Sunday 12 February 2012

AWAK SUKA SAYA TAK? (BHG. 10)






Dia mula berkira-kira, bagaimana untuk menjerat lelaki itu ke muka pengadilan. Tetapi dia tidak mahu menceritakan hal itu pada sesiapa. Ini soal maruah, memang tak dapat ditebus, tapi harus diberi pembalasan.

Hidupnya tidak tenang selagi lelaki itu bebas. Dan lelaki itu juga kerap mengganggunya, mengajaknya berjumpa. Mulanya dia cuba mengelak dengan memberi alasan kelas tambahan, tetapi, dia berfikir, dengan mengelak begini, tidak akan ada kesudahannya.

Hari ini telefon bimbitnya berbunyi lagi. Mesej dari lelaki itu.

-Awak, saya nak jumpa awak ni...

Amirah mengatur strategi. Dia membalas mesej itu.

-Bila?

-Bila awak free? Dah banyak kali awk mengelak ni...nak sy g skola awk ke?

-Eh, jgnla...kita jumpa lusa yea....sok mmg ada kelas, kan tak lama lg sy nak exam...

Amirah melayan sahaja sms dari lelaki itu. Dia yakin dengan rancangannya.

-ok, petang lusa kita jumpa yea, syg...

-ok.. :)

Amirah terasa geli geleman bila lelaki itu memanggilnya sayang. "Siaplah kau, setan! kau ingat aku akan biarkan kau pijak aku? kau salah orangla." Amirah bermonolog sendiri.

Rancangan diatur, keesokannya, Amirah tidak ke sekolah. Dia tidak memberitahu sesiapa pun tentang rancangannya. Dia membuat laporan polis tentang kejadian itu. Dan pihak polis merancang untuk menangkap lelaki durjana itu semasa pertemuan mereka nanti.

Akhirnya keluarga Amirah dimaklumkan oleh pihak polis tentang kejadian itu. Nasib baik ibu dan bapa saudaranya menyokongnya, dan mereka juga berharap lelaki durjana itu segera ditahan polis.

28 April 2005

Akhirnya hari ini tiba. Pihak polis membawa Amirah ke lokasi pertemuannya dengan lelaki itu. Di sebuah pusat membeli belah. Dari jauh sudah kelihatan kelibat lelaki itu dengan keretanya, sedang menunggu Amirah. Dengan rasa gementar, Amirah menuju ke arahnya. Lelki itu tersenyum dengan kehadiran Amirah. Sebaik sahaja Amirah ingin membuka pintu kereta, pihak polis dengan segera menyerbu lelaki berkenaan.

"Apa ni, cik? saya tak buat salah, apa ni?" Jerit lelaki itu.

"Diam, apa-apa pun cerita kat balai." Jawab seorang anggota polis yang berada di situ. Keadaan menjadi agak kecoh seketika. Amirah terasa malu bila orang ramai mula memerhatikan kejadian itu. Dia sempat melihat reaksi lelaki itu yang merenung tajam ke matanya.

"Kau kenakan aku, tak guna! kau tunggulah, siap kau nanti!" Jerit lelaki itu pada Amirah, dia marah kerana akhirnya dia yang terkena perangkap sendiri.

Amirah lega kerana ketakutannya telah berakhir. Segalanya telah selesai, dan dia hanya perlu memberikan keterangan terhadap lelaki itu di mahkamah nanti.



19 Febuari 2007
Mahkamah Sesyen Jenayah, Jalan Duta,
Kuala Lumpur.

Amirah rasa lega apabila mengetahui keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman penjara selama 7 tahun dan 5 sebatan ke atas lelaki durjana itu. Maka dia sudah lega sekarang, kehidupannya akan diteruskan seperti biasa. Namun tidak akan ada sesiapa pun yang tahu tentang peristiwa itu.


Hafiz terpana mendengar cerita Amirah. Dia kehilangan kata-kata. Tidak dia menyangka Amirah yang sentiasa kelihatan ceria menyimpan rahsia yang sebesar itu.

"Saya tak sangka yang dia mengotakan kata-kata dia tu. Dia cari saya selepas keluar dari penjara."

"Amirah, awak jangan risau, saya ada, saya akan lindungi awak dari dia, lagipun kita dah buat laporan polis, mesti tak lama lagi dia akan ditangkap, kan?" Hafiz cuba menenangkan Amirah.

Amirah memandang mata Hafiz. Dia terasa dilindungi bila berada disamping Hafiz.

"Awak..." Amirah bersuara.

"Yea, kenapa?" Hafiz menunggu bicara dari Amirah, kalau-kalau ada lagi yang hendak disampaikan.

"Laparlah.....jom, pergi makan." Amirah menahan tawa.

"Ek eleh, ingatkan apa tadi...kenakan orang pulak yea..."

"Dah awak tu macam serius sangat je, hehe..."

"Okla, okla, jom kita pergi makan yea, tuan puteri."

"Terkena jugak aku dengan dia ni." Bisik hati Hafiz. Nyata Amirah pandai menceriakan suasana.

BERSAMBUNG........

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...