Tuesday 11 October 2011

BICARA HATI



Pertama kali aku lihat dirimu
Hatiku tidak merasa apa-apa
tetapi kebelakangan ini
Hatiku mula bergetaran
Naluri wanitaku mula memberi reaksi


Kini saat ku lihat kelibatmu
Hati berdegup kencang
Aku mula rasa tak keruan
Tapi bila sehari tak melihat wajahmu
Seperti ada yang kurang dengan hariku


Dan sejak itu juga
Seperti kebetulan
malah seringkali kebetulan
kita beselisihan
Kau ada di mana aku ada
tiba-tiba sahaja kau akan berada di depanku
Seperti telah diaturkan


Ingin sekali aku mendekatimu
Ingin sekali aku berbicara denganmu
Tapi hati rasa malu
Aku rendah diri
Mungkin kerana taraf kita yang berbeza
Aku cuma mampu memerhatimu dari jauh
Dalam diam kau mencuri tumpuanku


Aku ingin tahu segalanya tentang kamu
kesukaanmu, kebencianmu
sudah berpunyakah kamu
Atau masih mencari?


Namun aku sedar
Ini semua ini hanya mimpi
mainan perasaan
mana mungkin kau akan menyedari kewujudanku
Aku juga tidak mahu kau sedar aku memerhatimu
takut aku disalah erti


Mimpi ini pastinya kekal mimpi
Walau hanya mampu memendam rasa dalam diam padamu
Aku redha
dan yang penting 
Aku harap kau akan bertemu pasanganmu
Dan aku akan bahagia bila kau bahagia


P/S : Tiba-tiba rasa nak berjiwa2 pulak tengahari ni....takpe, dia bukan tau pun...hehehehe

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...