Friday 27 January 2012

AWAK SUKA SAYA TAK ? (BHG 7)

Sambil mengejar proton waja tersebut, nombor pendaftarannya diamati, dan dia terus menghubungi 999. Setelah disambungkan ke talian PDRM, dia menceritakan situasi tersebut dan memberikan nombor pendaftaran proton wira itu.

            Sementara Amirah sangat ketakutan ketika itu, berada didalam cengkaman lelaki durjana itu, dia amat mengharapkan dirinya dapat lolos dari lelaki itu.

“Ooo…..kau ingat kau boleh lari dari aku, yea, budak! mampus kau malam ni aku kerjakan!”

“Aku tak takut dengan kaulah, setan!!” Jerit Amirah memberanikan diri. “Polis akan tangkap kau semula, kau masuklah balik dalam penjara!!!”

“Sial!!!”

“PANG!”

            Satu tamparan mengenai pipi Amirah hingga berdarah bibirnya. Telinganya rasa berdesing. Sakit, tetapi dia menggagahkan diri, mengerah tenaga bergelut dengan lelaki itu. Pemandu kereta itu hanya mendiamkan diri. Ketika itu Amirah nekad. Kalau dia tidak bertindak, mungkin nasibya akan bertambah buruk. Dia menggigit tangan lelaki itu sekuat hati. Kerana kesakitan dan ingin melepaskan tangannya dari gigitan Amirah, lelaki itu menyentak kuat tangannya, malangnya, hayunan tangannya terkena rakannya, dan pemandu kereta itu hilang kawalan hingga terpaksa memberhentikan keretanya. Kesempatan itu diambil Amirah, dia menolak lelaki itu, dan meluru keluar kereta, berlari sekuat hatinya.

            Amirah panik, dia kini berada di kawasan rumah flat, tetapi dia tidak pasti nama tempat ini. Dia menyorok di celah-celah kereta yang banyak diletakkan disitu, bimbang dijumpai. Tangannya terketar-ketar menelefon Hafiz.
“Awak, tolong saya, saya takut ni….”
“Amirah, awak jangan takut, sy ada follow kereta orang yang bawak lari awak tu. Awak kat mana sekarang?”
“Saya tak tau, ada banyak kereta kat sini, rumah flat…saya tak tau nama tempat ni, wak…”
“Takpe, takpe, saya tau tempat tu, awak tunggu situ diam-diam, ok?”
“Awak, cepat, saya takut!”
“Ok,ok, sekarang awak jangan letak telefon, saya dah ada kat kawasan flat ni, awak kat mana?”
“Saya ada kat kereta Myvi putih, no plat dia WRS 4588.”
            Dari jauh Amirah nampak proton waja tadi berlegar-legar di kawasan itu. Dia ketakutan dan menunduk di belakang kereta tersebut. Dia berdoa semoga Hafiz menemuinya.

            Hafiz berpusing-pusing mencari Amirah, dia nampak proton waja itu berlegar-legar juga di kawasan itu. Dia berharap agar dia menemui Amirah dahulu sebelum penyangak itu.

“Hah, jumpa dah!” Hafiz mendekati Myvi putih benombor plat WRS 4588. Dia keluar dari keretanya untuk menjenguk kalau-kalau Amirah ada di situ.

            Amirah dengar bunyi kereta berhenti, dan bunyi pintu kereta dibuka. Dia tidak berani mengintai, cuma mengharap lelaki itu tidak menemuinya. Tiba-tiba bahunya disentuh. Amirah ingin menjerit, tetapi pantas mulutnya ditutup. Amirah meronta-ronta.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...