Disebabkan sekarang tengah macam meriah sana sini orang duk sambut hari bapa, hari ni aku nak cerita pasal kisah kawan aku dan ayah dia.
Shanie(bukan nama sebenar) anak sulung dari 5 adik beradik. Mak dia dah meninggal masa dia darjah 3. Jadi ayah dia yang besarkan dia. Dia pernah cerita, kali pertama dia tau pasal kewujudan Hari Bapa ni masa dia tingkatan 1. "Teacher aku yang cerita pasal Hari Bapa ni, baru aku tau rupanya bukan Hari Ibu aje yang ada, Hari Bapa pun ada. Apa lagi, tak sempat tunggu balik sekolah, time rehat aku telefon ayah aku nak wish Hari Bapa kat dia."
Tapi itulah ucapan Selamat Hari Bapa yang pertama dan terakhir dari Shanie untuk ayahnya. Bukan sebab ayah dia dah meninggal, ayah dia hidup lagi, sihat walafiat. Cuma......
Ayah dia tak macam ayah orang lain. Setahu aku, seorang ayah bertanggungjawab melindungi dan menjaga anak perempuannya. Ayah Syanie tidak begitu. Dia menjadikan Syanie sebagai tempat melampiaskan nafsunya. Kesian Syanie, dia terseksa, tak tahu nak mengadu dengan siapa. Walaupun ayahnya berkahwin lain, tetapi tetap juga Syanie yang dicarinya. Aku pun pelik, kenapalah ayah dia ni, dah ada mak tiri Syanie pun tetap juga cari Syanie.
Akhirnya Syanie tak tahan, dia mengadu pada guru sekolahnya, dan ayahnya ditangkap polis. Dia dan adik-adiknya nyaris-nyaris dijual oleh ibu tirinya kepada orang yang mahukan anak angkat, nasib baik adik beradik arwah ibunya menyelamatkan mereka. Syanie selalu sedih mengenangkan nasibnya.
15 tahun kemudian, Syanie sudah bekerja, ayahnya dibebaskan dari penjara dan mencari Syanie. Bagi Syanie, sukar untuknya menerima ayahnya kembali. Trauma itu masih ada dalam dirinya. Kata ayahnya, dia melakukan perbuatan terkutuk itu pada Syanie kerana tidak dapat mengawal perasaan setiap kali melihat Syanie yang mirip arwah ibunya. Bagi Syanie, dia boleh memaafkan ayahnya, tetapi tidak dapat melupakan apa yang berlaku. Dan sehingga sekarang, dia masih belum dapat menerima ayahnya. Dan dia juga sentiasa meminta adik-adiknya berhati-hati dengan ayahnya, kerana takut mereka pula yang menjadi mangsa.
Aku tahu, mesti ramai yang akan menasihati Syanie, seburuk mana pun dia, sebesar apa pun dosanya, dia tetap seorang ayah, tanpanya, tidak lahir insan yang bernama Syanie. Tapi bagiku, orang sekeliling boleh katakan apa sahaja, boleh mentafsir apa sahaja, tetapi hanya Syanie yang tahu betapa berat derita yang ditanggung, dan bagiku, memang patut pun kalau Syanie tidak dapat menerima ayahnya. Malah ayahnya sudah tidak layak menjadi wali kepada Syanie masa dia ingin berkahwin nanti.
SEORANG AYAH SEPATUTNYA MENJADI PELINDUNG KEPADA ANAK, MEMELIHARA MEREKA DAN MEMASTIKAN MASA DEPAN YANG BAIK UNTUK ANAKNYA.TETAPI BILA AYAH ITU SENDIRI MEROSAKKAN DAN MEMUSNAHKAN MASA DEPAN ANAKNYA, MASIH LAYAKKAN DIA MEMEGANG GELARAN 'AYAH' ITU?
Bingung mau ngapain? mendingan main games online bareng aku?
ReplyDeletecuman DP 20rbu aja kamu bisa dapatkan puluhan juta rupiah lohh?
kamu bisa dapatkan promo promo yang lagi Hitzz
yuu buruan segera daftarkan diri kamu
Hanya di dewalotto
Link alternatif :
dewa-lotto.name
dewa-lotto.com