Friday 10 May 2013

pelanggaran yang maha dahsyat

Nampak gaya tajuk macam ada kisah yang amat mengerikan lagi bertaraf 18SG. Memang tahap ngeri dan aku menasihatkan kepada mereka yang ada masalah jantung, ibu mengandung dan migrain yang melampau (eh, tetibe migrain pun  masuk kategori ni) untuk tidak meneruskan pembacaan anda, bimbang anda mengalami trauma yang melampau.

Untuk tatapan 18 tahun ke atas sahaja. 
Mengandungi unsur-unsur ganas yang melampau.

Dah kenapa dramatik sangat pulak kisah kali ni? Apa yang berlaku? siapa yang punya angkara? dimanakah kejadian ini berlaku? 

Dah macam saspen sangat pulak yea? ini kalau aku bikin drama memang penonton dah maki-maki dah ni kenapa tak muncul-muncul lagi kisah sebenar ni kan? kompem episodnya drag sampai 159 episod nak tau apa sebenarnya yang berlaku...siapa pembunuh sebenar...yang hero tu sebenarnya anak orang jahatla, apa-apa lagilah.


Ish, sapa sebenarnya keluarga kandung hero ni? 
penat dah aku tunggu ni dah episod 118 dah ni...

Itu kalau aku bikin drama la, tapi harini bukan aku nak bikin cerita, bukan nak korek siapa keluarga kandung siapa dan kisah ini hanya akan tamat di entri ini sahaja, takde sambung-sambung dah, sebab rasanya kucing pun kompem marah kalau nak kena sambung-sambung baca ni..."I pun ada banyak kerja nak buat okeh...nak tangkap tikus, makan friskies, main ngan bulu benang tuan I...bizi tau....mencik I.."


Baiklah, untuk tidak drag korang baca dengan perasaan lebih saspen, inilah kisahnya. 

Satu malam yang tenang tanpa hujan ribut yang melanda, kat ofis aku adalah buat event. Selepas event tu, aku adalah janji dengan member nak exchange barang, dia tunggu aku kat tepi jalan katanya. Sementara tunggu dia aku pun dengan hati tenang tanpa ragu sembang-sembang dengan member yang lain, serius punya hal okey, hal kerja, bukan semata-mata gosip Jehan Miskin baru kahwin ke, makcik bawah rumah aku dapat cucu baru ke, bukan itu yang kami bualkan.

Tiba-tiba tak semena-mena, member tadi roger, katanya dah tunggu kat luar ofis, maka aku pun tak tahu kenapa kelam kabut gila berlari sepantas desiran angin membelah pantai menuju ke bawah,  tergugat sekejap si Ying kawan Boboiboy tu.


Alamak, ada yang lagi laju dari saya ke? 
menakutkannye, menakutkannye....

Tetapi tak tahu dimana silapnya, dan siapa yang harus dipersalahkan, sampai sahaja di pintu masuk ofis, dimana sebenarnya pintu masuk ofisku merupakan sebuah autosliding glassdoor, tak semena-mena........


GEDEGANGGG!!!!!!!!!!!!!!

Kepalaku telah menyentuh sliding door tersebut, dengan hentakan super maksima, dan akibatnya???
Aku pening lalat sekejap, lalat pun ketawa kalau melihat aku tatkala itu. Dan apa yang aku dapat lepas tu?

Hambik kau, hadiah untuk orang yang hyper tak memasal, kan...

Maka moral of the story dari orang yang baru insaf setelah ditimpa kecelakaan ni, berhati-hati ketika melintas...eh, silap...berhati-hati ketika berlari mahupun berjalan, ia mampu menyelamatkan kepala anda. Sekian, saya melaporkan untuk berita tv11...




Friday 22 March 2013

Mimpi

Hari yang indah dengan angin sepoi-sepoi bahasa menyapa muka, dengan secawan kopi menikmati pagi...

Amboi, intro...sastera sungguh....berbunga-bunga ayat...Dah kenapa dengan intro yang sebegini? 

