak! arahku kepada blogku

Dah panjang benar aku menaip ni, tak sampai lagi isu utama ni rasanya...hak..hak...maap yea kawan-kawan, sesekali mengarut lebih ape salahnya, asyik serius je, nanti takde orang nak dekat, buat pulak muka masam cam awek cite hindustan tak dapat kawen ngan kekasih hatinya,lagila mendatangkan stress...

Okla,okla, tanpa membuang tenaga jari aku menaip panjang-panjang lagi, sebenarnya aku dah tukar kerja baru-baru ni. Baru tak barula, dah sebulan pun. Kenapa tukar kerja? sebelum ada yang tanya dan menjadikan beliau orang ke 45 yang menanyakan soalan yang sama, aku nak bagitau sebab aku dah bosan keje kat tempat lama. Tak best, tak thrill langsung. Tak berkembang otak aku. Kalau otak aku ada fesbuk, kompem dia ngadu betapa tepunya dia kat tempat tu. Hamaigad, kelihatan macam teruk gile, kan. Mungkin sebagai seorang anak muda yang dahagakan cabaran dan sentiasa ingin berinovasi, (eleh, eleh....) aku rasa diriku perlukan suasana kerja yang baru.

Maka sekarang tersangkutlah aku di bidang makanan dan minuman, atau bahasa setandednye, F&B line. Best pulak, sebab mencabar, dan mengerah tenaga berbanding tempat lama, sebab aku memang suka kerja-kerja yang memerlukan banyak pergerakan, barulah cergas, tangkas. Haha...Cuma yang tak best bile kena melayan kerenah customer yang aneh-aneh. Adoyai, kekadang leh migrain tahap gaban, tapi kekadang leh guling-guling ketawa gelihati ngan kerenah diorang. Ok, aku tipu, takdela sampai guling-guling, tapi memang ketawa sakan la.

Kesimpulannya, (ceewah, dah macam wat rumusan sains pulak) buat masa ni, aku rasa keje ni ok dan best, akan datang tak tau lagi. Tapi aku cuba la datang sini selalu yea, aku cuba, aku cuba...

Tu dia, intro kemain panjang lagi, citenye pendek ciput je...adoiyai.....


Tuesday 21 August 2012

Ucapan raya



Satu hari di hari raya,,,,,
Dua hari di hari raya,,,,.
Tiga hari di hari raya....

Okeh, dah tiga hari raya, dan aku masih terperap di rumah, tak ke mana-mana....raya aku tahun ni paling tak best.....huhuhu....

Selamat Hari Raya.......

Monday 13 August 2012

PENAKUT

"Dan aku memang penakut..."-PENAKUT by YUNA

Aku ni seorang yang penakut, takut pada hantu,  itu realiti yang aku tak dapat nak nafikan dari dulu sampai sekarang. Dalam 24 tahun setengah hidup aku ni, aku tak perasan bila yang aku mula jadi penakut sangat-sangat ni.

Aku tau ketakutan aku ni buatkan kawan-kawan gelak kat aku, adik-adik aku perlekehkan aku. Ah, tapi peduli apa itu semua, perasaan takut tu hak peribadi setiap insan, kan. Aku tak gelak pun kat kawan aku yang melompat-lompat takutkan lipas, yang terjerit-jerit takutkan kucing, dan takde sedikit pun rasa nak memperlekehkan ketakutan adik aku pada tikus. Cuma boleh berlagak macho sket la depan diorang sebab aku tak takut pun ngan makhluk Allah yang comel-comel tu...




Tengok, tengok.....punyela comey pun diorang leh takut gak kat makhluk tuhan paling kiut nih???

Tapi tak kisahlah, macam aku kata tadi, rasa takut tu hak milik setiap insan, jangan dipersoalkan, mungkin diorang ada alasan kenapa takut kat mereka-mereka ni.

Berbalik pada ketakutan aku. Aku memang takut kat hantu, kekadang terover takut pun ada, sampaikan aku  memang pesan pada diri aku, untuk tidak menonton cerita-cerita yang ada hantu, yakni cerita seram. Kalau ada orang ajak tengok movie, cite hantu, aku awal-awal lagi say no, hatta korang nak sponsor tiket tu, plus popcorn ngan pepsi skali, ataupun plus pakej tambang aku pegi balik dari rumah ke panggung wayang pun, aku tetap tak mau.


Mungkin kalau hantu2 sekiut ini, maka aku tak akan jadi penakut....


Masa zaman sekolah, sepupu-sepupu aku memang suka tengok cerita hantu, pakcik ngan makcik aku pun melayan, jadi bila ada drama hantu kat tibi, aku terpaksa surrender, duk berkurung dalam bilik layan radio era.fm time tu. 

Tapi skang bila dah keja, dah ada tibi sendiri, bila ada drama hantu tayang kat tibi, sukati akula nak tukar channel, kan, tibi aku punye, roomate aku ngan adik aku memang tak puas hati punye ngan aku, terutama ari khamis, memang aku tak kasi diorang berdua tukar channel tv3 bile kul 10.30 malam, kecuali bile adik aku rasuah aku, kasik aku pakai laptop die selama drama tu ditayangkan, hahaha.....

Tahap kebencian plus ketakutan aku ngan hantu ni, kekadang bila iklan dia kua kat tibi, aku palingkan muka, punyela penakut. Bila nak tido, aku memang tak berani tutup lampu, bebudak dua orang tu hangin je ngan aku, sebab diorang tak suka tido terang-terang. Tapi skang, lama-lama aku dah tak kisah kalau diorang nak tido tutup lampu, ngan syarat, kasik aku hanyut dulu. (Punyela teruk.)

Makanya di bulan pose ni aku rasa akula antara insan yang seronok sekali, sebab kan kalau bulan pose setan sume kene ikat.....


kredit to En. Zack Zukhairi


Jadi bulan pose ni aku bole la berlagak berani sket, hehehehe.....maka bulan pose ni barula aku berani tido tutup lampu, kan...Tapi untuk tonton cerita hantu tu masih lagi menjadi kepantangan aku....orang sume seronok layan movie2 hantu, keramatla, apela, aku takde, tetap dsengan pendirian aku...hahahaha....

Aku memang penakut, so what? ini negara demokrasi, kan, sukati akula nak takut kat hantu pun, kan...




Saturday 28 July 2012

Pose time kecik ngan time dah besar

Bulan pose ni memang buat aku terimbau kenangan lama. Masa berpose time kecik-kecik dulu.

Bangun sahur tu memang payah. Sebab kena bangun awal pagi, kalau nak g sekolah, pukul 6.30 baru bangun, tapi time sahur, pukul 4.30 pagi! gile awal. Awal pagi kan sejuk, rumah makcik aku pulak rumah papan yang letaknya di pinggir hutan, memang menggeletar nak bangun. Dah bangun tu, dalam 10 minit masa habis duk menung atas katil, menghilangkan mamai, menggenyeh-genyeh bijik mata yang tak cerah-cerah. Turun dari katil, jejak ke lantai menuju ke dapur perlahan-lahan sebab sejuk sangat bila setiap kali tapak kaki mencecah lantai papan yang beralaskan tikar getah. Selipar tidur yang cute-cute yang bersepah jual kat kedai tu aku takde. Kalau nak gantikan dengan selipar jepun yang pakai time pegi main kejar-kejar petang-petang tu kang tak boleh juga walaupun selipar tu cute juga. Kang tak pasal-pasal makcik aku sumpah aku jadi selipar.



Sampai-sampai je kat dapur, makanan semua dah siap terhidang, tinggal nak ngap je. Makcikku memang rajin, sahur pun tetap masak, walaupun lauk simple. Tu yang best, lauk fresh...hahaha...tatkala kedinginan pagi tu, dihidangkan dengan nasi panas, lauk fresh, terus hilang ngantuk aku, selera terus datang. Dalam pada seronok makan, makcikku mesti ingatkan aku :"jangan lupa niat puasa..." sebab dia tau anak sedara dia ni pelupa sket.

tetiap hari makcik aku ingatkan, kalau tak memang aku lupa


Time puasa, biasanya dalam pukul 10 pagi tu, aku memang segar lagi, boleh lagi takat nak tolong-tolong basuh pinggan ke, jemur kain ke, tolong potong rumput kat laman, memang takde hal la, konon larat la puasa. Masuk pukul 4 tu macam dah slow sket, muka pun dah menunjukkan unsur-unsur kepenatan, dah macam tenaga tu tinggal 40% je. Nasib baikla time tu aku kecik lagi, belum dapat lesen nak kena masak, kalau tak, silap-silap, bawang tu pun boleh menggoda selera aku, lapar punya pasal.

Dalam pukul 6, memang aku tersadai jela kat kerusi depan tibi, sambil layan Jejak Rasul. Memula boleh la fokus kat cite tu, tapi makin lama, fokus makin lari, maka mulalah setiap 10 minit, aku tanya bila nak buka, sampai makcik aku pun malas nak layan.

Rancangan peneman saat menunggu time berbuka

Bila nak dekat-dekat buka, time ni paling eksaited, terus segar, makcik aku mintak tolong hidang makanan pun terus laju je, tengok makanan yang ada, memang tak sabar-sabar dah la, mata time tu tak pandang lain dah, kat jag air tu je. Mak cik aku kata kalah singa lapar. Bila azan je, apa lagi.....serang!!!!!!!!! hahaha....air dah masuk dalam 2 gelas, serang makanan, tapi sebab dah banyak minum air, so takdela banyak sangat aku makan, ceh, penat je tunggu sampai buka pose, makan sikit je, tak larat.

*************************************

Skang ni bila dah besar-besar ni, lain la pulak. Sebab duk bujang, so semuanya serba serbi sempoi. Sahur kekadang makan megi je, tak pun roti. buka pose, beli la lauk sejenis dua kat bazar tu, kalau ada lebih, panaskan time sahur. Dah tak thrill cam masa kat kampung dulu dah.

