Tuesday 28 June 2011

BACKSTABBER???

Backstabber. Bahasa melayunya tikam belakang. Bagi aku, perempuan lebih cenderung bersikap backstabber berbanding lelaki. Tapi ini hanya pendapat aku sahaja. Tak semestinya 100% betul, ok...so, kat sini aku sertakan kisah siapa yang labih backstabber....

KISAH 1

Fahmi, Shima, Ady sahabat baik. Shima dengan Ady jatuh cinta. Fahmi tetap single. Tapi diorang tetap berkawan macam biasa. Pergi lepak sama-sama, kongsi masalah, saling membantu. Tapi lama-lama Ady mula buat hal, layanan dia pada Shima dah berubah. Kalau dulu pantang ada kelapangan keluar, bila sms, tak sampai seminit dah balas, telefon hari-hari. Sekarang, Shima sms, 10 minit baru balas, selalunya tak balas langsung. Dah jarang Ady call Shima, selalunya Shima yang call Ady. Cakap pun tak sampai 5 minit. Akhirnya Shima selalu habiskan masa dengan Fahmi. Bila dah selalu sangat bersama berdua, lama-lama Fahmi jatuh hati dengan Shima. Dia rasa ingin memiliki Shima, tapi tak mahu mengkhianati persahabatannya dengan Ady. Jadi dia pendamkan sahaja perasaannya. Dia suka Shima, dan Shima kecewa dengan Ady, tapi atas nama persahabatan, dia takkan ambil Shima dari Ady. Dia cuma nasihatkan Ady supaya jangan sia-siakan Shima.

KISAH 2

Mira dan Sheera sahabat baik. Mereka berkawan sejak kecil. Pergi ke sekolah yang sama, masuk U pun, U yang sama. Memang akrab la. Datanglah Azmi dalam hidup Sheera. Tapi tidak mengubah layanan Sheera terhadap Mira. Mira tetap utama bagi Sheera. Kadangkala bila Sheera keluar dengan Azmi, diajaknya Mira. Betapa kuatnya kasih sayang Sheera pada sahabatnya. Tetapi Mira cemburukan Sheera dalam diam. Dia iri hati dengan kebahagiaan Sheera. Dia juga menyimpan perasaan pada Azmi.Kadangkala bila berlaku perselisihan antara Azmi dan Sheera, Azmi akan meminta pandangan Mira untuk memujuk Sheera. Disinilah Mira mula menunjukkan belangnya. Dalam pada memberi nasihat tentang Sheera kepada Azmi, dia cuba mengambil hati Azmi, menggoda Azmi sehingga tiba-tiba Azmi melihat yang Mira jauh lebih baik dari Sheera. Bila Azmi mula menjalin hubungan dengan Mira di belakang Sheera. Akhirnya Mira memujuk Azmi supaya berterus terang dengan Sheera, bukan kerana dia kasihankan Sheera, tetapi untuk menyedarkan Sheera bahawa dia telah menang mendapatkan Azmi. Sheera kecewa. Dia sayangkan Mira, dia sayangkan Azmi, namun Mira tidak menghargai persahabatan mereka.




*BUKAN NIAT UNTUK AKU MENGATAKAN PEREMPUAN CENDERUNG BERSIFAT BACKSTABBER BERBANDING LELAKI, INI ADALAH ANDAIAN SAHAJA, TIDAK BERMAKSUD UNTUK MENYINGGUNG MANA-MANA PIHAK. tIDAK SEMUA PEREMPUAN BACKSTABBER DAN TIDAK SEMUA LELAKI BERSIFAT SETIAKAWAN. KISAH INI HANYALAH REKAAN SEMATA-MATA.

Monday 27 June 2011

"Segmen Jom Kipas Blogger"


TADI MASA BLOGWALKING, MASUK KAT SINI MACAM MENARIK GAYANYE SEGMEN NI. AKU PUN JOIN...

Disini saya ingin mengumumkan bahawa saya sangat sangat suka dengan blog milik EN. ANGAH sebab saya rasa blog ni mengandungi macam-macam isi yang kena dengan jiwa saya. 

Ada madah-madah puitis, ada kisah-kisah panas menggelegak, ada tips-tips rumahtangga(sesuai untuk suami bini yang suka bercakar), tips untuk orang-orang bercinta, putus cinta, mencinta dalam diam, cinta monyet, cinta jarak jauh, aish, macam-macam cinta la yang ada tips. Pendek tulis, ape saja gaya cinta anda, memang ada tips dalam blog ni...Saya memang suka baca pasal-pasal cinta ni, maklumlah, nak cari ilmu...so, memang kena sangatlah blog ni dengan saya dan ingin saya menegaskan sekali lagi, saya suka teramat sangat-sangat dengan blog ni....

Ni satu entry dia yang paling saya suka : 


Anda pun diharap sukalah blog ni yea.....

Aku hanya wanita biasa bisa sakit dan terluka

Dulu aku sendiri
Dulu aku kesepian
Kiri kananku tiada yang menemani

Dan kau hadir dalam hidupku
Kau paterikan namamu dalam hatiku
Kau tanamkan harapan dalam diriku
Kau semaikan janji
Buat aku tersenyum lagi
Kerana kau bawa ku keluar dari sepi itu

Kita bagai pantai dan ombak
sentiasa bertemu sentiasa bersama
Setiap aku tidur, kau kumimpikan
Setiap aku terjaga, kau kuangankan
Indahnya sesuatu yang bernama cinta

Kini kau bukan lagi kau yang dulu
Aku merasa terjatuh lagi
Dalam dunia yang bernama sepi
Kau biarkan aku sendiri
Kau dingin bila berbicara

Kita memang ibarat pantai dan ombak
Namun kita bukan lagi ombak dan pantai yang sama
Yang saling bertemu dan bersama
Setiap madahmu
Setiap tingkahmu
Ibarat sang ombak tsunami
Menghempas hatiku sang pantai
Membawa duka bencana
Dalam jiwa

Dan saat aku ingin bertanya
Kau bijak menukar ulahmu
Sandiwaramu lincah
mematikan amarah ku
Namun ketahuilah wahai sayang
Amarah ini tidak pernah mati
Ia tetap tersimpan di hati
Tak usahlah kau tambah lagi rawan hatiku

Kerana aku wanita biasa
Tidak kebal dari luka
Tidak mampu menepis duka
Andai kau dapat lihat bagaimana rupa hatiku kala ini
Pasti kau mengerti
Deritanya aku dengan sikapmu

Satu pintaku
Sayangilah aku setulus hatimu
Rawatlah kembali luka hatiku ini

SAYA

Friday 24 June 2011

SEGMEN SIMPLE : SAMBUNG CERITA INI ... ".

Tadi jalan-jalan tiba tersinggah kat SINI
Jadi, rasa nak joinlah.....

Pak Cak (singkatan bagi Pak kacak) memandu kereta Mersedit Ban pulang ke rumah. Pak Cak memandu dengan penuh keberhatian yang sangat tinggi.  Takut tercalar kereta mahal dan barunya. Pak Cak memandu dengan penuh fokus. Matanya sentiasa melihat ke depan.  Risau sangat. Kereta baru la katakan. Pak Cak terus memandu, memandu dan memandu. Radionya tidak dipasang sebab tak jimat bateri katanya. Air Cond pun tak dibuka. Di dalam kereta yang bertutup rapat tu, Pak Cak terus memandu.
Setibanya di hadapan rumahnya, Mak Tiful (singkatan untuk Mak Beautiful) berdiri megah di hadapan pintu, sambil tersenyum simpul bila nampak laki kesayangannya bawak balik kereta baru.

MAK TIFUL : Wow! abang beli kereta baru. Boleh la bawak saya ronda-ronda petang nie..

PAK CAK : Awak cakap aje nak pergi mana, saya boleh bawakkan (sambil senngih bangga)

MAK TIFUL : Hah, saya tau, kita pergi lepak kat bukit hujung kampung ni nak? lepeas tu kita tangkap gambar kat sana, posing dengan kereta baru ni....

PAK CAK : Menarik jugak idea awak tu, apalagi tunggu, jomla cepat.

MAK TIFUL : Oh yea bang, nanti kita lalu depan rumah si Semah tu yea. Nak tayang kereta baru kita ni, saya memang dah lama berbulu dengan dia tu. Dia ingat laki dia beli kereta proton Gen 3 tu dah terror la? kereta kita ni lagi canggih kot...

PAK CAK : Betul jugak cakap awak tu. Samalah dengan laki dia tu. Berlagak aje. Sejak ada kereta, hari-hari pergi masjid bawak kereta. Pastu konon-konon ajak saya tumpang. Ei, ape kelas proton Gen 3 dia tu, huh!

Memang berlagak suami bini ni....maka dengan penuh lagaknya, diorang menuju ke bukit hujung kampung. Lalu aje depan rumah Cik Semah yang dijeleskan suami bini ni, Pak Cak siap hon-hon lagi,bunyi macam hon kapal selam ajemacam ni ha memang buruk perangai kan?

Sampai aje kat bukit tu, dah park kereta, maka suami bini ni pun sesuka hati mereka posing tangkap gambar, seronok betul gayanya. Orang ada kereta barulah katakan.

Tiba-tiba Pak Cak rasa keretanya macam bergerak perlahan. Dia terkejut.

PAK CAK : Cik Tiful oi, kenapa kereta ni bergerak sendiri ni ha? takde orang pun dalam kereta nni.

MAK TIFUL : A,ah la bang, dia gerak sendiri (sambil tengok jam gucci cap pasar malam kat tangan dia) Sekarang dah pukul 7 lebih bang. Dah senja. Kata orang kan time-time macam ni hantu keluar.

PAK CAK : Alamak,(muka dah naik pucat) jangan-jangan, ada orang bunian nak bawak kereta ni tak?

Kereta tu terus bergerak menuruni bukit. Pakak dan Mak Tiful pun apalagi, pecut 100 meter balik rumah. Masa lalu kat rumah Cik Semah, laki dia Pak Semaun ondaway nak ke masjid, nampak suami bini yang lari ketakutan tu, dia panggil Pak Cak.

PAK SEMAUN : Oooii, Cak! kamu paraktis merentas desa ke? kot yea pun dah maghrib ni, besoklah sambung.

PAK CAK : Hotak kamu! Kereta aku dibawak lari dek bunian, tau tak!

PAK SEMAUN : Kamu biar betul Cak. Dekat mana?

PAK CAK : Kat bukit hujung kampung tu.

PAK SEMAUN : Takpelah, aku pun nak ke masjid ni, nanti lepas maghrib aku ajak tok imam tengok, bunian apa yang berkenan sangat kat kereta kamu tu.

Lepas maghrib, Pak Semaun, Tok Imam, Pak Cak dan 2,3 orang kampung pergi ke bukit tu. Sampai di kaki bukit tu, nampaklah kereta Pak Cak tersadai, hentam pokok lagi.

PAK CAK : Tengok ni, tengok, dah la bawak lari kereta aku, siap jahanamkan lagi, langgar pokok, kurang asam punye bunian.

Pak Semaun tengok keadaan kereta Pak Cak. Tiba-tiba dia terfikir sesuatu dan jenguk dalam kereta. TIBA-TIBA DIA KETAWA. Dia panggil Tok Imam jenguk dalam kereta, TIBA-TIBA TOK IMAM PUN KETAWA. Orang-orang yang mengikut diorang tu mula rasa seram. Diorang pun beranikan diri jenguk dalam kereta Pak Cak.

DIORANG SEMUA KETAWA JUGA....

Pak Cak dah resah. Dia mula rasa kawasan tu berhantu, dan orang-orang tu dah kena rasuk.

Pak Semaun bersuara :

ITULAH, LAIN KALI, DAH TAU PARK KAT BUKIT, TARIKLAH HANDBRAKE. DAH TUA-TUA PUN BANGANG!!!!

Pak Cak punye malu, merah padam muka dia. Terus dia marathon balik rumah.

Thursday 23 June 2011

fya pelangi bikin kecoh !



macam menarik aje segmen ni....klik sini

So aku memutuskan untuk joinlah segmen cik sangatsetia ni.....

APA YANG AKU NAK SANGAT-SANGAT? KIRE IMPIAN LA NIE...

