Wednesday, 1 February 2012

SEGMEN CERITA KREATIF BEN ASHAARI



MEMPERSEMBAHKAN...............JENG, JENG, JENG.....


VERSI CUCU TUN TEJA

Dibahagian Pntai Timur Malaysia, betul-betul timur, kat hujun-hujung nak sampai laut tu, ada sebuah kampung, Kampung Mata Kelip-Kelip namanya. Ada seorang bujang teruna  Pakjoe namanya, namanya ala-ala pemain bola sepak Korea Park Ji Sung, kerana bapak beliau amat meminati pemain bola sepak itu, tetapi untuk tidak lari dari ciri-ciri kemelayuan, maka ditukar sedikit menjadi Pakjoe .

Tugas hariannya ialah menjadi penghibur sukarela penduduk Kampung Mata Kelip-Kelip di tembok berhampiran kedai minum seorang muallaf Apek Poyo . Berbekalkan spek mata ini

yang diperolehinya semasa cabutan bertuah funfair yang diadakan di pekan berhampiran kampungnya tahun lepas, dan sebuah Gitar Puteh peninggalan bapak jiran sebelah rumah beliau (beliau pun tak tau kenapa pakcik tu bagi Gitar Puteh tu pada beliau) maka melalaklah PakJoe seharian di 'pentas konsertnya'.

Apek Poyo  yang khuatir akan kehilangan pelanggan dek kerana 'kemerduan' suara PakJoe memberi cadangan supaya PakJoe merantau ke K.L. dan menyertai ujibakat MENTOR.

"Lu pergilah audition tu. Lu minat itu Faizal Tahir, kan? haa...lusa dia punya audition, lu pergilah, mana tau, dia mau jadi sifu lu..."

Maka berkelanalah PakJoe ke K.L. dengan harapan untuk menjadi penyanyi yang top seperti penyanyi pujaan beliau, Faizal Tahir. Kebetulan pula Faizal Tahir merupakan salah seorang Mentor yang terlibat tahun ini.

Spek mata dan Gitar Puteh  kesayangannya tidak ditinggalkan. 

Maka tibalah hari ujibakat Mentor, dengan semangat membara, beliau menuju ke Seri Pentas Bandar Utama untuk ujibakat. Tetapi timbul kehairanan di hati, kerana peserta-peserta lain yang datang kebanyakannya perempuan. "Mungkin mereka juga berjiwa rockers macam aku dan brader Faizal, kot.." bisik hatinya.

Bila tiba giliran beliau, beliau masuk ke bilik ujibakat, tetapi Faizal Tahir tiada di situ.

Beliau bertanya "Mana Faizal Tahir? saya nak nyanyi depan dia.."

Tiba-tiba semua yang ada dalam bilik itu ketawa. "Dik, adik ni dah salah audition ni.." sahut seorang petugas di situ.

"Ini audition untuk Mentor Ramlah Ram la dik, Faizal Tahir punya dah lepas dah..."

Maka dengan perasan malu+hampa+bengang, beliau pun terus blah dari situ, dengan 1 niat : nak mengerjakan si Apek Poyo kerana mengenakan beliau dengan meyakinkan bahawa hari ini ujibakat untuk Faizal Tahir.

Di Kampung Mata Kelip-Kelip Apek Poyo tersengih setiap kali teringatkan perbualannya dengan PakJoe .

"Sekurang-kurangnya aman wa punya kedai sementara waktu, bebas dari pencemaran bunyi.."

AWAK SUKA SAYA TAK? (BHG 8)






“Hey, Amirah, saya ni!” Bisik Hafiz keras. Amirah lega.
“Cepat, kita gerak dari sini.”  Pantas tangan Hafiz menarik Amirah masuk ke kereta, dan menuju ke balai polis berhampiran. Setelah selesai membuat laporan polis, Hafiz menghantar Amirah pulang. Sepanjang perjalanan kedua-duanya membisu, Hafiz ingin bertanya, tetapi bimbang Amirah mungkin masih terkejut dengan kejadian tadi, jadi dia berdiam diri sahaja, tetapi wajah Amirah kelihatan sugul. Amirah cuba menenangkan dirinya.

