Sejak peristiwa itu Muaz sudah jarang berhubung dengan Zulaika. Zulaika mengalah, menurut kata Nurin, melepaskan Muaz. Muaz pula berkelakuan seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Nurin juga sama. Tapi sebenarnya jauh di sudut hati Nurin dia agak gembira Muaz dan Zulaika tidak bersatu. Tapi itu tidak bermakna dia akan terus mendekati Muaz untuk memenangi hatinya. Dia hanya mahu menjadi seseorang yang Muaz akan sentiasa cari, tak kira susah atau senang. Dia mahu menjadi orang yang dapat menceriakan hati Muaz.
Sayangnya Muaz tidak melihatnya begitu. Mungkin Muaz tidak memahaminya seperti dia memahami Muaz. Muaz sering tetsalah tafsir dirinya. Apa yang dilakukan untuk Muaz tidak memberi kesan di hati Muaz, kadangkala dianggap sekadar menyibuk. Nurin kadangkala rasa geram dengan Muaz kerana sering salah tafsir tentang dirinya. Kadangkala dia pelik dengan sikap Muaz, katanya dia sangat memahami Nurin, dan tahu isi hati dan apa yang difikirkan, namun dia sering tersalah tafsir apa yang keluar dari mulut Nurin, dan tindak tanduk Nurin. Tetapi Nurin selalunya mengalah sahaja dengan Muaz. Dia tidak mahu bertikam lidah dengan Muaz.
Masa berlalu, cuti Muaz hampir tamat. Dan seminggu sebelum Muaz memulakan kuliah, dia terlibat dengan ekspidisi mendaki Gunung Tahan anjuran Kelab Kembara Uniten. Malam terakhir sebelum Muaz bertolak, dia, Nurin, dan beberapa orang rakan mereka berkumpul di kedai makan tempat mereka selalu menghabiskan masa bersama. Nurin ingin sekali meluangkan masa selama mungkin dengan Muaz malam itu, namun, Muaz menerima panggilan daripada rakannya, yang memerlukan bantuannya. Oleh kerana hari sudah lewat, dan dia tidak dapat menghantar Nurin pulang seperti biasa, dia meminta salah seorang rakannya menhantar Nurin, dan menghulurkan not RM10 kepada Nurin, untuk duit minyak, katanya. Mulanya Nurin enggan menerimanya, namun setelah didesak, Nurin ambil juga. Nurin rasa berat hati untuk melepaskan Muaz pergi. Ada air mata bergenang. Namun dia tahankan supaya tidak menitis.
Petang esok, Nurin menghabiskan masanya merayau-rayau di kawasan sekitar rumahnya, dan kepalanya tidak henti-henti membayangkan Muaz. Tiba-tiba dia menerima panggilan dari Muaz.
"Kak, saya dalam bas ni, on the way ke Merapoh, akak tolong saya boleh?"
"tolong apa?"
"Tolong beli top up, boleh? urgent sangat ni.."
"Ok."
Maka Nurin bergegas mencari top up untuk Muaz. Mujur ada kedai Hotlink berdekatan. Setelah 5 minit, dia menghubungi Muaz.
"Ha, dah dapat top up?"
"Dah, dah...thanks kak..akak kat mane ni?"
"Akak kat wangsa maju ni...jalan-jalan je.."
"Oh, yeke...dengan sape?"
"Sorang je.."
"Ooo...ok, ok..kak, thanks tau, thanks sangat.."
"Ok, dik.."
Nurin tersenyum memikirkan Muaz. Dia sanggup melakukan apa pun demi Muaz. Sungguh. Hanya Muaz yang tak mampu melihatnya.
