Monday, 9 April 2012

Jangan pergi dari aku

Arif dan Syahirah kawan baik, dah lama. Diorang ni nampak sangat mesra dan serasi. Ada minat yang sama, sukakan aktiviti lasak, suka karaoke, selalu share masalah, dan dua-dua pun tengah single, bezanya Syahirah lagi lama men'single'kan diri dari Arif. Arif pulak kadang-kadang tengok kawan-kawan dia yang lain ada awek, dia jadi jeles, jadi dia mintak Syahirah carikan, sebab dia tahu Syahirah aje yang masak dengan perangai dia semacam mana dia masak dengan perangai Syahirah.

Arif ni cerewet orangnya, kadang-kadang Syahirah rasa dia ni demand lebih. Tapi takpe, kawan punya pasal, dia kenalkan Arif dengan sepupunya, Mira. Mula-mula Arif taknak, jual mahal konon, samala macam Mira. Bajet laku sangatla tu. Tapi bila dah start add fesbuk, memula chat, pastu main komen-komen kat wall, like2 gambar dengan status, last-last Syahirah yang aturkan mereka berjumpa, Arif mula terpikat pada Mira. Ada sesuatu tentang Mira menarik hatinya.

Syahirah seronok. Sebab plan dia berjaya. Mula-mula Arif dan Mira jadikan dia orang tengah untuk berhubung, berjumpa, dah macam orang zaman dulu. Tapi lama-lama Syahirah rasa lain. Dia mula rasa terpinggir. Arif sekarang berhubung terus dengan Mira, dah tak perlukan dia. Keluar pun dah tak ajak dia. Bila dia sms, lambat aje reply, kadang-kadang tak reply langsung melainkan kalau pasal Mira. Tapi bila sms dengan mira, sampai pukul 4 pagi pun Arif sanggup bersengkang mata.

Paling Syahirah terasa bila Arif balik bercuti dari Bandung, dia sanggup susah payah cari kawan untuk tolong jemput Arif dari airport, sanggup keluarkan duit minyak sebab Arif call dia tengah-tengah malam, kata takde orang datang jemput dia. Tapi dia tak kisah pun, janji Arif selamat sampai rumah. Arif janji nak tunjuk semua gambar-gambar holiday dia, dan dia kata banyak cerita masa kat Bandung. Syahirah tunggu, tapi last-last Mira jugak jadi orang pertama yang mendengar kisah Arif. Cenderamata pun main pass kat Mira aje. Tapi Syahirah tak kisah sangat pasal cenderamata tu, asalkan Arif happy.

Semalam Mira lepak kat rumah Syahirah, malam tu Arif ajak keluar, tapi Mira aje. berjam-jam Syahirah tunggu, sampai tertidur, pukul 4 pagi baru balik. Mira pun cerita yang Arif ajak dia pergi memancing. Syahirah pun suka memancing, dan Arif pun tau, tapi Arif tak pernah ajak, sebab katanya tak suka bawak perempuan pergi memancing. Mira cerita lagi, Arif ajak dia join hiking under group kolej dia. Syahirah terkejut, sebab selama ni Arif cakap orang luar macam dia tak boleh join aktiviti under group kampus dia, sebab tu dia tak pernah dapat ikut Arif pergi hiking walaupun dia sangat minat hiking. Syahirah dah mula rasa yang dia tak lagi penting dalam hidup Arif, sebab sekarang Mira lagi penting.

Tapi dia fikir-fikir balik, patutnya dia rasa happy untuk Arif sebab dia dah tolong Arif dapat awek. Tak patut Syahirah sedih-sedih sebab adat orang bercinta, tak ada yang lebih penting melainkan awek atau boyfriend masing-masing. Jadi apa lagi yang dia boleh buat? pasrah ajela......

Friday, 9 March 2012

AWAK SUKA SAYA TAK? (BHG. AKHIR)



Seminggu kemudian terpampang di akhbar lelaki yang mencelakai hidup Amirah telah dapat diberkas. Amirah lega kerana ketakutannya berakhir kini. Dan kehidupan sehariannya diteruskan seperti biasa. Begitu juga Hafiz. Dan seperti biasa, mereka akan bertemu di mukabuku setiap hari kerana kesibukan kerja kadangkala membataskan pertemuan mereka. Hafiz sebenarnya sangat mencintai Amirah, perasaan hatinya sukar dibendung lagi. Namun Amirah seringkali mengelak bila diajukan soalan tentang hubungan mereka.

Hafiz nekad. Kalau Amirah asyik mengelak tentang perasaannya, sampai bila mereka mahu bersatu. Ibunya di kampung sudah bising bertanya soal hubungan mereka memandangkan mereka selalu bersama. Dia tahu Amirah mempunyai perasaan yang sama, tetapi masih menafikannya.

Satu hari Amirah membelek mukabukunya, di homepage, tiba-tiba muncul status dari Hafiz : In a RELATIONSHIP. Amirah terkejut. Setahunya Hafiz tidak pernah bercerita tentang mana-mana gadis dengannya. Laju dia menaip di chatbox.

Amirah : Awk..
Hafiz : Yea...
Amirah : sejak bila?
Hafiz : ape?

Hafiz tahu Amirah merujuk pada status yang diupdatenya sebentar tadi. Dia pura-pura tidak mengerti.

