Dulu masa kecik-kecik, baru-baru masuk sekolah, mak selalu pesan:
-Along pergi sekolah belajar baik-baik, jangan nakal-nakal, berkawan elok-elok.
Bila petang-petang nak pergi main, mak pesan lagi:
-Jangan main kat luar sampai senja, mesti balik sebelum maghrib, sebab syaitan banyak berkeliaran waktu ni.
Bila aku dah belajar solat dan mengaji, mak pesan:
-Solat jangan tinggal, mengaji rajin-rajin, nanti boleh bimbing adik-adik.
Masa umur 9 tahun, mak pergi tinggalkan kami. Jadi abah lah pulak yang selalu mengingatkan aku dengan pelbagai nasihat. Antaranya:
-Kalau keluar, jangan keluar sorang, mesti kena ada teman. Orang jahat banyak kat luar.
-Bila dengan adik-adik, Along kena beralah, sebab Along kakak, mesti tunjuk contoh yang baik.
-Bila dah besar, dah berjaya, jangan lupakan abah, abah harap kalau waktu abah ada lagi, boleh lah abah menumpang kasih dengan anak-anak abah.
Malangnya, tak sempat abah tengok aku berjaya, tak sempat tengok aku habiskan sekolah pun. Tapi tak mengapa, pesan mak dan abah akan selalu aku ingat.
layan lagu ni, mengingatkan pada mak dan ayah kita
Di sini nak tag beberapa insan:
SEKIAN TERIMA KASIH
assalamualaikum.. terima kasih sebab sudi join.. ada diantara pesanan2 ibu bapa yg kita terlupa.. jadi segmen ni usaha untuk kita sama2 muhasabah dan mengingat balik apa yg dipesan..supaya kita sentiasa rasa dekat dengan ibu bapa..terima ksih sebab berjaya mengingatkan balik diantara perkara2 yg boleh wat kita terlupa.. terbaik.. tima kasih sudi join.. :)
ReplyDeletewah2 pc kne tag la =)
ReplyDeleteAssalamualaikum.. Salam raadan...terima kasih sudi tag armz... Harapnya kita renung kembali nasihat2 ibu dan ayah... Wlp mereka tlh prgi slamanya, wasiat nasihat la yg akan tinggal bersama kita....
ReplyDeletefya pelangi ? hehe. tengs !
ReplyDelete