Seminggu Muaz berada di Gunung Tahan. Seminggu juga Nurin sentiasa memikirkan, apa yang sedang dilakukan Muaz, bila Muaz akan pulang. Satu malam, Nurin menonton wayang dengan dua rakannya. Kisah romantis. Tiba-tiba ada panggilan dari Muaz. Nurin terkejut dan terus berlari keluar dari panggung, untuk menjawab panggilan Muaz. Muaz mengatakan dia baru turun dari Gunung Tahan dan malam itu, mereka akan bermalam di Taman Negara Rompin. Esoknya baru akan bertolak pulang ke Kuala Lumpur.
Nurin begitu gembira dengan panggilan Muaz. Maka dia tidak lagi dapat menumpukan perhatiannya pada filem yang sedang ditonton. Rakannya pelik dengan gelagat Nurin. Dia tidak sabar menunggu kepulangan Muaz.
Wednesday, 13 June 2012
Monday, 4 June 2012
kau dan adikku?? #8
Setelah Muaz pulang dari Phuket, Nurin belum berpeluang bertemu dengannya lagi, kerana kesibukan kerja. Kebetulan pula Zulaika pula datang bercuti lagi di rumahnya.
Muaz keluar dengan Zulaika berdua tanpa Nurin. Mulanya dia tidak kisah. Tapi nampaknya Zulaika telah mencuri perhatian Muaz dari Nurin. Nampaknya rancangannya berjaya, untuk cuba memasangkan Zulaika dan Muaz, tetapi melihat mereka berdua, hatinya menjadi sakit tiba-tiba. Dan dia tidak suka situasi ini. Dia tidak suka bila merasakan Muaz semakin jauh darinya. Sepatutnya Nurin sudah menjangkakan perkara ini awal-awal lagi.
Tapi dia cuba abaikan perasaan itu. Mungkin kerana selama ini dia sudah terbiasa rapat dengan Muaz, jadi mungkin perasaan itu sementara sahaja. Tetapi apabila satu malam, Muaz mengungkapkan kepada Nurin :
"Sebenarnya saya dah mula terpikat dengan dia.."
Perasaan Nurin berubah. Ada semacam perasaan tidak gembira dalam hatinya. Kenapa? dia tidak tahu, tapi dia memang tidak sukakan apa yang keluar dari mulut Muaz. Tapi dia berpura-pura senang di hadapan Muaz. Tapi kata Muaz dia perlukan masa untuk betul-betul mengenali Zulaika.
Mahu tak mahu, Nurin biarkan sahaja. Tak mungkin dia ingin jadi batu penghalang, kerana Zulaika juga sudah mula sukakan Muaz.
Nampaknya hubungan Muaz dengan Zulaika semakin baik. Mereka makin mesra, namun Nurin makin memendam rasa. Cemburu yang meluap bila melihat Zuaikal bersemangat menceritakan hal Muaz. Namun untuknya merosakkan kebahagiaan dan kegembiraan adiknya tidak mungkin sama sekali. Tambahan pula, dia yang bertanggungjawab mempertemukan mereka berdua.
Namun satu hari Muaz menyatakan yang dia tidak mampu untuk terus bersama Zulaika. Nurin terkejut, kerana sangkanya Muaz benar-benar sukakan Zulaika. Namun Muaz cuma mengatakan, memang dia sukakan Zulaika, dan dia gadis yang baik, tetapi ada sesuatu pada dirinya yang tidak dapat diterima oleh Muaz.
Nurin tidak mahu bertanya lanjut, kerana kata Muaz, dia sendiri yang akan menjelaskan kedudukan sebenar kepada Zulaika. Nurin bimbang Zulaika terluka. Dan benar telahannya, Zulaika terluka dengan Muaz. Kerana dia sangat sukakan Muaz. Tetapi keputusan Muaz memang tidak boleh diubah lagi.
Maka Zulaika pulang ke Tanjung Malim dengan kekecewaan. Dia cuba lagi untuk menawan Muaz, tetapi Nurin menegahnya, bukan kerana dia juga sukakan Muaz, tetapi dia tidak suka melihat adiknya memperbodohkan diri sendiri demi seorang lelaki.

Subscribe to:
Posts (Atom)