Sunday, 12 February 2012

AWAK SUKA SAYA TAK? (BHG. 10)






Dia mula berkira-kira, bagaimana untuk menjerat lelaki itu ke muka pengadilan. Tetapi dia tidak mahu menceritakan hal itu pada sesiapa. Ini soal maruah, memang tak dapat ditebus, tapi harus diberi pembalasan.

Hidupnya tidak tenang selagi lelaki itu bebas. Dan lelaki itu juga kerap mengganggunya, mengajaknya berjumpa. Mulanya dia cuba mengelak dengan memberi alasan kelas tambahan, tetapi, dia berfikir, dengan mengelak begini, tidak akan ada kesudahannya.

Hari ini telefon bimbitnya berbunyi lagi. Mesej dari lelaki itu.

-Awak, saya nak jumpa awak ni...

Amirah mengatur strategi. Dia membalas mesej itu.

-Bila?

-Bila awak free? Dah banyak kali awk mengelak ni...nak sy g skola awk ke?

-Eh, jgnla...kita jumpa lusa yea....sok mmg ada kelas, kan tak lama lg sy nak exam...

Amirah melayan sahaja sms dari lelaki itu. Dia yakin dengan rancangannya.

-ok, petang lusa kita jumpa yea, syg...

-ok.. :)

Amirah terasa geli geleman bila lelaki itu memanggilnya sayang. "Siaplah kau, setan! kau ingat aku akan biarkan kau pijak aku? kau salah orangla." Amirah bermonolog sendiri.

Rancangan diatur, keesokannya, Amirah tidak ke sekolah. Dia tidak memberitahu sesiapa pun tentang rancangannya. Dia membuat laporan polis tentang kejadian itu. Dan pihak polis merancang untuk menangkap lelaki durjana itu semasa pertemuan mereka nanti.

Akhirnya keluarga Amirah dimaklumkan oleh pihak polis tentang kejadian itu. Nasib baik ibu dan bapa saudaranya menyokongnya, dan mereka juga berharap lelaki durjana itu segera ditahan polis.

28 April 2005

Akhirnya hari ini tiba. Pihak polis membawa Amirah ke lokasi pertemuannya dengan lelaki itu. Di sebuah pusat membeli belah. Dari jauh sudah kelihatan kelibat lelaki itu dengan keretanya, sedang menunggu Amirah. Dengan rasa gementar, Amirah menuju ke arahnya. Lelki itu tersenyum dengan kehadiran Amirah. Sebaik sahaja Amirah ingin membuka pintu kereta, pihak polis dengan segera menyerbu lelaki berkenaan.

"Apa ni, cik? saya tak buat salah, apa ni?" Jerit lelaki itu.

"Diam, apa-apa pun cerita kat balai." Jawab seorang anggota polis yang berada di situ. Keadaan menjadi agak kecoh seketika. Amirah terasa malu bila orang ramai mula memerhatikan kejadian itu. Dia sempat melihat reaksi lelaki itu yang merenung tajam ke matanya.

"Kau kenakan aku, tak guna! kau tunggulah, siap kau nanti!" Jerit lelaki itu pada Amirah, dia marah kerana akhirnya dia yang terkena perangkap sendiri.

Amirah lega kerana ketakutannya telah berakhir. Segalanya telah selesai, dan dia hanya perlu memberikan keterangan terhadap lelaki itu di mahkamah nanti.



19 Febuari 2007
Mahkamah Sesyen Jenayah, Jalan Duta,
Kuala Lumpur.

Amirah rasa lega apabila mengetahui keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman penjara selama 7 tahun dan 5 sebatan ke atas lelaki durjana itu. Maka dia sudah lega sekarang, kehidupannya akan diteruskan seperti biasa. Namun tidak akan ada sesiapa pun yang tahu tentang peristiwa itu.


Hafiz terpana mendengar cerita Amirah. Dia kehilangan kata-kata. Tidak dia menyangka Amirah yang sentiasa kelihatan ceria menyimpan rahsia yang sebesar itu.

"Saya tak sangka yang dia mengotakan kata-kata dia tu. Dia cari saya selepas keluar dari penjara."

"Amirah, awak jangan risau, saya ada, saya akan lindungi awak dari dia, lagipun kita dah buat laporan polis, mesti tak lama lagi dia akan ditangkap, kan?" Hafiz cuba menenangkan Amirah.

Amirah memandang mata Hafiz. Dia terasa dilindungi bila berada disamping Hafiz.

"Awak..." Amirah bersuara.

"Yea, kenapa?" Hafiz menunggu bicara dari Amirah, kalau-kalau ada lagi yang hendak disampaikan.

"Laparlah.....jom, pergi makan." Amirah menahan tawa.

"Ek eleh, ingatkan apa tadi...kenakan orang pulak yea..."

"Dah awak tu macam serius sangat je, hehe..."

"Okla, okla, jom kita pergi makan yea, tuan puteri."

"Terkena jugak aku dengan dia ni." Bisik hati Hafiz. Nyata Amirah pandai menceriakan suasana.

BERSAMBUNG........

AWAK SUKA SAYA TAK? (BHG. 9)







Seperti yang dijanjikan, mereka bertemu di tempat biasa. Hafiz sememangnya tidak sabar untuk mengetahui kisah sebenar di sebalik insiden semalam.

"Saya tak pernah ceritakan kejadian ni pada sesiapa." Amirah memulakan bicara.

"Saya ceritakan perkara ni pada awak sebab saya percayakan awak. Tapi awak janji walau apapun yang jadi antara kita, awak jangan sesekali beritahu hal ni pada sesiapa pun."

"Saya janji, takkan beritahu sesiapa pun." Ikrar Hafiz.

Amirah menarik nafas dalam-dalam.......

