Jadi, pada yang menunggu sambungan kisah Winda ni, kali ni aku habiskan kisahnya.......
Setelah setahun berumahtangga dan menempuh macam-macam dugaan, Winda akhirnya nekad mahu keluar dari neraka Saufi. Dia minta dilepaskan. Mulanya Saufi enggan, tapi Winda berkeras. Saufi setuju, dengan syarat, anak itu diserahkan padanya. Apa tujuannya meletakkan syarat begitu, aku kurang pasti. Tapi memang kejam kan?Aku nasihatkan Winda supaya membawa lari anaknya supaya tidak dirampas oleh Saufi. Winda sekali lagi membuat keputusan besar dalam hidupnya. Anaknya diserahkan kepada keluarga angkat, dan dia menuntut fasakh dari Saufi.
Selepas berpisah, keluarga Saufi mula menjaja keburukan Winda kepada saudara mara mereka, Winda dituduh tidak pandai menjaga suami, dan curang. Namun Winda tidak peduli, dia lega dapat lepas dari cengkaman Saufi. Saufi pula jadi tidak keruan, mencari Winda untuk memujuknya kembali, macam orang gila talak. Tapi tidak lama, 2 bulan selepas itu, dia mula jumpa cinta baru. Malanglah nasib teman barunya kerana belum kenal siapa Saufi.
Winda meneruskan hidup seperti biasa, dia mendapat tawaran kerja di sebuah syarikat guaman.Anaknya dilawati bila ada kelapangan. Satu hari semasa sedang online di facebook, mencari teman lama, Winda terfikirkan seseorang. Ya, Azman. Dia mula mencari. Jumpa! Dia add Azman, tak lama lepas tu Azman approve. Mereka mula chatting.
WINDA : Askum
AZMAN : Wslm
WINDA : Ingat sy lagi?
AZMAN : Igt. Awk pekaba?
WINDA : Sht. Awk?
AZMAN : Biasa2 aje. Katne ni?
WINDA : Ofis. Awk?
AZMAN : Kat hostel.
WINDA : Oh yea, awk blaja lg kan? bila cuti?
AZMAN : Bulan depan cutila.
WINDA : Leh jumpa?
AZMAN : Nak watpe?
WINDA : Saje, lepak2, sembang2....lame xdgr cite.
AZMAN : Tgkla nnt....nnt papehal sy msj.
WINDA : Sy dah tukar no. phone.
AZMAN : sy still pkai no lama, nnt send la no. itu pun kalau awk still smpn no sy.
WINDA : Ok.
Akhirnya mereka bertemu selepas Azman tamat belajar. Lama la jugak. Masa mula-mula memang macam janggal, tapi lama-lama dah ok. Winda mula menyimpan perasaan ingin kembali pada Azman. Tapi Azman capat membaca isi hati Winda. Dia tidak mahu terluka lagi. Dia serik dipermainkan. Akhirnya Azman pergi lagi dari hidup Winda kerana tidak mahu cinta lama berputik kembali. Winda akur dengan tindakan Azman. Dia tahu dia bersalah. Azman dibiarkan pergi. Biarlah mereka kekal dengan haluan masing-masing.
Tapi kata orang kalau jodoh itu sudah ditetapkan buat kita, larilah kemana pun, pasti bertemu kembali. Setelah hampir setahun, tiba-tiba Winda dikejutkan dengan kehadiran SMS dari Azman. Pukul 5.00 pagi pulak tu. Mulanya bertanya khabar. Lama-lama mengatur pertemuan. Cuti hujung minggu mereka bertemu. Membuka kembali kisah lama. Meluahkan isi hati masing-masing. Kan betul kata aku, diorang ni memang ditakdirkan bersama. Setelah beberapa kali keluar bersama, Azman menyatakan hasrat untuk melamar Winda.
Tapi semuanya tak semudah yang disangka. Winda masih fobia dengan kegagalan rumahtangganya menolak lamaran Azman. Dia sayangkan Azman, tapi takut Azman akan jadi seperti Saufi bila mereka berkahwin. Aku yakinkan Winda bahawa Azman bukan begitu. Dan peluang baik tak datang selalu, lagipun mereka memang ditakdirkan untuk satu sama lain. Buktinya walau terpisah jauh mana sekalipun, mereka pasti bertemu semula. Lama juga Azman terpaksa menanti jawapan Winda. Winda main tarik tali dengan Azman. Azman bengang dengan sikap Winda. Azman buat keputusan untuk bawa diri. Masuk ni dah 3 kali rasanya Azman bawa diri sebab Winda. Kali ni katanya dia takkan kembali ke sini. Mungkin memang Winda bukan untuknya.
Malam sebelumAzman berangkat, dia jumpa Winda menyatakan hasratnya untuk pergi. Kebetulan Winda juga memang ingin jumpa Azman. Dia berterus terang sengan Azman kenapa dia bersikap begitu sedangka dia sayangkan Azman.
AZMAN : Jadi apa keputusan awak? awak nak ke tak nak kahwin dengan saya ni?
WINDA : Saya nak......tapi......
AZMAN : Tapi apa? awak nak main-main dengan saya lagi yea?
WINDA : Saya memangla nak, tapi awak tu yang macam main-main. Mana cincin? mana rombongan meminang? Mentang-mentang saya janda, awak nak kahwin koboi yea?
AZMAN : ..........(sambil senyum kambing)
Akhirnya mereka selamat diijabkabulkan. Winda dapat cinta sejatinya dan majlis perkahwinan impiannya, garden wedding. Selepas kahwin, mereka menetap di selatan tanah air. Anak Winda dibawa bersama. Aku pun tak tau apa cerita mereka sekarang, lama tak jumpa, kadang-kadang mesej di facebook, macam bahagia je gayanya. Alhamdulillah...aku harap mereka kekal bahagia.
Kepada gadis di luar sana yang baca kisah ni, ambillah iktibar dari kisah ni, bukan senang nak jumpa lelaki macam Azman ni. Jangan jadi macam Winda ni. Jagalah diri, jangan terlalu ikutkan nafsu, kita kan orang islam, jagalah batas pergaulan kita, jangan sampai terjebak dengan perkara yang bukan-bukan, bila tersungkur, kita juga yang tanggung akibatnya.......
No comments:
Post a Comment