Nurin semakin hari makin selesa dengan Muaz. Dan Muaz mula selesa untuk berkongsi apa sahaja dengan Nurin. Begitu juga dengan Nurin. Kerana mereka mempunyai rasa yang sama, selesa untuk berkongsi apa sahaja, kerana Nurin yakin dia boleh mempercayai Muaz untuk memegang rahsianya, begitu juga Muaz. Nurin pun tak tahu kenapa, kadangkala dia akan melakukan perkara yang tak mungkin akan dia lakukan untuk orang lain, tapi dilakukan juga untuk Muaz. Contohnya, Bila Nurin terpaksa berpindah kerana tuan rumahnya ingin berkahwin dan menetap di rumahnya itu, Nurin tidak mencari rumah sewa di kawasan Ampang dan Cheras, berhampiran tempat kerjanya di Pandan Indah tapi dia sanggup mencari sejauh kawasan Gombak. Akhirnya dia dapat rumah sewa di Setapak, dekat juga dengan tempat tinggal Muaz, Selayang. Gila, kan....
Namun, walaubagaimanapun, fitrah manusia, kadangkala mahukan seseorang yang lebih dari sekadar tempat berkongsi rasa dan rahsia. Maka Nurin pun cuba memperkenalkan Muaz dengan adiknya, Zulaika. Zulaika ini mulanya jual mahal, begitu juga Muaz. Tetapi lama kelamaan, mereka makin kerap berhubung di Facebook. Dan setelah Nurin memberikan nombor telefon Muaz pada Zulaika, mereka makin kerap berhubung.
Sampai satu masa Zulaika datang ke Kuala Lumpur untuk bercuti selama seminggu. Muaz nampaknya tidak sabar-sabar untuk bertemu dengannya.
Pertemuan pertama, Zulaika agak kekok, Nurin ada bersama ketika itu, dan dia kelihatan malu-malu. Biasalah, kali pertama. Dan Muaz is being Muaz, cuba bersikap gentleman di depan Zulaika, sesuatu yang tidak dapat dirasakan oleh Nurin ketika bersama Muaz. Nurin cuba memberikan peluang untuk mereka berbual, tapi mungkin kerana kekok, maka Nurin merasakan, dia yang lebih banyak bercakap dengan Muaz, dan Zulaika lebih banyak berdiam diri.
Tidak lama kemudian Muaz mengikuti holiday trip ke Phuket, Thailand. Nurin tidak turut serta kerana tidak dapat mengambil cuti. Rombongan akan berkumpul di Sunway sebelum menaiki bas ke LCCT Sepang. Nurin ingin sekali menghantar Muaz, malangnya tidak punya kenderaan. Tapi kata Muaz, dia akan dihantar oleh kakaknya ke Sunway, tapi katanya Nurin boleh juga menghantarnya, tapi harus pergi sendiri dan bertemunya di Sunway, sebelum dia menaiki bas rombongan.
Maka ahad itu Nurin pun melakukan hal yang boleh dikatakan agak bodoh, pagi-pagi menaiki Putra LRT ke KL Sentral, sebelum menaiki KTM ke Sunway. Memang agak membuang masa, tapi bagi Nurin berbaloi, asalkan dapat melihat Muaz sebelum dia menaiki bas ke LCCT Sepang. Mungkin dia tidak menyangka Nurin benar-benar datang, tapi ya, Nurin sanggup datang dari Setapak ke Sunway semata-mata untuk mengiring Muaz menaiki bas, kemudian dia pulang. Setelah bas berlepas, Nurin hantar sms pada Muaz :
"Have a nice trip, jangan lupa bwk blek kulit siput ntuk akak, k..."
Muaz membalas :
"thx kak sbb sudi dtg..syg akak.."
Nurin suka bila dia berkelakuan manja begitu. Nampak comel dimata Nurin.
Muaz pergi selama 4 hari. Nurin tahu dia tidak akan dapat menghubunginya disana, maka dia mendiamkan diri sahaja. Tapi pada hari kedua Muaz disana, tiba-tiba Nurin menerima panggilan dari nombor asing, nombor antarabangsa. Dan rasanya dia tahu dari siapa.
Seperti yang dijangkakan, Muaz yang menelefonnya menggunakan nombor Thailand. Walaupun hanya 3 minit, sekurang-kurangnya dia senang hati kerana Muaz ingat padanya. Dan dia amat menghargainya..
Dan satu malam, lebih kurang jam 11 malam, Muaz menghubungi Nurin lagi, kali ini menggunakan nombornya yang biasa. Nurin tahu malam itu Muaz sepatutnya tiba di Kuala Lumpur. Dia meminta pertolongan Nurin untuk menjemputnya dari Sunway, dia akan tiba di sana pada jam 1 pagi. Nurin berfikir-fikir, bagaimana mahu menjemputnya, kerana dia tidak punyai kereta, dan siapa pula yang mahu disusahkan malam-malam buta begini untuk menjemput Muaz?
Kebetulan kawannya, Rafi ingin berjumpa dengannya kerana sudah lama tidak bertemu atas kesibukan masing-masing. Maka Nurin meminta pertolongannya untuk menjemput Muaz di Sunway. Untung Rafi dan tunangnya, Mimi..
Nurin rasa sangat dihargai bila disaat memerlukan, Muaz mencarinya....
