Saturday, 30 July 2011

SMS

Nak story pasal SMS @ Short Messaging System @ Sistem Pesanan Ringkas.



Kita ber'sms' dengan macam-macam style, kan. Kalau awek-awek tu sms dia mesti macam ala-ala comel, ada yang bajet2 cun, kan? especially kalau si penerima sms tu buah hati pengarang jantung pisang diorang. Contohnya:

-Hye cyg bucuk...dh mam? Xsbr nak jmpe cyg...muax.....

Kalau lelaki sms mesti macam ala-ala cool, menampakkan kelelakian, terutama kalau penerima tu takat kawan-kawan diorang.

-Alo, bro, ada mane de? klu lepak jgn lupe roger gua....

Tapi kalau penerima tu cik intan payung kembang, lain pulak gayanya kan.

-Syg ada kat mne ni? dh mkn ke lom? jg diri leklok, k....

Tapi tetiba ada sorang kawan aku ni, lelaki, badan dah tough dah, memang macam lelaki normal la. Tapi bila dia ber'sms', maka akan terkeluar dan tertera ayat-ayat sebegini....

-Awk dah mam? winduuuu sgt2 kat awk....ermmmm......

Bila tengok ayat-ayat tu, kalau korang, apa rasa? Sejujurnya aku cakap, memang rasa macam menggelikan bila baca mesej dia. Yela, kalau yang hantar tu kawan-kawan perempuan, aku leh terima lagi sebab hakikatnya, perempuan memang terserlah kemanjaan melalui sms,  tapi ini lelaki, bro, lelaki....adoyai....(Ha, aku pulak dah tertaip ayat macam lelaki pulak)

Mungkin dia rasa macam ala-ala romantik kot dengan sms macam tu, tapi sikit pun aku tak tertarik. Menyampah lagi ada. Kalau aku ada boyfriend atau suami pun, aku tak harap pun untuk terima sms sebegitu....Gelilah, geli tau tak..... 
Aku pun tak faham dengan lelaki jenis camni. Dia rasa dia cute kot dengan sms macam tu.


Bagi aku, dia ni memang spesis mintak kaki....hahaha...ok, mungkin ayat aku melampau, tapi memang tak suka lelaki macam ni. Aku rasa ramai yang tak suka kot.

Ok, atau mungkin ini memang sifat semulajadi. Ada satu kelembutan dalam diri dia. Mungkinlah kot. Tapi apapun, ini pendapat peribadi aku. Mungkin akan ada orang rasa dia sweet. Kalau tak, takkan dia boleh ada girlfriend. Mungkin girlfriend dia suka cara dia. Lantaklah labu......janji korang bahagia.




Friday, 29 July 2011

BOLA, LRT DAN DURIAN


Bersempena dengan perlawanan MALAYSIA dan SINGAPURA, memang berpusu-pusu penyokong yang menuju ke stadium seawal 4.30 petang. Aku balik kerja pukul 5.00 petang, jadi hari ni aku memang tergesa-gesa balik. Bukan sebab nak pergi stadium, takde kerjanya aku nak pergi sana bersesak-sesak. Aku nak cepat balik sebab aku tau LRT mesti sesak punyalah.

Memang tepat jangkaan aku. Sampai di stesen Chan Sow Lin, aku turun, sebab kena tukar naik tren ke Sri Petaling, aku akan turun di stesen Cheras. Tapi crowd memang havoc la petang ni, aku dah naik seram tengok. LRT makin pack, orang makin ramai, yang memang tak boleh blah, setiap kali ada tren sampai, diorang akan bersorak. Terasa macam kat stadium la pulak.

