Friday 2 September 2011

E-MAIL CINTA DARI KEKASIH UNTUK KEKASIH

Assalamualaikum.....

Efa hantar email ni pada abg sebab semenjak dua menjak ni susah betul Efa nak jumpa abg. Ada je alasan abg. Teman mak beli barangla, jemput sepupu la, hantar kakak la, hantar motor la, jiran jatuh tangga la, macam2la alasan abg. Efa sedar abg adalah org paling sibuk di dunia ni, semua org perlukan abg, hatta jiran abg sekalipun.

Efa igt nak SMS abg aje, tapi rasanya byk benda yg Efa nak bagitau, dan Efa taknakla semakkan inbox abg dgn msj Efa yg panjang berjela ni, jadi baik Efa hantar email aje.

Sebenarnya kat sini Efa nak bagitau abg yg lepas ni Efa tak nak keluar berdua dgn abg lagi. Sebab tak elok kalau kita selalu berdua-duaan. Nanti akan ada yang ketiga(syaitan) yang akan mula hasut kita ke arah yang bukan2. Efa tak nak dah buat semua tu. Haram, sebab kita takde ikatan yang sah, lagipun tak sesuaila dgn imej baru Efa sekarang yang bertudung ni.

Efa dah pernah bagi 'hint' kat abg, tapi mungkin abg tak perasan, kan. Tak elok kita couple lama2, takut mengundang maksiat, tapi abg mcm wat tak tau je.

Maka di sini Efa nak tegaskan sekali lagi dan ini kali terakhir Efa akan bagitau abg : 

Kalau abg syg Efa, dan serius dgn hubungan kita, maka segeralah dtg jumpa mak ayah Efa, dan bwk Efa jumpa mak abg, dan kita halalkan hubungan kita, dan Insyallah Efa akan cuba jadi isteri yang solehah.

Tapi kalau abg sebenarnya tak serius dgn hubungan kita, ataupun belun sedia nak ada komitmen, maka Efa rasa jalan terbaik ialah kita jadi kawan biasa shj, mungkin kita takde jodoh.

Itu keputusan muktamad dari Efa. Maka fikir-fikirkanlah dan segera reply yea...

Assalamualaikum....


4 comments:

  1. ni entry bagus maa. ape kata, join sini http://fyapelangi.blogspot.com/2011/09/segmen-aku-mahu-readers-setia.html agar entry anda dapat dipromotekan lagi :)

    ReplyDelete
  2. mekasih....dah jenguk segmen tu, dan akan join kejap lagi....

    ReplyDelete
  3. En.Pejuang cinta, watak2 diatas sekadar rekaan aje.....hahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...