Tuesday, 22 May 2012
Friday, 18 May 2012
Aku senang bila kau gembira #6
Makin hari Nurin dan Muaz makin rapat. Hampir setiap hari mereka meluangkan masa bersama. Berbagai-bagai cerita mereka kongsi. Rupanya sejak mereka berpisah, Muaz bukan lagi Muaz yang Nurin kenal masa zaman sekolah dulu. Benar kata orang, manusia berubah seiring waktu.
Tapi Nurin senang dijadikan tempat Muaz meluahkan perasaan. Dia suka bila Muaz meluahkan sesuatu kepadanya. Itu tandanya Muaz selesa dengannya. Dan dia mahu kekal begitu. Dia tak mahu moment itu berlalu. Nurin sedar Muaz hanya rapat dan mengambil berat denganku kerana Nurin ini rakan niaganya sahaja. Tapi kebanyakan masanya mereka bercerita hal-hal peribadi lebih banyak. Nurin tahu dia ramai kawan, tapi dia tidak ada seseorang yang boleh dijadikan tempat untuk berkongsi keresahan, kegalauan dan kesedihan hatinya. Dan secara tak langsung, Nurin menawarkan dirinya.
Muaz pernah berkata, masa di kolej, dia ada ramai kakak angkat, dan hampir semua kakak angkatnya jatuh hati padanya. Nurin tahu, siapa yang tidak akan jatuh hati pada Muaz? dia baik, sweet, suka menolong orang, dan rupanya juga boleh tahan. Cuma fizikalnya agak kecil. Tapi yang penting hatinya amat baik. Bila dia menolong orang, dia akan tolong sampai habis. Mungkin kerana itu dia menjadi kegilaan gadis-gadis. Tapi Nurin katakan pada Muaz, perasaan kakak-kakak angkat Muaz padanya dan perasaan Nurin pada Muaz berbeza. Pada mereka hubungan adik-kakak itu hanyalah samaran dan isyarat untuk mereka tidak melepaskan Muaz ke tangan orang lain. Sedangkan bagi Nurin, hubungan adik-kakak itu tidak ada maksud lain. Nurin kakak, dan Muaz adik. Jadi tak mungkin akan berlaku apa-apa padamereka. Muaz hanya tersenyum mendengar kata-kata Nurin
Tapi, sejak Muaz hadir dalam hidupnya, hidupnya yang dulu hambar, kini sedikit berseri. Setiap masa mereka bersama, akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh Nurin untuk menceriakan dan menggembirakan Muaz. Orang pernah kata, hati-hati melayan Muaz, takut diri sendiri terluka nanti. Tapi Nurin keraskan hati, berkali-kali ingatkan dirinya sendiri bahawa dia tak mungkin akan jatuh hati pada Muaz, kerana perbezaan umur mereka terlalu jauh. "Lagipun tak mungkin dia akan jatuh hati padaku." Fikir Nurin. Itu memang mustahil. Atas alasan itu, Nurin terus seronok melayan Muasz, walaupun dia tahu, Muaz hanya akan menghubunginya untuk bertanyakan perkembangan perniagaan mereka.
Kadangkala sebenarnya timbul juga kerisauan di hati Nurin, takut hatinya berubah suka pada Muaz. Maka dia rasa perlu hati-hati. Satu hari, Nurin menemani Muaz membeli beg di KLCC. Mulanya Muaz mahu pergi dengan kawannya, tapi kawannya ada urusan lain, jadi dia mencari Nurin jadi penggantinya, menemani dia tawaf KLCC tu untuk mendapatkan beg yang diinginkan. Dari satu kedai ke satu kedai, mereka masuk, dia mencuba beg yang ada, tapi ada sahaja yang tidak kena. Tapi Nurin layankan juga, walaupun kakinya sudah lenguh mengikut dia kesana kemari. Siapa kata perempuan sahaja yang mampu tawaf shopping mall?? lelaki pun ada tau.
Selepas hampir 20 minit, mereka masuk ke kedai Calvin Klein. Ada dua design beg terbaru. Muaz meminta pendapat Nurin. Setelah hampir setengah jam mencuba kedua-dua beg itu, dan bersoal jawab dengan promoter disitu, menggayakan beg-beg itu, akhirnya Muaz membeli salah satu beg itu. Boleh tahan harganya. RM 900. Tapi dia puas hati, kerana designnya yang simple, tapi kulit. Nurin senang hati lihat Muaz memilih beg itu dengan mengambil kira pandangannya. "My opinion does matter." bisik hatinya.
Setelah itu mereka ke Kinokuniya, mencari buku. Nurin ingin membeli buku Chicken Soup for the soul. Manakala Muaz sibuk mencari buku tentang kucing. Ya, kerana kan tak lama lagi dia mahu memelihara kucing, jadi dia mahu tahu segalanya tentang kucing. Nurin sebenarnya sudah penat merayau dari tadi, tapi kerana melihat Muaz betul-betul ingin mencari buku itu, maka dia turutkan sahaja, dan dia berikan juga pandangannya, siapa tahu diambil kira lagi. Setelah hampir sejam mereka disana, barulah mereka keluar meninggalkan KLCC dengan rasa puas hati. Muaz puas hati kerana dapat beg dan buku yang dicari. Nurin puas hati melihat Muaz gembira. Itu sudah cukup baginya.

Subscribe to:
Posts (Atom)