Lokasi : Rumahku syurgaku
Tengah syok layan cerita JUVANA.
Tiba-tiba telefon berbunyi. Kawan ku Izwan(bukan nama sebenar) yang "baik" sangat ni ajak pergi makan. Dia baru balik kerja. Aku memang dah bajet malam tadi tak nak keluar, pasal nak layan cerita yang aku tunggu tiap-tiap isnin tu.Tapi sebab tak nak menghampakan dia, aku setuju la dengan jemputan dia tu walaupun aku kenyang lagi lepas makan mee rebus petang tu.
Tapi aku sebenarnya berat hati nak pergi, sebab nak tinggalkan drama yang menjadi kegilaan aku. Tapi mengenangkan bukan senang dia tiba-tiba nak ajak aku keluar makan, aku pun bersiap. 15 minit lepas tu dia sampai. Bukan makan kat KFC ke, McD ke....kedai mamak aje. Tapi tak kisahla. Kat kedai mamak, kawan kitorang Sham(bukan nama sebenar) dah tunggu. Jemputan asal makan kat mamak ni dari Sham la rupanya.
Tengah si Izwan ni syok menguyah roti sardin buatan mamak tu, (kata dia tak sedap, tapi dia ngap jugak sebab dah lapar tahap maksima) si Sham ni kata nanti ada kawan dia nak datang lepak sekali. Tapi Izwan dah cakap awal-awal dia tak nak lepak lama-lama, takut mak dia bising dia balik lambat.Time ni aku dah mula curiga dengan niat asal Sham ni ajak kitorang makan ni.
Ai, lain macam aje ni....kawan mana pulak? Hati aku macam dah nak bagi warning supaya jangan tunggu kawan dia sampai. Sebab Sham ni dia baru berkecimpung dalam HAI-O Marketing.
Hari tu dia ada cerita dengan aku pasal ni. Nak promote la konon. Tapi sorry de, aku memang sungguh-sungguh tak minat MLM ni. Dah pernah ada orang ajak join benda ni. Sampai nak suruh aku buat loan 20 tahun untuk dapatkan modal nak join benda ni. Selamat aku tak terpedaya.
Waktu : 10.45 malam
Tempat : Kedai mamak somewhere in Cheras
Akhirnya kawan dia sampai. Seorang lelaki lingkungan umur kami, dia datang dengan pak cik dia. Kepala otak aku ligat fikir macam mana nak elak dari dengar cerita diorang ni. Mula-mula sembang-sembang biasa je. Aku ambil handphone Sham, mengkhusyukkan diri main game dalam tu. (Padahal game tak best pun). Yang Izwan layan ajela diorang bersembang. Aku nekad nak balik sebelum diorang buka cerita pasal Hai-O ni.
Dah 10 minit, diorang masih lagi sembang-sembang biasa. Aku tengok jam. Kalu aku tunggu ni, mau pukul 2 pagi tak balik lagi. Aku dapat idea yang bernas. Aku buat-buat menguap dua tiga kali. Mata aku layukan. Tapi si Izwan ni syok sangat sembang, dia tak perasan signal aku ni.
Aku pun cuit dia, cakap aku ngantuk, nak balik tidur. Dia pun hantar aku balik. Sampai kat bawah flat aku, aku pun cakapla, aku sebenarnya saja nak lari sebelum diorang buka cerita pasal Hai-O tu. Tapi Izwan ni tak percaya. Dia boleh cakap dengan aku "Ala, diorang saja datang nak sembang-sembang biasa aje". Dia kata nak sambung lepak kat kedai mamak tu. Lantak kaula, aku cakap tak nak percaya. Nanti kau dah tersangkut kat sana, padan muka.
Waktu : 12.00 tengah malam
Tempat : Rumahku syurgakU
TV8 tengah tayang America's Next Top Model.
Aku suka tengok cerita ni. Tapi aku takdelah bercita-cita nak jadi macam diorang. Ish, mintak simpang. Aku cuma suka tengok gelagat peserta program ni. Aku terfikir, dah balik ke belum si Izwan ni. Aku pun sms dia
-Dah balik lom?
-Lom. Kat cni lg.
-Nk blk kul bpe? Kata mak bising blk lmbt.
-Jap lg nk blk la ni.
-Tgh sembang ke? Pasal ape?
-Biase2 aje. psl life kat kl.
Pandai betul diorang pancing. Aku dah pernah kena, so aku tau la. Mula-mula memangla cerita biasa, lepas tu???? So aku biarkan aje. Kau belum kena lagi, lantak kaulah, aku cakap tak nak dengar.
5 minit kemudian.
"Teet, teet...teet, teet..."
Ada sms dari Izwan.
-Ala...diorang dah mula dah......
Aku tergelak. Padan muka. tula, degil cakap aku. Aku balas sms dia.
-Hahahahaha.........pdn muke, tula, dgl ckp org....ha, tgula kat c2 sampai kul 2 pg...
Dia tak balas. Bengang la tu. Padan muka. Entah pukul berapa dia balik malam tadi. Izwan, Izwan....
P/S : aku ni bukannya anti dengan orang yang menceburi bidang MLM ni, memang MLM ni tak salah, tapi sesungguhnya aku memang tak minat dengan MLM ni, dah ramai orang ajak join macam-macam jenis MLM, tapi aku memang TAK NAK. Kebanyakan orang MLM akan guna modal ayat ni "Rasulullah berkata sesungguhnya 90% dari punca rezeki adalah dari berniaga." Memangla 90% punca rezeki adalah dari berniaga, tapi kan ada macam-macam jenis perniagaan. Bukan setakat MLM aje. Jual buah tepi jalan pun kira berniaga juga, kan. Bukan semua orang ditakdirkan untuk terjun dan berjaya dalam bidang MLM. Dan aku salah seorang darinya. Aku lebih rela jual buah tepi jalan. Mungkin untung dia tak seberapa, tapi sekurang-kurangnya kita nampak dari mana datang untung tu.
Kalu MLM nak kena cari downline la ape la, lepas tu dapat komisyen. Aku teringat kata-kata senior aku masa sekolah :
THERE'S NO SUCH THING AS EASY MONEY.
No comments:
Post a Comment