Friday, 27 January 2012

AWAK SUKA SAYA TAK ? (BHG 7)

Sambil mengejar proton waja tersebut, nombor pendaftarannya diamati, dan dia terus menghubungi 999. Setelah disambungkan ke talian PDRM, dia menceritakan situasi tersebut dan memberikan nombor pendaftaran proton wira itu.

            Sementara Amirah sangat ketakutan ketika itu, berada didalam cengkaman lelaki durjana itu, dia amat mengharapkan dirinya dapat lolos dari lelaki itu.

“Ooo…..kau ingat kau boleh lari dari aku, yea, budak! mampus kau malam ni aku kerjakan!”

“Aku tak takut dengan kaulah, setan!!” Jerit Amirah memberanikan diri. “Polis akan tangkap kau semula, kau masuklah balik dalam penjara!!!”

“Sial!!!”

“PANG!”

            Satu tamparan mengenai pipi Amirah hingga berdarah bibirnya. Telinganya rasa berdesing. Sakit, tetapi dia menggagahkan diri, mengerah tenaga bergelut dengan lelaki itu. Pemandu kereta itu hanya mendiamkan diri. Ketika itu Amirah nekad. Kalau dia tidak bertindak, mungkin nasibya akan bertambah buruk. Dia menggigit tangan lelaki itu sekuat hati. Kerana kesakitan dan ingin melepaskan tangannya dari gigitan Amirah, lelaki itu menyentak kuat tangannya, malangnya, hayunan tangannya terkena rakannya, dan pemandu kereta itu hilang kawalan hingga terpaksa memberhentikan keretanya. Kesempatan itu diambil Amirah, dia menolak lelaki itu, dan meluru keluar kereta, berlari sekuat hatinya.

            Amirah panik, dia kini berada di kawasan rumah flat, tetapi dia tidak pasti nama tempat ini. Dia menyorok di celah-celah kereta yang banyak diletakkan disitu, bimbang dijumpai. Tangannya terketar-ketar menelefon Hafiz.
“Awak, tolong saya, saya takut ni….”
“Amirah, awak jangan takut, sy ada follow kereta orang yang bawak lari awak tu. Awak kat mana sekarang?”
“Saya tak tau, ada banyak kereta kat sini, rumah flat…saya tak tau nama tempat ni, wak…”
“Takpe, takpe, saya tau tempat tu, awak tunggu situ diam-diam, ok?”
“Awak, cepat, saya takut!”
“Ok,ok, sekarang awak jangan letak telefon, saya dah ada kat kawasan flat ni, awak kat mana?”
“Saya ada kat kereta Myvi putih, no plat dia WRS 4588.”
            Dari jauh Amirah nampak proton waja tadi berlegar-legar di kawasan itu. Dia ketakutan dan menunduk di belakang kereta tersebut. Dia berdoa semoga Hafiz menemuinya.

            Hafiz berpusing-pusing mencari Amirah, dia nampak proton waja itu berlegar-legar juga di kawasan itu. Dia berharap agar dia menemui Amirah dahulu sebelum penyangak itu.

“Hah, jumpa dah!” Hafiz mendekati Myvi putih benombor plat WRS 4588. Dia keluar dari keretanya untuk menjenguk kalau-kalau Amirah ada di situ.

            Amirah dengar bunyi kereta berhenti, dan bunyi pintu kereta dibuka. Dia tidak berani mengintai, cuma mengharap lelaki itu tidak menemuinya. Tiba-tiba bahunya disentuh. Amirah ingin menjerit, tetapi pantas mulutnya ditutup. Amirah meronta-ronta.

Thursday, 26 January 2012

AWAK SUKA SAYA TAK (BHG 6)






Hari-hari berlalu hubungan Amirah dan Hafiz makin akrab. Bila tak bertemu, MukaBuku atau sms jadi pengantara, bila masing-masing ada kelapangan, mereka akan bertemu, berbual tentang banyak hal. Hafiz senang berbual dengan Amirah yang kelihatannya boleh diajak berbual tentang apa sahaja.Dari hal-hal kerja, hingga ke isu semasa, politik, sukan, hiburan. Tapi bila buka sahaja perihal keluarga dan kisah zaman kanak-kanak, Amirah lebih senang jadi pendengar, hanya Hafiz yang rancak bercerita. Sedangkan Hafiz cuba memancing Amirah untuk bercerita tentang lelaki misteri tersebut, namun setakat ini belum berjaya.

