Monday, 5 September 2011

ALAMAK, COMELNYE PAKCIK....

Satu hari aku perlu berurusan di kaunter sebuah institusi kerajaan(bahagian apa? adalah...)

Sesampainya disana, orang tak berapa ramai, okey, ambil nombor giliran, tunggu....

Dah sampai giliran aku, pergi ke kaunter no. 2, settlekan urusan aku tu. Sementara brader petugas kaunter tu menyettlekan dokumen aku, dalam suasana yang agak tenang, tiba-tiba ada bunyi memecah keheningan

Aku pandang brader petugas kaunter depan aku, dia tertoleh-toleh cari bunyi tu. Aku pun join pencarian dia tu. Tak jumpa.

Tapi lepas tu sekali lagi bunyi itu kedengaran

Aku toleh kat kaunter belah kanan aku semasa bunyi tu masih berkumandang, sebeb ia datang dari situ.

Dan sumber bunyi yang cute itu datang dari :

Handphone, tapi bukan milik cik akak, bukan milik cik adik. Tapi milik seorang pakcik yang aku rasa adalah dalam baya bapak aku, dalam 50-an. Dengan tanpa rasa segan silu dia menge'check' handphone dia di situ.

Aku tengok brader depan aku ni ni dah sengih-sengih, muka dah merah padam tahan gelak, akak yang kat sebelah dia dah lari masuk dalam pejabat, sambil tutup mulut. Aku pun memang nak tergelak, tapi aku cover, kang terdengar ketawa aku, malu pulak.

ADOI, PAKCIK....COMEL BETUL BUNYI HANDPHONE PAKCIK TU, DAH MACAM BUNYI HANDPHONE ADIK-ADIK YANG TENGAH DILAMUN CINTA....HAHAHA....MACAM-MACAM HAL LAH...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...