Time-time ni memang teringat saja kat kampung. Bila call makcik, tanya dia buka makan ape, gulai pucuk ubi pun kedengaran sedap, janji berbuka dengan keluarga. Apakan daya, diri ini perantau.....


Sunday 22 July 2012

Ramadhan datang lagi.....

Bulan Ramadhan datang lagi. Rukun Islam ketiga. Tapi dalam pada kita sibuk mengejar pahala pada bulan mulia ni, ada beberapa perkara yang aku perasan dah menjadi trend bulan puasa. Yang aku perasanla, tak taula korang camne, kan....

BUDAK-BUDAK:

-Dah start-start kira sehari puasa bape boleh dapat upah ngan mak bapak, sebab hari raya nanti nak claim sedebuk. Kayo! kayo!

-Dah bincang-bincang ngan kengkawan port nak main mercun ngan bunga api masa bapak-bapak tengah solat terawih.

-Dari tengahari akan terbaring lemah depan tibi, dan sejam sekali akan tanya, "Mak, bape lama lagi nak buka?"


KAUM PEREMPUAN:

-Dah start tempah kuih raya, jual kuih raya, jual tudung, baju raya...

-Start planning nak tukar kusyen baru, langsir baru, meja makan baru, tv baru, cat rumah baru, suami baru...ops, hehehe....

-Tiap-tipa hari akan peningkan perkara yang sama, sembang topik yang sama : 'apa juadah buka puasa hari ini'.

-Yang tak pernah bertudung, tetiba bertudung, memanglah bagus, tapi tudung untuk bulan Ramadhan je, raya sok terus bukak, siap kaler rambut lagi.

KAUM LELAKI:

-Bincang-bincang cari port strategik nak lunch dan hisap rokok.

-pepagi kat ofis carik port kat surau, bukan buat solat dhuha, tapi tambah rakaat tido...hehehe....

-Kalau time EURO, kemain semangat berjaga sampai kul 5 pagi depan tibi, siap set jam kul 2.30 pagi nak bangun tengok bola, tapi nak bangun sahur, kemain liat lagi....adoyai....

Dan tibi akan start tayang drama tentang keinsafan, anak derhaka, kisah mayat yang diazab sebab masa hidup banyak buat dosa, orang lupakan agama....

di fesbuk dan twitter ramailah yang berkongsi kata2 hikmah, hadis segala bagai....bagus tu memanglah bagus,  tapi yang tukang share tu belum tentu amalkan ape yang diorang share tu....

Yang mana profile picture fesbuk ngan twitter yang seksi, bajet kiut, tayang body sasa segala bagai, akan bertukar kepada yang bertudung, bercirikan muslim/muslimah yang boleh dibuat menantu. Memang bagus, tapi yang tak bestnya, itu dp untuk Ramadhan je, raya nanti terus tukar....




Sunday 15 July 2012

Minah Brutal

Bila duduk sorang-sorang kat rumah sementara nak menghabiskan mc yang En. doktor bagi ni, teringat pulak aku, masa kecik-kecik dulu. Aku ni memang terkenal dengan kenakalan dan kedegilan, walaupun aku ni perempuan yang sepatutnya bersopan santun dan penuh dengan adab dan tatasusila sebagai gadis melayu. Tapi bak kata nenek aku la, aku ni, tak padan ngan perempuan, perangai mengalahkan jantan. Memang lasak. Maka tubuh badanku ini sudah sebati dengan kecederaan, luka-luka, lebam, patah sana sini. Dari umur setahun, nak mencapai ke umur 25 tahun ni, memang berparut sana sinila badan aku ni. Bak kata makcik aku, kalau la kaki tangan aku ni boleh tanggal-tanggal, memang dah lama dah hilang tercabut ntah ke mana. Huh, advance sungguh pemikiranmu wahai makcikku.

Aku pun tak tau nape aku ni brutal sangat masa kecik-kecik dulu. Mungkinkah kerana masa menandungkan aku, makku mengidam nak makan buah keras???


Mungkin jugak.....

Atau mungkin naluri ke'along'an yang berada dalam tubuh badan aku ni, memerlukan aku menjadi keras dan brutal, supaya orang tak buli aku atau adik-adik aku. Yela, anak sulung, kan, overprotective dan bersemangat waja sket.

                                             **************************************

Kenakalan, kebrutalan, kedegilan aku mulai terserlah sejak aku berumur 6 tahun. Tempat kejadian di kampung saudaraku di Johor. Sejak hari pertama aku sampai di rumah itu, mataku tak lepas memandang sebuah beskal tua. Aku dok perati je beskall tua tu, orang lain naik nampak cam senang je. Satu petang ketika semua orang sedang berkumpul dan bergosip berbakul-bakul di dapur, aku pun apa lagi, capai beskal tua yang dekat sama tinggi je ngan aku time tu.. Dipendekkan cerita, entah macamana, aku terjatuh, nah, padahnye, patah tangan kanan aku. Kan dah tak pasal-pasal dekat berminggu-minggu makan, menulis pakai tangan kiri.


memang lebih kurang ginila rupa beskal tua tu, 
sampai hati dia hempap aku yang kecik lagi tak berdaya waktu tu...huhuhu....

Masa aku umur 8 tahun, pergi mandi sungai, abah aku dah pesan, jangan main jauh-jauh dari dia, takut jatuh ke tempat dalam, aku ni tak pandai berenang. Tapi sekali lagi, nafsu degil tu sampai, aku pujuk sepupu aku, ajak dia main jauh sikit dari adik beradik kami dan abah aku."Rimas dan tak syok mandi ramai-ramai kat satu tempat", ayat aku meracun dia. Tapi yelah, kalau tak dengar cakap mak bapak, memang terima padah. Memang aku kenalah akibatnye. Tengah syok-syok lompat sana sini, tetibe aku terjatuh ke tempat yang dalam. Kaki aku tak jejak dasar pun. Tangan aku terkapai-kapai dalam keadaan panik. Masa tu memang aku pikir mati je, gentle cakap. Tiba-tiba aku terasa tangan aku ditarik. My abah come to the rescue!!! Sebab sepupu aku jerit panggil dia time aku jatuh tu. Memang nasib baik betul time tu. Ha, yang ni aku tanggung akibat dia sampai sekarang. Aku memang cuak sket nak masuk kat sungai yang dalam/kolam/laut. Kalau pakai pelampung beranila. Dan sampai sekarang aku tak pandai berenang dan takde keyakinan nak belajar berenang. Padan muke aku!


Adoi...malu, malu....


Masa aku umur 11 tahun pulak, satu hari aku balik, nenek aku belikan beskal baru untuk adik aku sebab dia dapat result best masa exam tengah tahun. Aku pun timbul perasaan hasad dengki sebab tak dapat beskal. (Sebab result exam tak berapa best, tak dapatla hadiah) Adik aku ni memang pandai sket, tu yang slalu dapat hadiah tu. Masa tu adik aku pun takde kat rumah, so sambil ketawa jahat, aku bawak lari beskal dia, main kat atas bukit. Masa nak turun bukit tu, makcik aku yang ada di tempat kejadian sudah berpesan pada anak sedaranya yang degil ni, bahawasanya bukit tu curam, nak turun tu kena hati-hati. Tapi, memang dasar kepala batu, kan, mula-mula memangla syok sebab laju, tapi makin lama makin laju, aku dah cuak. Jalan raya makin hampir, kalau aku teruskan jugak memang jatuh kat tengah jalan jawabnya, silap-silap kena lenyek ngan keta. Maka aku mengambil keputusan nekad, aku angkat kaki dari pedal, (aku pun tak tau apsal aku buat camtu, spontan je.) dan aku lepaskan handle. Maka aku pun mendarat ala-ala supergirl.


Akibatnye? sekali lagi dekat sebulan aku makan pakai tangan kiri. Dan ada parut kat dahi aku yang tak hilang sampai sekarang. Macam parut Harry Potter tu. Tu cop mohor kata abah aku. Adik aku? sudahlah tak bersimpati dengan kecederaan aku, siap mintak gantirugi lagi sebab bakul beskal dia jahanam dalam kemalangan tersebut. Sampai hati kau, angah, beskal lagi penting dari aku...huhuhu....


Ok, aku tipu. Takdelah sampai gitu skali parutnye, bukannya aku kena sumpah dek kuasa sihir ke apa, 
cuma ada satu parut macam garisan je kat dahi aku ni.

Masa 16 tahun, time ni dah up sket, tak bape layan dah beskal-beskal ni, ke memang aku takde chemistry ngan basikal? asal naik je jatuh, asal naik je jatuh. Aku upgrade, bawak motor. bila balik kampung, aku lenjan motor abang sedara aku. Satu hari, tengah syok-syok merempit, (buruk perangai, jangan tiru.) lalu kat selekoh, nak mengelak satu keta kancil ni, aku lost control, tersungkur aku kat tengah jalan. Akibatnya tak teruk sangat. Tersagat lutut aku sket, cuma yang parahnya bila balik rumah, kantoi ngan makcik aku, hah, merasalah aku peluru mesingan dari mulut makcik aku. Bernanah telinga aku. Insaflah barang seminit dua.

Ni dah lama tak mengalami kecederaan serius, maka kali ni, sejarah berulang lagi. Mujur makcik aku tak tau, kalau tak, bernanah lagila telinga aku gamaknya nak kena tadah tujahan peluru leteran dia. Dan mujur dia takde fesbuk dan twitter, kalau tak, memang kantoi aku.

 "Suku sakat balik bukit, budak nakal selalu sakit" Mesti ada yang pernah dengar ayat ni diungkapkan oleh orang tua korang, kan....






Monday 9 July 2012

Pengalaman hari Sabtu

Ya, di suatu petang sabtu yang damai, angin sepoi-sepoi bahasa, burung berkicauan berlagu dengan riang gembira, macam mak burung baru lepas melahirkan seekor anak burung yang sangat comel, aku pergi bermandi manda bersukaria kat sungai memandangkan hari tu aku cuti.