Kini sudah hampir 6 bulan mereka berkawan, masing-masing punya rasa di hati, namun belum ada yang berani meluahkan secara jujur apa yang terbuku di hati. Hafiz ingin sekali menyatakan cintanya pada Amirah, tapi hatinya penuh tanda tanya tentang latar belakang Amirah. Dia sudah menceritakan segala-galanya tentang latar belakangnya, tapi, apa yang diketahuinya tentang Amirah hanyalah seorang gadis yatim piatu yang kehilangan ibu bapanya sejak kecil dan bersendirian di hidup di kota meropolitan ini. Bagaimana Amirah boleh jadi begini, tidak pula diceritakan. Namun hubungan mereka tetap seperti pasangan biasa, adakalanya berselisih pendapat, pertengkaran kecil itu sesuatu yang normal, kerana akhirnya mereka akan berdamai semula.

Amirah sebenarnya menantikan Hafiz untuk meluahkan rasa. Mana mungkin dia yang memulakan langkah dahulu. Memang tak salah, tapi dirinya segan, takut dikata 'desperate' . Maka dia membiarkan masa yang menentukan.

Tenghari itu Amirah tidak terasa untuk keluar makan tengahari kerana masih kenyang dengan juadah jamuan yang diadakan oleh bosnya pagi tadi. MukaBuku dibuka. Tak sampai 5 minit, chatboxnya berbunyi.

Hafiz : Hye, wak...
Amirah : Hi...
Hafiz : xg mkn?
Amirah : xlapar la. ofis sy ada jamuan pg td, tu yg knyg lg tu...
Hafiz : ooo....
Amirah : Awk? x g lunch?
Hafiz : ala, kirim kat kwn je, mls nak jln la...
Amirah : ai, g beli mkn pun mls? teruk awk ni...
Hafiz : sesekali jela wak....bukan slalu..
Amirah : yela tu...hehehe...
Hafiz : Awk, movie baru dah kua, jom g tgk..
Amirah : bila?
Hafiz : mlm ni, sy dtg ambik awk kat umah ea...
Amirah : ala...xyahla, kita jumpa kat movie jela...
Hafiz : emmm...okla...
Amirah : jmpe mlm nnt yea...
Hafiz : ok...bye...
Amirah : bye....

Dalam kepala Hafiz merancang sesuatu. Dia tetap ingin menjemput Amirah. sebenarnya dia ingin memberi kejutan, dia telah membeli sebuah kereta, dan mahu Amirah menjadi orang pertama yang menaiki keretanya. Dia tahu Amirah tidak mahu menyusahkan dirinya untuk datang menjemput di rumahnya, tetapi kali ini ada pengecualian.

Selepas pulang dari pejabat, Hafiz menghantar sms kepada Amirah.

"mlm ni kul 9 yea, jumpa kat sne..."

Amirah tersenyum mendapat sms dari Hafiz.

Malam itu dia bersiap awal, selepas solat isyak, dia sedia untuk keluar.

"Amboi, ni lawa-lawa ni, mesti nak pergi dating dengan si Hafiz kau tu, kan?" tegur Diba, rakan serumahnya.

"Bukanlah, tengok wayang je."

"Ele, datinglah jugak tu, cik kak oi..."

Amirah cuma tersenyum, dan melangkah keluar rumah. Dia menunggu teksi di hadapan rumahnya. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Nama Hafiz tertera di skrin.

"Hello, Hafiz..."
"Hello, cik kak, tunggu siapa tu?"

Amirah kehairanan. Matanya melilau mencari Hafiz.

"Awak kat mana tu?"

"Kat depan awak je "

Nun di seberang jalan kelihatan Hafiz melambaikan tangannya.  "Kereta siapa pulak lah yang kau pinjam ni Hafiz oii...." gumamnya perlahan.

Baru sahaja  hendak melangkah tiba-tiba sebuah kereta proton wira berhenti dihadapannya, Amirah menyangkakan orang ingin bertanyakan arah, tetapi pintu belakang kereta dibuka dan Amirah ditarik masuk kedalamnya, dan proton wira itu memecut pantas.

"Amirah!!!!" Hafiz kaget, dia terus memecut keretanya mengekori proton wira tersebut.

BERSAMBUNG....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...