Wednesday, 23 January 2013

Aku dan motor

Yezza....kita kembali lagi setelah iklan selama....2 bulan. 2 BULAN????? Lama betul iklan. Kalau Blog ini adalah stesen tv, maka sudah tentu aku akan menerima tohmahan yang pelbagai dari para penonton. Fuh...selamat ini blog, maka tiada siapa yang peduli berapa lama pun ia direhatkan. Hahaha....

Now, berbalik kepada tajuk entri kali ni, Aku dan motor. Kenapa motor? kenapa tak kereta? atau bas? atau tren?

Maka jawabnya adalah kerana kisah kali ni watak utamanya adalah aku ofkos, selaku tuan empunya cerita ini, dan watak kedua atau lebih popular digelar sidekick kalau dalam cerita-cerita superhero tu kan, ialah tak lain tak bukan....si motor.

Atas sebab-sebab keselamatan dan tak mahu publisiti, 
maka ini bukan wajah sebenar beliau.


Alkisah......Alkisah tersebutlah kisah....sang kancil datang menghadap sultan firaun.....


Mana firaun pakai sultan.......


Tetibe termasuk kisah pendekar bertiga ni dah kenapa? tumpang populariti betul. Eh..ke aku yang tumpang glamer diorang ni??? Maap ye cik abang sekalian......

Okeh, sambung cerita aku.

Di satu malam nan damai...tatkala aku sedang di dalam perbincangan dengan kawan-kawanku sekalian berlokasi di Restoran Ali Maju Ukay Perdana. Haaa, siap kasik alamat penuh lagi. Kalau lepas ni mapley ni makin ramai customer, memang aku nak mintak komisen dari owner kedai ni walaupun aku tak kenal pun siapakah gerangan beliau.


Tak sangka femes gile mapley ni rupenya. Ada gak gambar dia. 
Aku yang terperanjat. hehehe...


Apa kena mengena watak motor tu? haaaa....aku ke lokasi ini dengan bantuan dia la. Konvoi dengan dua lagi kawanku yang menggunakan alternatif yang sama, motor. Cap je lain. Yang lain-lain naik sang kancil, dan sang Myvi. Ramai tak? ramai tak? ofkos la...semangat setiakawan. Sangatla..

Ceritanya tidak setakat itu. Ada lagi babak aksi belum ditampilkan. Setelah beberapa lama kami di sana, Aku mengkhabarkan kepada kawan-kawanku bahawa aku perlu ke bank untuk memasukkan duit, dan kata mereka yang tinggal dia area situ ada Bank cap harimau berhampiran. Maybank laaa...tak payah nak simbolik sangatla, wani oi....ha, kan dah kena sound dengan diri sendiri.

Ok, keadaan cuaca ketika itu hujan turun rintik-rintik.


Hujan rintik-rintik, air bergelora..emak bagi 20 sen, saya pergi sekolah...

Iklan sekejap...

Bukan hujan yang tu...ni hujan betul-betul..bukan cobaan....hujan rintik-rintik...Ketika itu aku dah tak sedap hati nak pergi. Walaupun aku tak pernah rasa hati sendiri, tapi tiba-tiba aku dapat rasa hati yang tak sedap tu. Tetapi kerana tidak mahu menyusahkan kawan untuk menhantarku menaiki sang kancil beliau, aku teruskan perjalanan.

Dalam keadaan jalan yang licin, hujan, dan menurun bukit dan gelap, aku tahu aku perlu berhati-hati. aku perlahankan sang motor. Badan sudah menggeletar meredah hujan. Tiba di selekoh, aku masih selamat, sang motor masih memberikan kerjasama.

Dan aku menaiki bukit, normal....tetapi.....

Sampai sahaja di atas bukit, tayar sang motor berkenalan dengan sang lubang yang aku pun tak tahu sejak kurun ke berapa dia bertakhta di situ. Maka tanpa segan silu tayar itu jatuh cinta dengan sang lubang, dan mencium lubang tersebut dan semuanya berlaku amat pantas daaaaannnnnnnn................

GEDEGANG!!!! 

begitulah agaknya sound effect ciuman antara sang tayar dan  sang lubang. Dasyat kan? Kesannya??? aku terlantar dia jalan, dan aku kesan yang lain? kaki kiri aku tiba-tiba rasa sakit. Aku tak tunggu, aku tanggalkan kasut dan darah bercucuran....umpama......tak payah bagi perumpamaanlah...agak tak best.

Dipendekkan cerita, aku memang kena berterima kasih pada dua orang insan ni, walaupun mereka warga asing yang hanya memegang jawatan security guard dan menumpang di negara kita, namun mereka tetap datang menghulurkan pertolongan, membantu aku menghubungi kawan-kawanku. Kalau aku jumpa diorang lagi, memang confirm aku tabik springlah, Syukriya...syukriya mere dhost....haaa...jadi kawan kau...jangan memain.

