Thursday, 9 June 2011

SAMBUNGAN.....

Haaaa....ini sambungan kisah Winda yang aku post sebelum ni....makin menarik kisah kawan aku ni....Kan dia dah sah mengandung dan tinggal kat rumah aku. Kerja pun kat tempat aku. Mesti korang ingat dia dah insaf kan? macam cerita-cerita melayu yang klise tu.

Tak lama lepas tu, dia mula rapat dengan sorang lelaki kat tempat kerja kami, Saufi(memang bukan nama sebenar). Mula-mula kawan, makin lama makin rapat, kemudian tau-tau aje dah bercinta. Winda kata dia dah berterus terang pada Saufi tentang keadaan dia, dan Saufi sanggup bertanggungjawab atas Winda. Pelik kan? ada lagi lelaki yang budiman macam ni zaman sekarang. Saufi ajak Winda kahwin. Winda pun setuju kerana memikirkan masa depan kandungannya. Maka mereka kahwin dengan majlis ringkas.

MESTI KORANG INGAT INI HAPPY ENDING UNTUK WINDA KAN? NANTI DULU.....BELUM TAMAT LAGI KISAH WINDA NI, KAN AKU KATA KISAH NI UNTUK PENGAJARAN SEMUA, INI BUKAN DRAMA MELAYU, INI REALITI, MAKA KISAHNYA LAIN SEDIKIT.

Tak lama kemudian, Winda selamat bersalin anak perempuan yang comel. Kehidupan mereka macam biasa, cuma Saufi makin lama makin berubah, malas bekerja dan mengharapkan Winda menanggung semua perbelanjaan. Bila Winda bangkitkan soal itu, Saufi bangkitkan soal kesanggupan menerima Winda dan anaknya. Winda mula makan hati. Dia tidak tahu nak mengadu pada siapa. Selalunya dia akan cari aku. Aku cuba nasihatkan dia supaya tabah dan sabar hadapi dugaan.

Saufi juga jenis yang kuat mengadu masalah rumahtangga pada ibunya. Salah sedikit, dia mula mengadu. Anak emak lah pulak. Keadaan ini membuatkan Winda makin tertekan. Lama dia berfikir, mencari penyelesaian pada masalahnya, dan dia juga ada meminta pendapat aku. Saufi pula asyik mencari salah Winda. Mereka makin kerap bergaduh. Pernah sekali Winda ditampar Saufi dan tamparan itu sedikit mengenai pipi anaknya yang ketika itu didukung Winda. Winda menangis ketika menceritakan hal itu padaku. Aku mula geram dengan sikap Saufi.Winda tidak boleh adukan perihal Saufi pada ibu bapa mertuanya kerana nanti dia yang akan disalahkan.

Ibu bapa Saufi pula tidak habis-habis menyuruh Saufi memujuk Winda menyerahkan anaknya pada mereka kerana mereka rasakan Winda belum layak jadi ibu yang baik. Winda mula bengang dengan sikap Saufi dan keluarganya. Dia akhirnya buat satu keputusan yang nekad.

APA KEPUTUSAN YANG DIBUAT OLEH WINDA? APA PULA REAKSI SAUFI? MANA PERGINYA AZMAN? APA TINDAKAN AKU? NANTIKAN SAMBUNGAN KISAH INI YEA....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...