Saja test power, kot-kot boleh jadi penulis novel ke, untung-untung novel tu convert ke drama, kaya aku...haha...


uuuuu....kaya, kaya...HAHAHAHAHA...
(gelak orang kaya..pandai je kata orang kaya gelak gitu)


Jauh sungguh angan-angan ni....dah lari dari alam nyata ni...Wake up, Wani...wake up!

Dulu kan, masa kecik, yakni zaman kanak-kanak, zaman tu zaman aku main kejar-kejar keliling rumah sampai tercungap-cungap, orang tua aku selalu pesan kalau nak tidur, kena cuci kaki, takut mimpi yang bukan-bukan. Aku tak berapa faham kaitan antara cuci kaki dengan mimpi. So kalau cuci kaki sebelum tidur adakah mimpiku akan indah-indah belaka? Tak jugak kot...



Huhuhu...rerasa cam dah cuci kaki tadi...
ni nape lak alien kuku panjang muncul dalam mimpi ni???

Sebenarnya kan orang tua cuma nak kita tidur dalam keadaan bersih. Yela, bayangkan kalau kau tidur dengan keadaan kaki kau berkarat sebab baru lepas main kejar-kejar masa balik dari mengaji kat rumah ustazah hujung kampung kau, kemungkinan besar kotoran tu akan berpindah kat tempat tidur kau dimana akan menyusahkan orang tua kau untuk mengemasnya pada esok hari. Kalau kau sendiri yang nak kemas, takpelah jugak, kan...

Selalu jugak dengar orang kata kalau mimpi yang bukan-bukan ni sebab gangguan syaitanirrojim....
Jadi sebab itu sebelum tidur kau patut baca doa tidur dan ayat kursi selain dari cuci kaki, additional sikit, kan bagus, supaya kau tak diganggu gugat masa tidur, dan tidur kau akan jadi lebih berkualiti, kan...

Jadi satu malam, aku tidur macam biasa, dan pagi tu aku terjaga sebab mimpi yang paling common di kalangan orang kita. Aku pun tak pernah dapat mimpi nih, 1st time nih. Tapi tak tau nak rasa eksaited ke, takut ke, terkejut ke...so aku rilek je.

Mimpi ape??? ha...aku mimpi kena patuk ular...hahahaha...menarik tak?

Orang tua kata, biasanya kalau perempuan dapat mimpi sebegini, tandanya jodohnya dah dekat. Sebenarnya aku pun tak tau apa signifikannya(hah, ambik kau ayat canggih gile) ular dengan jodoh. Sebab takat ni aku belum jumpa lagi testimoni orang yang mimpi kena patuk ular, tak lama pastu, dia kahwin.

Gua pun pening taktau apasal gua dikaitkan dengan semua ni.
Kenapa? kenapa? Why me?

Gamaknya kalau ular boleh cakap, diorang pun pening sebab dikaitkan dengan isu jodoh ni. Hahahaha....kelakar...Kalau ular boleh cakap, memang kompem femes diorang nih, tak payah ambik manusia jadi suara latar, biar diorang berdialog sendiri, baru real...kompem box office lah....Oh, dah jauh aku melalut ni...


Aku pun taktau sejauh mana kebenaran tafsiran mimpi ular ni. Tapi yang pastinya, bila terjaga je dari tidur, memang aku terus raba kaki aku, manalah tau kot-kot kena patuk betul-betul, ke hospital la aku jawabnya, haa...baru betul dapat jodoh, berjodoh dengan katil hospital, kan...


Tuesday 5 March 2013

Hari Malas

Salam...hai....takmau tulis intro panjang-panjang....Malas....

Bangun tido...menung panjang....tenung kat tempat tido kot-kot boleh terkemas sendiri...Malas...

Bukak tv, tukar channel satu-satu, habis semua channel tengok, dari tv1, bawak ke AXN, takde yang menarik hati....terasa diri serabut, capai towel, pegi mandi, jalan slow-slow...Malas...

Siap mandi, duduk balik depan tv...tengok phone, check yang patut...letak balik..Malas...

Terasa macam lapar, nak makan apa pun taktau...tapi malas nak keluar...Malas....tapi member dah ajak, so layan kan ajela...dalam hati, Malas...

Itu malas, ini malas, buat apapun malas...