Gambar sekadar hiasan,tapi sesaknya lebih kurang camni la

Aku pun kena tunggu dalam 3 trip, baru la dapat naik, itupun aku kena tolak masuk dalam tren yang dah memang sedia penuh tu, aku dah jadi macam patung cendana la pulak, tersepit kat dalam tu, tak dapat nak bergerak langsung. Aku dah naik risau dah. Kalau tak dapat gerak langsung, macam mana aku nak turun nanti? tapi takpela, memikirkan keadaan kesesakan dalam tren tu mengalahkan sardin cap ayam brand, aku tak turun kat stesen cheras, Aku fikir, aku turun je kat mana-mana stesen yang aku dapat turun, pastu tukar laluan aje.


sama dengan


 

memang aku kagum la dengan sengan semangat kesukanan penyokong-penyokong Malaysia. Sanggup bersesak-sesak dalam tren, yang aircond dia macam tak berapa nak berfungsi, dan macam-macam aroma menebar dalam tren tu, semata-mata nak menyaksikan secara langsung perlawanan ni.Oh, seksanya.....bilalah nak turun ni.....

Tiba-tiba sampai di stesen Bandar Tun Razak, hidung aku menangkap satu aroma yang macam familliar. Oh, tidak, banarkah ini bau objek yang tiba-tiba terlintas dalam kepala aku? alamak....aku usha sekeliling. Memang tidak ada sesiapa yang bersuara tentang bau itu. Ke aku sorang aje yang bau? hidung aku ke yang tak berapa elok?

Tiba-tiba adala seorang awek bertocang berjersi biru bersuara "apasal ada bau durian ni?" dan pantas dia menutup hidungnya. Semua orang ketawa, tapi sampai sudah tak dapat dikesan bau itu dari mana, sebab sampai saja di Stesen Bandar Tasik Selatan, aku dapat juga meloloskan diri. 


Apa nasib orang-orang dalam tren itu? tak tahu. Yang pasti mereka bertemankan bau itu sampai ke stadium. Lantaklah, janji aku dapat balik dengan aman. Tapi kepada sesiapa yang mencetuskan aroma Raja buah tu, memang tak patutlah, agak-agaklah, takkan bawak durian naik LRT pergi tengok bola kot? mungkin dia nak buat baling pemain Singapura kat sana kot. Ataupun, sebelum keluar rumah, dia dah melantak durian kaw-kaw, lepas tu tak tahan nak buang angin, terbuang dalam tren. Hahahaha....teruk betullah, siapalah punya angkara tu, memang bajet mintak kaki je.....



Saturday, 23 July 2011

SAHABAT KE?



Hari ni aku rasa nak buat en3 pasal sahabat lagi. Bukan apa, manusia yang bergelar sahabat ini bagi aku adalah mereka-mereka yang sangat penting dan sangat diperlukan dalam mengharungi hidup ini kan....

Seorang sahabat biasanya menjadi tempat kita mengadu atau minta pendapat bila berdepan masalah
Berkongsi saat-saat indah dan gembira



teman bergurau senda


dan menjadi penyokong dan penguat semangat diri saat kita terasa terasing, keseorangan



Dan ketika itu kita akan merasa kuat dengan kehadirannya, meskipun satu dunia menentang dan mengeji kita, tidak akan terkesan hati ini dengan adanya sokongan sahabat yang sentiasa memahami.....

T A P I


Sahabatkah dia bila....

mula mengeluarkan kata-kata yang agak menyakitkan hati, bukan bertujuan menasihat tapi lebih kepada melepaskan kemarahan

Kesilapan kecil yang tidak disengajakan menjadi satu hal yang besar baginya dan dihebahkan ke sekeliling

dan membuatkan orang menaburkan kata-kata yang kurang enak tentang diri kita, menyakitkan hati, menyentap perasaan

membuat kita benar-benar kecewa kerana menganggapnya sahabat


ok, fine, aku mengaku en3 ini memang berkaitan dengan aku dan apa yang telah berlaku pada aku hari ini. Rasanya tak perlu aku bagi situasi sebenar kerana ayat-ayat di atas cukup menggambarkan apa yang berlaku antara aku dan sahabatku. pada ketika itu memang aku terasa sangat marah, bengang dan kecewa dengan dia, sampaikan setiap kali tengok muka dia aru rasa seperti mahu melakukan ini.....

atau ini


ataupun ini



biar puas hati aku


dan untuk orang-orang yang mengata aku bukan-bukan secara tiba-tiba setelah mendengar kata-katanya, ini hadiah korang semua



malangnya, aku cuma mampu ungkapkan apa yang terbuku di hati aku di sini.......sebab aku bukan seperti dia dan mereka, yang suka memalukan dan menjatuhkan air muka seseorang tak tentu pasal.....


