Sunday 11 December 2011

CINTA 3 SEGI





Dafi dan Eda menjadi satu pasangan. 7 tahun menyemai cinta Tapi bila hadirnya Sha? apa akan jadi? Jiwa Dafi bergetar, hatinya menginginkan wanita itu. Dan saat jiwa Sha itu mula terusik dengan buaian ayat-ayat cinta, hatinya jatuh kasih padaDafi,  tanpa mengetahui dia sebenarnya umpama insan ketiga dalam hubungan Dafi dan Eda.

Dafi mula nekad, dia mahukan Sha, dia mahukan cinta baru, cinta yang ada sudah layu dan mati baginya, tidak boleh diubat lagi, mungkin kerana sudah lama memadu kasih, sudah tidak ada yang istimewa baginya. Cinta pertamanya dikecewakan, dia melukai Eda demi Sha, dirinya yakin akan lebih bahagia dengan kehadiran cinta baru.

Maka Eda hancur luluh hatinya bila cintanya dihapuskan. Dengan nekad juga dia bertemu Sha, kebenaran terserlah, namun Dafi keraskan hati, tidak mahu lagi cintanya yang dipupuk bertahun-tahun. Sha mula rasa dirinya seolah perampas kebahagiaan, maka dia mengundur diri, tak mahu jadi insan ketiga, walaupun hatinya menginginkan Dafi. Eda merayu Dafi kembali padanya, namun Dafi tetap enggan. Berlaku perebutan antara Sha dan Eda, merebut cinta Dafi. Dafi mula buntu, menyesal dengan tindakan terburu-burunya.

Akhirnya kata putus dicapai......

Eda ditinggalkan, Sha pun tidak dipilih....Dafi mengundur diri dari hidup kedua-dua wanita itu.....

CINTA.......itu memenatkan bila diri sendiri yang mencari penyakit.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...