Imbas kembali
25 April 2005.

Amirah terkocoh-kocoh berlari. Hari sudah menunjukkan jam 6.45 petang. Dek kerana leka bersiar-siar dengan teman-temannya, Amirah terlupa bahawa dia harus berada di rumah sebelum jam 7 malam. Bapa dan ibu saudaranya memang tegas dalam soal mendidiknya, supaya dia tidak terpengaruh dengan gejala sosial yang akan merosakkan masa depannya, lagipun dia tahu, itu janji bapa saudaranya kepada arwah ibunya, untuk menjaga dan mendidik beliau sebaik mungkin setelah ketiadaannya.

Dari stesen lrt untuk ke rumah, Amirah perlu melalui jalan yang sunyi dan agak menyeramkan kerana hari telah beransur gelap. Sambil berlari-lari anak, matanya meliar memandang sekeliling, untuk berwaspada. Tiba-tiba sebuah kereta berhenti di tepi Amirah. Seorang lelaki menyapanya.

"Adik, abang nak tanya, Sekolah Menengah Aminul Rashid kat mana yea?" Sambil mengunjukkan sekeping kertas kecil.

"Oh, dekat aje, abang keluar jalan ni, belok kiri, lepas tu terus je, jumpa lorong kanan terus masuk, kat situlah."

"Abang tak familliar sangatla jalan kat area sini dik, nak jemput makcik abang ni, adik boleh tunjukkan? naik kereta, tunjuk jalan yea." Lelaki itu mula memancing Amirah.

Mulanya Amirah ragu-ragu, kerana memikirkan hari sudah lewat, tapi dia memikirkan dia harus menolong lelaki itu.

"Alang-alang, sekolah tu pun belakang rumah aku aje, boleh lah kot, lagipun bolehlah bagi alasan aku tolong mamat ni, kalau diorang tanya kenapa aku balik lambat." Bisik hati Amirah.

Amirah pun menaiki kereta tersebut walaupun hatinya ada sekelumit curiga kerana dia tidak mengenali lelaki tersebut. Dan dalam perjalanan mereka sempat berbual-bual, lelaki itu ingin bertukar-tukar nombor telefon, mulanya dia enggan, tetapi akhirnya dia mengalah setelah dipujuk lelaki itu.

Sampai sahaja di jalan menghala ke sekolah itu, Amirah bersuara, "Nanti kat depan tu abang masuk kiri, ok..."

Sampai di lorong itu lelaki itu tidak membelokkan keretanya, tetapi meneruskan perjalanan. Amirah mulai rasa takut.

"Abang kata nak pergi Sekolah Aminul Rashid, kenapa tak masuk lorong tu?"

"Ala, kejap lagila kita pergi, kita pergi tempat lain dulu yea." Lelaki itu memandang Amirah penuh bernafsu.

Amirah sudah tidak keruan, dia cuba membuka pintu kereta walaupun kenderaan itu sedang meluncur laju di jalanraya. Malangnya pintu itu berkunci. Lelaki itu memegang tangannya dengan kejap, sambil sebelah tangannya memegang stereng, meneruskan pemanduan.

"Ala, rilekslah dik....kita pusing-pusing kejap yea, nanti abang hantar awak balik."

"Saya nak balik, hantarlah saya balik!!!!" Amirah mula meninggikan suara, menyembunyikan ketakutannya.

Walaupun meronta, Amirah tidak mampu melepaskan pegangan lelaki itu. Tangannya dipegang kejap, sehingga pergelangan tangannya terasa sakit. Akhirnya mereka berhenti di satu tempat yang sunyi. Amirah tidak tahu dimanakan mereka sekarang ini, lagipun hari sudah gelap. Amirah makin gelisah dan takut, kerana tahu sesuatu akan berlaku padanya. Dia merayu untuk dihantar pulang.

"Abang, saya nak balik, lepaskan saya, saya nak balik..." Tangis Amirah, namun tidak diendahkan lelaki tersebut, kerana nafsunya sudah membara melihat Amirah. Dia memaksa Amirah memuaskan nafsunya. Amirah enggan dan meronta-ronta untu melepaskan diri dari menjadi mangsa lelaki tersebut, namun dia tidak berjaya, malah lelaki itu mula bertindak ganas, memukul Amirah kerana dia melawan.

"Jangan degillah cakap aku! Apa aku suruh buat, buat ajelah! nanti aku hantarlah kau balik!" Amarahnya dilepaskan lagi dengan pukulan kerana geram dengan keengganan Amirah mengikut kemahuannya.

Akhirnya Amirah tewas, dia sudah tidak mampu melawan lagi, akibat pukulan kuat lelaki itu, kepala Amirah jadi pening dan dia kehabisan tenaga, hanya mampu menangisi kebodohannya kerana berniat ingin membantu lelaki itu. Akhirnya dia menjadi mangsa pemuas nafsu lelaki itu.

Setelah itu, lelaki itu menghantarnya di taman kompleks sukan berhampiran rumahnya.

"Rumah awak belakang ni aje kan, saya hantar sampai sini aje ye." Lembut pula suara lelaki itu.

Amirah tidak menjawab, beliau ingin cepat-cepat pulang. Sampai di rumah, dia tidak mengendahkan sesiapa, terus berkurung di bilik, dia teringat ancaman lelaki tadi, dia tidak tenteram sepanjang malam itu. Apabila ibu saudaranya membuka pintu biliknya, dia berpura-pura tidur.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Ada mesej.

-Ingat, jangan ceritakan hal tadi pada sape pun, klu tak, sy kecohkan hal ni pada kwn2 skola awk!

Lama Amirah merenung mesej itu. Namun akhirnya dia nekad, dia harus bertindak, tak akan mengalah dan tunduk pada lelaki itu.

BERSAMBUNG......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...