Hari ni aku rasa nak buat en3 pasal sahabat lagi. Bukan apa, manusia yang bergelar sahabat ini bagi aku adalah mereka-mereka yang sangat penting dan sangat diperlukan dalam mengharungi hidup ini kan....
Seorang sahabat biasanya menjadi tempat kita mengadu atau minta pendapat bila berdepan masalah
Berkongsi saat-saat indah dan gembira
teman bergurau senda
dan menjadi penyokong dan penguat semangat diri saat kita terasa terasing, keseorangan
Dan ketika itu kita akan merasa kuat dengan kehadirannya, meskipun satu dunia menentang dan mengeji kita, tidak akan terkesan hati ini dengan adanya sokongan sahabat yang sentiasa memahami.....
T A P I
Sahabatkah dia bila....
mula mengeluarkan kata-kata yang agak menyakitkan hati, bukan bertujuan menasihat tapi lebih kepada melepaskan kemarahan
Kesilapan kecil yang tidak disengajakan menjadi satu hal yang besar baginya dan dihebahkan ke sekeliling
dan membuatkan orang menaburkan kata-kata yang kurang enak tentang diri kita, menyakitkan hati, menyentap perasaan
membuat kita benar-benar kecewa kerana menganggapnya sahabat
ok, fine, aku mengaku en3 ini memang berkaitan dengan aku dan apa yang telah berlaku pada aku hari ini. Rasanya tak perlu aku bagi situasi sebenar kerana ayat-ayat di atas cukup menggambarkan apa yang berlaku antara aku dan sahabatku. pada ketika itu memang aku terasa sangat marah, bengang dan kecewa dengan dia, sampaikan setiap kali tengok muka dia aru rasa seperti mahu melakukan ini.....
atau ini
ataupun ini
biar puas hati aku
dan untuk orang-orang yang mengata aku bukan-bukan secara tiba-tiba setelah mendengar kata-katanya, ini hadiah korang semua
malangnya, aku cuma mampu ungkapkan apa yang terbuku di hati aku di sini.......sebab aku bukan seperti dia dan mereka, yang suka memalukan dan menjatuhkan air muka seseorang tak tentu pasal.....
Aku juga bukan jenis manusia yang begitu mudah menzahirkan kemarahanku di hadapan orang-orang berkenaan
Aku cuma mampu tersenyum dan mengeluarkan tawa yang sangat-sangat plastik
untuk menyelubungi perasaan dan mengawal diri yang hampir mengeluarkan air mata
tak mengapa, kerana hal yang remeh, kau mengenepikan perasaan aku ini ya, 'sahabat'...
Aku rasa kau terlupa
Aku jadi tempat kau meminta pendapat, pandangan, penyelesaian masalah kau, dari sekecil-kecil hal, hingga yang serumit-rumit perkara aku bantu kau.....
Ini balasan kau....Aku tak kisah kalau orang lain mengataku, tapi bila ia berpunca dari mulut kau, ia amat mengecewakan aku......
Tak apalah.....
aku risau gak kadang2 aku tak jadi kawan yang baik utk kawan2 aku...
ReplyDeletetp yer kawan paling penting dalam hidop.
no friend no life.
neway bertabah ok, mungkin ada something yang ajdi kat ur friend sampai dia jadi cam tuh, who knows kan?
thanks aisha....mungkin betul kata2 you tu....takpe, lagipun saya ada jugak kawan2 lain.....
ReplyDelete