Hari ni aku nak share kisah kawan aku, harap jadi pengajaran pada orang yang ada sikap macam dia ni.....
Aku ada kawan, Winda(bukan nama sebenar) dan Azman(bukan nama sebenar jugak). Diorang ni couple. Winda ni masa sekolah baik aje, tudung labuh, sopan. Setia betul dengan Azman. Hubungan diorang berlanjutan sampai habis sekolah. Entah macam mana, beberapa bulan lepas kerja, Winda ni mula berubah, mungkin kejutan dengan dunia luar, dia dah mula nampak lebih banyak pilihan.Lagipun bila masing-masing dah kerja, Azman jarang dapat luangkan masa untuk Winda. Tak macam masa sekolah. Dia mula main kayu tiga.
Mula-mula Azman tak perasan permainan Winda. Lama-kelamaan dia perasan Winda berubah. Bila diajak jumpa, asyik nak cepat balik, SMS pun dah jarang, telefon kadang-kadang tak nak angkat. Mereka makin kerap bergaduh. Akhirnya satu hari takde angin, takde ribut, Winda minta putus. Punyalah sedih Azman ni. Dia merayu dengan Winda sebab dia sayangkan Winda. Tapi tak dipedulikan. Alasannya mereka tak sehaluan lagi. Hubungan selama 3 tahun, putus macam tu saja. Aku nasihatkan Winda fikir dalam-dalam keputusannya tu, tapi yelah, orang tengah seronok, memang tak dengar nasihat orang.
Azman tak puas hati, satu hari dia follow Winda senyap-senyap. Dia nak tahu kenapa Winda berubah. Dia ada dengar cerita dari kawan-kawan dia yang Winda ni main kayu tiga, tapi dia tak percaya, sampailah dia akhirnya nampak sendiri, Winda bersembang dengan lelaki lain. Bukan setakat sembang biasa, siap bermanja-manja, berpeluk-peluk. Rasa nak aje dia pergi tampar Winda waktu tu. tapi dia tahan perasaan dia. Dia nekad untuk melupakan Winda. memang tak berbaloi bersedih untuk orang macam Winda. Aku simpati dengan Azman.
Azman bawa diri, sambung belajar di timur tanah air katanya nak mengubat luka.Winda terus hanyut dengan dunianya, boyfriends keliling pinggang, seronok betul dia. Dia pun dah jarang contact aku. Aku dah tak mampu nak buat apa-apa dengan Winda. Kali terakhir dia hubungi aku masa dia beritahu pasal boyfriend terbaru dia, Izam (pun bukan nama sebenar) satu tempat kerja dengan dia. Takdelah kacak sangat, gemuk pulak tu, Azman lagi kacak kot. Asyik minta duit dari Winda, tinggal sebumbung macam suami isteri. aku pun tak tahu apa yang Winda pandang pada dia.
Satu hari Winda datang mengadu pada aku.Mukanya nampak serabut. Apa yang selama ni bermain difikiran aku akhirnya terjadi. Winda mengandung!
AKU : Macamana boleh jadi macam ni, Win?
WINDA : Entahla, aku tak tau...tolonglah aku, aku nak gugurkan anak ni.
AKU : Mana Izam?
WINDA : Aku dah halau dia, dia ajak aku kahwin, tapi aku tak nak, sebab sekarang dia tak kerja, selama ni pun aku yang tanggung dia. Kalau kahwin nanti, takkan dia nak bagi aku makan pasir?
AKU : Takpelah, Win. Macam nilah, kau duduk dengan aku. Aku pun tinggal seorang. Jangan gugurkan anak ni. Jangan tambah dosa. Kau kerja kat tempat aku. Restoran tu nak pakai orang.
WINDA : Kalu orang tanya pasal perut aku ni? nak cakap apa?
AKU : Takpe, jangan risau. pandai-pandailah kita nanti.
Akhirnya Winda tinggal dengan aku, kerja kat tempat aku. Nasib baiklah restoran layan diri, takdelah berat sangat kerjanya.
Apa jadi lepas tu? haaa......kenalah tunggu sambungannya. Panjang lagi kisah Winda dan Azman ni....
Tunggu yea.....sementara tu, layan dulu lagu ni....memang macam Winda : http://www.youtube.com/watch?v=iID4LScHojw
No comments:
Post a Comment