Dan aku jugak patut terima kasih pada kawan-kawan aku, sebab tolong hantar aku ke hospital Selayang, dan melayan kerenah aku yang dah macam budak-budak kecik punya perangai. Ya Rabbi...teruk benar. Malu aku...tapi biasalah, orang sakit kan memang banyak songeh. Kesian diorang, sampai tersengguk-sengguk tunggu aku settle ngan doktor tu. Memang lama gile.

Dan hasil ujikaji...Cewah, ujikaji katanya....ingat makmal ke? 

Doktor kata tulang kaki retak. Itu yang aku sakit sangat tu. Sampai merengek-rengek macam budak kecik protes taknak pegi sekolah.

Dan kakiku di simenkan. 

Itu cerita hampir sebulan lepas la. Now, kaki aku dah beransur sihat, dan aku dah boleh jalan-jalan. Cuma sang motor ditahan sementara di rumah kawanku dan katanya : 

"Jangan harap ko nak bawak motor lagi pasni"

Okeh, aku terpaksa patuh....buat sementara waktu...hahahaha......



Thursday, 1 November 2012

cuti yang sangat produktif

Bila dah seminggu memerah keringat dan tenaga untuk bekerja dengan penuh dedikasi, hari cuti memanglah hari yang sangat dinanti-nanti. Sangat seronok tak terkata umpama doraemon diberi upah dorayaki oleh mama Nobita lepas tolong beliau pergi ke kedai. Sangat heaven rasa dihati.

aum..nomnomnomnom....wah, sangat sedap, teringat dorayaki makcik 
yang meniaga kat depan pasaraya Giant.....


Maka seusai kerja, hati dah seronok memplanning bermacam-macam hal pada hari cuti nan sehari itu. Dengan hati yang berlagu riang dan berbunga-bunga kembang setaman. Biasa kalau cuti plan paling standet skali bagi orang-orang yang berkerjaya seperti daku ini ialah merehat dan menenangkan badan dan minda agar dapat mengembalikan tenaga yang hampir kehabisan umpama keta kancil yang hampir kehabisan minyak tapi dah nampak signboard stesen minyak lagi 500km dihadapan, maka sangatlah berkobar-kobar si pemandu untuk mengisi full tank supaya sang kancilnya boleh berjalan lancar seperti asal...


tuh, tuh, I dah nampak petronas, fuhh....selamat, ngam2 meter dah sampai E...

Atau dalam bahasa melayu mudah, TIDUR.....

Aku tak mahu menjadi begitu. No, no, no. Sebagai seorang anak muda yang sangat berwawasan dan berpandangan jauh, cutiku harus diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah lagi mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri dan alam sekeliling. 

Maka malam itu sambil berguling-guling bak tenggiling di tempat tidur, kalau tenggiling ternampak pun mungkin ia akan terharu kerana menganggap telah bertemu dengan sedara bau-bau bacang beliau. Aku dah plan, bangun pagi-pagi, mula-mula sekali aku nak pergi jogging. Dapat seround dua kat taman tu dah ok, mengeluarkan peluh dan menyihatkan badan.

Fuh, fuh, fuh....go, wani, go wani...go, go, go....

Pastu dah settle joging, mahu menyetelkan baju-baju yang tak berbasuh, ala, tak susah pun, sumbat dalam mesin, tekan butang, tunggu abis, sidai...senang bukan? semudah A, B, C...

Kemudian kemaslah bilik yang sudah umpama sarang tikus layaknya. Mungkin kalau tikus tu buat reunion sekolah menengah pun aku tak perasan, sebab bersepah boleh tahan la. Maka sebagai seorang yang ingin menjadi calon menantu yang solehah, kenalah rajin mengemas, maka kalau ada ibu-ibu yang sedang cari calon menantu untuk anak bujang kalian, mungkin saya boleh masuk top 5 kot..hahaha...geli sekejap.

Afterdat, ingat nak keluar sebentar bertemu sahabat lama yang dah berkurun tak jumpa padahal kerja building sebelah-sebelah aje, sorang KLCC, sorang Pavillion tapi punyalah takde masa, umpama U kat Jerman, I kat Australia gayanya, kan.

Setelah memplanning beberapa ketika, maka terlenalah aku sambil senyum-senyum umpama budak iklan susu Everyday tu.

Susu Everyday yang adik minum, habis segelas, senyum-senyum....

Dan keesokan harinya....

Aku tersedar, dan kelihatan jam menunjukkan pukul 9.55 pagi!!!!! HAMAIGAD, HAMAIGAD....Hancus plan pertama aku. Tak jadilah joging. Aku pun basuh baju dan kemaslah bilik sikit-sikit. Tanda malas.

Bila nak bersiap-siap nak keluar beberapa jam kemudian, tiba-tiba dengar bunyi guruh. Seakan-akan tak mengizinkan aku keluar.

Aku dah agak dah. Time aku dah siap-siap kot. Tinggal nak sarung kasut, dan jalan. Namun langit lebih mencemburuiku. Umpama Encik Haris nampak Izzah berduaan dengan Mail. Begitu mungkin. Terus beliau menurunkan cecair yang bergelar hujan, membasahi bumi, tanpa segan silu.

Ok. Tukar baju. Tengok tv aje.



















































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...