Thursday, 11 August 2011

KAHWIN CEPAT-CEPAT? KENAPA NAK PAKSA-PAKSA NI???






KAHWIN....satu perkataan yang ramai orang teruja bila mendengarnya. Tapi yang aku pelik tu, biasanya, bukan orang yang nak melangkah ke alam perkahwinan tu yang beria-ia, orang sekeliling beliau pulak kadang-kadang (bukan kadang-kadang, selalu kot) terlebih excited pulak bila tau ada kenalan/sedara/keluarga/member FB yang nak kahwin. Aku pun tak tau. Adakah itu salah satu tradisi masyarakat kita? ataupun memang dasar sesetengah manusia tu memang suka jaga tepi kain/tepi seluar orang.



Biasanya kalau orang tengok kita ni menyendiri terlalu lama (padahal baru setahun kot) ataupun tengok kita berteman rapat dengan seseorang (padahal adalah 2-3 bulan kenal) dah sibuk mengeluarkan pertanyaan seperti : 

-Kau tak sunyi ke sorang-sorang? bila nak cari kahwin ni?

ATAU

-Kau ni serius ke berkawan ngan mamat tu? bila nak merasa makan nasi minyak kau ni?

Dan soalan-soalan yang seumpama / seerti dengannya. Kalau aku, serius aku rimas dengan pertanyaan macam ni. Lantaklah aku nak menyendiri sampai berapa lama pun, mungkin jodoh belum sampai. Yelah, siapa yang tak nak kahwin, ada suami, hidup bahagia, bersenda gurau berasmaradana(lebih-lebih la pulak) tapi macam yang aku katakan, mungkin belum tiba masanya.

Dan aku juga akan naik rimas bila orang sekeliling macam nak push-push aku suruh kahwin cepat. Pantang dapat tau aku rapat dengan seseorang, mulalah tanya, bila aku nak kahwin. Kalau sesekali tanya tu aku tak kisah, tapi kalau setiap kali nampak muka aku, tanya soalan cepumas tu, memang naik tepu otak aku nak mencari jawapan.

Bagi aku setiap orang tu ada jodohnya. dan semua orang pun mesti setuju kan, yang kita di dunia ni Allah dah jadikan kita berpasang-pasangan, bezanya samada cepat atau lambat aje kita menemui 'soulmate' kita. (ceeewaaahh)


Yang paling tak tahan tu, bila sampai tahap memaksa. Sampai keluarnya statement yang berbunyi : 

-Kahwinlah cepat, nak tunggu apa lagi, tak takut dia kena kebas ke? tak takut dia lari?


So what kalau dia nak lari? Kalau dia betul-betul sayangkan aku, pasti dia sanggup tunggu dan mungkin sedang merangka perancangan untuk menjadikan alam perkahwinan kami membahagiakan, tidak serabut atau menyenangkan hati. Jadi itu semua kan perlukan masa. Takkanlah dalam keadaan ekonomi poket sendiri tak stabil nak kahwin? jangan kata aku, mak dia pun tak bagi kahwin. 

Aku tak mahu sebuah perkahwinan yang klise. Apa yang klise? ni dia : 

-Nak kahwin, ekonomi masing-masing belum stabil. Tapi nak buat majlis grand mengalahkan anak Tan Sri. Jalan paling mudah, buat personal loan. 


Bank pilihan anda

-Berpuluh-puluh ribu untuk majlis perkahwinan yang setakat sehari. Lepas tu tiap-tiap bulan kerjanya bayar loan. Sampai berbelas-belas tahun. Anak dah dua tiga orang, loan kahwin tak habis bayar lagi. Aku rasa ramai yang macam ni kan.

-Aku tak mengimpikan sebuah 'wedding of the year'. Aku tak perlukan wedding yang orang boleh ingat sampai bila-bila. Yang penting ialah laksanakan yang wajib dalam sesebuah majlis pernikahan.

-Buat apa wedding yang gah kalau lepas kahwin asyik berperang laki bini, mengungkit pasal duit?

-Buat apa tergesa-gesa kahwin kalau ilmu rumahtangga belum penuh di dada? Nanti baru 2-3 bulan kahwin, dah bercerai-berai.

-Biarlah wedding yang biasa-biasa aje, asalkan pasangan itu serasi, saling mengisi kekosongan dan bertoleransi antara satu sama lain. Yang penting mencari keredhaan Allah agar rumahtangga aman, dan bahagia sampai maut memisahkan. Insyaallah.....








2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...