Wednesday, 8 June 2011
kelajuan itu kelemahan, perlahan itu kekuatan
semalam masa kepala tengah memikirkan apa yang aku nak post untuk blog ni, kawan aku Farhan(bukan nama sebenar) ajak aku lepak, kami sembang-sembang, cerita perihal masing-masing, dan dia telah mengeluarkan satu ayat yang berbunyi "KELAJUAN ITU KELEMAHAN, PERLAHAN ITU KEKUATAN"
Aku dapat tangkap maksud dia tu, maka terus aku terfikir nak share dengan siapa-siapa yang singgah kat sini. KELAJUAN ITU KELEMAHAN-terlalu terburu-buru membuat keputusan adalah kelemahan ramai orang, bertindak tanpa memikirkan akibat yang akhirnya akan memakan diri sendiri.
PERLAHAN ITU KEKUATAN-berfikir dengan teliti sebelum mengambil apa-apa keputusan dan tindakan. Fikirkan akibat dan kesan kepada diri sendiri dan orang lain, dengan itu, insyaallah kita akan jumpa penyelesaian pada masalah kita.
Betul juga kata-kata itu, aku memang bersetuju, kadangkala kita tidak sedar keputusan yang kita buat dengan terburu-buru akan mengakibatkan kita susah kelak, bukan sahaja kita, kadangkala orang sekeliling juga turut terima tempiasnya.Macam contohnya kisah yang diceritakan oleh Farhan pada aku semalam: seorang temannya-Noni(pun bukan nama sebenar), menerima risikan dari seorang jejaka, Khairi(bukan nama sebenar juga) yang berkenan dengannya, dia tidak fikir panjang, tidak selidik dulu latar belakang Khairi, terus terima risikan tersebut, Farhan diketepikan, maka dia pun mengundur diri memberi laluan pada Khairi. Tidak lama kemudian Noni dapat tahu Khairi diburu semula oleh ex-kekasihnya, dan handphonenya penuh dengan mesej-mesej perempuan lain. Dia mula merayu Farhan kembali, mula berbaik semula dengannya, dan ada niat untuk tidak meneruskan hubungan dengan Khairi. Sebab dia merasakan Farhan lebih baik dari Khairi. Bukankah menyusahkan diri sendiri dan orang lain? Dia menyesal dengan keputusannya yang terburu-buru, dan sekarang dia kena berdepan dengan Khairi dan berterus terang sekiranya tidak ingin meneruskan hubungan itu. Frhan pula mula serba salah kerana tidak mahu dianggap orang ketiga dalam hubungan mereka, namun Noni tidak mahu melepaskan Farhan. Akhirnya Farhan yang tersepit sekarang.
Kesian Farhan, jadi mangsa dengan sikap terburu-buru dan kebudak-budakan Noni.
Nasihat aku pada Farhan, sabarlah yea...kadangkala kita memang akan diuji dengan hal-hal sebegini yang akan menyesakkan fikiran....harap-harap Noni akan lebi matang dan berhati-hati membuat keputusan lepas ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment