Thursday 6 October 2011

PAUS KE IKAN DUYUNG?


Satu ketika dahulu, di sebuah gymnasium, terdapat sebuah potret wanita yang langsing di pintu masuknya. Pada potret itu tertulis : 

"Pada musim panas ini, adakah anda mahu menjadi ikan paus yang besar ataupun ikan duyung yang cantik?"

Seorang gadis yang berbadan gempal meneliti ayat pada potret itu dan berkata kepada kawan-kawannya...

"Kawan-kawan, ikan paus sentiasa dikelilingi kawan-kawannya seperti ikan lumba-lumba, ikan-ikan lain, hidupan laut, dan didatangi manusia yang ingin tahu tentang dirinya dan kehidupannya. Mereka amat menghiburkan, mereka hidup dengan gembira, dapat makan udang yang banyak, sentiasa aktif, dan membesarkan anak mereka dengan penuh kasih sayang. Mereka boleh merantau ke merata-rata tempat habitat mereka sangat luas. Mereka adalah hidupan yang menarik, dan mereka dilindungi oleh manusia yang prihatin."

Dia menyambung lagi : 

"Ikan duyung tidak wujud, kan?"

"Kalaulah mereka wujud, pasti mereka akan berebut-rebut untuk berjumpa pakar psikologi kerana masalah personaliti mereka : adakah mereka manusia atau ikan? Mereka tidak mungkin dapat melahirkan anak, kerana tidak mungkin akan ada aktiviti seks normal dalam hidup mereka. Mungkin mereka adalah makhluk yang cantik dan indah, tetapi mereka hidup dalam kesedihan dan kesunyian. Lagipun, siapa yang nak mengahwini dan menjalani hidup bersama seorang wanita yang berbau ikan?"

"Kalaulah saya, saya akan pilih untuk menjadi ikan paus." Kata wanita itu sambil tersenyum.

"Media selalu mewar-warkan bahawa wanita yang langsing itulah yang paling cantik. Tapi saya tak kisah. Saya lebih suka makan aiskrim bersama anak-anak saya, makan malam bersama suami, dan makan di luar  dan berseronok dengan kawan-kawan saya."

"Kita sebagai wanita, berat badan kita bertambah kerana kita telah mengumpul banyak ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan. Dan oleh kerana ruang di dalam kepala kita tidak mencukupi, maka ia tersebar ke seluruh bahagian tubuh badan kita. Kita bukannya gemuk, cuma tubuh badan kita dipenuhi dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran."

"Setiap kali saya melihat tubuh badan saya di cermin, saya katakan kepada diri saya : "Saya adalah insan yang menakjubkan!"

"Saya bukanlah bermaksud untuk merendah-rendahkan mereka yang kurus, cuma berbadan gempal tak semestinya kita ini tidak menarik, betul tak?

P/S : Dapat artikel ni kat fesbuk, cuma dah diterjemahkan dan diubah sedikit supaya lebih mudah difahami.


3 comments:

  1. ni kono jawab blk...
    lupikir la sendiri...huhuhu

    ReplyDelete
  2. Manusia sememangnya tak pernah puas dgn apa yang dimiliki. Sebab itu selalu ada konflik dalam diri. Nice entry admin.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...