Dah puas bergumbira bersuka ria, aku dengan kawan aku siap-siap nak balik, waktu tu dalam pukul 6.30, burung-burung pun dah lari balik rumah masing-masing, kawasan tu pun dah tak redup, dah makin gelap, tiba-tiba gatal pulak mulut aku bersuara..."nak bawak moto..." maka sang sahabat dengan ragu-ragu campur was-was bertanya kembali, "boleh bawak moto ke?" Dan aku pun mendengar soalan berbunyi seolah-olah memperkecilkan kebolehan aku sebagai seorang perempuan, maka dengan agak berlagaknya aku menyahut, "orang pandai bawak moto la..."

Demi tidak mengecewakan seorang sahabat, dia pun bagilah aku bawak. Maka aku pun dengan seronoknya, excitednya, ape lagi, jalan la...kalau aku boleh lompat-lompat atas motor tu, aku dah lompat dah, tanda seronok sangat dapat bawak moto.(dah macam jakun pun ada) Tapi untuk meng'cover' kewanitaan aku ni, aku buat-buatlah biasa je, sorok-sorok sikit kegalakan aku tu.

Sampai je di satu selekoh, tiba-tiba moto tu macam nak mengenakan aku pulak, di terus je menghala ke kiri, aku dah tak dapat nak pusing handle tu untuk membawa moto tu kembali ke jalan yang benar, iaitu ke sebelah kanan. Dengan keadaan yang agak laju ketika aku, aku dah nampak bahawasanya kami akan jatuh, tapi aku tak mampu nak buat apa-apa, maka aku pun pasrah jela kejatuhan kami kat tepi jalan tu.

Bila jatuh je, aku rasa suasanan sunyi seketika, mungkin unggas-unggas yang ada di situ menggeleng-geleng kepala melihat apa yang berlaku. Aku dapat rasa moto tu atas kaki kanan aku, aku cuba tarik, namun apalah daya, kudrat aku tak mampu melawan berat moto tu. Maka kawan aku yang tak cedera tu angkatlah moto tu, dan aku pun nampakla keadaan jari kaki aku yang dah tak normal, dah bengkok.(patah la tu) darah mula mengalir, barulah aku terasa kesakitan yang melanda. Mujur aku sorang je yang cedera, kalau dua-dua cedera, kan susah.

Maka satu demi satu kenderaan berhenti cuba membantu kami. Rakyat Malaysia memang prihatin dengan eksiden-eksiden ni. Cuma takdelah sampai sekampung turun nak tolong. Setelah berbincang lebih kurang, (aku tengah sakit-sakit ni sempat lagi nak bincang-bincang petang kan, adoiyai...)

Setelah kata sepakat dan rundingan meja bulat dicapai, semua hadirin-hadirat yang hadir di situ bersetuju untuk memberi dua orang brader yang baik hati menghantar aku ke HKL. Diorang bawak pun boleh tahan macam tengah buat ujian saringan nak masuk rally je. Tapi takpe, aku tahankan jugak sakit ni, yang penting aku nak cepat sampai, bisa sungguh rasanya kakiku dikala itu. Pilu siot!

Sampai je di HKL bahagian kecemasan, ingatkan staff situ bawakkan wheelchair aje, rupenye dibawakkan terus stretcher utk aku. Terkejut gak aku. Tapi dah ada, aku pun pasrah jela, baring atas stretcher tu, dan ditolak kedalam.

Maka sorang demi sorang kakak nurse mengerumun aku. Godek segala ape yang patut kata badan aku ni, takut-takut ada injured kat bahagian lain ke, kot-kot terhilang ingatan ke. Tapi aku ok, cume adala calar-balar, luka-luka, bengkak-bengkak sket kat kaki kanan tu.

Lepas tu datang pulak doktor bawak jarum. Part ni yang paling aku menyampah. Sebab aku dah agak dah, kalau nak ambik darah, memang sekali cucuk takkan dapat punye, dari dulu lagi camtu. Aku dah agak dah, mau kena cucuk dua tiga tempat baru darah aku nak masuk kat jarum tu, kalau tak dia segan sikit nak kuar. Paling best bile dah cucuk tu, dia bole pulak main pusing-pusing jarum tu bawah kulit aku, mencari urat...memang best sangat...rasanya kalau aku ni baru umur 10 tahun, memang aku nak teriak aje, tapi memikirkan aku dah nak masuk 25 tahu, kang kalau teriak lebih-lebih kang orang cop aku ngada-ngada pulak. Tahankan ajela. Cucukan kali keempat barulah berjaya memaksa urat-uratku mengalirkan darah ke dalan sedutan picagari doktor tu. Lega aku.

Lepas tu proses x-ray, Boleh tahan gak brutal brader-brader ni, memang tang jari yang patah tu diorang tak sentuh, tapi yang bengkak-bengkak tu, mungkin diorang tak perasan, sekali dia pegang, memang menusuk rasanya. Tapi disebabkan aku tak mahu jadi pesakit yang banyak kerenah, aku diamkan ajela. Berkerut-kerut jugak muka aku menahan sakit.

Pas x-ray, memang kompem, jari kaki aku patah, tempat lain takde pape. Selamat aku, takdela kena tahan wad. Kalau tak, naya je kena tido spital malam tu. Pastu datangla sorang lagi akak nurse ni cuci luka aku dengan penuh berhemah, takut aku sakit. Baik sungguh akak ni. Tapi nurse yang sorang lagi ni tak berapa baik, boleh pulak dia suruh akak tu laju2 sket cuci luka aku. Kang kalau laju-laju sangat tak cermat, lagi teruk kecederaan aku macamane? tak memahami jiwa pesakit betulla akak ni.

Settle cuci, next adalah proses menyimen bagi membetulkan balik tulang jari kaki aku ni. Tapi aku tengok brader tu tak simen pun, dia cuma balut, ikat jari kaki yang patah ni pada ibu jari kaki, supaya tak bergerak. Tak kisahlah, janji kaki aku tak teruk. Last sekali, ambik ubat, then balik rumah.

Boleh tahan jugak pengalaman hari sabtu aku. Sangat superb! Lepas ni memang aku tobat taknak bawak moto dah, Aku rela naik pengangkutan awam aje sampaila aku mampu beli keta.

Thursday 28 June 2012

Aku dan KTM

Hari ni agenda aku pergi interview kat Sunway. Malam tadi plannye nak pergi pagi, sebab jauh nak kena travel dari Setapak ke Sunway. Tapi sedar-sedar je tengok jam dah pukul 9.30.

Pergh! terbaik. Ni sume salah Adam AF yang tak memasal datang dalam mimpi aku menyebabkan otak aku tak sampai hati nak suruh mata aku terbukak. Kenapa Adam AF yang datang? tak taula pulak aku. Padahal aku takdela minat sangat kat dia ni....

                                     ****************************************

Bila dah siap, aku gerak dari rumah aku naik Putra LRT sampai KL Sentral, kat situ ambik KTM Komuter ke Sunway. Settle interview, terus aku gerak balik. Dalam KTM ondaway ke KL Sentral tu, tetibe otak aku ter'flashback' masa zaman aku kecik-kecik. Pengalaman aku kali pertama naik KTM. Masa tu umur aku 7 tahun kot kalau tak silap.

Masa tu KTM takdelah secanggih macam sekarang ni. Time tu setau aku yang naif tu, kalau orang tu naik KTM, maknenye nak jalan jauh la tu. Sebab zaman tu kan KTM memang alternatif lain selain bas ekspres bagi orang yang nak travel jauh-jauh. Time tu pun KTM ada satu pattern je :



Sekarang ni, dah macam-macam design ada...






*********************************************

Okeh, mase tu kalau tak silap aku nak pergi Johor, ziarah sedara kat sana. Selalunya pergi naik kereta, tapi ntah ape angin family aku tetibe nak buat rombongan Mak Jah naik ketapi. Aku pulak seronokla dengar nak naik ketapi. First time kot. Pergi ramai-ramai, tapi yang aku tak puas hati tu, aku takde seat sendiri. Yela, masa tu, kanak-kanak umur 7 tahun ke bawah free, takde tiket, so, aku takde seat la. Jadi sepanjang-panjang perjalanan tu aku duk atas riba aje. Kejap riba orang ni, bila dah lenguh kang, tukar pulak riba orang lain. Begitulah aku sampailah ke Johor. Rase cam ketapi tu aku punye aje. Time tu aku kecik lagi, bile orang ramai tengok pun semua cam terhibur je dengan gelagat aku tu. Cuba kalau time umur camni aku kehulu kehilir camtu, mesti ada je yang akan sound, "Ko ni tak reti duk diam-diam ke?" takpun, "harap muka je cun, tapi sawan" (okeh, aku teka aje)

Bila terkenang-kenang time tu, aku tersengih sendiri. Tetibe aku terfikir, sebelum akak kat sebelah ni ingat aku ni tak betul, aku buat-buat kuarkan henset, buat-buat baca mesej. Cover line kena cemerlang...

"Stesen berikutnya, KL Sentral...KL Sentral...."

Suara pengumuman tu menandakan aku dah nak sampai. Chow dulu, nak balik tengok sinetron Putri yang ditukar...hehehe.....


Wednesday 20 June 2012

keluar malam


                                   
Kalau masa aku kecik-kecik dulu, mak ayah memang straight bab-bab waktu keberadaan anak kat luar ni. Dulu, aku, kalau sebelum nak keluar beriadah dengan kengkawan seangkatan, abah aku awal-awal dah bagi time limit dia, pukul 7 malam. Ertinya, kau pergila main sampai hujung taman sekalipun, nak main kejar-kejar sampai taman sebelah pun, at the end of the day, pukul 7 kau mesti dah ada dalam rumah. Kau lewat aje, haaa...rotan la makan dia. Time tu toksah mimpi la nak ngadu kat arwah mak, sebab nanti dia tolong tambah syarahan kat aku lagi ada.

