Aku ada seorang kawan. Farhan namanya. Dia seorang sahabat yang baik. Aku tengok dia ni memang sentiasa tolong orang yang memerlukan bantuan dia, walaupun kadangkala orang tu tak tau terima kasih langsung. Bila aku berdua dengannya, aku cuba selami hati dia, kenali siapa dia ni sebenarnya. Dia pun tak kisah berkongsi dengan aku. Dulu, dia pernah ada kekasih, Liza namanya. Dia sangat sayangkan Liza. Tapi mereka jauh. Kira hubungan jarak jauh lani. Farhan ni di KL, Liza ni pula di Teluk Intan. Aku tak pasti macamana diorang boleh berkenalan. Tapi Farhan cerita pada aku, dia sangat sayangkan Liza ni, dia sanggup beri apa sahaja yang Liza ni nak, dalam erti kata lain, dia sangat manjakan Liza ni.
AKU : kenapa Farhan manjakan sangat Liza tu? nanti mulalah dia jadi materialistik, minta macam-macam, larat ke Farhan nak layan kehendak dia?
FARHAN : Farhan sayangkan dia, tapi Farhan tak dapat selalu bersama dengan dia, Farhan tau dia kekurangan kasih sayang, sebab tu Farhan beri aje apa yang dia nak, itu saja caranya Farhan boleh buatkan dia gembira. Bila Farhan datang tempat dia, Farhan akan pastikan Farhan spend time betul-betul dengan dia. Farhan bagi handphone, kereta, duit belanja...
Mesti korang rasa si Liza ni macam materialistik kan? tapi bagi Farhan ni tidak. Dan aku pun rasa tidak, sebab betullah apa yang dia kata, dia tak selalu ada untuk Liza, jadi itu sahaja cara untuk gembirakan Liza.
Tapi diorang dah putus tahun lepas. Masa tu, aku pun belum kenal Farhan ni. Memang dia sedih sangat, tapi katanya, dia buat macam tu demi kebahagiaan Liza. Dia tak mahu Liza rasa terikat dengan dia, tapi dalam masa yang sama dia seolah-olah tak wujud sebab tak selalu ada disisi Liza saat-saat diperlukan. Dia pernah melamar Liza, tapi Liza tak mahu, alasannya dia belum sedia. Aku faham maksud Liza tu, Yela, umur baru 20 masa tu. memang logiklah kalau dia kata belum sedia. Sebab itulah mereka berpisah bawa haluan masing-masing. Farhan rasa dia tak patut buat Liza rasa terikat sedangkan dia tak mampu buat Liza bahagia.
Tapi dalam hatinya, dia masih sayangkan Liza. Aku boleh nampak wajah dia yang berseri bila bercerita tentang Liza, Bila mereka berhubung sekali sekala melaui telefon, aku boleh lihat mata dia yang bersinar kegembiraan. Memang sah dia masih sayangkan Liza. Sekarang Liza ni dah ada kekasih lain, dan khabarnya akan berkahwin. Tapi aku rasa, dalam hati Farhan ni, dia masih mengharapkan Liza akan jadi miliknya, cuma dia tak pernah tunjukkan pada siapa-siapa, walaupun pada Liza ni sendiri. Hatinya belum terbuka untuk mana-mana wanita lain, selain Liza. Dia pernah bawa aku pergi rumah Liza, dan masa mereka berbual berdua, aku dapat rasa kejanggalan di situ.
Tapi Liza pun kadang-kadang macam bagi harapan aje pada Farhan ni. Kadang-kadang aku marah juga dengan Liza ni, dia cari Farhan bila dia tengah sedih, gaduh dengan kekasih dia, dia tengah keseorangan. Dia tak fikir ke perasaan Farhan ni? Tapi bila aku tengok Farhan ni sangat gembira berbual dengan Liza ni, aku pun tak nak kata apa-apa.biarlah, asalkan dia gembira. Aku pernah cadangkan supaya dia terus masuk meminang si Liza ni, memandangkan keluarga Liza ni pun senang dengan dia.Tapi dia kata, tunggulah dulu, sebab sekarang dia nak biar Liza buat keputusan, samada nak teruskan hubungan dengan kekasih dia, atau kembali ke pangkuan Farhan.
Aku harap Liza dapat buat keputusan yang tepat. Dan aku harap Farhan dapat apa yang dia inginkan.Lagu ni Farhan dengar sampai mengalirkan airmata, tanda cintanya yang mendalam pada Liza.klik di sini
No comments:
Post a Comment