Friday, 2 September 2011

E-MAIL CINTA DARI KEKASIH UNTUK KEKASIH

Assalamualaikum.....

Efa hantar email ni pada abg sebab semenjak dua menjak ni susah betul Efa nak jumpa abg. Ada je alasan abg. Teman mak beli barangla, jemput sepupu la, hantar kakak la, hantar motor la, jiran jatuh tangga la, macam2la alasan abg. Efa sedar abg adalah org paling sibuk di dunia ni, semua org perlukan abg, hatta jiran abg sekalipun.

Efa igt nak SMS abg aje, tapi rasanya byk benda yg Efa nak bagitau, dan Efa taknakla semakkan inbox abg dgn msj Efa yg panjang berjela ni, jadi baik Efa hantar email aje.

Sebenarnya kat sini Efa nak bagitau abg yg lepas ni Efa tak nak keluar berdua dgn abg lagi. Sebab tak elok kalau kita selalu berdua-duaan. Nanti akan ada yang ketiga(syaitan) yang akan mula hasut kita ke arah yang bukan2. Efa tak nak dah buat semua tu. Haram, sebab kita takde ikatan yang sah, lagipun tak sesuaila dgn imej baru Efa sekarang yang bertudung ni.

Efa dah pernah bagi 'hint' kat abg, tapi mungkin abg tak perasan, kan. Tak elok kita couple lama2, takut mengundang maksiat, tapi abg mcm wat tak tau je.

Maka di sini Efa nak tegaskan sekali lagi dan ini kali terakhir Efa akan bagitau abg : 

Kalau abg syg Efa, dan serius dgn hubungan kita, maka segeralah dtg jumpa mak ayah Efa, dan bwk Efa jumpa mak abg, dan kita halalkan hubungan kita, dan Insyallah Efa akan cuba jadi isteri yang solehah.

Tapi kalau abg sebenarnya tak serius dgn hubungan kita, ataupun belun sedia nak ada komitmen, maka Efa rasa jalan terbaik ialah kita jadi kawan biasa shj, mungkin kita takde jodoh.

Itu keputusan muktamad dari Efa. Maka fikir-fikirkanlah dan segera reply yea...

Assalamualaikum....


Monday, 29 August 2011

CINTA ITU INDAH BILA......

Bila hati bertemu cinta, cinta sesama insan, kadangkala kita terleka, terlalu asyik dibuai rasa, dibuai keindahan sesuatu yang digelar asmara. Kita seperti di awang-awangan, tidak mahu berpijak didunia nyata. Ada yang lebih ghairah mengejar keasyikan dunia, hingga terbabas, tersasar dari landasan, melanggar batasan, garisan, panduan yang ditetapkan untuk pengembaraan hidup.

Apa sebenarnya yang kita mahu? apa sebenarnya yang kita dapat dari keindahan itu? Ia buat kita lupa, bahawa ia bersifat sementara. Kita terlalu asyik sehingga kita lupa, sampai satu saat, kita pasti ditinggalkan. Kerana lumrah manusia yang berhati batu, tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki, dan ia akan berusaha mencari yang lain setelah nafsu mereka dipenuhi. Saat itu, apa yang akan terjadi pada yang ditinggalkan itu? ke mana mereka mahu mengadu? kepada siapa nereka mahu minta pertolongan? Siapa yang akan jadi teman berkongsi duka?

Saat kita sedang bersedih, rasa bersendirian, penuh kekecewaan di dada, apa yang akan kita lakukan? apa yang  akan terjadi? Maka kembalilah pada yang Satu, yang Esa...tautkanlah keyakinan padaNya, berpeganglah pada cintaNya. Maka hati akan lebih tenang. Cinta sesama manusia? tak usahlah dirisaukan. Yakinlah padaNya, kerana Dia telah menetapkan seseorang untuk mengisi ruang dalam hati kita. Jika kita pernah dicintai, tetapi ditinggalkan, dan yang meninggalkan kita itu tidak menunjukkan ciri seorang mukmin, maka biarlah dia pergi, kerana kita perlukan seseorang yang boleh menjadi imam dalam kehidupan kita, sebagai pembimbing supaya kita terus berada di laluan yang benar dalam perjalanan hidup ini....

YA ALLAH...SEKIRANYA DIA BUKAN YANG TERBAIK BUATKU, MAKA JAUHKANLAH DIA DARIKU AGAR AKU TERHINDAR DARI MAKSIAT DAN PERKARA YANG MEMBUAT AKU LUPA PADAMU. ANDAI DIA MEMANG UNTUKKU, MAKA BUKAKANLAH PINTU HATINYA UNTUK MENGHALALKAN HUBUNGAN KAMI INI.....AMIN.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...