Arwah mak aku siap menambah lagi, kata beliau, time senja ni, adalah time hantu setan keluar, keluar ke mana dan dari mana, tu aku tak tanya la sebab time aku tersangatla naif, cuma dengar dan angguk aje. Beliau kata lagi, kalau time senja-senja ni la bunian, jin, hantu suka kacau budak-budak macam aku, kadang dia sorok supaya takde sapa-sapa jumpa. Masa mula-mula diperhikayatkan dengan kisah tu, aku takut la jugak. Mana la tau tengah syok-syok main, kena sorok dek bunian kang, tak ke naya aku? macamane aku nak pegi sekolah nanti, kan...

Tapi itu time senja, bila malam, aku mengaji dengan sorang ustazah ni, rumah dia dekat je dengan rumah aku, tapi biasalah, budak-budak, tak kira lah, laki ke, perempuan je, sama je. Lepas ngaji, ada je aktiviti kitorang. Biasanya rutin kitorang main kejar-kejar depan rumah ustazah tu. Yelah, mak aku cakap hantu setan keluar time senja je, so bila malam mungkin diorang dah takde, kan. Itu tanggapan aku waktu tula. Punya leka, bila aku balik, abah aku dah standby depan pintu rumahla dengan muka serius macam polis buat road block tu. So lepas tu memang bernanah la telinga aku dengan kata-kata hikmah beliau. Cuma nasib baik sikit tak kena rotan. Jadi mak ngan abah aku tukar plan, dia suruh aku ngaji waktu siang ngan ustazah tu. Lepas balik sekolah. Sebab diorang tak nak anak perempuan kesayangan diorang ni berada di luar rumah malam-malam.

Tapi aku rasa tak effect pun plan diorang tu, sebab aku tetap macam biasa, lepas ngaji, pergi main. Lagi lama aku dapat main, sampai ke petang, baru nampak muka kat rumah. Tapi sebab siang abah aku takde, so selamat la sikit. Tapi keburukannya, sume homework aku terpaksa buat malam, sebab siang leka main. Kalau sikit tu, takpe, bila tiba datang angin cikgu aku sume subjek nak bagi homework, ha, masaklah aku nak menyiapkannya, dengan badan yang penat sebab main kejar-kejar, plus mata yang ngantuk aku siapkan jugak. Bila berlaku situasi tu, memang mak abah aku bergabung tenaga la menjatuhkan air muka aku sebagai kakak depan adik-adik aku. Time tu memang rasa cam nak lari rumah aje. Tapi aku tebalkan muka gak la, buat homework tu. Mak aku bila dah lewat sangat, dia memang tak tunggu, chow masuk tidur ngan adik aku yang no.4 tu, time tui dia sangat baby lagi. Maka abah aku la yang setia menemankan aku menyiapkan homework tu. Sampai tersengguk-sengguk dia menunggu aku. Time tu rasa bersalah pun ada, sebab susahkan abah aku kena tidur lewat,. Dah la pagi-pagi nak kena pegi kerja.

So, last sekali, abah aku membuat keputusan, berentikan aku ngaji ngan ustazah tu, so aku ngaji ngan dia je tiap-tiap malam lepas maghrib. Jadi lepas tu barula aku berdisiplin sikit. Balik sekolah, makan, buat homework dulu, baru keluar main,(tak siap homework = tak boleh keluar main)  lepas maghrib, mengaji, makan, tengok tv 1-2 cerita, pukul 10, tidur.

                                     ****************************************


Tapi bila dah besar panjang ni, aku faham kenapa mak abah aku sangat tak suka bila anak-anak ada kat luar waktu malam. Bila dah terbiasa keluar malam tanpa pengawasan mak ayah, lama-lama anak-anak terbiasa, lepas mula lah timbul masalah rempit, bohsia, dadah, kan...sebab sekarang ni, ada mak ayah yang tak ambil tau pun malam-malam anak dia buat apa kat luar. So aku syukur sangat sebab mak abah aku menetapkan peraturan itu pada aku. Alhamdulillah aku selamat dari gejala tu semua. Mungkin mak ayah zaman sekarang kena praktikkan apa yang mak ayah zaman dulu buat pada anak-anak mereka. Kalau ia membawa kebaikan pada anak-anak, itu bukan kolot, tapi still relevan, ok...



Monday 18 June 2012

Kerja aku

Okeh, sudah cukup dengan entri jiwang-jiwang ni, aku pun dah tak tau nak karang apa lagi yang jiwang. Jadi kembali ke tahap normal, dan entri yang biasa-biasa aje.

Masuk hari ni, dah hampir 4 tahun aku berkecimpung dalam sektor kerajaan ni. Atau lebih spesifik lagi, di Mahkamah. Yea, aku kerja mahkamah. Tapi aku bagitau awal-awal, aku bukan peguam, okeh. sebab biasa dah, sejak aku mula-mula kerja, sampai sekarang, bila orang tanya aku kerja kat mana, aku akan jawabla aku kerja kat mahkamah, dan mereka akan bertanya balik : "Peguam ke?" Semua orang pun sama. Apa yang perlu korang faham di sini, peguam tak kerja di mahkamah, orite? peguam cuma bawak kes di mahkamah. Kenapa korang tak tanya macam ni, "eh, awak majistret ke?" tak pun, awak cleaner ke kat sana?" Satu kerja pulak aku nak kena explain pada mereka-mereka tentang kerja aku.

Oklah, aku explain la siap-siap kat sini. Tugas aku kat mahkamah ni sebagai JURUBAHASA. Tugas jurubahasa ni macam penterjemah la. Mungkin ada yang akan tanya, "perlu ke?" Jangan tak tau, walaupun mahkamah-mahkamah kat Malaysia ni bersidang menggunakan Bahasa Melayu, tapi bukan orang melayu je yang buat jenayah kat Malaysia ni. Kan Malaysia ni sekarang dah ada berbilang kaum, sampai dah tak larat nak bilang dah. Ada Cina, India, Myanmar, Bangla, Negro....banyaklah sangat kalau aku nak nyatakan, tak cukup satu entri ni.

So kat sini la aku dan kawan-kawan aku memainkan peranan. Macam aku, takat mat-mat negro tu aku handle la, kan diorang tak paham bahasa melayu dan tak pandai nak cakap melayu. So apa diorang cakap aku explain kan pada court, dan apa hakim aku cakap, aku explain balik kat dia. Kira kena speaking abis la....hahahaha.....Kalau macam bangsa-bangsa lain tu, ada jugak jurubahasanya. Supaya persidangan mahkamah akan berjalan lancar. Kira kalau takde aku macam tak complete la court tu...penting jugakla aku ni, kan...(ceewaaahhh, bajet..)

Selain dari tu, kan kalau korang tengok tibi, cerita-cerita yang ada kisah jenayah, kan bila  bicara tu ada barang-barang bukti yang dikemukakan kan? ha...kat sini kitorang panggil eksibit @ barang kes. Barang2 tu semua aku la kena jaga, kena tandakan, kena simpan. Kalau hilang ke, rosak ke, puas la nak menjawabnya.

Pastu kalau korang tengok lagi tibi citer-citer yang ada paparkan kes bicara dalam mahkamah tu, perasan tak, kat bawah hakim tu, ada macam staff yang duduk ngadap mesin taip tu??? haaaa...itulah jurubahasa. Tapi bab mesin taip tu takdelah, tipu je tu. Zaman dah canggih maa....mana ada pakai mesin taip semua, kalau ada, aku pun jakun...skang kitorang pakai recording system, siap ngan cctv, video link bagai. So, takde dah taip-taip ni. Semua record je. lagi senang, kan...

So itulah serba sedikit tugas aku sebagai seorang JURUBAHASA MAHKAMAH. So lepas ni, kalau ada orang tanya korang pasal kerja ni, korang pun bolehla jawab dengan jayanya, kan, kan....dah bertambah lagi satu ilmu pengetahuan korang...kan....



ini tempat kerja aku, abaikan keadaan yang berselerak tu, pekerja cemerlang memang gini...hehehe


Thursday 14 June 2012

cinta satu hala #10

Sejak pulang dari Gunung Tahan, Muaz belum bertemu dengan Nurin. Ini kerana dia terlalu sibuk dengan kuliahnya, dan aktivit kolejnya. Nurin pula sentiasa ternanti-nanti bila mereka dapat bertemu. Hanya sesekali sms dan panggilan yang menghubungkan mereka. Nurin merasakan yang dia makin luput di hati Muaz. Hanya kenangan mereka bersama jadi ingatan. Namun mungkin Muaz sudah melupakannya.

Hatinya meronta-ronta untuk memberitahu Muaz betapa dia merindui Muaz, dan saat-saat mereka bersama. Namun semua itu mustahil, kerana tak mungkin Muaz menerimanya. Dan mana mungkin Muaz faham debar hatinya. Maka Nurin pendamkan sahaja. Dia tidak mahu meluahkan isi hatinya pada Muaz kerana dia tidak mahu merosakkan perhubungan mereka. Tapi dia amat yakin, dari gaya Muaz, tidak mungkin Muaz punya rasa yang sama seperti hatinya. Walau apapun yang telah Nurin lakukan, belum mampu membuatnya istimewa di hati Muaz.

Maka dia membuat keputusan untuk mengalah. Lupakan Muaz. itu yang terbaik. Mungkin memang dia hanya sesuai untuk jadi seorang kakak pada Muaz. Bukan lebih dari itu. Namun itu semua amat sukar. Bukan tidak ada insan lain yang cuba untuk menawan hatinya, namun dia tidak mampu berkata ya untuk mereka.

Hafiz misalnya. Mereka sudah beberapa bulan berkawan, malah Nurin sempat meraikan harijadi Hafiz dengan cara yang cukup menyentuh hati Hafiz. mereka pernah meluangkan masa bersama, dan Hafiz juga ada mengungkap rasa hatinya pada Nurin. Namun hati Nurin berbelah bagi. Hafiz baik orangnya, tapi dia tidak mampu memandang Hafiz seperti memandang Muaz. Walaupun mereka meluangkan masa bersama, namun hatinya sentiasa membayangkan Muaz. Kadangkala Nurin merasa bersalah kerana seolah-olah mempermainkan perasaan Hafiz dan memberikannya harapan, tetapi dia tidak mampu untuk berterus terang. Memang tujuannya rapat dengan Hafiz untuk melupakan Muaz, namun dia tidak berjaya. Maka jalan terbaik untuk tidak terus membuatkan Hafiz hanyut dengan perasaannya, dia mengurangkan masanya dengan Hafiz.

