Monday, 29 August 2011

CINTA ITU INDAH BILA......

Bila hati bertemu cinta, cinta sesama insan, kadangkala kita terleka, terlalu asyik dibuai rasa, dibuai keindahan sesuatu yang digelar asmara. Kita seperti di awang-awangan, tidak mahu berpijak didunia nyata. Ada yang lebih ghairah mengejar keasyikan dunia, hingga terbabas, tersasar dari landasan, melanggar batasan, garisan, panduan yang ditetapkan untuk pengembaraan hidup.

Apa sebenarnya yang kita mahu? apa sebenarnya yang kita dapat dari keindahan itu? Ia buat kita lupa, bahawa ia bersifat sementara. Kita terlalu asyik sehingga kita lupa, sampai satu saat, kita pasti ditinggalkan. Kerana lumrah manusia yang berhati batu, tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki, dan ia akan berusaha mencari yang lain setelah nafsu mereka dipenuhi. Saat itu, apa yang akan terjadi pada yang ditinggalkan itu? ke mana mereka mahu mengadu? kepada siapa nereka mahu minta pertolongan? Siapa yang akan jadi teman berkongsi duka?

Saat kita sedang bersedih, rasa bersendirian, penuh kekecewaan di dada, apa yang akan kita lakukan? apa yang  akan terjadi? Maka kembalilah pada yang Satu, yang Esa...tautkanlah keyakinan padaNya, berpeganglah pada cintaNya. Maka hati akan lebih tenang. Cinta sesama manusia? tak usahlah dirisaukan. Yakinlah padaNya, kerana Dia telah menetapkan seseorang untuk mengisi ruang dalam hati kita. Jika kita pernah dicintai, tetapi ditinggalkan, dan yang meninggalkan kita itu tidak menunjukkan ciri seorang mukmin, maka biarlah dia pergi, kerana kita perlukan seseorang yang boleh menjadi imam dalam kehidupan kita, sebagai pembimbing supaya kita terus berada di laluan yang benar dalam perjalanan hidup ini....

YA ALLAH...SEKIRANYA DIA BUKAN YANG TERBAIK BUATKU, MAKA JAUHKANLAH DIA DARIKU AGAR AKU TERHINDAR DARI MAKSIAT DAN PERKARA YANG MEMBUAT AKU LUPA PADAMU. ANDAI DIA MEMANG UNTUKKU, MAKA BUKAKANLAH PINTU HATINYA UNTUK MENGHALALKAN HUBUNGAN KAMI INI.....AMIN.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...