Tuesday, 13 September 2011

BEST KE TAYANG KISAH CINTAN CINTUN DALAM LAMAN SOSIAL NI?


Bila bukak fb, twitter atau saje2 blogwalking, kadang-kadang naik meluat tengok sesetengah couple yang sibuk nak tayang kat satu dunia pasal kisah cinta diorang.

Ada sesetengah tu, baru lepas balik dating, terus post kat fb :



"bestnyew kua ngan bb td...thanks yunk, muax..."

pastu couple dia comment : 

"Ayang pown ase best gak....muax2.."

Pastu berbalas2 komen berdua aje sampai panjang berjela....macam tak jumpa setahun, padahal baru balik dating tu. Pelik betul la "Kuasa Cinta" diorang ni.

Biasanya yang dok tayang2 keagungan cinta diorang ni mesti budak2 yang belum habis sekolah pun, konon cinta sejati, mesti dikhabarkan ke satu dunia....masalahnya, kalau dah tetiap kali update status pasal kisah cinta korang aje, tak ke menyampah orang tengok, dah tu siap pakai ayat2 yang macam budak tak pandai mengeja tu....

Lepas tu bila gaduh pun nak post jugak, kau maki aku, aku maki kau....mulalah, semua tembelang pecah...buat malu je, kan.

"Ek eleh, ko ingat aku heran sangat ngan ko ha? takat jantan cam ko, berpuluh aku leh cari, pegi m***** la ko s***!!!!!!!"

Pastu balak dia komen  :

"Ko ingat aku pun nak sgt ke b***** mcm ko ni ha?! dasar pompuan s*****!!!!!!!!!"

Itulah realiti zaman sekarang....time tengah sayang2, bukan main lagi, setiap masa update status, pegi tgk wyg dgn bb la, tgh lepak dgn my cayunk la, itula, inila, tapi bila dah perang, segala caci maki keluar, hilang dah manja2, lemah lembut, penyayang semua dah terbang melayang.

Kalau setakat cinta monyet tu, hari ni kenal, esok dah couple, lusa dah boleh diusung ke hulu kehilir, tak payahla nak bangga2, nak canang satu dunia, fikir dulu baik buruk, halal haram tu. Esok bila dah gaduh, main maki2, kan dah tak pasal2 tambah dosa. Dosa yang sedia ada tu pun tak terjawab, macam mane?


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...