Amirah : tu, status tu...
Hafiz : oh, baru lagi...
Amirah : xpernah cite pun
Hafiz : xtanya
Amirah : sape? sy kenal ke?
Hafiz : x, org kg sy...knl masa balik kg aritu...
Amirah : ooo...
Hafiz : nape?
Amirah : xde pape...k,la sy ada keje ni...bye..

Hafiz tersenyum. Perangkapnya mengena. Dia tahu Amirah cemburu. Tapi tidak ditunjukkan. Dia akan meneruskan permainannya.

Sejak dari itu, Hafiz sering mengelak bila diajak keluar oleh Amirah. Dia memberi alasan mahu meluangkan masa dengan teman wanitanya. Amirah mula terasa hati. Hafiz sudah tidak melayannya. Dia rasa kehilangan. Menyesal kerana tidak menerima cinta lelaki itu. Dan sekarang, Hafiz sudah terlepas ke tangan orang lain. Sekarang dia sering menghabiskan maasnya sendirian dalam biliknya.

"Kau ni aku tengok selalu termenung, terperap aje, kenapa, Mira? selalu kau keluar dengan si Hafiz tu, mana dia?" soal teman serumahnya.

"Dia dah ada awekla. Mane la nak layan aku lagi."

"Aik, aku ingat korang couple."

"Mana ada."

"Bukan kau suka dia ke? dia pun suka kau kan? macamana boleh jadi camni?"

"Silap aku jugak, jual mahal sangat. Sekarang aku jugak yang melepas."

"Kau patutnya luahkan isi hati kau pada dia. Cakap terus terang."

"Tapi dia dah ada yang punya."

"Sekarang ni kau suka dia, kan? Bik kau pergi cakap dekat dia, ke kau nak aku yang cakapkan?"

"Malula, wei.."

"Ini bukan zaman dulu-dulu kau nak malu-malu..pergilah"

Amirah terdiam. Benar juga kata kawannya. Dia mesti luahkan perasaannya pada Hafiz. Dia mesti dapatkan Hafiz semula.

Dia menelefon Hafiz.

"Awak, kat mana?"

"Saya....tengah datingla, Mira, ada apa?" Hafiz berbohong. Padahal dia ada dirumah, saja mahu mengenakan Amirah.

"Saya nak jumpa awak sekarang jugak."

"Ada apa? macam serius je bunyinya?" Hafiz hairan.

"Ini soal hidup dan mati, sekarang jugak, saya jumpa awak kat tempat biasa."

Talian terus dimatikan. Hafiz bertambah hairan. "Dah kenapa pulak minah ni?" bisik hatinya. Tetapi diturutkan juga kemahuan Amirah.

Di taman, Hafiz menunggu Amirah. Dalam 10 minit, kelibat Amirah muncul dengan muka serius. Dia duduk di sebelah Hafiz. Diam.

"Tadi kata ada hal penting? apa dia? cakaplah?"

Amirah membatukan diri.

"Awak ni kenapa? diam je? ada masalah ke? cakaplah."

Amirah mula bersuara perlahan.

"Awak serius ke dengan awek awak tu?"

Hafiz senyum. Dia mengangguk. "yup, kalau takde apa-apa, saya nak kahwin dengan dia tahun depan."

Air mata Amirah mula bergenang. Dia bakal kehilangan Hafiz.

"Kalau awak jangan kahwin, boleh?"

"Ha? kenapa pulak?"

Esakan Amirah mula kedengaran. Hafiz mula gelabah. "Awak kenapa ni? cuba cerita dengan saya..."

Amirah terus menangis. Hafiz memegang bahu Amirah. "Awak ni kenapa?" dia mengulang soalannya.

Amirah berpusing membelakangi Hafiz. Dia menggagahkan dirinya untuk menuturkan ayat.

"Sebab saya suka awakla!!!" Jerit Amirah.

Hafiz diam. Amirah diam. Hafiz tersenyum. Amirah mula mengatur langkah. Hafiz menghalangnya.

"Awak nak pergi mana pulak ni?"

"Saya nak balik la, dah awak nak kahwin sangat dengan awek awak tu, pergilah, saya doakan awak bahagia." Sayu suara Amirah.

"Saya pun suka awak...Amirah." Amirah terkedu. Dia berpaling ke arah Hafiz.

"Habis, awek awak tu?"

"Saya mana ada awek, main-main aje, saja nak test awak, susah sangat nak dapatkan pengakuan awak tu."

"Awak!!!!" Jerit Amirah. "Main-main yea..."

"Okla, saya nak baliklah, main-main yea,  ok, bye!"

Hafiz terkejut, dia memanggil-manggil Amirah.

"Awak, nantila, saya gurau ajela....awak suka saya tak ni?" Laung Hafiz.

"Tak, cancel!" Balas Amirah.

Hafiz mengejar Amirah. Tiba-tiba Amirah berhenti. Dia menghampiri Hafiz.

"Sekarang saya tanya awak betul-betul, awak suka saya tak?" Amirah menekan suaranya, menuding jari ke arah Hafiz.

"Err...su..suka, suka..." Hafiz cuak.

Amirah ketawa.

"Awak ingat awak seorang je yang pandai gurau? saya pun boleh la..." Sambung Amirah dalam tawanya.

"Siot betul." Bisik hati Hafiz. Cuak aku dibuatnya.

"Saya pun suka awak...." Tutur Amirah.

-TAMAT-

p/s : ending dia nampak macam rushing, sorry, xnak drag cerita ni panjang-panjang sangat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...