Dan hingga kini rasa hatinya pada Muaz tetap sama. Dan Muaz juga masih seperti itu, tidak menyedari rasa kasih Nurin padanya. Nurin hanya memendam perasaan. Tidak juga mahu berterus terang dengan Muaz. Memang ia menyeksakan, namun Nurin tidak peduli. Baginya, rasa cinta itu tidak boleh dipaksa. dan dia hanya mahu melihat orang yang disayanginya bahagia, dan sekiranya bahagia Muaz bukan dengannya, tapi dengan insan lain, dia rela. Asalkan Muaz gembira....

Dan not RM10 pemberian Muaz masih ada dalam simpanan Nurin......




Wednesday 13 June 2012

tidak fahami #9

Sejak peristiwa itu Muaz sudah jarang berhubung dengan Zulaika. Zulaika mengalah, menurut kata Nurin, melepaskan Muaz. Muaz pula berkelakuan seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Nurin juga sama. Tapi sebenarnya jauh di sudut hati Nurin dia agak gembira Muaz dan Zulaika tidak bersatu. Tapi itu tidak bermakna dia akan terus mendekati Muaz untuk memenangi hatinya. Dia hanya mahu menjadi seseorang yang Muaz akan sentiasa cari, tak kira susah atau senang. Dia mahu menjadi orang yang dapat menceriakan hati Muaz.

Sayangnya Muaz tidak melihatnya begitu. Mungkin Muaz tidak memahaminya seperti dia memahami Muaz. Muaz sering tetsalah tafsir dirinya. Apa yang dilakukan untuk Muaz tidak memberi kesan di hati Muaz, kadangkala dianggap sekadar menyibuk. Nurin kadangkala rasa geram dengan Muaz kerana sering salah tafsir tentang dirinya. Kadangkala dia pelik dengan sikap Muaz, katanya dia sangat memahami Nurin, dan tahu isi hati dan apa yang difikirkan, namun dia sering tersalah tafsir apa yang keluar dari mulut Nurin, dan tindak tanduk Nurin. Tetapi Nurin selalunya mengalah sahaja dengan Muaz. Dia tidak mahu bertikam lidah dengan Muaz.

Masa berlalu, cuti Muaz hampir tamat. Dan seminggu sebelum Muaz memulakan kuliah, dia terlibat dengan ekspidisi mendaki Gunung Tahan anjuran Kelab Kembara Uniten. Malam terakhir sebelum Muaz bertolak, dia, Nurin, dan beberapa orang rakan mereka berkumpul di kedai makan tempat mereka selalu menghabiskan masa bersama. Nurin ingin sekali meluangkan masa selama mungkin dengan Muaz malam itu, namun, Muaz menerima panggilan daripada rakannya, yang memerlukan bantuannya. Oleh kerana hari sudah lewat, dan dia tidak dapat menghantar Nurin pulang seperti biasa, dia meminta salah seorang rakannya menhantar Nurin, dan menghulurkan not RM10 kepada Nurin, untuk duit minyak, katanya. Mulanya Nurin enggan menerimanya, namun setelah didesak, Nurin ambil juga. Nurin rasa berat hati untuk melepaskan Muaz pergi. Ada air mata bergenang. Namun dia tahankan supaya tidak menitis.

Petang esok, Nurin menghabiskan masanya merayau-rayau di kawasan sekitar rumahnya, dan kepalanya tidak henti-henti membayangkan Muaz. Tiba-tiba dia menerima panggilan dari Muaz.

"Kak, saya dalam bas ni, on the way ke Merapoh, akak tolong saya boleh?"

"tolong apa?"

"Tolong beli top up, boleh? urgent sangat ni.."

"Ok."

Maka Nurin bergegas mencari top up untuk Muaz. Mujur ada kedai Hotlink berdekatan.  Setelah 5 minit, dia menghubungi Muaz.

"Ha, dah dapat top up?"

"Dah, dah...thanks kak..akak kat mane ni?"

"Akak kat wangsa maju ni...jalan-jalan je.."

"Oh, yeke...dengan sape?"

"Sorang je.."

"Ooo...ok, ok..kak, thanks tau, thanks sangat.."

"Ok, dik.."

Nurin tersenyum memikirkan Muaz. Dia sanggup melakukan apa pun demi Muaz. Sungguh. Hanya Muaz yang tak mampu melihatnya.

Seminggu Muaz berada di Gunung Tahan. Seminggu juga Nurin sentiasa memikirkan, apa yang sedang dilakukan Muaz, bila Muaz akan pulang. Satu malam, Nurin menonton wayang dengan dua rakannya. Kisah romantis. Tiba-tiba ada panggilan dari Muaz. Nurin terkejut dan terus berlari keluar dari panggung, untuk menjawab panggilan Muaz. Muaz mengatakan dia baru turun dari Gunung Tahan dan malam itu, mereka akan bermalam di Taman Negara Rompin. Esoknya baru akan bertolak pulang ke Kuala Lumpur.

Nurin begitu gembira dengan panggilan Muaz. Maka dia tidak lagi dapat menumpukan perhatiannya pada filem yang sedang ditonton. Rakannya pelik dengan gelagat Nurin. Dia tidak sabar menunggu kepulangan Muaz.

Monday 4 June 2012

kau dan adikku?? #8

Setelah Muaz pulang dari Phuket, Nurin belum berpeluang bertemu dengannya lagi, kerana kesibukan kerja. Kebetulan pula Zulaika pula datang bercuti lagi di rumahnya.

Muaz keluar dengan Zulaika berdua tanpa Nurin. Mulanya dia tidak kisah. Tapi nampaknya Zulaika telah mencuri perhatian Muaz dari Nurin. Nampaknya rancangannya berjaya, untuk cuba memasangkan Zulaika dan Muaz, tetapi melihat mereka berdua, hatinya menjadi sakit tiba-tiba. Dan dia tidak suka situasi ini. Dia tidak suka bila merasakan Muaz semakin jauh darinya. Sepatutnya Nurin sudah menjangkakan perkara ini awal-awal lagi.

Tapi dia cuba abaikan perasaan itu. Mungkin kerana selama ini dia sudah terbiasa rapat dengan Muaz, jadi mungkin perasaan itu sementara sahaja. Tetapi apabila satu malam, Muaz mengungkapkan kepada Nurin :

"Sebenarnya saya dah mula terpikat dengan dia.."

Perasaan Nurin berubah. Ada semacam perasaan tidak gembira dalam hatinya. Kenapa? dia tidak tahu, tapi dia memang tidak sukakan apa yang keluar dari mulut Muaz. Tapi dia berpura-pura senang di hadapan Muaz. Tapi kata Muaz dia perlukan masa untuk betul-betul mengenali Zulaika.

Mahu tak mahu, Nurin biarkan sahaja. Tak mungkin dia ingin jadi batu penghalang, kerana Zulaika juga sudah mula sukakan Muaz.

 Nampaknya hubungan Muaz dengan Zulaika semakin baik. Mereka makin mesra, namun Nurin makin memendam rasa. Cemburu yang meluap bila melihat Zuaikal bersemangat menceritakan hal Muaz. Namun  untuknya merosakkan kebahagiaan dan kegembiraan adiknya tidak mungkin sama sekali. Tambahan pula, dia yang bertanggungjawab mempertemukan mereka berdua.

Namun satu hari Muaz menyatakan yang dia tidak mampu untuk terus bersama Zulaika. Nurin terkejut, kerana sangkanya Muaz benar-benar sukakan Zulaika. Namun Muaz cuma mengatakan, memang dia sukakan Zulaika, dan dia gadis yang baik, tetapi ada sesuatu pada dirinya yang tidak dapat diterima oleh Muaz.

Nurin tidak mahu bertanya lanjut, kerana kata Muaz, dia sendiri yang akan menjelaskan kedudukan sebenar kepada Zulaika.  Nurin bimbang Zulaika terluka. Dan benar telahannya, Zulaika terluka dengan Muaz. Kerana dia sangat sukakan Muaz. Tetapi keputusan Muaz memang tidak boleh diubah lagi.

Maka Zulaika pulang ke Tanjung Malim dengan kekecewaan. Dia cuba lagi untuk menawan Muaz, tetapi Nurin menegahnya, bukan kerana dia juga sukakan Muaz, tetapi dia tidak suka melihat adiknya memperbodohkan diri sendiri demi seorang lelaki.

Tuesday 22 May 2012

Kau cari aku disaat memerlukan #7

Nurin semakin hari makin selesa dengan Muaz. Dan Muaz mula selesa untuk berkongsi apa sahaja dengan Nurin. Begitu juga dengan Nurin. Kerana mereka mempunyai rasa yang sama, selesa untuk berkongsi apa sahaja, kerana Nurin yakin dia boleh mempercayai Muaz untuk memegang rahsianya, begitu juga Muaz. Nurin pun tak tahu kenapa, kadangkala dia akan melakukan perkara yang tak mungkin akan dia lakukan untuk orang lain, tapi dilakukan juga untuk Muaz. Contohnya, Bila Nurin terpaksa berpindah kerana tuan rumahnya ingin berkahwin dan menetap di rumahnya itu, Nurin tidak mencari rumah sewa di kawasan Ampang dan Cheras, berhampiran tempat kerjanya di Pandan Indah tapi dia sanggup mencari sejauh kawasan Gombak. Akhirnya dia dapat rumah sewa di Setapak, dekat juga dengan tempat tinggal Muaz, Selayang. Gila, kan....