Malas la nak layan.....




Tuesday 26 February 2013

Kisah kawan

Kali ni I (amboi siap tukar pengganti diri jadi I, bajet english sangat la tu) taknak cerita pasal myself. I nak story pasal kawan-kawan I pulak.

Dah la tu pakai I tu. Sunngguh meluat rasanya untuk dibaca dan sangat tidak sesuai menjadi sumber bacaan kepada gadis melayu yang sopan dan ayu....

Okeh. Back to the future..taklah, back to my cerita...macam yang aku kata, aku bukan bahan cerita kali ini. Sebab saja suka nak bagi publisiti free kat kawan-kawan. Barulah sejati namanya....pergh!

Watak-wataknya ialah Azira, Nisa, Ikram. Memang bukan nama sebenar, Sebab kan konsep aku kali ni sama macam rancangan melodi, kalau ada kisah sensasi, gambar artis tu akan di blurkan, jadi sebab aku menulis, so aku tukar nama.

Sudah-sudahlah intro panjang berderet. Kalau melodi ni dah boleh berhenti untuk iklan berehat sebentar bersama-sama kit kat.

Satu hari. Di Ofis. Tingkat 2. Ada seminar.

Azira dan Nisa ni lewat sikit masuk untuk sesi kedua atas sebab-sebab munasabah. Azira pula kurang sihat.
Mereka bertembung dengan Ikram, speaker bagi sesi pertama. Lokasinya dalam lif.

Ikram : ok x?

Nisa : (muka eksaited dengan menaikkan kedua-dua ibu jari, thumbs up la tu...) ok! best!



Azira : ...... (Diam le tu...tak sihat kan)


Ikram : Tak, saya tanya Azira, awak ok ke tak?

Saat itu memang muka Nisa berubah gila. Kalaulah ikutkan nafsu amarah wanitanya itu, memang jawabnya kasutnya bakal melekat di dahi Ikram.

Cisss....kurang asam boi betul la mamat ni...ini memang cari gaduh ni! hati Nisa menjerit-jerit.

Aku yang diperdengarkan semula dengan insiden itu memang jawabnya berguling-guling gelak. Kalau boleh nak berguling satu rumah, tapi nak jaga hati kawan punye pasal, rilek-rilek je.




Wednesday 23 January 2013

Aku dan motor

Yezza....kita kembali lagi setelah iklan selama....2 bulan. 2 BULAN????? Lama betul iklan. Kalau Blog ini adalah stesen tv, maka sudah tentu aku akan menerima tohmahan yang pelbagai dari para penonton. Fuh...selamat ini blog, maka tiada siapa yang peduli berapa lama pun ia direhatkan. Hahaha....

Now, berbalik kepada tajuk entri kali ni, Aku dan motor. Kenapa motor? kenapa tak kereta? atau bas? atau tren?

Maka jawabnya adalah kerana kisah kali ni watak utamanya adalah aku ofkos, selaku tuan empunya cerita ini, dan watak kedua atau lebih popular digelar sidekick kalau dalam cerita-cerita superhero tu kan, ialah tak lain tak bukan....si motor.

Atas sebab-sebab keselamatan dan tak mahu publisiti, 
maka ini bukan wajah sebenar beliau.


Alkisah......Alkisah tersebutlah kisah....sang kancil datang menghadap sultan firaun.....


Mana firaun pakai sultan.......


Tetibe termasuk kisah pendekar bertiga ni dah kenapa? tumpang populariti betul. Eh..ke aku yang tumpang glamer diorang ni??? Maap ye cik abang sekalian......

Okeh, sambung cerita aku.

Di satu malam nan damai...tatkala aku sedang di dalam perbincangan dengan kawan-kawanku sekalian berlokasi di Restoran Ali Maju Ukay Perdana. Haaa, siap kasik alamat penuh lagi. Kalau lepas ni mapley ni makin ramai customer, memang aku nak mintak komisen dari owner kedai ni walaupun aku tak kenal pun siapakah gerangan beliau.


Tak sangka femes gile mapley ni rupenya. Ada gak gambar dia. 
Aku yang terperanjat. hehehe...


