Friday, 10 May 2013

pelanggaran yang maha dahsyat

Nampak gaya tajuk macam ada kisah yang amat mengerikan lagi bertaraf 18SG. Memang tahap ngeri dan aku menasihatkan kepada mereka yang ada masalah jantung, ibu mengandung dan migrain yang melampau (eh, tetibe migrain pun  masuk kategori ni) untuk tidak meneruskan pembacaan anda, bimbang anda mengalami trauma yang melampau.

Untuk tatapan 18 tahun ke atas sahaja. 
Mengandungi unsur-unsur ganas yang melampau.

Dah kenapa dramatik sangat pulak kisah kali ni? Apa yang berlaku? siapa yang punya angkara? dimanakah kejadian ini berlaku? 

Dah macam saspen sangat pulak yea? ini kalau aku bikin drama memang penonton dah maki-maki dah ni kenapa tak muncul-muncul lagi kisah sebenar ni kan? kompem episodnya drag sampai 159 episod nak tau apa sebenarnya yang berlaku...siapa pembunuh sebenar...yang hero tu sebenarnya anak orang jahatla, apa-apa lagilah.


Ish, sapa sebenarnya keluarga kandung hero ni? 
penat dah aku tunggu ni dah episod 118 dah ni...

Itu kalau aku bikin drama la, tapi harini bukan aku nak bikin cerita, bukan nak korek siapa keluarga kandung siapa dan kisah ini hanya akan tamat di entri ini sahaja, takde sambung-sambung dah, sebab rasanya kucing pun kompem marah kalau nak kena sambung-sambung baca ni..."I pun ada banyak kerja nak buat okeh...nak tangkap tikus, makan friskies, main ngan bulu benang tuan I...bizi tau....mencik I.."


Baiklah, untuk tidak drag korang baca dengan perasaan lebih saspen, inilah kisahnya. 

Satu malam yang tenang tanpa hujan ribut yang melanda, kat ofis aku adalah buat event. Selepas event tu, aku adalah janji dengan member nak exchange barang, dia tunggu aku kat tepi jalan katanya. Sementara tunggu dia aku pun dengan hati tenang tanpa ragu sembang-sembang dengan member yang lain, serius punya hal okey, hal kerja, bukan semata-mata gosip Jehan Miskin baru kahwin ke, makcik bawah rumah aku dapat cucu baru ke, bukan itu yang kami bualkan.

Tiba-tiba tak semena-mena, member tadi roger, katanya dah tunggu kat luar ofis, maka aku pun tak tahu kenapa kelam kabut gila berlari sepantas desiran angin membelah pantai menuju ke bawah,  tergugat sekejap si Ying kawan Boboiboy tu.


Alamak, ada yang lagi laju dari saya ke? 
menakutkannye, menakutkannye....

Tetapi tak tahu dimana silapnya, dan siapa yang harus dipersalahkan, sampai sahaja di pintu masuk ofis, dimana sebenarnya pintu masuk ofisku merupakan sebuah autosliding glassdoor, tak semena-mena........


GEDEGANGGG!!!!!!!!!!!!!!

Kepalaku telah menyentuh sliding door tersebut, dengan hentakan super maksima, dan akibatnya???
Aku pening lalat sekejap, lalat pun ketawa kalau melihat aku tatkala itu. Dan apa yang aku dapat lepas tu?

Hambik kau, hadiah untuk orang yang hyper tak memasal, kan...

Maka moral of the story dari orang yang baru insaf setelah ditimpa kecelakaan ni, berhati-hati ketika melintas...eh, silap...berhati-hati ketika berlari mahupun berjalan, ia mampu menyelamatkan kepala anda. Sekian, saya melaporkan untuk berita tv11...




Friday, 22 March 2013

Mimpi

Hari yang indah dengan angin sepoi-sepoi bahasa menyapa muka, dengan secawan kopi menikmati pagi...

Amboi, intro...sastera sungguh....berbunga-bunga ayat...Dah kenapa dengan intro yang sebegini? 

Saja test power, kot-kot boleh jadi penulis novel ke, untung-untung novel tu convert ke drama, kaya aku...haha...


uuuuu....kaya, kaya...HAHAHAHAHA...
(gelak orang kaya..pandai je kata orang kaya gelak gitu)


Jauh sungguh angan-angan ni....dah lari dari alam nyata ni...Wake up, Wani...wake up!

Dulu kan, masa kecik, yakni zaman kanak-kanak, zaman tu zaman aku main kejar-kejar keliling rumah sampai tercungap-cungap, orang tua aku selalu pesan kalau nak tidur, kena cuci kaki, takut mimpi yang bukan-bukan. Aku tak berapa faham kaitan antara cuci kaki dengan mimpi. So kalau cuci kaki sebelum tidur adakah mimpiku akan indah-indah belaka? Tak jugak kot...



Huhuhu...rerasa cam dah cuci kaki tadi...
ni nape lak alien kuku panjang muncul dalam mimpi ni???

Sebenarnya kan orang tua cuma nak kita tidur dalam keadaan bersih. Yela, bayangkan kalau kau tidur dengan keadaan kaki kau berkarat sebab baru lepas main kejar-kejar masa balik dari mengaji kat rumah ustazah hujung kampung kau, kemungkinan besar kotoran tu akan berpindah kat tempat tidur kau dimana akan menyusahkan orang tua kau untuk mengemasnya pada esok hari. Kalau kau sendiri yang nak kemas, takpelah jugak, kan...

Selalu jugak dengar orang kata kalau mimpi yang bukan-bukan ni sebab gangguan syaitanirrojim....
Jadi sebab itu sebelum tidur kau patut baca doa tidur dan ayat kursi selain dari cuci kaki, additional sikit, kan bagus, supaya kau tak diganggu gugat masa tidur, dan tidur kau akan jadi lebih berkualiti, kan...

Jadi satu malam, aku tidur macam biasa, dan pagi tu aku terjaga sebab mimpi yang paling common di kalangan orang kita. Aku pun tak pernah dapat mimpi nih, 1st time nih. Tapi tak tau nak rasa eksaited ke, takut ke, terkejut ke...so aku rilek je.

Mimpi ape??? ha...aku mimpi kena patuk ular...hahahaha...menarik tak?

Orang tua kata, biasanya kalau perempuan dapat mimpi sebegini, tandanya jodohnya dah dekat. Sebenarnya aku pun tak tau apa signifikannya(hah, ambik kau ayat canggih gile) ular dengan jodoh. Sebab takat ni aku belum jumpa lagi testimoni orang yang mimpi kena patuk ular, tak lama pastu, dia kahwin.

Gua pun pening taktau apasal gua dikaitkan dengan semua ni.
Kenapa? kenapa? Why me?

Gamaknya kalau ular boleh cakap, diorang pun pening sebab dikaitkan dengan isu jodoh ni. Hahahaha....kelakar...Kalau ular boleh cakap, memang kompem femes diorang nih, tak payah ambik manusia jadi suara latar, biar diorang berdialog sendiri, baru real...kompem box office lah....Oh, dah jauh aku melalut ni...


Aku pun taktau sejauh mana kebenaran tafsiran mimpi ular ni. Tapi yang pastinya, bila terjaga je dari tidur, memang aku terus raba kaki aku, manalah tau kot-kot kena patuk betul-betul, ke hospital la aku jawabnya, haa...baru betul dapat jodoh, berjodoh dengan katil hospital, kan...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...