Namun, walaubagaimanapun, fitrah manusia, kadangkala mahukan seseorang yang lebih dari sekadar tempat berkongsi rasa dan rahsia. Maka Nurin pun cuba memperkenalkan Muaz dengan adiknya, Zulaika. Zulaika ini mulanya jual mahal, begitu juga Muaz. Tetapi lama kelamaan, mereka makin kerap berhubung di Facebook. Dan setelah Nurin memberikan nombor telefon Muaz pada Zulaika, mereka makin kerap berhubung.

Sampai satu masa Zulaika datang ke Kuala Lumpur untuk bercuti selama seminggu. Muaz nampaknya tidak sabar-sabar untuk bertemu dengannya.

Pertemuan pertama, Zulaika agak kekok, Nurin ada bersama ketika itu, dan dia kelihatan malu-malu. Biasalah, kali pertama. Dan Muaz is being Muaz, cuba bersikap gentleman di depan Zulaika, sesuatu yang tidak dapat dirasakan oleh Nurin ketika bersama Muaz. Nurin cuba memberikan peluang untuk mereka berbual, tapi mungkin kerana kekok, maka Nurin merasakan, dia yang lebih banyak bercakap dengan Muaz, dan Zulaika lebih banyak berdiam diri.

Tidak lama kemudian Muaz mengikuti holiday trip ke Phuket, Thailand. Nurin tidak turut serta kerana tidak dapat mengambil cuti. Rombongan akan berkumpul di Sunway sebelum menaiki bas ke LCCT Sepang. Nurin ingin sekali menghantar Muaz, malangnya tidak punya kenderaan. Tapi kata Muaz, dia akan dihantar oleh kakaknya ke Sunway, tapi katanya Nurin boleh juga menghantarnya, tapi  harus pergi sendiri dan bertemunya di Sunway, sebelum dia menaiki bas rombongan.

Maka ahad itu Nurin pun melakukan hal yang boleh dikatakan agak bodoh, pagi-pagi menaiki Putra LRT ke KL Sentral, sebelum menaiki KTM ke Sunway. Memang agak membuang masa, tapi bagi Nurin berbaloi, asalkan dapat melihat Muaz sebelum dia menaiki bas ke LCCT Sepang. Mungkin dia tidak menyangka Nurin benar-benar datang, tapi ya, Nurin sanggup datang dari Setapak ke Sunway semata-mata untuk mengiring Muaz menaiki bas, kemudian dia pulang. Setelah bas berlepas, Nurin hantar sms pada Muaz :

"Have a nice trip, jangan lupa bwk blek kulit siput ntuk akak, k..."

Muaz membalas :

"thx kak sbb sudi dtg..syg akak.."

Nurin suka bila dia berkelakuan manja begitu. Nampak comel dimata Nurin.

Muaz pergi selama 4 hari. Nurin tahu dia tidak akan dapat menghubunginya disana, maka dia mendiamkan diri sahaja. Tapi pada hari kedua Muaz disana, tiba-tiba Nurin menerima panggilan dari nombor asing, nombor antarabangsa. Dan  rasanya dia tahu dari siapa.

Seperti yang dijangkakan, Muaz yang menelefonnya menggunakan nombor Thailand. Walaupun hanya 3 minit, sekurang-kurangnya dia senang hati kerana Muaz ingat padanya. Dan dia amat menghargainya..

Dan satu malam, lebih kurang jam 11 malam, Muaz menghubungi Nurin lagi, kali ini menggunakan nombornya yang biasa. Nurin tahu malam itu Muaz sepatutnya tiba di Kuala Lumpur. Dia meminta pertolongan Nurin untuk menjemputnya dari Sunway, dia akan tiba di sana pada jam 1 pagi. Nurin berfikir-fikir, bagaimana mahu menjemputnya, kerana dia tidak punyai kereta, dan siapa pula yang mahu disusahkan malam-malam buta begini untuk menjemput Muaz?

Kebetulan kawannya, Rafi ingin berjumpa dengannya kerana sudah lama tidak bertemu atas kesibukan masing-masing. Maka Nurin meminta pertolongannya untuk menjemput Muaz di Sunway. Untung Rafi dan tunangnya, Mimi..

Nurin rasa sangat dihargai bila disaat memerlukan, Muaz mencarinya....


Friday 18 May 2012

Aku senang bila kau gembira #6

Makin hari Nurin dan Muaz makin rapat. Hampir setiap hari mereka meluangkan masa bersama. Berbagai-bagai cerita mereka kongsi. Rupanya sejak mereka berpisah, Muaz bukan lagi Muaz yang Nurin kenal masa zaman sekolah dulu. Benar kata orang, manusia berubah seiring waktu.

Tapi Nurin senang dijadikan tempat Muaz meluahkan perasaan. Dia suka bila Muaz meluahkan sesuatu kepadanya. Itu tandanya Muaz selesa dengannya. Dan dia mahu kekal begitu. Dia tak mahu moment itu berlalu. Nurin sedar Muaz hanya rapat dan mengambil berat denganku kerana Nurin ini rakan niaganya sahaja. Tapi kebanyakan masanya mereka bercerita hal-hal peribadi lebih banyak. Nurin tahu dia ramai kawan, tapi dia tidak ada seseorang yang boleh dijadikan tempat untuk berkongsi keresahan, kegalauan dan kesedihan hatinya. Dan secara tak langsung, Nurin menawarkan dirinya.

Muaz pernah berkata, masa di kolej, dia ada ramai kakak angkat, dan hampir semua kakak angkatnya jatuh hati padanya. Nurin tahu, siapa yang tidak akan jatuh hati pada Muaz? dia baik, sweet, suka menolong orang, dan rupanya juga boleh tahan. Cuma fizikalnya agak kecil. Tapi yang penting hatinya amat baik. Bila dia menolong orang, dia akan tolong sampai habis. Mungkin kerana itu dia menjadi kegilaan gadis-gadis. Tapi Nurin katakan pada Muaz, perasaan kakak-kakak angkat Muaz padanya dan perasaan Nurin pada Muaz berbeza. Pada mereka hubungan adik-kakak itu hanyalah samaran dan isyarat untuk mereka tidak melepaskan Muaz ke tangan orang lain. Sedangkan bagi Nurin, hubungan adik-kakak itu tidak ada maksud lain. Nurin kakak, dan Muaz adik. Jadi tak mungkin akan berlaku apa-apa padamereka. Muaz hanya tersenyum mendengar kata-kata Nurin

Tapi, sejak Muaz  hadir dalam hidupnya, hidupnya yang dulu hambar, kini sedikit berseri. Setiap masa mereka bersama, akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh Nurin untuk menceriakan dan menggembirakan Muaz. Orang pernah kata, hati-hati melayan Muaz, takut diri sendiri terluka nanti. Tapi Nurin keraskan hati, berkali-kali ingatkan dirinya sendiri bahawa dia tak mungkin akan jatuh hati pada Muaz, kerana perbezaan umur mereka terlalu jauh. "Lagipun tak mungkin dia akan jatuh hati padaku." Fikir Nurin. Itu memang mustahil. Atas alasan itu, Nurin terus seronok melayan Muasz, walaupun dia tahu, Muaz hanya akan menghubunginya untuk bertanyakan perkembangan perniagaan mereka.

Kadangkala sebenarnya timbul juga kerisauan di hati Nurin, takut hatinya berubah suka pada Muaz. Maka dia rasa perlu hati-hati. Satu hari, Nurin menemani Muaz membeli beg di KLCC. Mulanya Muaz mahu pergi dengan kawannya, tapi kawannya ada urusan lain, jadi dia mencari Nurin jadi penggantinya, menemani dia tawaf KLCC tu untuk mendapatkan beg yang diinginkan. Dari satu kedai ke satu kedai, mereka masuk, dia mencuba beg yang ada, tapi ada sahaja yang tidak kena. Tapi Nurin layankan juga, walaupun kakinya sudah lenguh mengikut dia kesana kemari. Siapa kata perempuan sahaja yang mampu tawaf shopping mall?? lelaki pun ada tau.

Selepas hampir 20 minit, mereka masuk ke kedai Calvin Klein. Ada dua design beg terbaru. Muaz meminta pendapat Nurin. Setelah hampir setengah jam mencuba kedua-dua beg itu, dan bersoal jawab dengan promoter disitu, menggayakan beg-beg itu, akhirnya Muaz membeli salah satu beg itu. Boleh tahan harganya. RM 900. Tapi dia puas hati, kerana designnya yang simple, tapi kulit. Nurin senang hati lihat Muaz memilih beg itu dengan mengambil kira pandangannya. "My opinion does matter." bisik hatinya.






Setelah itu mereka ke Kinokuniya, mencari buku. Nurin ingin membeli buku Chicken Soup for the soul. Manakala Muaz sibuk mencari buku tentang kucing. Ya, kerana kan tak lama lagi dia mahu memelihara kucing, jadi dia mahu tahu segalanya tentang kucing. Nurin sebenarnya sudah penat merayau dari tadi, tapi kerana melihat Muaz betul-betul ingin mencari buku itu, maka dia turutkan sahaja, dan dia berikan juga pandangannya, siapa tahu diambil kira lagi. Setelah hampir sejam mereka disana, barulah mereka keluar meninggalkan KLCC dengan rasa puas hati. Muaz puas hati kerana dapat beg dan buku yang dicari. Nurin puas hati melihat Muaz gembira. Itu sudah cukup baginya.


Tuesday 15 May 2012

Sehati Sejiwa #5

Kadangkala Muaz mengeluh, ingatan tentang Fiza itu kembali menerjah fikirannya. Dia menceritakan pada Nurin  betapa Fiza itu seorang yang sangat sweet, manja, dan baik, tapi kadangkala sikapnya yang mengada-ngada itu merimaskan. Nurin pernah bertanya, tidakkah dia mahu memberikan peluang kedua kepada Fiza? Dia hanya mengatakan "enough is enough la kak. Bukan setakat peluang kedua, dah berkali-kali saya bagi dia peluang, tapi dia tetap ulang kesalahan yang sama." Ujarnya. Nurin memahami perasaannya, kerana dia juga pernah mengalami situasi yang sama. Kita boleh berikan peluang, tapi bila peluang itu disia-siakan, maka kita pun akan jadi bosan.

