Thursday 29 December 2011

ISLAM DAN POLITIK

Semalam aku bertemu dengan seorang kawan masa sekolah menengah dulu, 6 tahun tak jumpa, lama tu...

Best gak jumpa kawan lama, banyak cerita untuk dikongsi, yang tak bestnya, aku kene denda belanja dia aiskrim Mcd sebab aku datang lambat setengah jam....hehehe....sorry, next time aku akan pastikan aku awal dari dia supaya dia pulak belanja aku, ok...

Berbalik pada topik perbualan kami, dari kisah kawan-kawan sekolah yang ramai dah kahwin, kisah ada budak jadi gay lepas tu insaf, ada cerita budak lelaki lembut yang sekarang dah transform terus jadi perempuan dan tukar nama manja(sedih pulak aku memikirnya sebab aku agak rapat dengan budak-budak ni dulu) ada cerita budak yang dulu kurus keding sekarang badan dah macam Sazali Samad, macam-macam lagilah.

Akhirnya perbualan kami masuk ke isu politik Malaysia, aku tau dia ni memang peka dengan perkembangan politik Malaysia ni sebab aku selalu tengok page FB dia biasanya dia post pasal benda-benda berkaitan politik aje. Cerita punya cerita, dari kisah Bulan Purnama ke kisah Roket, sampai kisah Bulan Sabit, kisah Dacing, dan Keris. Semua ada...then dia berkata : 

"Sebenarnya kan, sorila aku cakap, tapi aku memang cukup menyampah dengan orang yang pakai tudung, yang pakai jubah macam alim-alim ni.."

Aku dapat tangkap maksud dia tu, tapi angguk aje, biar dia luahkan isi hati dia dulu.

"Sebab kebanyakan diorang ni nampak aje macam alim, kuat agama, tapi di sebalik tu, diorang lah yang berpotensi memecahbelahkan umat islam dengan fahaman politik diorang yang ntah apa-apa tu"

Aku setuju sangat dengan pendapat dia. aku pun tak faham kenapa demi kepentingan politik, ada yang sanggup memperjudikan Islam, mempergunakan nama Islam untuk menarik perhatian, entah apa yang dikejarkan sangat aku pun tak tau. patutnya yang tua jadi contoh dan panduan anak-anak muda untuk menegakkan Islam, ini tak, menggunakan Islam untuk kepentingan politik, adalah sangat tidak matang dan menampakkan kebodohan umat Islam. 

Ramai yang tanya kenapa akidah anak-anak muda Islam sekarang mudah goyang, mudah sangat mempermainkan Islam, murtad itu sesuatu yang biasa, budaya seks bebas, gay, lesbian berleluasa. Kalau dah yang tua pun sibuk sangat berpolitik sampai Islam jadi taruhan, no wonder la anak-anak muda pun jahanam. Kan yang muda mencontohi yang tua, betul tak.....


Patutnya yang dah berpangkat Mak Aji, Pak Aji, Atuk, Nenek, Makcik, Pakcik ni berusaha menjadi tauladan yang baik kepada yang muda berbekalkan ilmu yang mereka ada, bukannya sibuk berpolitik, nak-nak lagi musim pilihanraya ni, lagila hebat, berbagai video, aksi-aksi mereka-mereka yang kononnya pejuang bangsa tersebar sana sini. Apa yang diorang dapat? memalukan diri sendiri dengan kerenah masing-masing.
Aku rasa tak peliklah kalau ada pihak yang tak bertanggungjawab giat melakukan aktiviti memurtadkan umat Islam, sebab diorang boleh nampak kegoyahan dalam perpaduan umat Islam itu.

Tapi yelah, apa kita peduli kan? yang penting parti yang aku sokong mesti menang pilihanraya, tak kiralah walau membelakangkan agama sekali pun, sukahatilah hukum apa aku nak pakai, lantaklah kalau anak aku dimurtadkan, kubur masing-masing kan, apa kau sibuk, aku dah 6 kali pergi haji, kau baru nak belajar mengaji, tak payah nak sibuk-sibuk tegur aku!!!



P/S: Entry kali ni agak panjang sebab aku dah meluat dengan kerenah politik kat Malaysia dan perangai orang-orang YANG DAH SENJA TAPI OTAK SEMPIT, sekian......



1 comment:

  1. haihhh politik kat malaysia memang makin kelam kabut. kerjaan macam2 masalah. hehe kat blog saya ada pasal BUKTI surat perjanjian UMNO dan apco. sila2 lah jenguk :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...