Monday, 13 June 2011

ADA UNTUKMU.....(BHG 3)

"Nur tersentap dengan kata-kata Faez. Dia tidak menyangka Faez pergi kerana cemburukan Iman. Rupanya Faez mempunyai perasaan yang sama dengannya. Nur membisu.

"Tak mengapalah, aku harap kau fikirkanlah masak-masak kata-kata aku.. Kalau kau mempunyai perasaan sama seperti aku, kembalilah kepada aku, Nur. Aku akan bertolak ke Sabah kerana menerima tawaran kerja di sana. Kita akan bersatu dan menetap di sana dan tidak ada sesiapa yang akan memisahkan kita lagi."

Setelah Faez pulang, Nur tidak lena tidur. Hatinya mula berbelah bagi semula. Antara Iman dan Faez. Dia sayangkan Iman, namun perasaannya pada Faez terbit kembali setelah tahu rupanya dia tidak pernah bertepuk sebelah tangan. Dia jadi buntu, bingung. Adakah patut dia meninggalkan Iman yang menyayanginya demi Faez?

Malam ini malam berinai. Semua ahli keluarga dan sahabat handainya sedang sibuk menguruskan majlis itu. Namun hati Nur masih tak keruan. Esok hari pernikahannya, dan esok juga dia sepatutnya menemui Faez di lapangan terbang sekiranya dia setuju mengikut Faez. Ibu saudaranya sibuk meletak inai di jarinya, namun matanya merenung jauh ke luar tingkap. Tiba-tiba di di celah-celah tetamu yang hadir, dia seolah-olah melihat kelibat Faez. Dia terperanjat. Hatinya makin tak tentu arah Bila menerima sms dari Faez.

"Aq tgu ko kat airport pg sok kul 6....jgn hampakan aq....."

Malam itu dia tidak lena tidur memikirkan apa yang patut dilakukannya. Dia menunaikan solat sunat istikharah, mohon petunjuk dariNya. Akhirnya dia nekad, dia bersiap-siap ala kadar, mencapai kunci kereta dan keluar waktu semua orang sedang lena dibuai mimpi. Dia begitu yakin dengan keputusannya.

Pagi itu rumah pengantin perempuan kecoh dengan kehilangan Nurin. Telefon bimbitnya tidak dibawa.Tiada siapa tahu mana dia menghilang. Ibu saudaranya hampir pitam, manakala bapa saudaranya sudah mula naik angin dengan insiden ini. Apa yang harus dijawab dengan pihak pengantin lelaki nanti? aepupu-sepupu Nurin mencarinya di sekitar kawasan itu, namun gagal.

Jam menunjukkan pukul 6 pagi. Nur berada di airport, mencari kelibat Faez.

"Aku tahu kau takkan hampakan aku, Nur. Terima kasih. Mana beg pakaian kau?"

"Faez, aku datang sini bukan sebab nak ikut kau, tapi aku nak bagitau yang aku tetap dengan keputusan aku untuk kahwin dengan Iman."

Faez terkejut dengan jawapan Nur.

"Kalu begitu kenapa kau datang? hari ni kan hari pernikahan kau. Kalau kau tak nak ikut aku, kau tak sepatutnya datang sini."

"Aku cuma nak berjumpa dengan kau kali terakhir sebelum kau pergi. Aku memang sayangkan kau Faez. Tapi itu dulu. Kalau kau pun sayangkan aku, kenapa kau tak berterus terang? kenapa kau pilih untuk tinggalkan aku? kenapa kau tak cuba untuk menangi hati aku dulu?"

"Faez, Iman lelaki yang baik, aku yakin dia mampu menjaga aku dan menjadi seorang suami yang dapat membimbing aku. Bukanlah aku kata kau tak layak untuk aku, cuma, mungkin bukan jodoh kita, aku bukan untuk kau Faez. Aku doakan semoga kau bertemu jodoh yang lebih  baik dari aku dan sepadan dengan kau dan akan buat kau bahagia. Jagalah diri kau baik-baik di tempat orang."

"Baiklah Nur kalau itu keputusan kau. Selamat pengantin baru, semoga kau sentiasa bahagia. Selamat tinggal, Nur"

"Selamat jalan Faez."

"Kalau Iman lukakan hati kau, bagitau aku, biar aku belasah dia" gurau Faez.

Nur ketawa dalam tangisannya menyaksikan pemergian Faez. Entah bila mereka akan bertemu lagi.

"Alamak, dah pukul berapa ni, mampus...semua orang mesti cari aku....mandi pun belum ni" Nur mengomel dan bergegas menuju ke kereta untuk kembali ke rumah dan bersiap-siap untuk menjadi pengantin Iman. Dia yakin dengan keputusannya. Dia yakin Iman tidak akan mensia-siakannnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...