"Akak carikanlah calon untuk saya." Katanya. Nurin bertanyakan ciri-ciri gadis idamannya.

Muaz mahukan gadis yang sukakan aktiviti lasak, kerana dia sukakan aktiviti seperti hiking, trekking, climbing dan sebagainya.

Dia suka memancing, jadi dia mahukan gadis yang tak semestinya minat memancing, tetapi boleh terima hobi memancingnya itu.

Dia sukakan kucing, jadi dia mahu gadis pilihannya seorang pencinta kucing seperti beliau. Maka gadis-gadis yang takutkan kucing, yang ada asma atau alahan pada bulu kucing, memang tiada harapanlah.

Dia mahukan gadis yang bila berbual dan bercerita, akan membuatkan mindanya terbuka, tidak hanya sekadar bercerita hal-hal mengarut, bukan tidak boleh berbual kosong, tapi hanya sekadar selitan itu tidak mengapa.

Dia mahu gadis yang independent, tidak terlalu bergantung pada dirinya, dan punyai minat sendiri, tidak asyik mahu berkepit dengannya 24 jam.

Dia mahukan gadis yang boleh dijadikan tempat beliau meluahkan perasaan, berkongsi masalah, dan membolehkan dia rasa selesa dan terbuka untuk menerima apa sahaja.

Dia mahu gadis yang boleh menerima dirinya seadanya, tidak mengharap yang lebih atau bukan-bukan dari dirinya.

Mengejutkan bagi Nurin kerana ciri-ciri gadis pilihan Muaz sama seperti ciri-ciri lelaki pilihannya. Sangat sama.

Nurin sukakan aktiviti lasak. Hiking, climbing, trekking, apa sahaja aktiviti fizikal, maka Nurin mencari seseorang yang minat aktiviti lasak, supaya dia dapat teruskan minatnya walaupun sudah ada pasangan.

Nurin minat memancing, walaupun agak takut untuk memegang ikan hidup, tapi dia minat memancing sejak kecil. Lagipun bagi Nurin memancing mengajar erti kesabaran, sebab itu dia mencari lelaki yang suka memancing, ertinya lelaki itu penyabar.

Nurin memang pencinta kucing. Maka dia mencari lelaki yang juga pencinta kucing, supaya mereka boleh kongsi minat yang sama. Nurin pantang melihat kucing, memang dia geram melihat kecomelannya.

Dan Nurin mahukan lelaki yang bila dia bersembang dengannya, dia akan membuatkan mindanya terbuka. Tak kisahlah apa topik sekalipun. Kerana Nurin berfikiran terbuka, dan dia akui, kelebihannya ialah, dia boleh berbual dengan sesiapapun mengenai apa juga topik, dunia hiburan, ekonomi, sosial, politik, isu-isu semasa dunia, malahan isu bola sepak sekalipun. Jadi dia tidak mahulah lelaki yang hanya suka bercerita kosong sahaja, tak berkembang mindanya nanti.

Sama kan????


Friday 11 May 2012

Kucing dan cendol #4

Sebulan kemudian

Satu hari dalam bulan Febuari, Muaz mengajak Nurin keluar minum bersama kawan-kawannya. Seronok juga Nurin apabila dipelawa 'masuk' ke dalam kehidupan Muaz. Mereka bertukar-tukar cerita lagi soal kehidupan mereka selama tidak bertemu. Segala-galanya termasuklah kisah Fiza, yang kini kata Muaz sudah menjadi masa silamnya. Katanya, dia bukan tidak sayang pada hubungan mereka, tetapi dia sudah penat melayan kerenah Fiza yang tidak henti-henti mengulang kesilapan yang sama sepanjang 2 tahun hubungan mereka. Dan dia ada menulisnya di blog miliknya. Tapi sekarang dia sudah menutup blog tersebut kerana katanya tidak ada apa lagi yang harus diperkatakan.

Mereka seronok berbual dan rupanya, mereka ada banyak persamaan, terutama dari segi minat. Mereka sama-sama pencinta kucing, sama-sama sukakan aktiviti luar seperti hiking dan trekking. Mereka juga suka berkaraoke dan meminati genre filem yang sama. Sedikit sebanyak Nurin tertarik dengan cara dan tutur kata Muaz yang menampakkan dia lebih matang dari usianya.

Sejak itu, mereka banyak menghabiskan masa bersama, selalu berkaraoke bersama. Satu hari Muaz menyatakan hasrat untuk memelihara kucing, dan bertanya kalau Nurin tahu dimana mahu mendapat anak kucing. Nurin mencadangkan supaya dia pergi SPCA. Maka pada hari sabtu bersama-sama mereka pergi ke sana, sampai tersesat-sesat. Menempuh kesesakan lalu lintas lagi. Sampai sahaja di SPCA, malangnya telah tutup. Jadi mereka hanya dapat memerhati dari luar. Setelah hampir 15 minit berdiri di luar SPCA, mereka beredar. Tiba-tiba Muaz mengadu teringin makan cendol. Nurin mengajaknya ke Pandan Indah, sekalian boleh terus survey barangan untuk kucing yang bakal dipelihara di pet shop di sana.

Di sana Muaz amat teruja dengan segala kelengkapan yang ingin di beli untuk kucing yang bakal dipelihara. Pasir kumbahan, makanan, tempat letak makanan, litter box, mainan pun turut menjadi perhatiannya. Setelah menyenaraikan segala keperluan dan kosnya, mereka beredar dari situ. Seperti yang dijanjikan, mereka singgah membeli cendol dan rojak di sebuah gerai berhampiran, dan makan di dalam kereta. Moment itu sangat berharga dan manis bagi Nurin.....



Wednesday 9 May 2012

Si dada besi #3

Sekitar bulan Januari tahun ini, Ketika itu Nurin sedang melayari Facebook, dan dia ternampak post Muaz di homepagenya. Dia kini di IJN, sedang menunggu hari untuk dibedah. Nurin terkejut. "Dia sakit ke? sakit ape?"  Profile picture juga diubah. Nurin bertambah hairan. Hari Jumaat, Nurin terus sms Muaz, menyatakan bahawa dia mahu melawatnya pada hari esok. Dan Muaz mengalu-alukan kedatangan Nurin.

Esoknya, Sabtu tengahari, Nurin ke IJN untuk melawat, dan Nurin sempat membeli buah tangan untuk Muaz. Sampai di IJN, Nurin terus menyemak keberadaan Muaz dengan pegawai yang bertugas di kaunter. 'Wad Mawar'. Itu info yang Nurin dapat dari  abang kaunter. Sampai di Wad Mawar, Nurin terus bertanyakan nurse yang bertugas di situ. Malangnya, Nurin terlewat. Kata mereka, Muaz telah dibawa masuk setengah jam yang lalu ke dewan pembedahan. Kakak nurse nasihatkan dia datang esok sahaja. Maka Nurin pulang dengan rasa hampa. Dia terus sms Muaz ketika itu juga, mengatakan dia ada datang tapi Muaz sudah masuk ke dewan pembedahan. Malam itu baru Nurin terima sms dari Muaz. Dia baru sedar selepas pembedahan dan masih perlukan rehat, maka Nurin mengatakan akan datang melawat beliau esoknya.

Ahad, kebetulan Nurin ada majlis reunion makan tengahari di Istana Bambu. Petang itu dalam pukul 3, dia meminta seorang temannya, Rafi menghantarnya ke IJN. Sampai di Wad Mawar, Nurin mencari Muaz, dan ternyata dia amat terkejut dengan kehadiran Nurin. Ada seorang perempuan menemaninya ketika itu. Dia memperkenalkan perempuan itu kepada Nurin. Fiza, teman wanitanya. Nurin tersenyum menyambut salamnya. Manis dan lemah lembut orangnya. Cantik, sepadan dengan Muaz.

Panjang lebar mereka berbual. Sesekali Fiza mencelah. Rupanya dalam dada Muaz telah dipasang besi dibahagian tulang rusuknya tiga tahun lalu, dan semalam ialah hari untuk mengeluarkan besi tersebut, konsepnya sama seperti pendakap gigi katanya. Tiga tahun lalu dia mengalami masalah sesak nafas, dan selepas dirujuk ke pakar, tulang rusuknya membengkok ke dalam menekan jantungnya seiring tumbesarannya. Jadi sebelum tulang rusuk itu menembusi jantungnya, doktor memutuskan untuk memasang besi penyokong pada tulang rusuknya bagi menghalang tulang rusuk itu terus membengkok ke dalam. Bunyinya sangat rumit, kan. Ya, dan Muaz sempat menunjukkan petikan buletin utama 3 tahun lepas, semasa TV3 membuat liputan tentang kesnya. Dan kes seperti Muaz ini hanya terjadi kepada 1 dalam sejuta orang di dunia ini. Dia juga menunjukkan parut bekas pembedahan di dadanya, tempat besi itu dikeluarkan. Nurin kagum sebenarnya kerana ini kali pertama dia melihat hal sebegini.



Tidak lama kemudian, beberapa orang rakan kolej Muaz sampai. Nurin pun meminta diri untuk pulang. Dia mahu Nurin berada lagi di situ, tapi Nurin tidak mahu mengganggu Muaz dan kawan-kawannya, lagipun Rafi telah memberi isyarat dia mahu pulang. Isnin Nurin melihat blog Muaz, dan dia buat entry mengenai dada besinya. Dan dia mengucapkan terima kasih pada Nurin kerana datang melawatnya dan dia sangat menghargai kedatangan Nurin. Nurintersenyum-senyum sendiri membaca blognya.



Tuesday 8 May 2012

Sembang sampai pagi #2

Satu malam, dek kerana kebosanan, Nurin keluar ke cyber cafe yang terletak di kawasan bawah flat tempat tinggalnya. Dia buka facebook, kebetulan Muaz sedang online, mereka berbual. Sembang punya sembang, Muaz bertanya tempat tinggal Nurin. Setelah menjawab, tiba-tiba Muaz menghubungi Nurin, mahu datang katanya, berbual dengan Nurin. Nurin terperanjat. Waktu itu jam menunjukkan pukul 3.30 pagi.

