pasti kita semua fammilliar dengan perkataan stress @ tekanan. Bila  terlalu banyak masalah, ujian dan dugaan nak ditangani (terutamanya  masalah putus cinta) ramaiakan jadi serabut dan tak tentu hala. mesti  ramai yang pernah alami situasi ini kan. Namun, bagaimana anda  mengatasinya? Berikut adalah cara menangani  stress yang selalu kita  dengar (atau pernah kita buat, kan, kan?)
1. masuk bilik, pasang  radio kuat-kuat, tak kiralah tengah malam ke, awal pagi ke, senja ke  (ape motifnya pun tak tau.Menaikkan bil letrik adala)
2. Pergi karaoke nyanyi lagu rock sampai nak keluar anak tekak, nyanyi sedih sampai nangis2 (konon2 layan perasaan.)
3.  duduk dalam bilik sorang2, dalam gelap kononnya nak menyepikan  diri. (datang momok baru tau, nak sangat duk dalam gelap, pegila duk  dalam hutan)
4. Makan selagi boleh - selagi ada makanan, selagi tu disumbat dalam perut. (macam sebulan tak jumpa makanan)
5.  Pergi enjoy - pegi clubbing, berjoget-joget, terkinja2 macam orang  hilang pedoman. Kononnya meluahkan ekspresi diri( Dah macam kera kene  tenyeh ngan samabal belacan aje)
6. Bawa motor/kereta selaju yang  mungkin. Dah tak fikir dah orang lain. Yelah, tengah stress, manalah ada  masa fikir  pasal orang lain, kan...Kononnya dialah raja  jalanan... (Abis, orang lain ni jadi rakyat jelata dialah, kena bagi  laluan pada dia?)
7. Minum arak, mabuk2, ambil dadah, pil yang  macam2 tu, khayal. kononnya boleh hilang masalah."Rasa melayang aje,  beb"  katanya...Nak kata tak pandai, dah pegi sekolah. hari2 ada keluar  iklan kat TV dadah, arak tu membahayakan kesihatan. (Diorang ni tak  tengok tv kot, tu pasal la tak tau..)
8. Bunuh diri - Terjun bangunan la,kat landasan  keretapi la, (nyusahkan polis nak kutip mayat korang yang dah  bersepai2 tu)
- minum racun rumpai la, cloroc la (sedap sangat dari air sirap kot benda2 ni)
- bakar diri (silap2 dengan rumah korang sekali terbakar, nyusahkan keluarga korang aje nak kena cari rumah lain)
 -  Gantung diri (satu hal pulak orang nak turunkan mayat korang yang dah  keras kejung tu, kalau ada yang sampai terjelir lidah la, terbuntang  mata la, tak tidur malam jawabnya)
Itulah dia cara-cara kebanyakan  orang melepaskan tekanan @ release stress. Kan ada banyak cara lain  untuk melegakan kepala yang serabut tu.....
1. Ambil wudhu' (bila air wudhu' tu kena pada anggota, rasa sejuk aje)
2. Buat solat sunat (Kalau dah masuk waktu, buat la yang wajib dulu)
3.  Baca Al-Quran - ada kajian mengatakan ayat-ayat quran ini dapat  menghasilkan zarah2 yang seolah2 berupa kristal yang dapat menenangkan  jiwa dan mengubati penyakit. (Kalau tak pandai sangat nak baca, boleh  dengar, sambil tu belajarlah baca. Dapat pahala lebih tau, saham  akhirat)
4. Rajinlah bibir tu menuturkan zikir.  Kan zikir tu penenang jiwa. Ataupun lagu2 nasyid ke, lagu2 yang memuji  kebesaran Allah S.W.T.
5. Berpuasa - walaupun  bukan bulan puasa, buatlah puasa sunat. Kan kita selalu belajar di  sekolah, puasa itu bukan setakat menahan lapar dan dahaga, tapi menahan  nafsu, rasa marah, dan menahan kita dari buat perkara-perkara yang  bukan2 (Yela, kalau tengah puasa takkan mengamuk2 tak tentu pasal kan?  macam tak kena aje)
6. Nampak orang yang buta nak  melintas jalan, cuba tolong (akan timbul satu perasaan lega lepas orang  tu selamat melintas) Tak pun nampak orang minta sedekah, hulurlah  sikit, tak kiralah berapa pun, yang penting ikhlas.
7.  Nampak kucing kelaparan cuba hulurkan makanan, sikit pun takpe (kita  akan rasa seronok bila nampak kucing tu makan.(lagipun kucing kan haiwan  kesayangan Rasulullah S.A.W)
Cubalah tips-tips di atas... Tips 1-5 tu mungkin anda semua tahu kan dan ramai yang amalkan (Yela, kita kan orang
Islam)  Tips 6 dan 7 tu tu pun anda semua boleh cuba....insyaallah berkesan.  Bukan setakat lega stress anda, tapi timbul keinsafan dalam diri anda  untuk jadi insan yang lebih bersyukur dengan nikmatNya.....
  
No comments:
Post a Comment