Ok...kalau boleh, aku nak sangat kahwin dengan ORANG KAYA@YOUNG BACHELOR......



Aku bukanlah mata duitan, sebab, kalau dapat kahwin dengan orang kaya, aku masih nak ada kerja sendiri, cuma mesti best sebab aku boleh langsaikan semua hutang-hutang aku, boleh duduk kat MANSION, best....



Nanti boleh la hidup selesa dengan suami, anak-anak....seronoknya.....inilah yang aku nak sangat-sangat kat dunia ni.....bestnya jadi orang kaya....

Lepas tu aku nak tubuhkan satu yayasan untuk bantu anak-anak terabai, supaya masa depan diorang lebih terjamin....



barulah takkan ada lagi kanak-kanak jadi gelandangan kat malaysia ni.....

SEKIAN....


SAYA NAK TAG....ERM.....

Aku Aku Aku Sang Pencinta

Siti Safiyyah

Aisha Inani

cintatulip

KEGILAAN 'BURUNG YANG MARAH'

Sesuai dengan tajuk entry aku ni, nak share sikit pasal kegilaan sekarang ni.

Sebenarnya aku nak share pasal game yang dipanggil 'ANGRY BIRDS' yang sedang merasuk penduduk malaysia ni...dunia aku tak tau la....

Aku tau game ni sebenarnya dah lama orang dok main(rasa macam ketinggalan zaman pulak). Tapi aku baru je start terpengaruh dengan game ni.

MACAM MANA AKU KENAL DENGAN BURUNG YANG MARAH NIH???

Al-kisahnya, satu hari bos aku cuti, so aku relaks la kat tempat aku sambil godek-godek internet kat meja aku. Officemate sebelah aku pun sama la, dok godek-godek game kat muka buku. Tetiba aku tengok dia main satu game yang nampak macam kelakar dan agak kebudak-budakan bagi bapak budak macam dia. (Nasib baik dia muda, so takdelah nampak macam bapak budak sangat.)

AKU : Ni game ape cik Ady main ni? macam kanak-kanak punye game aje.

ADY : Best game ni, aku pun baru je try, anak aku la punye angkara, malam semalam dia download game ni kat rumah, pastu dia main, bile dia rasa macam susah nak shoot, dia mintak tolong aku, asyik-asyik aku je yang tolong dia menang, aku rasa macam syok pulak.

AKU : Oooo...macam tu...habis, macam mana boleh termain pulak hari ni?

ADY : Dah aku tengok macam seronok aje, apa lagi, bila orang rumah dengan anak-anak aku dah tidur, aku pulak lah yang sambung main. Sekali lepas, seronok, dua kali lepas, lagi seronok, sampai tengah malam aku mengadap PC tu.

AKU : Apela, biasanya budak-budak terpengaruh dengan orang tua, ni orang tua terpengaruh dengan budak-budak. Macam mana ni?

ADY : Kau cubalah main, seronok, mesti kau ketagih punye.

AKU : Tak nak lah, macam kanak-kanak riang aje (uish,berlagak betul!)

Dua tiga hari lepas tu, housemate aku baru tukar handphone baru, dia pun sibuk suruh adik dia masukkan game ni. Bestfriend aku pun aku tengok gila mengadap burung marah ni aje. Sejak dari itu, bila aku jalan-jalan pergi mana-mana, baru aku nampak merchandise burung marah ni merata-rata tempat, t-shirt, bantal, key chain, buku mewarna, macam-macamla. Aku pun naik hairan, sebelum ni tak nampak pulak, dia macam tiba-tiba aje muncul dan bersepah kat mana-mana.

AKU PUN MULA BERJINAK DENGAN BURUNG MARAH NI.....

Mula-mula aku main game ni kat handphone kawan aku je, sekali lepas, seronok, dua kali lepas, lagi seronok. Di ofis, aku download game ni, settle je kerja, aku pun mula la berperang dengan burung marah ni. Sanggup balik lambat tu...

OH, TIDAK!!!!!!!!!!!!! AKU DAH KETAGIH..........

Tapi sebenarnya game ni seronok sebab dia melatih ketajaman akal kita mengatur strategi. (yela tu~)

Tapi takpe, yang penting jangan sampai melalaikan, jangan dek kerana nak tolong burung marah ni berperang, kerja tak jalan, solat entah ke mana....

SELAMAT BERMAIN!!!!!!!!!!!!

Tuesday 21 June 2011

AKAL DAN HATI

Akal dan hati umpama bulan dan matahari. Kenapa? kerana bulan dan matahari saling bergandingan dalam mengimbangi alam. Matahari memancar ketika siang, pabila malam, bulan pula mengambil tempat. Begitulah akal dan hati, saling memerlukan untuk hidup yang tenang.

Apabila kita terlalu menurut kata hati tanpa akal memikirkan baik buruknya, maka kita pasti akan sengsara.Tetapi bila kita membuat keputusan terlalu menggunakan logik akal, tanpa mempunyai rasa akan kesan kepada sekeliling, pasti juga kita yang ditimpa susah.

Maka sekiranya berdepan dengan pilihan yang sukar, ikutlah kata hati, namun fikirlah sebaiknya dengan akal, supaya kita dapat memilih jalan yang terbaik..... 

Sunday 19 June 2011

HARI BAPA????

Disebabkan sekarang tengah macam meriah sana sini orang duk sambut hari bapa, hari ni aku nak cerita pasal kisah kawan aku dan ayah dia.

Shanie(bukan nama sebenar) anak sulung dari 5 adik beradik. Mak dia dah meninggal masa dia darjah 3. Jadi ayah dia yang besarkan dia. Dia pernah cerita, kali pertama dia tau pasal kewujudan Hari Bapa ni masa dia tingkatan 1. "Teacher aku yang cerita pasal Hari Bapa ni, baru aku tau rupanya bukan Hari Ibu aje yang ada, Hari Bapa pun ada. Apa lagi, tak sempat tunggu balik sekolah, time rehat aku telefon ayah aku nak wish Hari Bapa kat dia."

Tapi itulah ucapan Selamat Hari Bapa yang pertama dan terakhir dari Shanie untuk ayahnya. Bukan sebab ayah dia dah meninggal,  ayah dia hidup lagi, sihat walafiat. Cuma......

Ayah dia tak macam ayah orang lain. Setahu aku, seorang ayah bertanggungjawab melindungi dan menjaga anak perempuannya. Ayah Syanie tidak begitu. Dia menjadikan Syanie sebagai tempat melampiaskan nafsunya. Kesian Syanie, dia terseksa, tak tahu nak mengadu dengan siapa. Walaupun ayahnya berkahwin lain, tetapi tetap juga Syanie yang dicarinya. Aku pun pelik, kenapalah ayah dia ni, dah ada mak tiri Syanie pun tetap juga cari Syanie.

Akhirnya Syanie tak tahan, dia mengadu pada guru sekolahnya, dan ayahnya ditangkap polis. Dia dan adik-adiknya nyaris-nyaris dijual oleh ibu tirinya kepada orang yang mahukan anak angkat, nasib baik adik beradik arwah ibunya menyelamatkan mereka. Syanie selalu sedih mengenangkan nasibnya.

15 tahun kemudian, Syanie sudah bekerja, ayahnya dibebaskan dari penjara dan mencari Syanie. Bagi Syanie, sukar untuknya menerima ayahnya kembali. Trauma itu masih ada dalam dirinya. Kata ayahnya, dia melakukan perbuatan terkutuk itu pada Syanie kerana tidak dapat mengawal perasaan setiap kali melihat Syanie yang mirip arwah ibunya. Bagi Syanie, dia boleh memaafkan ayahnya, tetapi tidak dapat melupakan apa yang berlaku. Dan sehingga sekarang, dia masih belum dapat menerima ayahnya. Dan dia juga sentiasa meminta adik-adiknya berhati-hati dengan ayahnya, kerana takut mereka pula yang menjadi mangsa.

Aku tahu, mesti ramai yang akan menasihati Syanie, seburuk mana pun dia, sebesar apa pun dosanya, dia tetap seorang ayah, tanpanya, tidak lahir insan yang bernama Syanie. Tapi bagiku, orang sekeliling boleh katakan apa sahaja, boleh mentafsir apa sahaja, tetapi hanya Syanie yang tahu betapa berat derita yang ditanggung, dan bagiku, memang patut pun kalau Syanie tidak dapat menerima ayahnya. Malah ayahnya sudah tidak layak menjadi wali kepada Syanie masa dia ingin berkahwin nanti.

SEORANG AYAH SEPATUTNYA MENJADI PELINDUNG KEPADA ANAK, MEMELIHARA MEREKA DAN MEMASTIKAN MASA DEPAN YANG BAIK UNTUK ANAKNYA.TETAPI BILA AYAH ITU SENDIRI MEROSAKKAN DAN MEMUSNAHKAN MASA DEPAN ANAKNYA, MASIH LAYAKKAN DIA MEMEGANG GELARAN 'AYAH' ITU?

Friday 17 June 2011

UMI PUN SAYANG AMIR....

Amir....
Masa Amir mula-mula lahir, umi rasa umilah orang paling bahagia dalam dunia. Ayah pun suka sangat. Umi dah ada sebuah keluarga yang lengkap, sayang.

Umi pun tak tau kenapa sejak akhir-akhir ni ayah Amir berubah, dia dah jarang tolong umi jaga Amir, Asal minta tolong aje, dia mula merungut. Umi faham dia penat kerja, tapi umi pun kerja sayang, umi pun penat. Tapi bila umi balik tengok muka Amir, hilang penat umi. Umi sayang Amir. Tapi umi tak taulah ayah tu sayang kita atau tak, dia asyik marah-marah aje, umi pun tak tau mana silap umi. Umi minta maaf yea sayang, sebab Amir terpaksa tengok kami bergaduh selalu. Umi tau suasana ni tak elok untuk tumbesaran Amir, tapi nak buat macam mana, tak dapat nak elakkan.

Amir, umi minta maaf bila Amir terjaga tengah-tengah malam sebab dengar umi bergaduh dengan ayah. Jangan takut yea sayang, jangan menangis. Walau apapun yang terjadi umi tetap sayangkan Amir.

Amir....umi dah puas bersabar dengan ayah. Sekarang ayah dah naik tangan pada umi. Umi sakit sayang. Umi peluk Amir kuat-kuat sebab umi tak nak ayah ambil Amir dari umi, umi tak nak kehilangan Amir. Amir, ayah nak tinggalkan kita, dan dia takkan balik lagi ke sini. Tapi takpelah, umi takkan tinggalkan Amir. biarlah ayah pergi, mungkin itu yang terbaik, sayang.

Amir, kita kena pindah sayang, umi dah tak mampu nak bayar sewa rumah, sebab sekarang umi kena tanggung perbelanjaan kita seorang. Ayah Amir langsung tak ambil tahu pasal Amir. Tanya khabar pun takde. Umi rasa susah sangat, tapi takpe, asalkan Amir ada, umi senang hati, sayang.

Amir, Amir tinggal dengan ibu Liza yea, umi nak pergi kerja. Petang umi balik, umi ambil Amir yea.

Amir mulai hari ni, Amir tinggal dengan ibu Liza yea. Maafkan umi sayang, tapi ini yang terbaik buat Amir. Ibu Liza dan Ayah Zul dapat berikan kehidupan dan kasih sayang yang umi tak dapat nak bagi untuk Amir. Umi tak mampu nak belikan baju baru untuk Amir, tak mampu nak belikan mainan untuk Amir. Umi tak mahu Amir tak cukup makan bila duduk dengan umi. Sebab umi susah sayang. Umi dah tak sewa rumah, umi cuma mampu sewa bilik kecil aje. Umi pun kadang-kadang nak makan tak cukup duit.

Amir, umi seronok bila tengok Amir membesar dengan sempurna dengan Ibu Liza dan Ayah Zul. Umi tau diorang sayang Amir. Umi tengok diorang belikan macam-macam untuk Amir. Baju, mainan, makanan. Baguslah, umi nak Amir membesar dengan sempurna macam anak orang lain.

