Friday, 1 July 2011

CERITA HANTU ABAH AKU

Masa blogwalking petang tadi, aku jumpa en3 ni so aku rasa aku pun nak cite sikit la pasal cite hantu abah aku pulak...thanks sebab dah menimbulkan idea untuk aku buat en3 ni....

Dulu masa aku kecik-kecik, abah suke story kat kami adik beradik pasal kisah HANTU GOLEK.

(Gambar hiasan semata-mata. Nak upload yang betul, nanti aku sendiri takut nak baca balik en3 ni)

Abah aku pernah cerita, hantu ni macam bentuk bantal golek, tapi kecik sikit dari pocong. (Macam pelik pulak gayanya.) Kata abah, hantu ni biasanya kacau orang yang duduk sorang-sorang kat bus stop atau tembok-tembok tepi jalan tu. Tapi kalau nampak hantu ni, kita tak boleh lari, sebab nanti dia akan bergolek-golek kejar kita. Makin laju kita lari, makin laju la dia bergolek-golek kejar kita.

Jadi aku tanyalah, "habis, takkan nak biar aje hantu tu dekat sebelah kita?"

Abah aku pun cerita lagi, kala nampak hantu ni, jangan lari, tapi kita peluk dia kemas-kemas. Nanti dia akan meronta-ronta minta kita lepaskan dia. Aku mula berimaginasi aku memeluk hantu golek tu.


(gambar hiasan semata-mata sebab aku tak tau macam mana rupa hantu golek ni)


Aku pulak yang seram. Abah sambung ceritanya. Nanti kita kena cakap pada hantu tu "Baiklah, aku boleh lepaskan kau, tapi kau kena tunaikan permintaan aku."

Part ni aku macam sangsi sikit dengan kesahihan cerita abah. Aku menyampuk lagi, "Nanti kita mintak apa-apa pun dia boleh bagi ke?"

Abah anggukkan kepala. Aku makin rasa pelik. Abah nampak dahi aku kerut-kerut. Dia senyum-senyum.

"Ini cerita ajelah along. Abah pun tak tau betul ke tak. Along percaya ke hantu boleh tunaikan permintaan kita?"

"Along rasa tipulah abah, mana ada hantu baik sangat nak tunaikan permintaan manusia. Lagipun, berani ke orang nak peluk hantu. Baru je nampak, tak sempat lari dah pengsan."

Abah pun gelak dengar statement aku tu. Memang tipu kot cerita tu. Kalau kita nak sesuatu kan kena minta dari Allah, bukan dari hantu setan tu, kan.

Ada-ada aje abah aku ni......

1 comment:

  1. ade lagi macam2 cite hantu yg disogokkan dek abah aku mase kecik2 hantu dapur la,hantu galah la mcm2 la

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...