Aku juga bukan jenis manusia yang begitu mudah menzahirkan kemarahanku di hadapan orang-orang berkenaan


Aku cuma mampu tersenyum dan mengeluarkan tawa yang sangat-sangat plastik

  


untuk menyelubungi perasaan dan mengawal diri yang hampir mengeluarkan air mata


tak mengapa, kerana hal yang remeh, kau mengenepikan perasaan aku ini ya, 'sahabat'...
Aku rasa kau terlupa

Aku jadi tempat kau meminta pendapat, pandangan, penyelesaian masalah kau, dari sekecil-kecil hal, hingga yang serumit-rumit perkara aku bantu kau.....

Ini balasan kau....Aku tak kisah kalau orang lain mengataku, tapi bila ia berpunca dari mulut kau, ia amat mengecewakan aku......

Tak apalah.....















   

  

Friday, 15 July 2011

Tuesday, 12 July 2011

ENGKAU

Terkadang hati rasa sakit dengan perlakuanmu
ada saatnya aku kau buat aku tertawa kegembiraan
ada pula masa kau buat amarahku membangkit dengan penuturanmu
kau buat hatiku menangis dengan sikapmu

kau lupa dengan janjimu
itu sudah sering aku terima
terkadang penat aku menurut rentakmu
kau riang bila bertemu
kau dingin bila jauh

ada masanya aku merasa terpinggir
ada ketika ku rasa tak dihargai
bukan ku mahu jadi yang terutama di hatimu
cuma aku meminta secubit pengertian
rasa hati seorang perempuan
yang menyayangi kamu

saat amarah mambakar hatiku
berdesirlah bisikan jahat
katanya kau sudah lupakan aku
kau tidak menginginkan diriku lagi

Namun kau bijak mengubah suasana
meniup memadam api kemarahan
merawat hatiku dengan caramu yang tersendiri
saat kau hadir
mendekati aku
kau pujuk hatiku
walaupun tidak terlahir langsung dari bibirmu
namun jenakamu mengubat segala
mendatangkan bayu kasih sayang yang berpuput lembut dalam jiwa

Kau istimewa
dengan caramu tersendiri
walau terkadang kau menjengkelkan aku
tapi kau bijak mencari senyuman dan tawaku yang hilang
kau tetap kau
walau apapun ulahmu
walau apa kata orang
walau apa kata aku
mungkin hanya kau yang tahu dirimu
kerana aku juga sering gagal membaca hatimu
kurang bijak merencana maksudmu
tapi aku sayang kamu
dan aku tahu
kau juga sayang aku
cuma ada masanya tidak terserlah
tidak mengapa
kerana aku terima seadanya kamu

cuma maafkan aku
kerana sering menyalah erti
setiap perilakumu....


P/S : bermain dengan kata hati sesekali...tak salah, bukan......

Thursday, 7 July 2011

"SEGMEN KENAL DULU BARU TAHU"

Masa blogwalking tadi, terjumpa lak blog yang menawarkan segmen cambest je....aku pun cam berminat je nak join....

penganjur segmen ini ialah en. armz

Maka disini aku mengumumkan blog yang aku pernah kenal dah aku suka dan aku selalu lawati ialah blog 
en. angah sebab blog ni yang membawa aku terjun ke dunia blog ni. Aku suka en3 blog ni yang sesuai dengan jiwa aku yang lembut dan agak jiwang ni. ni en3 yang paling aku suka


Satu lagi blog yang aku suka ialah blog kepunyaan en. zack zukhairi kalau korang selalu jumpa video2 yang comel2 kat youtube tu, contohnya yang nie , haa...dia nilah tuan pemilik sebenar video ni....korang singgah blog ni, lagi banyak video comel2 dan menarik yang korang akan jumpa. Selain drp video2 dia, en3 dia yang paling aku suka ialah en3 ni

Dua-dua blog ni sangat popular melihatkan kepada follower mereka. Jadi, siapa2 yang belum pernah tengok, singgahla, dan kalau korang suka, leh follow, ok?