Amir jangan nakal-nakal yea sayang, umi datang jumpa Amir bila ada masa, umi bawa Amir jalan-jalan bila ada duit lebih. Umi kena kerja, Tiap-tiap bulan kena ada duit untuk beli pampers, susu Amir. Maafkan umi sebab tak dapat tidur dengan Amir. Maafkan umi sebab tak dapat bawa Amir tinggal dengan umi. Ini semua demi masa depan Amir. Umi pun harap satu hari nanti kita akan bersama.

                                                                                                         UMI.....

Thursday 16 June 2011

AMIR SAYANG UMI.....

Umi.....
Amir rasa seronok sangat bila dapat keluar tengok dunia ni. Cantik. Ada macam-macam benda, macam-macam warna. Tak sabarnya Amir nak belajar semua perkara. Umi jangan lupa ajar tau.

Amir suka tengok bila ayah dan umi seronok jaga Amir. Umi tak pernah merungut bila kena bangun tengah malam sebab Amir nak susu. Walaupun umi kerja. Amir tau bila balik kerja umi penat, tapi umi tetap senyum layan Amir. Amir sayang umi.

Tapi kan umi, kenapa Amir tengok ayah tak tolong umi pun? Masa mula-mula Amir keluar aje ayah tolong umi jaga Amir, lama-lama ayah dah tak peduli. Semua umi nak kena buat sendiri. Tapi mungkin ayah penat kerja agaknya kan? Ayah...tolongla umi sama, Amir tak pandai lagi nak buat semua ni sendiri, kesian umi, umi pun pergi kerja macam ayah jugak.

Umi, apa yang bising-bising ni? kan dah tengah malam? Amir tengah tidur pun terkejut dengar Umi dengan ayah bising-bising. Umi, kenapa umi menangis? ayah buat umi ke? ayah marah umi? ayah, kenapa ayah marah umi? kesian umi. Umi, ayah, janganlah gaduh-gaduh lagi. Jom la tidur. Amir takut tengok umi dan ayah macam ni.

Yeay...umi dah balik kerja. Sukanya Amir dapat main dengan umi. Yeay, ayah dah balik. Tapi kenapa ayah tak senyum dengan Amir macam umi buat? Ayah penat agaknya. Takpelah, nanti ayah dah tak penat kita main sama-sama yea. Eh, apa bising-bising lagi ni? Kenapa umi menangis lagi? ayah kenapa marah umi? Janganlah marah umi lagi. Ayah tak sayangkan umi ke? Umi, Amir takutlah ayah garang macam ni....Umi janganlah garang dengan Amir macam ayah yea...Eh, umi, ayah, kenapa rebut-rebut nak pegang Amir? sakitlah umi, ayah. Ayah janganlah tarik Amir dari umi macam ni, Amir kecil lagi. Sakitlah ayah...umi, tolonglah Amir.

Ayah! Kenapa pukul umi? kesian umi. Janganlah pukul umi lagi. Mesti umi sakit. Kenapa ayah buat umi macam tu? Ayah tak sayangkan umi dan Amir ke? Amir teringin nak rasa ayah peluk Amir, cium Amir, cakap perlahan-lahan dengan Amir. Eh, umi, ayah nak pergi mana? kenapa ayah bawa beg besar? Ayah keluar seorang? kenapa ayah tak bawak kita, umi? Kenapa ayah tinggalkan kita?

Umi, Amir dah lama tak nampak ayah. Kenapa ayah tak balik rumah? Ayah benci dengan kita ke umi? Ayah rasa susah ke jaga Amir? sebab tu ke ayah tinggalkan kita? Umi kemas-kemas barang ni kenapa? kita nak pindah yea?  Nanti kalau ayah balik macam mana dia nak jumpa kita? Tapi takpelah, Amir lagi suka duduk dengan umi, umi tak garang macam ayah, umi tak pernah marah Amir macam ayah.

Umi, selalunya umi tinggalkan Amir dengan Ibu Liza pagi-pagi, ptang-petang mesti umi ambil Amir balik rumah. Ni kenapa umi tak datang? hari dah malam, umi tak datang jemput Amir pun? Mungkin umi penat. Umi datang esok yea, Amir tunggu.

Umi, dah seminggu Amir tunggu. Umi tak datang pun. Amir rindukan umi. Umi datang ambil Amir pergi jalan-jalan, tapi lepas tu umi hantar Amir balik pada ibu. Umi, Amir nak balik rumah umi, Amir nak tidur dengan umi. Amir sedih sebab kena berpisah dengan umi. Amir nak duduk dengan umi.

Umi....
Amir tunggu umi datang ambil Amir tau. Kali ni kita balik rumah umi yea. Amir nak umi. Amir sayang umi.Amir ada ibu, tapi Amir nak umi juga.Umi pun mesti sayangkan Amir, kan. Amir tau umi kena kerja. Nak beli pampers Amir, susu Amir. Nanti umi datanglah yea, main dengan Amir, bawak Amir balik rumah umi.
Amir tunggu umi tau.

                                                                MUHAMMAD AMIR SAFWAN

Wednesday 15 June 2011

KENANGAN ANTARA AKU DAN DIA.

Setelah berkali-kali aku baca dan aku belek-belek, akhirnya aku putuskan nak join segmen SPANAR BURUK nie....

Kisah kenangan antara aku dan dia.....sahabatku....

Faizol.....kau adalah sahabat yang paling baik. Dulu masa kita masih lagi berbaik, kita selalu ada untuk satu sama lain, kan....aku ingat lagi saat aku memujuk kau melupakan ex-girlfriend kau yang dah mempermainkan kau tu. Aku cuma nak kau gembira bila bersama aku, tak nak sedih-sedih. Kau selalu ajak aku keluar. Pergi minum kat kedai mamak, karaoke, jalan-jalan, tengok kau main futsal. Bila ada filem baru keluar, kita pergi tengok wayang. Seronok sangat waktu tu. Sampaikan aku rasa, tak perlu ada teman lelaki bila aku ada sahabat sebaik kau.

Satu hari kau ajak pergi berkelah. Kau cakap kau ajak aku sebab kawan-kawan kau semua ada pasangan, kau pun tak nak la keseorangan , jadi kau ajak aku. Kita semua sangat seronok waktu tu. Macam budak-budak pun ada. Aku rasa itulah saat yang paling menggembirakan dalam persahabatan kita.

Masa birthday kau, aku wish happy birthday, kau minta hadiah. Aku tau kau main-main aje, tapi aku ikhlas nak bagi hadiah, tanda aku menghargai kesudian kau menjadi sahabat aku. Walaupun tak seberapa, yang penting aku ikhlas kan. Aku tengok muka kau macam tersipu-sipu aje bila terima hadiah tu. Eleh, malu la tu...

Tapi tu semua tinggal kenangan aje. Kita tak mungkin akan jadi macam dulu. Kau dah pergi bawa haluan kau. Tinggalkan aku yang kesunyian bila teringat betapa seronoknya persahabatan kita. Aku amat rindukan kau. Mungkin kau dah lupakan persahabatan kita, tapi, bagi aku, ia tetap menjadi kenangan yang paling indah dalam hidup aku, sebab sahabat sebaik kau memang tak mudah untuk aku jumpa

Tuesday 14 June 2011


Bahagia itu umpama udara, tidak dapat dilihat, tapi mampu dirasai dan amat diperlukan setiap insan.Kita bisa mati jika hidup tanpa udara. Begitu juga bahagia. Tanpa bahagia, hati kita akan sengsara, kesedihan, dan kita akan rasa kesepian.Bahagia itu pencetus semangat dalam diri untuk terus mengharungi kehidupan di bumi tuhan ini.Apabila kita merasakan kebahagiaan, maka segala cabaran dalap hidup ini pasti dapat kita hadapi dengan senyuman tanda redha. Setiap insan punya takrif bahagia yang tersendiri.Dan mereka punyai cara tersendiri untuk meraih bahagia itu.

Bahagia bagiku sekiranya disaat aku sedang dalam kesedihan, menitiskan air mata, ada insan yang sudi mendampingiku dan membuat ku kembali tersenyum. Yang sentiasa siap ada disisiku saat susah senangku. Bahagia itu juga bagiku kiranya ada insan yang tulus menyayangiku, dan menerimaku seadanya. juga sentiasa menghargai diriku. Bahagia itu juga mula kurasai andai aku dapat membuat teman-temanku senang dengan kehadiranku dan mereka sentiasa mengingati aku. Yang penting, bagiku, bahagia itu tidak sukar untuk diraih, asal sahaja kita tahu menyayangi dan menghargai diri kita dan juga insan-insan sekelilng kita.

Monday 13 June 2011

ADA UNTUKMU.....(BHG 3)

"Nur tersentap dengan kata-kata Faez. Dia tidak menyangka Faez pergi kerana cemburukan Iman. Rupanya Faez mempunyai perasaan yang sama dengannya. Nur membisu.

"Tak mengapalah, aku harap kau fikirkanlah masak-masak kata-kata aku.. Kalau kau mempunyai perasaan sama seperti aku, kembalilah kepada aku, Nur. Aku akan bertolak ke Sabah kerana menerima tawaran kerja di sana. Kita akan bersatu dan menetap di sana dan tidak ada sesiapa yang akan memisahkan kita lagi."

Setelah Faez pulang, Nur tidak lena tidur. Hatinya mula berbelah bagi semula. Antara Iman dan Faez. Dia sayangkan Iman, namun perasaannya pada Faez terbit kembali setelah tahu rupanya dia tidak pernah bertepuk sebelah tangan. Dia jadi buntu, bingung. Adakah patut dia meninggalkan Iman yang menyayanginya demi Faez?

Malam ini malam berinai. Semua ahli keluarga dan sahabat handainya sedang sibuk menguruskan majlis itu. Namun hati Nur masih tak keruan. Esok hari pernikahannya, dan esok juga dia sepatutnya menemui Faez di lapangan terbang sekiranya dia setuju mengikut Faez. Ibu saudaranya sibuk meletak inai di jarinya, namun matanya merenung jauh ke luar tingkap. Tiba-tiba di di celah-celah tetamu yang hadir, dia seolah-olah melihat kelibat Faez. Dia terperanjat. Hatinya makin tak tentu arah Bila menerima sms dari Faez.

"Aq tgu ko kat airport pg sok kul 6....jgn hampakan aq....."

Malam itu dia tidak lena tidur memikirkan apa yang patut dilakukannya. Dia menunaikan solat sunat istikharah, mohon petunjuk dariNya. Akhirnya dia nekad, dia bersiap-siap ala kadar, mencapai kunci kereta dan keluar waktu semua orang sedang lena dibuai mimpi. Dia begitu yakin dengan keputusannya.

Pagi itu rumah pengantin perempuan kecoh dengan kehilangan Nurin. Telefon bimbitnya tidak dibawa.Tiada siapa tahu mana dia menghilang. Ibu saudaranya hampir pitam, manakala bapa saudaranya sudah mula naik angin dengan insiden ini. Apa yang harus dijawab dengan pihak pengantin lelaki nanti? aepupu-sepupu Nurin mencarinya di sekitar kawasan itu, namun gagal.

Jam menunjukkan pukul 6 pagi. Nur berada di airport, mencari kelibat Faez.

"Aku tahu kau takkan hampakan aku, Nur. Terima kasih. Mana beg pakaian kau?"

"Faez, aku datang sini bukan sebab nak ikut kau, tapi aku nak bagitau yang aku tetap dengan keputusan aku untuk kahwin dengan Iman."

Faez terkejut dengan jawapan Nur.

"Kalu begitu kenapa kau datang? hari ni kan hari pernikahan kau. Kalau kau tak nak ikut aku, kau tak sepatutnya datang sini."

"Aku cuma nak berjumpa dengan kau kali terakhir sebelum kau pergi. Aku memang sayangkan kau Faez. Tapi itu dulu. Kalau kau pun sayangkan aku, kenapa kau tak berterus terang? kenapa kau pilih untuk tinggalkan aku? kenapa kau tak cuba untuk menangi hati aku dulu?"

"Faez, Iman lelaki yang baik, aku yakin dia mampu menjaga aku dan menjadi seorang suami yang dapat membimbing aku. Bukanlah aku kata kau tak layak untuk aku, cuma, mungkin bukan jodoh kita, aku bukan untuk kau Faez. Aku doakan semoga kau bertemu jodoh yang lebih  baik dari aku dan sepadan dengan kau dan akan buat kau bahagia. Jagalah diri kau baik-baik di tempat orang."

"Baiklah Nur kalau itu keputusan kau. Selamat pengantin baru, semoga kau sentiasa bahagia. Selamat tinggal, Nur"

"Selamat jalan Faez."

"Kalau Iman lukakan hati kau, bagitau aku, biar aku belasah dia" gurau Faez.

Nur ketawa dalam tangisannya menyaksikan pemergian Faez. Entah bila mereka akan bertemu lagi.

"Alamak, dah pukul berapa ni, mampus...semua orang mesti cari aku....mandi pun belum ni" Nur mengomel dan bergegas menuju ke kereta untuk kembali ke rumah dan bersiap-siap untuk menjadi pengantin Iman. Dia yakin dengan keputusannya. Dia yakin Iman tidak akan mensia-siakannnya.

ADA UNTUKMU (BHG2)

Oklah....sambung kisah Nur, Faez dan Iman semalam.

Faez terus menyepi dari hidup Nur. Nur pula makin berputus asa untuk memujuk Faez. Namun dirinya amat merindui Faez. Iman pula terus dengan sikapnya yang dingin terhadap Nur. Nur membuat keputusan untuk menjauhkan dirinya daripada Iman. Dia kesal dengan sikap Iman. Gara-gara Iman, dia kehilangan Faez dan kini, Iman mengabaikannya.

Nur meluahkan segala isi hatinya dalam sekeping kertas. Dia meluahkan kekecewaannya terhadap sikap Iman, dan penyesalannya kerana mempersiakan Faez. Nota itu disimpan dalam beg tangannya.Iman mula terasa sunyi bila Nur tidak lagi mencarinya. Satu malam, dia mengajak Nur keluar makan. tapi mereka tidak banyak berbicara. Lebih banyak melayan perasaan masing-masing. Semasa Nur mengeluarkan tisu dari beg tangannya, Iman perasan ada sesuatu terjatuh dari beg tangan Nur. Semasa Nur ke tandas, Iman mencapai 'sesuatu' yang jatuh dari beg Nur tadi. Sekeping nota. Isi dalam nota itu dibaca.

"Faez, aku menyesal kerana mempersiakan kehadiran kau dalam hidupku. Maafkan aku kerana membuat kau terluka dengan sikapku yang pentingkan diri sendiri. Mungkin benar kata kau, Iman bukan benar-benar mahukan aku, dia semakin mengabaikan aku. Aku sunyi tanpa kau. Aku harap satu hari nanti kau kembali."

 "Iman, sampai hati kau permainkan perasaanku. Kenapa hubungan kita dah tak seperti dulu? Apakah kau benar-benar sayangkan aku atau kau sudah punyai pilihan lain? akau tahu, aku mungkin bukan yang terbaik tapi kau tak berhak mempermainkan aku."

Tersentap Iman membaca kandungan nota itu. Dia mula rasa kesal dengan perbuatannya menyisihkan Nur. sekarang hati Nur sudah berbelah bagi. Dia sayangkan Nur dan tidak mahu kehilangan Nur.Setelah berhari-hari dia memikirkan hal ini, dan melihat Nur yang makin dingin terhadapnya, dia nekad.

"Nur, jom kahwin."

"Kahwin? awak ni biar betul...betul ke ni?"

"Saya tak main-main, percayalah, saya sayangkan awak, tak mahu kehilangan awak. Maafkan saya kalau pernah buat awak kecil hati atau bersedih, tapi saya betul-betul mahukan awak, Nur. Percayalah, saya ikhlas."

Nur rasa tersentuh dengan pengakuan Iman. Dia rasa bahagia dengan lamaran Iman. Dia bersetuju dan mereka akan melangsungkan perkahwinan hujung tahun ini.

Faez terus menyepi.Nur juga sudah tidak mencarinya kerana sibuk dengan persiapan perkahwinannya. Sesekali, Faez rindukan gelak tawa Nur.Dia mula rasa menyesal dengan tindakannya menyepi dari Nur. Apabila mendapat tahu Nur bakal mendirikan rumahtangga, Faez jadi tak keruan. Dia rasa dirinya memerlukan Nur sentiasa disisinya. Dia nekad mahu mencari Nur dan mengambil Nur kembali ke sisinya kerana dia merasakan dialah insan paling layak untuk menjaga Nur.

Seminggu sebelum pernikahan Nur dan Iman, Faez tiba-tiba muncul di hadapan rumah Nur.

"Nur, kau apa khabar? aku dengar kau nak kahwin dengan balak kau."

"Yup. minggu depan kami akan bernikah. Jangan lupa datang yea."

"Nur...sebenarnya aku nak cakap sesuatu"

"Faez....mana kau pergi selama ni? kenapa kau pergi macam tu saja? Kau tau tak, aku rindu sangat pada kau"

"Nur, maafkan aku. Aku terlalu ikutkan perasaan waktu tu. Aku sayangkan kau Nur. Aku cemburukan Iman. Aku tak mahu ada orang lain dalam hidup kau selain aku, Nur. Nur, kembalilah pada aku, kita jadi macam dulu, aku rindu sangat pada kau, dan aku yakin aku mampu membahagiakan kau lebih dari apa yang Iman mampu berikan..."

APAKAH KEPUTUSAN NUR? SIAPAKAH PILIHAN HATINYA? FAEZ ATAU IMAN? NANTIKAN SAMBUNGNNYA YEA.....

Sunday 12 June 2011

ADA UNTUKMU....

Ada sepasang sahabat karib, Nur dan Faez. Mereka sentiasa saling ada untuk satu sama lain. Sentiasa bersama susah senang. Saat Faez sedih ditinggalkan kekasihnya, Nur lah yang mengubat lukanya, menghibur hatinya. Dan ketika Nur pula kecewa dipermainkan teman lelakinya, Faez menjadi tempat dia mengadu, menghilangkan rasa duka.

Satu hari Nur berkenalan dengan seorang jejaka melalui kawannya. Iman namanya. mulanya mereka setakat teman biasa, dan Nur masih lagi rapat dengan Faez. Mereka masih lagi selalu keluar bersama, dan berkongsi masalah masing-masing. Tapi Iman cuba memenangi hati Nur. selalu mengajak Nur keluar, setiap hari call, sms tak berhenti. Lama-lama Nur pun tertarik dengan Iman. Faez pula makin sibuk dengan kerjanya. Mereka makin jarang bertemu dan berhubung. Satu malam Nur bercerita tentang Iman kepada Faez melaui sms.

NUR : Ko tau, ada sorang mamat ni, dia kata dia suka aq.
FAEZ : Mne lak ko knl mamat ni?
NUR : Ala, knl dr kwn aq gak. Dia ni baik la. Dia kata nak ajk aq kawen tau....
FAEZ : Ko ni biar btul. Tak cayela aq, bru knl dah nk ajk kawen.
NUR: Btul....syokla camni...
FAEZ : Aq rasa mamat ni nak main2 je ngan ko la...baik ko hti2...xpyhla lyn...
NUR : Ala ko ni, jgn la risau, taula aq jg dri....lgpun klu pape jd kat aq, ko kan ada....
FAEZ  : Sukati ko la...aq tak nak ko kene main je ngan mamat ni nnt, ko jugak yg nyesal nnt...
NUR : Jgn risau, aq tau ape yg aq wat, k....

Akhirnya, Iman berjaya menawan hati Nur. Nur secara rasmi menjadi kekasih Iman. Nur lupa pesan Faez. Dan dia makin lupakan Faez. Dia begitu asyik dibuai cinta Iman. Faez mula terasa jauh dari Nur. Sudah berapa kali ajakannya untuk keluar bersama ditolak oleh Nur. Nur lebih utamakan Iman sekarang. Faez sunyi tanpa Nur yang selalu menghiburnya.

Setelah beberapa bulan bercinta, Iman mula berubah, kalau dulu setiap hari ada call, sms sehingga lewat malam, sekarang sudah tiada. Kalau Nur sms pun jarang Iman membalasnya. Iman tidak akan call Nur, melainkan Nur yang selalu call Iman. Itupun cakap sekejap sahaja. Tidak samapai 5 minit. Dulu hari-hari berjumpa, sekarang seminggu sekali pun sukar untuk melihat kelibat Iman. Alasannya sibuk kerja dan penat.

Nur mula teringatkan Faez. Faez tidak pernah melayannya begitu. Faez selalu ada untuknya. Dia cuba menghubungi Faez. Tapi tidak berjawab. Dia sms, tidak berbalas. Dia hantar mesej melalui facebook. Pun tidak berbalas. Dia mula hairan. Akhirnya setelah berpuluh-puluh mesej dihantar, barulah Faez membalas mesejnya.

NUR : Faez, ko nape? marahkan aku ke? xjwb call, xreply msj, kat fb pun tak lyn aku....
FAEZ : Takde ape, aku sibuk, jgn kacau akula.
NUR : Jgnla mcm ni...jom lepak, dah lama xjumpa ko....
FAEZ : Apsal ko tetibe cri aq lak? g la kat blk ko, dulu masa blk ko ada xdela lak ko nak cri aku....
NUR: Faez....plz....jgnla wat aq camni....aq rindu nak lepak ngan ko, mcm dulu2....soryla sbb selama nie aq xpedulikan ko....
FAEZ : Dahla, aq maafkan ko, ttup cite...aq bz, nnt klu aq dah sdia nk jmpe ko, aq dtg...salam...

APA KESUDAHANNYA? ADAKAH NUR BERJAYA PUJUK FAEZ? DAN ADAKAH IMAN AKAN MENINGGALKAN NUR? TUNGGU SAMBUNGANNYA YEA......LAYAN LAGU NI DULU.....http://youtu.be/9odoOwWA08A

PEKIDA? ape tuh? sejenis kuih ke?

Kali ni entry aku mungkin agak sensitif bagi sesetengah pihak. Kan sekarang tengah heboh isu PEKIDA nak saman penerbit KL Gangster dan Kongsi gara-gara penggunaan frasa ABG LONG dan AYAHANDA. Aku merasa terpanggil nak tulis pasal isu ni.

1. Kenapa sampai nak main saman-saman bagai? Kan pengarah dua-dua filem tu dah kata itu cerita semata, yang korang nak terasa tu apsal? sampai nak saman-saman? Nampak sangat PEKIDA ni nak cari glamour.

2. Kalau diorang kata filem tu mendedahkan kod rahsia pertubuhan diorang, apa yang aku tahu, frasa ABG LONG dan AYAHANDA tu bukan lagi kod rahsia, semua orang pun tahu, budak-budak sekolah rendah pun tahu pasal ABG LONG dan AYAHANDA ni.

Kalau nak ikutkan PEKIDA adalah pertubuhan yang memperjuagkan agama islam, tapi yang aku tengok sekarang, kebanyakan ahli-ahli PEKIDA sendiri menggunakan nama PEKIDA untuk tunjuk kuasa, biar orang takut dengan diorang, orang macam ni lebih menjahanamkan bangsa dan agama.

Bila sebut PEKIDA mesti orang kaitkan dengan 3 line la, 77 lah, macam-macam lagilah, lepas tu konon dia kabel kuat la, jangan orang kacau sikit, ABG LONG turun, bawak samurai lah, apelah, kan itu meningkatkan gejala gangsterisme yang dah sedia menular di Malaysia ni.


Bekas suami aku dulu bangga sangat dengan 3line nya tu. Aku pun kadang-kadang naik meluat. Pantang silap sikit, ugut nak panggil ABG LONG la, AYAHANDA la, bawak samurai la, kononnya dia ni ada orang jaga la. Aku pun tak tau, tinggi sangat ke pangkat dia dalam PEKIDA tu? Tak pernah pulak aku nampak geng-gengnya. Kena marah dengan pakcik aku, menikus jugak dia...hehehehe....

