Wednesday, 15 June 2011

KENANGAN ANTARA AKU DAN DIA.

Setelah berkali-kali aku baca dan aku belek-belek, akhirnya aku putuskan nak join segmen SPANAR BURUK nie....

Kisah kenangan antara aku dan dia.....sahabatku....

Faizol.....kau adalah sahabat yang paling baik. Dulu masa kita masih lagi berbaik, kita selalu ada untuk satu sama lain, kan....aku ingat lagi saat aku memujuk kau melupakan ex-girlfriend kau yang dah mempermainkan kau tu. Aku cuma nak kau gembira bila bersama aku, tak nak sedih-sedih. Kau selalu ajak aku keluar. Pergi minum kat kedai mamak, karaoke, jalan-jalan, tengok kau main futsal. Bila ada filem baru keluar, kita pergi tengok wayang. Seronok sangat waktu tu. Sampaikan aku rasa, tak perlu ada teman lelaki bila aku ada sahabat sebaik kau.

Satu hari kau ajak pergi berkelah. Kau cakap kau ajak aku sebab kawan-kawan kau semua ada pasangan, kau pun tak nak la keseorangan , jadi kau ajak aku. Kita semua sangat seronok waktu tu. Macam budak-budak pun ada. Aku rasa itulah saat yang paling menggembirakan dalam persahabatan kita.

Masa birthday kau, aku wish happy birthday, kau minta hadiah. Aku tau kau main-main aje, tapi aku ikhlas nak bagi hadiah, tanda aku menghargai kesudian kau menjadi sahabat aku. Walaupun tak seberapa, yang penting aku ikhlas kan. Aku tengok muka kau macam tersipu-sipu aje bila terima hadiah tu. Eleh, malu la tu...

Tapi tu semua tinggal kenangan aje. Kita tak mungkin akan jadi macam dulu. Kau dah pergi bawa haluan kau. Tinggalkan aku yang kesunyian bila teringat betapa seronoknya persahabatan kita. Aku amat rindukan kau. Mungkin kau dah lupakan persahabatan kita, tapi, bagi aku, ia tetap menjadi kenangan yang paling indah dalam hidup aku, sebab sahabat sebaik kau memang tak mudah untuk aku jumpa

6 comments:

  1. salam,thank sudi join..dalam persahabatan biasa
    pertemuan dan perpisahan menjadi lumrah hidup,masing2 bawa haluan masing2
    salam perkenalan dari sponsor segmen

    ReplyDelete
  2. mekasih Bro ahmad....salam perkenalan....

    ReplyDelete
  3. sedih cerita kamu syg..tapi kamu kna tabah tau..
    patah tumbuh hilang berganti..
    yakin dgn ILAHI,
    Dia pasti gntikan yg terbaik utk kamu..
    sabar ye..
    salam ziarah dari spanar buruk..

    ReplyDelete
  4. mekasih spanar buruk...insyaallah....saya redha dengan ketentuanNya buat saya...

    ReplyDelete
  5. tunggu keputusan segmen ni ye..rjin2 la jengah blog spanar k..

    ReplyDelete
  6. dah tgk keputusan....xpe, xmng kali ni takpe....akan lebih berusaha dalam segmen akan dtg...(mesti cik spanar akan ada segmen lain lak kan)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...