Thursday, 19 January 2012

AWAK SUKA SAYA TAK? (BHG 4)




Amirah :K,la, wak, sy nak balik ni....bye....

Tiba-tiba telefon bimbit Hafiz berbunyi. Ada sms masuk. Nombor tak dikenali. "Ni no. sy, jg baik2 tau...hehehe -Amirah-

Hafiz tersenyum. Dia membalas : "Baik, cik puan...." Cepat-cepat dia menyimpan nombor itu.

"Okla, En. Hafiz, sy ada hal ni, nnt kita sembang lagi yea...bye...."

Maka mereka makin mudah berkomunikasi. Kalau tidak di MukaBuku, sms pun memadai.

Setelah hampir 2 bulan meereka berkawan, namun hanya di alam maya. Belum pernah sekali pun mereka bertemu. Tidak pernah terbit cadangan untuk bersua muka baik dari Amirah mahupun Hafiz.

Hari minggu. Amirah terasa bosan dirumah, lantas dia bersiap-siap untuk keluar. Hala tujunya Sogo di Jalan TAR. Saja mencuci mata.Di sogo, dia pusing dari setingkat ke setingkat. Tiba di bahagian kasut, dia membelek-belek kasut-kasut disitu, mana tahu ada yang berkenan. Tiba dia ternampak kelibat seseorang yang dikenalinya. Lelaki itu juga memandang tepat ke arahnya. Perlahan Amirah meletakkan kasut itu, seperti tidak ada apa-apa berlaku, dan beliau meninggalkan kawasan itu. Lelaki tadi mengekorinya. Amirah jadi kelam kabut bercampur perasaan takut. Dalam tergopoh gapah melarikan diri menghala ke stesen LRT, dia terlanggar seseorang. Masing-masing terkejut.

"Hafiz?"

"Amirah?"

Melihatkan Amirah yang pucat ketakutan, Hafiz ingin bertanya, belum sempat membuka mulut, Amirah bersuara cemas.

"Awak, tolong saya, tolong saya, ada lelaki kejar saya, saya takut sangat." Hafiz dapat lihat ada seorang lelaki meluru ke arah mereka. Dia spontan menarik tangan Amirah untuk pergi dari situ. "Kita nak ke mana ni wak?"

BERSAMBUNG.........(Sebab aku dah nak balik...hehehehe)

1 comment:

  1. NICE BLOG....pakjoe nk bg tau nie pakjoe ada byk lg tip,tuto n cerita blog yg nk bg kt tuan blog jemput siggah ke laman bl0g pakjoe jgn lpa tau sbb pakjoe dh follow..lg 1 pakjoe nk bg tau dekat tuan blog mai terjah sini http://pakjoe-pakjoe.blogspot.com/2012/01/orang-kata-janganjangan-le-x-dengar-ke.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...