Apa kena mengena watak motor tu? haaaa....aku ke lokasi ini dengan bantuan dia la. Konvoi dengan dua lagi kawanku yang menggunakan alternatif yang sama, motor. Cap je lain. Yang lain-lain naik sang kancil, dan sang Myvi. Ramai tak? ramai tak? ofkos la...semangat setiakawan. Sangatla..

Ceritanya tidak setakat itu. Ada lagi babak aksi belum ditampilkan. Setelah beberapa lama kami di sana, Aku mengkhabarkan kepada kawan-kawanku bahawa aku perlu ke bank untuk memasukkan duit, dan kata mereka yang tinggal dia area situ ada Bank cap harimau berhampiran. Maybank laaa...tak payah nak simbolik sangatla, wani oi....ha, kan dah kena sound dengan diri sendiri.

Ok, keadaan cuaca ketika itu hujan turun rintik-rintik.


Hujan rintik-rintik, air bergelora..emak bagi 20 sen, saya pergi sekolah...

Iklan sekejap...

Bukan hujan yang tu...ni hujan betul-betul..bukan cobaan....hujan rintik-rintik...Ketika itu aku dah tak sedap hati nak pergi. Walaupun aku tak pernah rasa hati sendiri, tapi tiba-tiba aku dapat rasa hati yang tak sedap tu. Tetapi kerana tidak mahu menyusahkan kawan untuk menhantarku menaiki sang kancil beliau, aku teruskan perjalanan.

Dalam keadaan jalan yang licin, hujan, dan menurun bukit dan gelap, aku tahu aku perlu berhati-hati. aku perlahankan sang motor. Badan sudah menggeletar meredah hujan. Tiba di selekoh, aku masih selamat, sang motor masih memberikan kerjasama.

Dan aku menaiki bukit, normal....tetapi.....

Sampai sahaja di atas bukit, tayar sang motor berkenalan dengan sang lubang yang aku pun tak tahu sejak kurun ke berapa dia bertakhta di situ. Maka tanpa segan silu tayar itu jatuh cinta dengan sang lubang, dan mencium lubang tersebut dan semuanya berlaku amat pantas daaaaannnnnnnn................

GEDEGANG!!!! 

begitulah agaknya sound effect ciuman antara sang tayar dan  sang lubang. Dasyat kan? Kesannya??? aku terlantar dia jalan, dan aku kesan yang lain? kaki kiri aku tiba-tiba rasa sakit. Aku tak tunggu, aku tanggalkan kasut dan darah bercucuran....umpama......tak payah bagi perumpamaanlah...agak tak best.

Dipendekkan cerita, aku memang kena berterima kasih pada dua orang insan ni, walaupun mereka warga asing yang hanya memegang jawatan security guard dan menumpang di negara kita, namun mereka tetap datang menghulurkan pertolongan, membantu aku menghubungi kawan-kawanku. Kalau aku jumpa diorang lagi, memang confirm aku tabik springlah, Syukriya...syukriya mere dhost....haaa...jadi kawan kau...jangan memain.

Dan aku jugak patut terima kasih pada kawan-kawan aku, sebab tolong hantar aku ke hospital Selayang, dan melayan kerenah aku yang dah macam budak-budak kecik punya perangai. Ya Rabbi...teruk benar. Malu aku...tapi biasalah, orang sakit kan memang banyak songeh. Kesian diorang, sampai tersengguk-sengguk tunggu aku settle ngan doktor tu. Memang lama gile.

Dan hasil ujikaji...Cewah, ujikaji katanya....ingat makmal ke? 

Doktor kata tulang kaki retak. Itu yang aku sakit sangat tu. Sampai merengek-rengek macam budak kecik protes taknak pegi sekolah.

Dan kakiku di simenkan. 

Itu cerita hampir sebulan lepas la. Now, kaki aku dah beransur sihat, dan aku dah boleh jalan-jalan. Cuma sang motor ditahan sementara di rumah kawanku dan katanya : 

"Jangan harap ko nak bawak motor lagi pasni"

Okeh, aku terpaksa patuh....buat sementara waktu...hahahaha......



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...