Lepas tu, dulu masa zaman nakal-nakal aku, aku pernah kenal dengan seorang Pakcik ni, sampai sekarang aku tak tau nama dia. Mula-mula aku kenal dia, aku pelik sebab semua orang yang jumpa dia akan salam cium tangan. Aku ingatkan baguslah, orang muda hormat yang tua kan, tapi kalau yang muda sikit aje pada dia, rambut macam rockers, muka macam pengganas pun salam cium tangan, aku dah pelik. Tapi aku malas nak tanya banyak. Lepas tu aku dengar orang panggil dia ayahanda. Baru la aku tau, dia ni ada pangkat la jugak dalam PEKIDA tu.(agaknya) Kata orang, dia ni AYAHANDA Lembah Pantai. Yang aku pelik tu, kalau dia salah seorang orang tertinggi dalam pertubuhan yang memperjuangkan Islam, mestila dia kuat agama, solat tak tinggal. Ini tak, Minum arak kuat, lepas tu asyik tukar-tukar perempuan, siap langgan GRO pulak tu. Ayahanda ape tu namanya? Pelik-pelik.

Kadang-kadang aku rasa PEKIDA ni dah lari dari konsep sebenar. Orang yang join PEKIDA ni cuma nak glamour aje. Bangga sebab dia berada dalam satu pertubuhan yang dianggap besar dan menggerunkan. Tapi lepas tu, gunakan nama PEKIDA tu untuk kepentinganh sendiri, buat huru-hara sana sini.

Apalah yang nak dibanggakan sangat dengan join PEKIDA tu? kalau betul-betul ikhlas nak perjuangkan Islam, banyak lagi cara lain. Ini tak, solat 5 waktu pun belum tentu buat, lepas buat perkara-perkara yang Allah larang, minum arak, main perempuan, ada hati nak join pertubuhan yang dikatakan memperjuangkan Islam.

P/S : Ini pendapat peribadi aku, kalau ada yang terasa, nak marah, nak maki ke, silalah. Kalau ada yang tak pasal-pasal mengamuk-ngamuk kat blog aku ni, maknanya betullah kan? sebab orang yang beriman, dia takkan cepat marah bila dikritik, dia sabar dan menjawab setiap isu ni dengan bijak.

(AKU RASA PEKIDA MARAH SAMPAI NAK SAMAN-SAMAN PENERBIT KL GANGSTER DENGAN KONGSI SEBAB DIORANG MALU BILA JALAN CERITA FILEM TU DIORANG RASA ADA KENA-MENGENA DENGAN AHLI-AHLI DIORANG YANG SUKA BUAT HAL. KALAU TAK, BUAT APA NAK MARAH-MARAH, BETUL TAK?) LU LANGSI, LU MATI! http://youtu.be/hM8_NxC2M2c




IBU

Hari ni aku nak cerita kisah Rizman(again, bukan nama sebenar). Rizman ni dah besar, 25 tahun umurnya, bujang, anak no.2. Dia ni baik, kawan yang baik, anak yang baik, memang baiklah. Tapi aku tengok dia ni selalu tak puas hati dengan mak dia. Dia takdelah pernah melawan cakap dia, tinggi suara dengan mak dia macam kebanyakan anak-anak zaman sekarang, tapi dia selalu mengadu dengan kawan-kawan yang dia tak puas hati dengan mak dia.

1. Umur dia dah 25, dah ada kerja tetap, dah stabil la kata orang. Dia nak duduk bujang, nak privacy katanya. Mak dia kata - "Tak payahlah, nanti sakit pening kau sape nak tengok, makan minum kau sape nak jaga, nanti langsung kau tak balik jenguk mak ayah kat rumah ni.

Jadi dia batalkan hasrat dia. Dia masih lagi duduk rumah mak ayah dia.

2. Dia nak beli motor baru. Sebab motor yang sekarang ni ayah dia yang belikan, dia nak bagi adik dia pakai. Mak dia kata - "Tak payah nak beli-beli motor baru, motor yang ada tu pun tak terjaga, ada hati nak beli motor baru."

Dia pun tak jadi beli motor baru. Dia masih lagi pakai motor yang ayah dia belikan tu.

3. Dia nak beli kereta. Dia ada kereta, tapi tu mak dia punya, jadi dia nak beli kereta sendiri, senang kalau dia nak jalan jauh-jauh. Mak dia kata - "Tak payah nak mengada beli kereta. Kereta kan dah ada." "Tapi kereta tu mak punya." Mampu ke nak pakai kereta? nak bayar bulan-bulan? motor tu pun selalu sangkut nak bayar road tax"(Padahal baru sekali lambat re-new road tax. Itu pun dah settle.)

Dia pun tak lawan cakap mak dia, tapi dia masih tetap nak beli kereta tu, memang dia berkenan sangat kereta tu. Sekarang dia dalam proses pujuk mak dia untuk terima idea dia nak beli kereta tu.

Yang ni kemuncaknya(kot)....Dia bercinta dengan Nani(bukan nama sebenar). Dan dia rasa memang dia dah sedia nak kahwin, dan dah sampai masa dia tamatkan zaman bujangnya. Tapi, sekali lagi, mak dia tak setuju dengan idea dia ni. Sebab Nanie ni ada title "Miss J"....Korang tau kan.....ibu tunggal.....

Dia dah cerita dengan Nanie. Mak dia tak sukakan hubungan diorang. Mak dia suruh tinggalkan Nanie, cari orang lain. Dia dah pening. "Apalah mak aku ni, semua tak boleh, semua tak kena. pening betullah." Dia nak sangat bawa Nanie jumpa mak dia, tapi Nanie tak nak. Nanie kata dia tak mahu Rizman dan mak dia gaduh lagi sebab dia. "Biarlah mak tu sejuk dulu. Sekarang mungkin dia tak suka, kita doakanlah supaya terbuka pintu hati dia untuk terima hubungan kita."

Sampai sekarang mereka masih belum kahwin, sebab mak Rizman masih belum dapat terima yang anaknya berkenan dengan Miss J. Rizman masih tunggu bila mak dia dapat terima Nanie. "Aku dah nak kahwin ni mak oiii...tolongla bagi aku kahwin dengan Nanie..." Dia cakap dalam hati ajela....nak cakap depan-depan, tak sanggup dia...takkan nak cakap macam tu dengan mak kan....

Pada aku kan, mak Rizman ni bersikap macam tu sebab dia amat sayangkan Rizman.

-Dia tak bagi Rizman duduk bujang sebab dia nak tengok Rizman hari-hari depan matanya.

-Dia tak bagi Rizman beli motor dan kereta sendiri sebab kalau Rizman ada kenderaan sendiri, panjanglah langkah dia ni nanti. Mula lah jalan jauh-jauh tak balik rumah. Risaulah dia.

-Dia tak bagi Rizman kahwin dengan Nanie. Aku rasa bukan sebab dia tak boleh terima Nanie. Tapi dia masih belum bersedia nak kehilangan Rizman. Bila dah kahwin, dia kena kongsi Rizman dengan Nanie. Dan dia masih belum sedia untuk itu....

PADA AKU, MAK RIZMAN NI MUNGKIN NAMPAK MACAM MENGONGKONG RIZMAN, TAPI ITULAH KASIH SAYANG SEORANG IBU. RIZMAN MUNGKIN TAK NAMPAK SEMUA NI, TAPI AKU YANG TAKDE MAK NI BOLEH RASAKAN KASIH SAYANG MAK DIA YANG MENDALAM PADA DIA. SETIAP TINDAKAN DAN KATA-KATA IBU ITU BERSEBAB. TAPI AKU TENGOK ZAMAN SEKARANG RAMAI ANAK-ANAK YANG SUKA MEMBANGAKANG CAKAP IBU DIORANG, TENGKING, ITU BELUM KIRA YANG PUKUL, BUANG IBU TEPI JALAN. SEDIH AKU TENGOK ORANG YANG MEMPERLAKUKAN IBU SAMPAI MACAM TU SEKALI. INGATLAH, SYURGA KAN BAWAH TAPAK KAKI IBU. BERSYUKURLAH KORANG SEBAB MASIH ADA IBU, AKU YANG DAH TAKDE IBU NI CUMA DAPAT TUMPANG KASIH DENGAN IBU KAWAN-KAWAN AKU. BERBAKTILAH SELAGI ADA KESEMPATAN. JANGAN NANTI DAH KEHILANGAN IBU, BARU NAK MENYESAL. MASA TU DAH TA\K GUNA DAH......aku sedih setiap kali dengar lagu ni : http://youtu.be/UOtQxlccDXs

Saturday 11 June 2011

SURAT NURIN BUAT AYAH

Ayah.....
Nurin tulis surat ni untuk ayah. Ini luahan hati Nurin yang selam ni Nurin simpan sorang-sorang. Ayah, Nurin sedih, kenapa hidup Nurin tak macam orang lain? Nurin cuma nak gembira dan bahagia aje. Dulu masa arwah mak ada, kita sekeluarga bahagia sangat kan ayah? seronok aje masa tu.


Tapi semuanya berubah lepas arwah mak pergi. Mak...kenapa mak tinggalkan Nurin. Nurin sunyi, Nurin sedih.
Ayah...kenapa ayah berubah? Dulu masa mak ada, ayah layan Nurin dengan baik, sekarang, bila mak dah takde, kenapa ayah selalu usik-usik Nurin? Ayah tidur sebelah Nurin sebab ayah kata taknak Nurin takut tidur sorang-sorang, tapi kenapa ayah tak tidur betul-betul? kenapa ayah bukak baju Nurin? kenapa ayah sakitkan Nurin? Ayah...Nurin sakit...janganlah usik Nurin macam ni lagi....Nurin takut.....


Ayah selalu buat macam tu bila-bila masa aje ayah nak...Nurin pun tak faham sebenarnya kenapa ayah buat macam tu. Kalau ayah sayang Nurin, takkan ayah buat Nurin sakit....Mak...kenapa ayah buat Nurin macam ni...Nurin nak mak.....


Satu hari Nurin nekad, Nurin bagitau pada cikgu sekolah. Nurin dah tak tahan ayah buat Nurin macam tu. Cikgu kata, polis dah tangkap ayah. Lepas tu Nurin dah tak jumpa ayah. Ayah ingat tak kali terakhir Nurin nampak ayah masa dekat mahkamah. Nurin kena cerita semua yang ayah buat pada Nurin. Nurin malu sangat waktu tu, tapi Nurin kena cerita juga.


Nurin duduk dengan Pakcik sampai habis STPM. Ayah tau tak, pakcik dengan isteri dia baik sangat dengan Nurin. Diorang jaga Nurin macam anak diorang sendiri.


Bila habis sekolah, Nurin dapat kerja, Nurin duduk dengan kawan-kawan. Kadang-kadang bila tengok kawan-kawan ada mak ayah, Nurin rasa sedih sangat, cemburu dengan diorang.Tapi takpe, Nurin tau ni semua ujian buat Nurin kan, ayah.


Tapi satu hari Nurin terkejut bila tiba-tiba ayah datng tempat kerja Nurin. Nurin takut. Ayah kata ayah dah berubah, ayah minta maaf dengan Nurin, tapi, Nurin takut ayah buat macam dulu. 


Ayah, kenapa ayah datang balik dalam hidup Nurin? apa yang ayah nak sebenarnya? Nurin tak tahu macam mana nak berdepan dengan ayah. Nurin tak tahu nak layan ayah macam mana. Sampailah satu hari tiba-tiba ayah marah-marah. Ayah marah sebab Nurin tak layan ayah. Nurin dingin dengan ayah. Nurin cuma cakap Nurin nak hidup sendiri, Nurin tau jaga diri sendiri. Nurin tak nak ayah kawal Nurin macam dulu. 

Ayah marah, ayah kata Nurin anak derhaka. Ayah kata ayah kecewa dengan Nurin. Ayah kata kalau Nurin nak kahwin, nak pakai wali, ayah tak nak jadi wali Nurin. Sampai macam tu sekali ayah marahkan Nurin. Nurin sedih, Nurin marah dengar katak-kata ayah. Nurin dah tak fikir panjang. Nurin nampak ada batu bata kat sebelah Nurin. Nurin angkat batu bata tu, dan..............Nurin ketuk kepala ayah. Nurin ketuk lagi, banyak kali....Nurin luahkan rasa marah Nurin melalui batu bata tu. Akhirnya Nurin tengok ayah terbaring, diam, berlumuran darah. Kepala ayah pecah....Nurin dah tak sedar apa yang berlaku lepas tu.

