Friday 16 December 2011

COUPLE ZAMAN SEKARANG








Dah jadi lumrah hidup manusia mempunyai perasaan cinta.  Berkenalan, jatuh cinta, berdua bersama, menyemai cinta, atau lebih tepat lagi istilah COUPLE yang giat diamalkan oleh pasangan-pasangan yang hangat dilamun cinta.

Tapi yang aku nak persoalkan di sini ialah bukan pasal COUPLE atau cinta tu, tapi cara orang zaman sekarang bercouple tu....

Aku tak faham kenapa bila couple je, mesti nak kena ubah cara kita melayan satu sama lain. Memangla kena lain dan lebih istimewa dari kawan biasa, tapi taklah sampai nak kena berpelukan, ber'kissing-kissing'an, pegang sana, pegang sini. Apsal? tangan tu dah tak boleh duduk diam ke? Rimas, lemas aku tengok. Taklah nak kata yang aku ni baik sangat, tapi kan sebagai umat islam, tak elok buat macam tu. haram hukumnya kan, lagipun bagi pegang lebih-lebih pun belum tentu orang itulah yang akan jadi suami kita.

Yang tak best tu sampai tahap melakukan hubungan yang sepatutnya hanya suami isteri sahaja yan boleh buat. Dan berbangga dengan perbuatan itu. Kalau korang semua masih ingat, dalan pertengahan tahun ini, Dunia blog digemparkan dengan post berani mati seorang perempuan yang mengaku bahawa dirinya sudah tidak ada dara, tapi dia kata sekurang-kurangnya dia ada maruah....hhmmm......ada sesuatu yang aneh dengan ayat beliau. Sudahlah menjatuhkan air muka sendiri dengan buat statement berani mati tu, tapi masih ada hati nak mengaku dirinya bermaruah. bukan niat nak burukkan sesiapa, tapi sebagai pengajaran dan kesedaran untuk kita semua kan.....

Tak boleh ke kalau bercinta, buat macam biasa? perlu ke pegang-pegang, peluk-peluk, cium-cium? raba sana, raba sini....kalau dah tak tahan sangat, janganlah tambah dosa, dirikanlah masjid segera, kan lagi elok kalau bermesraan sebagai suami isteri?

Pastu semuanya nak di post kat laman sosial, fesbuk, twitter....duk bersayang-sayang kat wall....mungkin ada yang boleh terima dan akan kata korang ni sweet, romantik dan sebagainya, tapi percaya tak kalau aku kata lagi ramai yang menyampah dari suka.....tapi ramai jugak yang still buat...nanti bila gaduh, post jugak kat wall segala caci maki tu....elok sangatlah tu.....

Bagi aku, bukan tak boleh bercinta, tapi jagalah batasan dan beringatlah bahawa Allah sentiasa nampak apa yang kita buat. Tak guna bertudung tapi bila jumpa boyfriend, bagi dia pegang sana sini, melekat 24 jam, tak guna belajar mengaji sampai khatam 2, 3 kali kalau setiap kali jumpa girlfriend, mulut tu duk gatal nak kiss sana, kiss sini...romantiklah konon.......kita patut tanam dalam diri kita bahawa hanya suami atau isteri kita sahaja yang layak mendapat layanan yang seromantik itu....

Ini bukan peringatan untuk anda sahaja, tapi untuk aku sekali, supaya menjaga peribadi sebagai seorang muslimin dan muslimah.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...