Nurin tidak kisah berjaga kerana esoknya sabtu dan dia tidak bekerja. Akhirnya dalam pukul 4 pagi Muaz sampai juga di kawasan rumah Nurin di Cheras. Dia memandu dari rumahnya di Selayang hingga ke Cheras semata-mata untuk bersembang dengan Nurin. Mungkin kerana kebosanan tahap maksima, fikir Nurin. Dan mereka berbual di hadapan kedai mamak di kawasan itu. Panjang lebar mereka bertukar-tukar cerita, bertemankan Nestle Bliss, minuman kegemaran, kata Muaz. Mereka seronok dan leka berbual. Nurin bertanya adakah Muaz sudah berpunya atau belum, katanya belum. Dan Muaz meminta Nurin mengesyorkan beberapa calon untuknya. "Akak tolonglah carikan calon untuk saya.." Ujarnya sambil tersenyum. Mereka berbual sehingga jam 7 pagi. Apabila hari beransur siang Muaz meminta diri untuk pulang. Dan mereka berpisah di situ. Tetapi selepas itu mereka lebih kerap berhubung di facebook, dan kadangkala sms.

Selepas itu, mereka tidak bertemu buat beberapa bulan, sekali lagi kerana kesibukan masing-masing. Muaz dengan aktivitinya sebagai seorang student, dan Nurin sibuk dengan kerja, Namun sesekali mereka masih lagi berhubung.


Kawan sekolah #1


Ini kisah dua insan, Muaz dan Nurin.

Nurin dan Muaz kenal  sejak dari sekolah menengah. Muaz muda dari Nurin, dan sememangnya dia memanggil Nurin "akak". Muaz  ketika itu di mata Nurin mempunyai peribadi yang......boleh tahan bagi seorang pelajar, seorang pengawas, one of the best student,  aktif bersukan, sentiasa bersongkok (well of course, songkok itu tidak melambangkan adakah beliau rajin solat. Haha....)

Selepas PMR, Muaz dapat tawaran ke sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Lumpur. (Top student, kan...) Dia memberitahu Nurin. Masa tu, handphone belum jadi keperluan utama bagi pelajar sekolah, facebook pun tak kenal lagi, apatah lagi twitter. Hari terakhir Muaz di sekolah itu, mereka bertukar-tukar alamat email dan nombor telefon rumah. Tapi Nurin tidak pernah menghubungi Muaz atau mengirim email kepadanya. Muaz juga begitu. Penghujung tahun 2005 mereka berpisah.

Masa berlalu. Nurin tidak pernah mendengar apa-apa berita dari Muaz. Sibuk menguruskan kehidupannya, seperti orang lain, kerja, urusan peribadi, dan sebagainya. Satu hari ketika sedang berfacebook, itu sekitar tahun 2010, Nurin masih dalam misi menjejak kembali sahabat lama di zaman sekolah. Tiba-tiba hatinya tergerak untuk menjejaki Muaz.

Jumpa! maka Nurin terus add Muaz, kebetulan Muaz juga sedang online ketika itu, terus approve request Nurin. Apa lagi, inilah masanya untuk jejak kasih...hehehe....mereka chat, bertanya khabar, bertukar-tukar cerita, sambil itu, Nurin teliti profile Muaz. Hmmm....student UNITEN, Mechanical Engineering. Sangat aktif dengan aktiviti luar. Memang dia begitu sejak zaman sekolah. Mereka bertukar-tukar nombor.

Kesibukan dengan tanggungjawab masing-masing menyebabkan mereka jarang dapat berhubung. Sesekali bila ada kelapangan Nurin kirimkan sms kepada Muaz. Tetapi jarang dapat bersembang panjang. Nurin pun tidak kisah sangat, kerana kehidupan peribadinya lebih memerlukan perhatiannya, mungkin Muaz juga begitu.










Friday 27 April 2012

Sunday 22 April 2012

Kenyataannya

Perempuan.....

Mudah terpesona dan tergoda dengan kata-kata manis dari sang lelaki....

Lelaki....

Mudah tergoda dan hanya memandang paras rupa....

JADI...

Sebab itu perempuan pakai make up...
Lelaki suka auta.....

Get it? Get it?


appreciation.....

Percaya tak kalau aku kata perempuan lebih bersifat menghargai dari lelaki? kerana perempuan ni sifatnya lembut dan sensitif, jadi perempuan akan lebih menghargai sesuatu @ seseorang, lebih-lebih lagi sesuatu @ seseorang yang disayangi tak kiralah walau seteruk manapun sesuatu @ seseorang itu di mata orang lain.

aku bagi contoh ea.....

Perempuan, bila dia jatuh cinta, dia sayangkan seseorang, dia akan berbangga dengan insan itu. walaupun semua kawan-kawan atau keluarga dia kata lelaki tu tak hensem, kalau banding dengan dia macam beauty and the beast, tapi dia tetap bangga dengan insan itu, kenalkan pada kawan, keluarga, bila keluar dengan insan tu muka sentiasa tersenyum bangga (kalau tak gaduh la) betul tak?

Lelaki???? kalau awek dia cantik, dengan bangga dia akan keluar dengan kawan menayang awek itu. Tapi cuba kalau awek dia tak secun awek kawan dia, tak mekap, keluar pun setakat tshirt ngan jeans aje, maka kalau keluar dia jalan laju je menonong, kalau kawan-kawan dia bagitau.. "Man, semalam aku nampak awek ko kat pasar malam sorang-sorang je...tak kuar ngan dia ke??" maka jawabnya... "Awek aku? mane? ko salah orang ni....bukan tu, bukan....."

hahahahaha.....betul atau tak? terpulang pada korang untuk menilai....mungkin tak semua lelaki macam ni, kan....jangan marah ea.....


Thursday 19 April 2012

communication lost (pt.2)

Okeh, aku sambung kisah semalam. Perempuan begitulah fitrahnya. Mungkin tak semua, tapi kebanyakannya kan...

Lelaki pulak, memang jenis straight to the point. Kau nak bagitau apa-apa, cakap direct je, tak payah nak berkias-kias, sebab mereka takkan paham, dan kadang-kadang buat-buat tak paham. Kalau rasa nak mintak dia belikan teddy bear ke, atau pape jelah, cakap je "Nak teddy bear." Tak payah nak cerita salasilah keturunan asal usul teddy bear tu. Dia tak paham apa korang nak. Kalau korang nak 'A', cakap 'A', nak 'B' cakap je 'B'. Barulah dia faham, barulah harmoni hubungan korang...

Untuk kebaikan bersama, komunikasi yang betul tu penting. Perempuan, kalau kau boleh cakap direct depqn kawan-kawan or family, kenapa pulak bila dengan pakwe/tunang/suami nak kena cakap kias-kias? romantikla konon????

Lelaki pulak, kalau kau boleh tunjuk pandai kat tempat kerja, dengan adik-adik, sedara-mara, apa diorang cakap terus dapat tangkap, kenapa bila dengan makwe/tunang/isteri korang jadi blur, clueless dan tak paham-paham???

Haish~ tak paham aku......

Jadilah pasangan yang bijak berkomunikasi....(yeke?)


Wednesday 18 April 2012

communication lost (pt.1)

"kau melihat diriku, seperti sesuatu, yang mencabar dirimu, akal dan mindamu..."-Kosong-Najwa Latif.

Kenapa kadang-kadang....bukan kadang-kadang, selalunya perempuan rasa lelaki ni tak memahami diri dia, apa yang dia nak?

Lelaki pulak, kenapa selalunya dia rasa perempuan ni tak cukup bagus untuk dia, sampai dia berpaling tadah
(fuh, berpaling tadah,ea...) pada perempuan lain?

Akhirnya hubungan yang dibina, hancur macam tu aje, yang berkapel boleh break, yang bertunang boleh pulang balik cincin tunang ngan tepak sirih tu, yang kahwin, boleh panjat mahkamah syariah.

Salah siapa? ape kehalnye ini semua?

Wanita ni sebenarnya spesis yang sangat berselindung a.k.a suka berkias, mulut kata lain tapi hati kata lain, betul tak? jangan tipula, aku tak kata semua, tapi kebanyakannya begitu. Bila perempuan sampaikan sesuatu, dia harap sangat lelaki akan dapat tangkap apa yang bermain di fikirannya.

Tak percaya? ok. Aku bagi contoh yang sangat simple.
Situasi kat shopping mall. Seorang pakwe dan makwenye tgh ronda-ronda. Lalu kat depan kedai Memory Lane(awek-awek mesti tau kedai ni punya...) Si awek terus ajak si pakwe masuk, konon-konon nak tengok-tengok. Ada teddy bear saiz sama besar ngan budak umur 5 tahun. Tetibe si awek bersuara :

Youuuu.......comel kan teddy ni....eeeiiiii....geram bertul I tengok....(sambil membelek-belek teddy tu)



Korang pun dapat tangkap apa yang bermain dalam fikiran awek tu kan? Dalam kepala dia mesti mengharap pakwe kesayangan tu dapat tangkap apa yang dia cakap. Kalau tak beli sekarang pun, at least belikan untuk besday ke, kan, kan....

Tup-tup, bila time besday, pakwe kesayangan tu bagi hadiah keychain jersi Arsenal yang beli kat uptown. Punyelah kedekut....hehehe....Pastu si awek buat muka hampa....pastu gaduh-gaduh...biasalah, kadang orang bercinta ni, benda kecik pun jadi gaduh....

Itu part perempuan, aku belum cerita lagi si lelaki punya hal pulak, sikap lelaki yang macam mana sebenarnya yang boleh menyumbang perpisahan....so, aku akan ceritakan dalam next entry, k....sebab rasa macam dah panjang sangat aku menaip ni, nak sambung kerja pulak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...