Monday 31 March 2014

Makan yang mahal

Tengah-tengah duk menung-menung sambil berangan selagu dua tiba-tiba muncul imej makhluk ni di benak fikiran. Dan aku pun terkenang peristiwa lampau. Tak berapa lampau sangat la.

Satu pagi aku bangung bangun tidur, badan rasa macam lembik je, macam ada kuasa menyedut tenaga masa aku tengah tidur. Tambah-tambah pulak hari tu hari sabtu, aku add-on rasa malas untuk kerja, so bersiap pun macam slow gila, kalau lawan dengan kura-kura pun aku rasa kura-kura tu siap dulu dari aku, siap boleh goyang kaki tengok sedara dia Ninja Turtle kat tibi sementara tunggu aku siap.

"Dah sepauh jalang aku tengok sedara aku mung tak siak lagi keeeee"
Kata Mr. Kekure yang baru sampai dari Terengganu semalam.

Dah siap sume, Mr. Arrogant pun dah sampai depan rumah, baru nak keluar aku rasa seperti dunia ini berputar-putar. Aku tau cikgu sains aku cakap bumi berputar 24 jam sehari tapi kita takleh rasa tapi kenapa pulak pagi ni aku boleh rasa? Jadi aku pun port kat tangga depan rumah sebelum aku hilang keseimbangan dan mencium tangga tu.

Aku check temprature badan sendiri, walaupun tanpa termometer, aku tau suhu badan aku lebih tinggi dari biasa hari tu. Maka aku khabarkan pada Mr. Arrogant keadaanku ketika itu. Dan umpama doktor bertauliah, dia pun bagi aku MC untuk aku berehat di rumah.

Housemate yang bercuti hari tu (untungla cuti hari sabtu) mencadangkan aku ke klinik merujuk kepada doktor yang lebih pakar, memandangkan keadaan aku ketika itu macam ikan paus lelumba yang terdampar kat pantai tercungap-cungap nak air. Tapi! itu kepantangan aku. Bab-bab demam ni aku tradisional sikit. Tak suka nak ke klinik. Relax, makan panadol, tidur, nanti baik lah demam ni. Aku tolak mentah-mentah cadangan kawan aku tu.

Masuk hari kedua, keadaan aku tetap sama. Selera makan pun hilang tak tau pegi mana. Bau makanan yang menyelerak tu buat aku jadi loya, kalah orang yang mengandung. 

Masuk hari ketiga, dah aku tak mampu kata tak nak pada klinik. Tapi aku di bawa ke hospital terus.Maka selepas doktor yang bertauliah mengesahkan suhu badan aku mencecah 40 darjah celcius, dan berdasarkan simptom-simptom yang aku ceritakan pada Puan doktor tu, aku disaspek denggi.  Badan aku lembik dah macam sotong.


"Oi, oi, apa samakan dengan aku pulak, ni aku boleh berdiri dengan seimbang la...hek eleh..."

Dan lepas ujian darah keluar, memang kompem tanpa syak dan ragu-ragu aku kena denggi. Dan aku terus di masukkan ke wad, dengan tangan sudah dimasukkan jarum untuk mengalirkan air.

Maka bermulalah episod derita. Oh, sedihnya macam drama pulak. Lima hari aku kat HKL, maka sehari 3 kali ambik darah. Sudahnya tangan aku bengkak-bengkak dan lebam-lebam sana-sini dikerjakan dek misi-misi dan cik-cik doktor pelatih. 


Andaikanlah buah ni lengan aku, maka yang brownish-brownish tulah lebamnya. Huhu...sakit.....

Setiap kali dibagi makan pulak, aku memang takde selera, selera makan aku koma tak bangun-bangun. 

Setiap kali check BP, makin lama makin menurun, Mak sedara aku datang bawak 2 botol besar 100PLUS, suruh aku habiskan, kawan-kawan yang datang pesan aku minum air sebanyak mungkin, 2 botol besar kena habiskan dalam sehari. Plus dengan air yang dicucuk masuk dalam badan, maka hasilnya setiap 20-30 minit aku akan ke toilet. Dah la katil aku jauh dengan toilet, katil pulak tinggi, nak kena panjat bagai, dengan botol air yang cucuk kat tangan tu aku nak kena usung kesana sini. 

+


=


Dah macamana aku tak jadi pengunjung setia toilet kalau macam gini punya minum sehari

Dan satu hari, ada sorang kawan datang ziarah bawak sup ketam. Yea, sup ketam. Aku pun pernah dikhabarkan bahawa sup ketam boleh meningkatkan BP kau, dan kau akan kembali normal. 


Beginilah lebih kurang rupa sup ketam yang aku makan. Nyum, nyum...

Dan amazingly, ajaibnya aku rasa, bila esok pagi keputusannya BP aku dah meningkat. Memang menakjubkan. Mungkin ada penjelasan saintifik kaitan antara ketam dan paras hemoglobin dalam tubuh manusia. Selepas dua hari aku dijamu dengan sup ketam ni, aku dah boleh discharge. Memang hari paling bahagia lah aku rasa masa tu. Rindu betul aku pada tilam kat rumah, bilik air, dapur, tv, dan apap sahaja yang ada kat rumah tapi takde kat hospital tu.

Balik rumah, ada kawan datang ziarah, dan dia bawa juga sup ketam, housemate aku pun masak juga sup ketam. Sudahnya, sup ketam tu jadi menu ruji aku selama beberapa hari. Pagi, petang, siang, malam. Aku siap celur bihun untuk makan dengan sup tu untuk bagi kelainan sikit.

Bila teringat pasal ni, aku terfikir balik, seingat aku, selama aku hidup 26 tahun setengah kat muka bumi ni, aku baru  sekali merasa makan ketam. Seumur hidup. Maksud aku ketam betul yang orang buat lauk. Yang ni :

Yea, betul. Masa tu aku umur 11 tahun, aku stay asrama, satu hari kawan satu dorm ngan aku bawak balik ketam masak cili api yang mak dia masakkan. Serius. Yelah, ketam kan mahal.

Tapi kalau daging ketam yang dah proses tu selalu la aku makan. Macam ni :


Maka aku isytiharkan denggi adalah sakit yang paling best yang pernah aku dapat sebab itu je masanya aku dapat makan makanan mahal ni. Orang masakkan pulak tu. Sangat special.

#Notakaki : Terima kasih tak terhingga kepada yang membelanja saya makan ketam. Saya tau kenapa ketam mahal. Mungkin kerana keturunan Mr. Krab yang sangat kedekut dan mata duitan. Macam boleh pakai juga teori ni.



U wanna eat, U gotta pay









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...