“Hafiz, saya minta maaf yea, menyusahkan awak aje..” Ujar Amirah. Dia merasa serba salah kerana Hafiz telah terbabit dalam masalahnya.

“Takpelah, kita kawan, tak salah kalau saya tolong awak, kan? lagipun awak memang tengah memerlukan pertolongan.”

“Awak tak nak cerita apa yang sebenarnya berlaku? apa kaitan awak dengan lelaki tu? kenapa dia kejar awak sampai macam tu sekali? nampak macam dia dendam dengan awak”

            Amirah membisu. Dia serba salah, patutkah dia menceritakan perkara sebenarnya? Selama ini tidak ada sesiapa pun tahu tentang rahsia itu. Rahsia yang telah disimpannya sejak 7 tahun lalu.

“Tak apalah kalau awak belum sedia nak cerita, saya tau awak tengah kusut tu, balik ni, awak rehat yea” Hafiz mengerti keadaan Amirah, tidak mahu memaksa gadis itu.

            Setelah menghantar Amirah pulang, Hafiz terus pulang ke rumah, matanya juga sudah mengantu dan badannya terasa penat, mungkin kerana insiden tadi. Diperhatikan jam dinding,
pukul 4.15 pagi. Memang patut matanya sudah terasa berat. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi, ada sms masuk. Dari Amirah.

-Awk dah smpai umah?

Dia senyum, membalas sms Amirah.

-dah, tgh siap2 nk tido….

-Baru nak suruh awk on9…

-ha? nk watpe?

-xpela klu awk nk tido….

-ok2, sy on9 skang….

Laptopnya dihidupkan. MukaBuku dibuka.

“Eh, Amirah online?” Hafiz kehairanan.

Chatboxnya bebunyi.



Amirah : Awk…

Hafiz : Yea, sy…awk on9 ktne ni?

Amirah : kt uma, pakai laptop..

Hafiz : Ai, bila beli?

Amirah : ptg td, igt nk bgtau awk td, tp xsmpt…

Hafiz : ooo….pasni lgla sng sy nk chat ngan awk…

Amirah : yup…awak…

Hafiz : yea….

Amirah : keta sape awk rembat tu?

Hafiz : Hei, keta sy la…baru beli tau, baru kua oven, fresh lg…

Amirah : yea ke? bestnye…bila beli?

Hafiz : Dah lama tempah, baru dapat ambik ptg td…

Amirah : ptutla beria ajk sy kua, nak tunjuk keta baru ea…

Hafiz : mestila, sy nk kasi surprise kt awk…

Amirah : Tu dah bpe ramai awek yg naik?

Hafiz : awkla penumpang sy yg pertama tau…

Amirah : yea ke? terharunya :)
Hafiz : awk…psl td tu…



Amirah sudah dapat mengagak soalan Hafiz.

Amirah : Awk, sok sabtu, kan, bz x?

Hafiz : x, nape?

Amirah : kita jumpa kat tempat biasa, nnt sy ceritakan semuanya.

Hafiz : betul ke awk ni?

Amirah : Yea…awk kan kwn sy, sy rasa awk patut tau.

Hafiz : thanks, amirah :)

Amirah : welcome :)

Hafiz : jmpe sok ea…kul bpe?

Amirah : ptg, kul 5…

Hafiz : la…lmbtnye…

Amirah : ala, bg la sy tgk cite Hindustan dulu, abis tu kita jmpe la, k ;)



“macam-macam hal lah dia ni..” tutur Hafiz.



Hafiz : okla2, lynla Hindustan awk tu dulu.

Amirah : ok, dahla, tido jom, ngantukla…

Hafiz : ok, bye…

Amirah : bye :)



MukaBuku dipadamkan, laptop dimatikan. Kedua-dua mereka penat, jadi mudah sahaja terlena.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...