PESANAN DAN PANTANG LARANG

Korang semua mesti biasa kan dengar pantang larang tok nenek, mak ayah, orang lama-lama nie....kadang-kadang ada sesuatu yang kita buat tu ditegur, melanggar pantang larang kata mereka. Aku pun masa kecik-kecik selalu gak disogok dengan adat, pantang larang ni. (kredit to en. zack sebab lepas singgah kat blog dia, baca en3 dia, aku terfikir nak buat en3 pasal ni...)

MAK AKU

Bila time makan, kadang-kadang dah habis makan nak tambah kali kedua, biasanya aku akan habiskan makanan dalam pinggan sebelum tambah. Mak aku pesan "Bila makan, kalau rasa nak tambah, jangan habiskan makanan dalam pinggan, biar ada baki sikit, pastu tambah la"

Aku tanya mak aku apa relevennya buat macam tu?
 Mak kata "Kan makanan tu rezeki, kalau licinkan pinggan sebelum tambah baru, macam putuskan rezeki, jadi, biar ada baki dalam pinggan, maka rezeki tak putus."


ABAH AKU

Masih lagi pasal makan. Abah pesan, bila makanan masuk dalam mulut, nak kunyah, mulut jangan buka. 


(gambar hiasan semata-mata)

Kata abah lagi, kalau nak kunyah makanan, mulut kena tutup. Sebabnya? Cuba korang kunyah makanan sambil mulut buka, kan berbunyi, orang keliling boleh dengar, kan kurang sopan. Kalau tutup mulut, kan tak dengar bunyi. Barulah sopan, kan...

TOK AKU

Dulu biasanya kalau baring meniarap nak tengok tv ke, baca buku ke, kaki mesti naik atas, silang. 



Aku tau, mesti ramai yang buat macam tu kan. Tapi tok aku cukup marah kalau nampak siapa-siapa yang baring macam tu. Dia kata, tak baik baring silang kaki, nanti mak kita cepat meninggal.Tapi aku ni stok degil punya, aku tak dengar cakap tok aku, sebab mak aku dah meninggal pun masa tu. So, aku memang tak percaya la. Dia cakap pun aku buat-buat dengar aje.


Satu lagi pesanan Tok aku. Kan kalau lepas hujan ada pelangi kan?


cantik kan? Bila dah nampak tu mesti tangan tu nak tunjuk-tunjuk kat pelangi tu. Tok aku cakap, tak boleh tunjuk kat pelangi tu. Nanti jari kita akan kudung katanya. Ha, yang ni aku termakan jugak kata-kata Tok aku. Yela, aku kecik lagi kan, mudah terpedaya kata orang. Aku pun tak pernah tunjuk lagi pelangi lepas dengar Tok aku cakap macam tu.

MAK SEDARA AKU

Ha...pesanan ni khusus untuk perempuan. Sebab kami adik beradik semua majoriti perempuan, seorang aje lelaki. So dia pesan pada kami, yang mana aku rasa aku nak share jugak dengan pembaca-pembaca perempuan. Open sikit yea....bila kita period @ datang bulan, pad yang kita guna tu, jangan buang di punca saluran air, contohnya sungai atau longkang. 


Sebab, kalau kita buang kat situ, nanti period kita takkan berhenti sehinggalah pad tu dibuang kat tempat lain.
Terpulanglah korang nak percaya atau tak. Tapi pada aku, pesanan ni wujud untuk mengingatkan kita kaum perempuan ni supaya menjaga kebersihan. Pad tu jangan buang merata-rata. Malu la kalau orang nampak. Sungai atau longkang tu kan macam kawasan terbuka. Betul tak? 

Itulah pesanan dan pantang larang yang disogokkan ke telinga kami adik beradik masa kecik-kecik dulu. Aku rasa ada antara pesanan kat atas ni yang korang pernah dengar kan? Nak percaya atau tak, terpulanglah. Tapi yang aku tau pesanan mak dan abah aku tu memang aku amalkan sampai sekarang.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...