Ayah, ayah kata ayah kecewa dengan Nurin, Nurin lagi kecewa dengan ayah. Ayah marah dengan Nurin, Nurin lagi marah dengan ayah. Kalau ayah rasa ayah boleh datang balik dalam hidup Nurin, ayah silap. Sukar untuk Nurin maafkan ayah.

Kalau ayah nak tau, Nurin tulis surat ni dalam penjara. Ya, Nurin masuk penjara sebab dituduh membunuh ayah. Tapi cuma Allah, ayah dan Nurin aje tau apa yang berlaku sebenarnya, kenapa Nurin buat macam tu. Besok Nurin akan jalani hukuman gantung atas kesalahan Nurin. Nurin redha ayah. Ayah tak tahu betapa siksa hidup Nurin sebab perbuatan ayah. Ayah nak tau kenapa Nurin tak boleh maafkan ayah? Sebab Nurin masih ingat kata-kata ayah di mahkamah dulu : "DIA BENIH SAYA, PENAT-PENAT SAYA JAGA, DARIPADA BAGI ORANG LAIN RASA, BAIK SAYA RASA DULU."


Ayah rasa ayah patut ke cakap macam tu? Ayah jawablah dengan Allah nanti di akhirat yea...

                                                                     Sekian dari anakmu,

                                                                                    NURIN.
http://youtu.be/NCcFnuZvBsg

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

HEADER BEN ASHAARI BLOG


selamat datang ke blog saya. blog ni mengandungi macam-macam kisah menarik.

Friday 10 June 2011

KERANA MULUT BADAN BINASA...MEMANG BINASA BETUL!

Kisah ni terjadi di kampung aku. Ada seorang janda, Rafidah(mestila bukan nama sebenar). Dia ni dah berbelas tahun menjanda selepas suami dia meninggal dunia. Dia tinggal seorang sebab anak-anak dia semua tinggal di bandar. Dia ni memang jenis suka cakap besar dan suka memperlekehkan orang lain. Dia rasa dia aje yang paling bagus dalam kampung aku tu. bukan niat aku nak buruk-burukkan orang, tapi sebagai pengajaran, lagipun memang betullah perangai dia macam tu. Mak cik aku cakap dia ni ada kena mengena la jugak dengan keluarga ayah aku, tapi aku pun tak tau ye atau tak. Sebab aku pun tak kenal dia sangat.

Mak cik Rafidah ni perangai dia suka menunjuk-nunjuk kekayaan dia. Riak la bak kata orang. Bila keluar ke pekan, barang kemas tu selagi dia boleh sarung, memang dia pakai habis. Orang macam ni memang la orang tak berapa suka kan. Aku pun tak suka walaupun aku tak kenal dia sangat. Rumah dia memang macam rumah orang kaya. Tapi dia ni kedekut. Susah nak tengok dia ni hulurkan bantuan pada orang.

Di kampung aku ni ada seorang penagih,(sebenarnya ramai penagih di kampung tu, makcik aku cakap)Husin(sekali lagi, bukan nama sebenar) biasanya kalau penagih mesti suka pecah masuk rumah orang kan, nak cari duit buat beli benda haram tu. Tapi Husin ni tak macam tu. itu yang aku pelik sikit. Orang tau dia ni penagih, tapi dia ni jenis tak kacau orang. Dia ada kerja. Kerja kampung la. Belum pernah la dengar dia ni kena tangkap sebab pecah masuk rumah orang. Macam-macam jenis orang ada di dunia ni.

Mak cik Rafidah ni memang tak suka la Husin ni, yela orang memang tak suka penagih kan, tapi dia bukan setakat tak suka aje, kan aku cakap tadi, dia rasa dia yang paling bagus di kampung tu. Setakat Husin tu, memang dia pandang rendah la. Satu hari, Mak cik Rafidah ni ke pekan, dia tanya-tanya la orang siapa yang pandai baiki atap sebab atap rumah dia bocor. Si Husin ni terdengar perbualan Mak cik Rafidah ni offer la diri nak betulkan atap rumah dia tu. Mak cik Rafidah ni, bukan setakat tak pandang Husin dan buat-buat tak dengar tawaran Husin tu, dia siap cakap ape korang tau? "AKU TAK NAK LA PENAGIH DOK BETULKAN ATAP RUMAH AKU, JIJIK AKU TAU TAK!"

Apa lagi, merah padam muka Husin ni menahan malu, sebab volume Makcik Rafidah tu boleh tahan la jugak tinggi, waktu tu pulak ada ramai orang di kawasan tu. Tapi waktu tu dia waras lagi, dia tak la serang Makcik Rafidah balik, dia cuma tunduk, dan pergi dari situ. Semua orang dah pandang dia lain macam.

Peristiwa tu tak tamat macam tu aje. Satu malam, Mak cik Rafidah tengah tidur, tiba-tiba dia dengar macam ada orang tengah selongkar almari dia. Dia bangun, bilik tu kan gelap, dia cuma nampak sesusuk tubuh tengah selongkar laci almari dia. Apalagi, menjerit la orang tua tu. Tapi tak sempat dia nak menjerit panjang, Dia terasa perut dia pedih, pisau tajam dirodok ke perut dia. Dia terbaring, tak habis setakat tu, bertubi-tubi pula tikaman ke perut dan dada dia. manusia yang menikam dia tu belum puas, dia buka lampu bilik, dengan sisa-sisa nyawa yang tinggal, Makcik Rafidah terkejut bila si penikam itu tersenyum sinis melihat dia yang nyawa-nyawa ikan. Dia cuma berkata "PADAN MUKA KAU, TAK RETI JAGA MULUT!" dan akhirnya pisau itu dirodok ke dalam mulut Mak cik Rafidah. Dia meninggal di situ juga. Dan penceroboh tadi lari meninggalkan pisau yang digunakan, tetapi membawa bersama barang-barang berharga milik Mak cik Rafidah.

Tiga hari kemudian barulah orang kampung menyedari kematian Makcik Rafidah. Itupun sebab ada orang kampung terhidu bau busuk dari rumah Makcik Rafidah dan mereka tak pernah lihat Mak cik Rafidah keluar. Jenguk punya jenguk, mereka nampak mayat Mak cik Rafidah dalam keadaan ngeri. Laporan polis di buat, Mayat Mak cik Rafidah dibedah siasat, pisau yang ditemui di sisi mayat beliau dijadikan bahan bukti utama, gerakan mencari pembunuh Mak cik Rafidah dimulakan. Orang-orang kampung disoal siasat. Akhirnya polis dapat gambaran suspek utama. Berdasarkan maklumat orang kampung yang melihat kejadian Mak cik Rafidah menghina Husin, polis menggeledah rumah Husin. Dia tiada, tapi barang-barang kemas milik Makcik Rafidah bersepah dalam rumahnya. Akhirnya mereka menemui Husin di pondok dalam kebun getah berhampiran rumahnya. Dia mengaku membunuh Mak cik Rafidah kerana marah dengan kata-kata Mak cik Rafidah terhadapnya. Dia ditangkap dan kini kesnya masih dibicarakan di mahkamah.



Tragik kan kisah ni? itulah, kita hidup di dunia ni, kena sentiasa berhati-hati dengan apa yang kita katakan, takut menyinggung perasaan orang. Lagipun kan tak elok merendah-rendahkan dan menghina orang lain. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kita tak berhak menghina sesiapa. Sebab mereka juga makhluk Allah, macam kita. Lagipun zaman sekarang ni orang makin ganas, silap sikit tikam, terasa sikit pukul, cemburu terus simbah asid, sentiasalah berhati-hati membawa diri.

Segmen-Nizam Ijam Nak Tolong Promote Blog Anda.

http://www.nizamijam.co.cc/2011/05/segmen-nizam-ijam-nak-tolong-promosi.htmlhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg10lW1CXF8VjVoLs9XFtWX-Lga-qFHdGuPTR5WH3JHFhbFhATN1A5J-x7hE0PwdBju7an-x3g47uw_xqgaFyoarHPLHK7DND72Vb5H2IRjtUKleq5IJAzoU10NunkEyN0A5n7Es1RDIMTH/s950/bNNER+BIRU+laptop+copy.png

SAMBUNG LAGI.......

Jadi, pada yang menunggu sambungan kisah Winda ni, kali ni aku habiskan kisahnya.......

Setelah setahun berumahtangga dan menempuh macam-macam dugaan, Winda akhirnya nekad mahu keluar dari neraka Saufi. Dia minta dilepaskan. Mulanya Saufi enggan, tapi Winda berkeras. Saufi setuju, dengan syarat, anak itu diserahkan padanya. Apa tujuannya meletakkan syarat begitu, aku kurang pasti. Tapi memang kejam kan?Aku nasihatkan Winda supaya membawa lari anaknya supaya tidak dirampas oleh Saufi. Winda sekali lagi membuat keputusan besar dalam hidupnya. Anaknya diserahkan kepada keluarga angkat, dan dia menuntut fasakh dari Saufi.

Selepas berpisah, keluarga Saufi mula menjaja keburukan Winda kepada saudara mara mereka, Winda dituduh tidak pandai menjaga suami, dan curang. Namun Winda tidak peduli, dia lega dapat lepas dari cengkaman Saufi. Saufi pula jadi tidak keruan, mencari Winda untuk memujuknya kembali, macam orang gila talak. Tapi tidak lama, 2 bulan selepas itu, dia mula jumpa cinta baru. Malanglah nasib teman barunya kerana belum kenal siapa Saufi.

Winda meneruskan hidup seperti biasa, dia mendapat tawaran kerja di sebuah syarikat guaman.Anaknya dilawati bila ada kelapangan. Satu hari semasa sedang online  di facebook, mencari teman lama, Winda terfikirkan seseorang. Ya, Azman. Dia mula mencari. Jumpa! Dia add Azman, tak lama lepas tu Azman approve. Mereka mula chatting.

WINDA : Askum
AZMAN : Wslm
WINDA : Ingat sy lagi?
AZMAN : Igt. Awk pekaba?
WINDA : Sht. Awk?
AZMAN : Biasa2 aje. Katne ni?
WINDA : Ofis. Awk?
AZMAN : Kat hostel.
WINDA : Oh yea, awk blaja lg kan? bila cuti?
AZMAN : Bulan depan cutila.
WINDA : Leh jumpa?
AZMAN : Nak watpe?
WINDA : Saje, lepak2, sembang2....lame xdgr cite.
AZMAN : Tgkla nnt....nnt papehal sy msj.
WINDA : Sy dah tukar no. phone.
AZMAN : sy still pkai no lama, nnt send la no. itu pun kalau awk still smpn no sy.
WINDA : Ok.

Akhirnya mereka bertemu selepas Azman tamat belajar. Lama la jugak. Masa mula-mula memang macam janggal, tapi lama-lama dah ok. Winda mula menyimpan perasaan ingin kembali pada Azman. Tapi Azman capat membaca isi hati Winda. Dia tidak mahu terluka lagi. Dia serik dipermainkan. Akhirnya Azman pergi lagi dari hidup Winda kerana tidak mahu cinta lama berputik kembali. Winda akur dengan tindakan Azman. Dia tahu dia bersalah. Azman dibiarkan pergi. Biarlah mereka kekal dengan haluan masing-masing.

Tapi kata orang kalau jodoh itu sudah ditetapkan buat kita, larilah kemana pun, pasti bertemu kembali. Setelah hampir setahun, tiba-tiba Winda dikejutkan dengan kehadiran SMS dari Azman. Pukul 5.00 pagi pulak tu. Mulanya bertanya khabar. Lama-lama mengatur pertemuan. Cuti hujung minggu mereka bertemu. Membuka kembali kisah lama. Meluahkan isi hati masing-masing. Kan betul kata aku, diorang ni memang ditakdirkan bersama. Setelah beberapa kali keluar bersama, Azman menyatakan hasrat untuk melamar Winda.

Tapi semuanya tak semudah yang disangka. Winda masih fobia dengan kegagalan rumahtangganya menolak lamaran Azman. Dia sayangkan Azman, tapi takut Azman akan jadi seperti Saufi bila mereka berkahwin. Aku yakinkan Winda bahawa Azman bukan begitu. Dan peluang baik tak datang selalu, lagipun mereka memang ditakdirkan untuk satu sama lain. Buktinya walau terpisah jauh mana sekalipun, mereka pasti bertemu semula. Lama juga Azman terpaksa menanti jawapan Winda. Winda main tarik tali dengan Azman. Azman bengang dengan sikap Winda. Azman buat keputusan untuk bawa diri. Masuk ni dah 3 kali rasanya Azman bawa diri sebab Winda. Kali ni katanya dia takkan kembali ke sini. Mungkin memang Winda bukan untuknya.

Malam sebelumAzman berangkat, dia jumpa Winda menyatakan hasratnya untuk pergi. Kebetulan Winda juga memang ingin jumpa Azman. Dia berterus terang sengan Azman kenapa dia bersikap begitu sedangka dia sayangkan Azman.

AZMAN : Jadi apa keputusan awak? awak nak ke tak nak kahwin dengan saya ni?

WINDA : Saya nak......tapi......

AZMAN : Tapi apa? awak nak main-main dengan saya lagi yea?

WINDA : Saya memangla nak, tapi awak tu yang macam main-main. Mana cincin? mana rombongan meminang? Mentang-mentang saya janda, awak nak kahwin koboi yea?

AZMAN : ..........(sambil senyum kambing)

Akhirnya mereka selamat diijabkabulkan. Winda dapat cinta sejatinya dan majlis perkahwinan impiannya, garden wedding. Selepas kahwin, mereka menetap di selatan tanah air. Anak Winda dibawa bersama. Aku pun tak tau apa cerita mereka sekarang, lama tak jumpa, kadang-kadang mesej di facebook, macam bahagia je gayanya. Alhamdulillah...aku harap mereka kekal bahagia.

Kepada gadis di luar sana yang baca kisah ni, ambillah iktibar dari kisah ni, bukan senang nak jumpa lelaki macam Azman ni. Jangan jadi macam Winda ni. Jagalah diri, jangan terlalu ikutkan nafsu, kita kan orang islam, jagalah batas pergaulan kita, jangan sampai terjebak dengan perkara yang bukan-bukan, bila tersungkur, kita juga yang tanggung akibatnya.......

Thursday 9 June 2011

SAMBUNGAN.....

Haaaa....ini sambungan kisah Winda yang aku post sebelum ni....makin menarik kisah kawan aku ni....Kan dia dah sah mengandung dan tinggal kat rumah aku. Kerja pun kat tempat aku. Mesti korang ingat dia dah insaf kan? macam cerita-cerita melayu yang klise tu.

Tak lama lepas tu, dia mula rapat dengan sorang lelaki kat tempat kerja kami, Saufi(memang bukan nama sebenar). Mula-mula kawan, makin lama makin rapat, kemudian tau-tau aje dah bercinta. Winda kata dia dah berterus terang pada Saufi tentang keadaan dia, dan Saufi sanggup bertanggungjawab atas Winda. Pelik kan? ada lagi lelaki yang budiman macam ni zaman sekarang. Saufi ajak Winda kahwin. Winda pun setuju kerana memikirkan masa depan kandungannya. Maka mereka kahwin dengan majlis ringkas.

MESTI KORANG INGAT INI HAPPY ENDING UNTUK WINDA KAN? NANTI DULU.....BELUM TAMAT LAGI KISAH WINDA NI, KAN AKU KATA KISAH NI UNTUK PENGAJARAN SEMUA, INI BUKAN DRAMA MELAYU, INI REALITI, MAKA KISAHNYA LAIN SEDIKIT.

Tak lama kemudian, Winda selamat bersalin anak perempuan yang comel. Kehidupan mereka macam biasa, cuma Saufi makin lama makin berubah, malas bekerja dan mengharapkan Winda menanggung semua perbelanjaan. Bila Winda bangkitkan soal itu, Saufi bangkitkan soal kesanggupan menerima Winda dan anaknya. Winda mula makan hati. Dia tidak tahu nak mengadu pada siapa. Selalunya dia akan cari aku. Aku cuba nasihatkan dia supaya tabah dan sabar hadapi dugaan.

Saufi juga jenis yang kuat mengadu masalah rumahtangga pada ibunya. Salah sedikit, dia mula mengadu. Anak emak lah pulak. Keadaan ini membuatkan Winda makin tertekan. Lama dia berfikir, mencari penyelesaian pada masalahnya, dan dia juga ada meminta pendapat aku. Saufi pula asyik mencari salah Winda. Mereka makin kerap bergaduh. Pernah sekali Winda ditampar Saufi dan tamparan itu sedikit mengenai pipi anaknya yang ketika itu didukung Winda. Winda menangis ketika menceritakan hal itu padaku. Aku mula geram dengan sikap Saufi.Winda tidak boleh adukan perihal Saufi pada ibu bapa mertuanya kerana nanti dia yang akan disalahkan.

Ibu bapa Saufi pula tidak habis-habis menyuruh Saufi memujuk Winda menyerahkan anaknya pada mereka kerana mereka rasakan Winda belum layak jadi ibu yang baik. Winda mula bengang dengan sikap Saufi dan keluarganya. Dia akhirnya buat satu keputusan yang nekad.

APA KEPUTUSAN YANG DIBUAT OLEH WINDA? APA PULA REAKSI SAUFI? MANA PERGINYA AZMAN? APA TINDAKAN AKU? NANTIKAN SAMBUNGAN KISAH INI YEA....
Hari ni aku nak share kisah kawan aku, harap jadi pengajaran pada orang yang ada sikap macam dia ni.....



Aku ada kawan, Winda(bukan nama sebenar) dan Azman(bukan nama sebenar jugak). Diorang ni couple. Winda ni masa sekolah baik aje, tudung labuh, sopan. Setia betul dengan Azman. Hubungan diorang berlanjutan sampai habis sekolah. Entah macam mana, beberapa bulan lepas kerja, Winda ni mula berubah, mungkin kejutan dengan dunia luar, dia dah mula nampak lebih banyak pilihan.Lagipun bila masing-masing dah kerja, Azman jarang dapat luangkan masa untuk Winda. Tak macam masa sekolah. Dia mula main kayu tiga.

Mula-mula Azman tak perasan permainan Winda. Lama-kelamaan dia perasan Winda berubah. Bila diajak jumpa, asyik nak cepat balik, SMS pun dah jarang, telefon kadang-kadang tak nak angkat. Mereka makin kerap bergaduh. Akhirnya satu hari takde angin, takde ribut, Winda minta putus. Punyalah sedih Azman ni. Dia merayu dengan Winda sebab dia sayangkan Winda. Tapi tak dipedulikan. Alasannya mereka tak sehaluan lagi. Hubungan selama 3 tahun, putus macam tu saja. Aku nasihatkan Winda fikir dalam-dalam keputusannya tu, tapi yelah, orang tengah seronok, memang tak dengar nasihat orang.

Azman tak puas hati, satu hari dia follow Winda senyap-senyap. Dia nak tahu kenapa Winda berubah. Dia ada dengar cerita dari kawan-kawan dia yang Winda ni main kayu tiga, tapi dia tak percaya, sampailah dia akhirnya nampak sendiri, Winda bersembang dengan lelaki lain. Bukan setakat sembang biasa, siap bermanja-manja, berpeluk-peluk. Rasa nak aje dia pergi tampar Winda waktu tu. tapi dia tahan perasaan dia. Dia nekad untuk melupakan Winda. memang tak berbaloi bersedih untuk orang macam Winda. Aku simpati dengan Azman.

Azman bawa diri, sambung belajar di timur tanah air katanya nak mengubat luka.Winda terus hanyut dengan dunianya, boyfriends keliling pinggang, seronok betul dia. Dia pun dah jarang contact aku. Aku dah tak mampu nak buat apa-apa dengan Winda. Kali terakhir dia hubungi aku masa dia beritahu pasal boyfriend terbaru dia, Izam (pun bukan nama sebenar) satu tempat kerja dengan dia. Takdelah kacak sangat, gemuk pulak tu, Azman lagi kacak kot. Asyik minta duit dari Winda, tinggal sebumbung macam suami isteri. aku pun tak tahu apa yang Winda pandang pada dia.

Satu hari Winda datang mengadu pada aku.Mukanya nampak serabut. Apa yang selama ni bermain difikiran aku akhirnya terjadi. Winda mengandung!

AKU : Macamana boleh jadi macam ni, Win?

WINDA : Entahla, aku tak tau...tolonglah aku, aku nak gugurkan anak ni.

AKU : Mana Izam?

WINDA : Aku dah halau dia, dia ajak aku kahwin, tapi aku tak nak, sebab sekarang dia tak kerja, selama ni  pun aku yang tanggung dia. Kalau kahwin nanti, takkan dia nak bagi aku makan pasir?

AKU : Takpelah, Win. Macam nilah, kau duduk dengan aku. Aku pun tinggal seorang. Jangan gugurkan anak ni. Jangan tambah dosa. Kau kerja kat tempat aku. Restoran tu nak pakai orang.

WINDA : Kalu orang tanya pasal perut aku ni? nak cakap apa?

AKU : Takpe, jangan risau. pandai-pandailah kita nanti.

Akhirnya Winda tinggal dengan aku, kerja kat tempat aku. Nasib baiklah restoran layan diri, takdelah berat sangat kerjanya.

Apa jadi lepas tu? haaa......kenalah tunggu sambungannya. Panjang lagi kisah Winda dan Azman ni....
Tunggu yea.....sementara tu, layan dulu lagu ni....memang macam Windahttp://www.youtube.com/watch?v=iID4LScHojw

Wednesday 8 June 2011

kelajuan itu kelemahan, perlahan itu kekuatan


semalam masa kepala tengah memikirkan apa yang aku nak post untuk blog ni, kawan aku Farhan(bukan nama sebenar) ajak aku lepak, kami sembang-sembang, cerita perihal masing-masing, dan dia telah mengeluarkan satu ayat yang berbunyi "KELAJUAN ITU KELEMAHAN, PERLAHAN ITU KEKUATAN"

Aku dapat tangkap maksud dia tu, maka terus aku terfikir nak share dengan siapa-siapa yang singgah kat sini. KELAJUAN ITU KELEMAHAN-terlalu terburu-buru membuat keputusan adalah kelemahan ramai orang, bertindak tanpa memikirkan akibat yang akhirnya akan memakan diri sendiri.

PERLAHAN ITU KEKUATAN-berfikir dengan teliti sebelum mengambil apa-apa keputusan dan tindakan. Fikirkan akibat dan kesan kepada diri sendiri dan orang lain, dengan itu, insyaallah kita akan jumpa penyelesaian pada masalah kita.

Betul juga kata-kata itu, aku memang bersetuju, kadangkala kita tidak sedar keputusan yang kita buat dengan terburu-buru akan mengakibatkan kita susah kelak, bukan sahaja kita, kadangkala orang sekeliling juga turut terima tempiasnya.Macam contohnya kisah yang diceritakan oleh Farhan pada aku semalam: seorang temannya-Noni(pun bukan nama sebenar), menerima risikan dari seorang jejaka, Khairi(bukan nama sebenar juga) yang berkenan dengannya, dia tidak fikir panjang, tidak selidik dulu latar belakang Khairi, terus terima risikan tersebut, Farhan diketepikan, maka dia pun mengundur diri memberi laluan pada Khairi. Tidak lama kemudian Noni dapat tahu Khairi diburu semula oleh ex-kekasihnya, dan handphonenya penuh dengan mesej-mesej perempuan lain. Dia mula merayu Farhan kembali, mula berbaik semula dengannya, dan ada niat untuk tidak meneruskan hubungan dengan Khairi. Sebab dia merasakan Farhan lebih baik dari Khairi. Bukankah menyusahkan diri sendiri dan orang lain? Dia menyesal dengan keputusannya yang terburu-buru, dan sekarang dia kena berdepan dengan Khairi dan berterus terang sekiranya tidak ingin meneruskan hubungan itu. Frhan pula mula serba salah kerana tidak mahu dianggap orang ketiga dalam hubungan mereka, namun Noni tidak mahu melepaskan Farhan. Akhirnya Farhan yang tersepit sekarang.

Kesian Farhan, jadi mangsa dengan sikap terburu-buru dan kebudak-budakan Noni.

Nasihat aku pada Farhan, sabarlah yea...kadangkala kita memang akan diuji dengan hal-hal sebegini yang akan menyesakkan fikiran....harap-harap Noni akan lebi matang dan berhati-hati membuat keputusan lepas ini.

Tuesday 7 June 2011

BLOG SAYA NAK FOLLOWER, PLEASE!!

PENCINTA YANG SETIA

Aku ada seorang kawan. Farhan namanya. Dia seorang sahabat yang baik. Aku tengok dia ni memang sentiasa tolong orang yang memerlukan bantuan dia, walaupun kadangkala orang tu tak tau terima kasih langsung. Bila aku berdua dengannya, aku cuba selami hati dia, kenali siapa dia ni sebenarnya. Dia pun tak kisah berkongsi dengan aku. Dulu, dia pernah ada kekasih, Liza namanya. Dia sangat sayangkan Liza. Tapi mereka jauh. Kira hubungan jarak jauh lani. Farhan ni di KL, Liza ni pula di Teluk Intan. Aku tak pasti macamana diorang boleh berkenalan. Tapi Farhan cerita pada aku, dia sangat sayangkan Liza ni, dia sanggup beri apa sahaja yang Liza ni nak, dalam erti kata lain, dia sangat manjakan Liza ni.

AKU : kenapa Farhan manjakan sangat Liza tu? nanti mulalah dia jadi materialistik, minta macam-macam, larat ke Farhan nak layan kehendak dia?

FARHAN : Farhan sayangkan dia, tapi Farhan tak dapat selalu bersama dengan dia, Farhan tau dia kekurangan kasih sayang, sebab tu Farhan beri aje apa yang dia nak, itu saja caranya Farhan boleh buatkan dia gembira. Bila Farhan datang tempat dia, Farhan akan pastikan Farhan spend time betul-betul dengan dia. Farhan bagi handphone, kereta, duit belanja...

Mesti korang rasa si Liza ni macam materialistik kan? tapi bagi Farhan ni tidak. Dan aku pun rasa tidak, sebab betullah apa yang dia kata, dia tak selalu ada untuk Liza, jadi itu sahaja cara untuk gembirakan Liza.

Tapi diorang dah putus tahun lepas. Masa tu, aku pun belum kenal Farhan ni. Memang dia sedih sangat, tapi katanya, dia buat macam tu demi kebahagiaan Liza. Dia tak mahu Liza rasa terikat dengan dia, tapi dalam masa yang sama dia seolah-olah tak wujud sebab tak selalu ada disisi Liza saat-saat diperlukan. Dia pernah melamar Liza, tapi Liza tak mahu, alasannya dia belum sedia. Aku faham maksud Liza tu, Yela, umur baru 20 masa tu. memang logiklah kalau dia kata belum sedia. Sebab itulah mereka berpisah bawa haluan masing-masing. Farhan rasa dia tak patut buat Liza rasa terikat sedangkan dia tak mampu buat Liza bahagia.

Tapi dalam hatinya, dia masih sayangkan Liza. Aku boleh nampak wajah dia yang berseri bila bercerita tentang Liza, Bila mereka berhubung sekali sekala melaui telefon, aku boleh lihat mata dia yang bersinar kegembiraan. Memang sah dia masih sayangkan Liza. Sekarang Liza ni dah ada kekasih lain, dan khabarnya akan berkahwin. Tapi aku rasa, dalam hati Farhan ni, dia masih mengharapkan Liza akan jadi miliknya, cuma dia tak pernah tunjukkan pada siapa-siapa, walaupun pada Liza ni sendiri. Hatinya belum terbuka untuk mana-mana wanita lain, selain Liza. Dia pernah bawa aku pergi rumah Liza, dan masa mereka berbual berdua, aku dapat rasa kejanggalan di situ.

Tapi Liza pun kadang-kadang macam bagi harapan aje pada Farhan ni. Kadang-kadang aku marah juga dengan Liza ni, dia cari Farhan bila dia tengah sedih, gaduh dengan kekasih dia, dia tengah keseorangan. Dia tak fikir ke perasaan Farhan ni? Tapi bila aku tengok Farhan ni sangat gembira berbual dengan Liza ni, aku pun tak nak kata apa-apa.biarlah, asalkan dia gembira. Aku pernah cadangkan supaya dia terus masuk meminang si Liza ni, memandangkan keluarga Liza ni pun senang dengan dia.Tapi dia kata, tunggulah dulu, sebab sekarang dia nak biar Liza buat keputusan, samada nak teruskan hubungan dengan kekasih dia, atau kembali ke pangkuan Farhan.

Aku harap Liza dapat buat keputusan yang tepat. Dan aku harap Farhan dapat apa yang dia inginkan.Lagu ni Farhan dengar sampai mengalirkan airmata, tanda cintanya yang mendalam pada Liza.klik di sini

Thursday 2 June 2011

SAHABAT VS KEKASIH

Anda ada kekasih? Anda ada sahabat baik berlainan jantina? siapa yang lebih penting? si dia atau sahabat anda? Ada yang mengatakan kekasih lebih penting kerana dia sayangkan anda, dialah nyawa anda, semuanya dia. Bagaimana dengan sahabat anda? adakah anda akan melupakan sahabat anda bila anda sudah mempunyai kekasih hati?

Bagi saya dua-dua pun penting. Dan saya punya kedua-duanya. Saya ada sahabat lelaki dan saya juga punya kekasih. Sahabat saya memang baik. Dan kami kenal sejak dari sekolah rendah lagi. Berpisah semasa sekolah menengah, dan bertemu semula selepas masing-masing sudah dewasa dan punyai kehidupan masing-masing. Tapi kami rapat, dialah teman saya, penghibur saya, penyokong saya dalam menghadapi suka-duka kehidupan di kota ini. Tapi semuanya berubah sejak saya mempunyai kekasih hati. Agaknya silap saya juga, terlampau asyik di buai cinta, saya abaikan dia, sedangkan saya tau, dia kesunyian...

Sekarang dia dah pergi, dia marah sangat2 pada saya agaknya, tak mahu angkat call, xmahu balas mesej, dan paling teruk, dia remove saya dari friend list dia kat FB. Sedih saya...tak tau macam mana nak pujuk dia lagi. Saya pasrahlah, mungkin dia perlukan masa, insyaallah kami akan berkawan semula nanti.

Kekasih saya pulak dah semakin jarang luangkan masa dengan saya, kalau dulu, setiap hari ada mesej, call, sekarang seminggu sekali pun susah. Tapi takpelah, saya pasrah jugak, mungkin ini ujian dan pengajaran bagi saya. Jangan abaikan sahabat walaupun ada kekasih. Kita perlukan kedua-duanya sekali. Ingatlah, jangan kerana kekasih, anda abaikan sahabat anda, jangan pula anda terlalu mengutamakan sahabat anda, nanti kekasih hati cemburu pula, perang segi tiga nanti jadinya. Pandai-pandailah anda seimbangkan kedua-duanya. Mereka juga manusia biasa yang perlu dijaga hatinya, macam anda juga...

Wednesday 1 June 2011

ANDA STRESS????

pasti kita semua fammilliar dengan perkataan stress @ tekanan. Bila terlalu banyak masalah, ujian dan dugaan nak ditangani (terutamanya masalah putus cinta) ramaiakan jadi serabut dan tak tentu hala. mesti ramai yang pernah alami situasi ini kan. Namun, bagaimana anda mengatasinya? Berikut adalah cara menangani  stress yang selalu kita dengar (atau pernah kita buat, kan, kan?)
1. masuk bilik, pasang radio kuat-kuat, tak kiralah tengah malam ke, awal pagi ke, senja ke (ape motifnya pun tak tau.Menaikkan bil letrik adala)
2. Pergi karaoke nyanyi lagu rock sampai nak keluar anak tekak, nyanyi sedih sampai nangis2 (konon2 layan perasaan.)
3. duduk dalam bilik sorang2, dalam gelap kononnya nak menyepikan diri. (datang momok baru tau, nak sangat duk dalam gelap, pegila duk dalam hutan)
4. Makan selagi boleh - selagi ada makanan, selagi tu disumbat dalam perut. (macam sebulan tak jumpa makanan)
5. Pergi enjoy - pegi clubbing, berjoget-joget, terkinja2 macam orang hilang pedoman. Kononnya meluahkan ekspresi diri( Dah macam kera kene tenyeh ngan samabal belacan aje)
6. Bawa motor/kereta selaju yang mungkin. Dah tak fikir dah orang lain. Yelah, tengah stress, manalah ada masa fikir  pasal orang lain, kan...Kononnya dialah raja jalanan... (Abis, orang lain ni jadi rakyat jelata dialah, kena bagi laluan pada dia?)
7. Minum arak, mabuk2, ambil dadah, pil yang macam2 tu, khayal. kononnya boleh hilang masalah."Rasa melayang aje, beb"  katanya...Nak kata tak pandai, dah pegi sekolah. hari2 ada keluar iklan kat TV dadah, arak tu membahayakan kesihatan. (Diorang ni tak tengok tv kot, tu pasal la tak tau..)
8. Bunuh diri - Terjun bangunan la,kat landasan  keretapi la, (nyusahkan polis nak kutip mayat korang yang dah  bersepai2 tu)
- minum racun rumpai la, cloroc la (sedap sangat dari air sirap kot benda2 ni)
- bakar diri (silap2 dengan rumah korang sekali terbakar, nyusahkan keluarga korang aje nak kena cari rumah lain)
 - Gantung diri (satu hal pulak orang nak turunkan mayat korang yang dah keras kejung tu, kalau ada yang sampai terjelir lidah la, terbuntang mata la, tak tidur malam jawabnya)
Itulah dia cara-cara kebanyakan orang melepaskan tekanan @ release stress. Kan ada banyak cara lain untuk melegakan kepala yang serabut tu.....
1. Ambil wudhu' (bila air wudhu' tu kena pada anggota, rasa sejuk aje)
2. Buat solat sunat (Kalau dah masuk waktu, buat la yang wajib dulu)
3. Baca Al-Quran - ada kajian mengatakan ayat-ayat quran ini dapat menghasilkan zarah2 yang seolah2 berupa kristal yang dapat menenangkan jiwa dan mengubati penyakit. (Kalau tak pandai sangat nak baca, boleh dengar, sambil tu belajarlah baca. Dapat pahala lebih tau, saham akhirat)
4. Rajinlah bibir tu menuturkan zikir. Kan zikir tu penenang jiwa. Ataupun lagu2 nasyid ke, lagu2 yang memuji kebesaran Allah S.W.T.
5. Berpuasa - walaupun bukan bulan puasa, buatlah puasa sunat. Kan kita selalu belajar di sekolah, puasa itu bukan setakat menahan lapar dan dahaga, tapi menahan nafsu, rasa marah, dan menahan kita dari buat perkara-perkara yang bukan2 (Yela, kalau tengah puasa takkan mengamuk2 tak tentu pasal kan? macam tak kena aje)
6. Nampak orang yang buta nak melintas jalan, cuba tolong (akan timbul satu perasaan lega lepas orang tu selamat melintas) Tak pun nampak orang minta sedekah, hulurlah sikit, tak kiralah berapa pun, yang penting ikhlas.
7. Nampak kucing kelaparan cuba hulurkan makanan, sikit pun takpe (kita akan rasa seronok bila nampak kucing tu makan.(lagipun kucing kan haiwan kesayangan Rasulullah S.A.W)
Cubalah tips-tips di atas... Tips 1-5 tu mungkin anda semua tahu kan dan ramai yang amalkan (Yela, kita kan orang
Islam) Tips 6 dan 7 tu tu pun anda semua boleh cuba....insyaallah berkesan. Bukan setakat lega stress anda, tapi timbul keinsafan dalam diri anda untuk jadi insan yang lebih bersyukur dengan nikmatNya.....
  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...