Monday 16 April 2012

Menilai seseorang

"Coz baby u don't know a thing about me....."- Kelly Clarkson, Mr. Know It All......



Nape tetiba aku teringat lagu Kelly ni? sebab malam tadila....tak berapa nak malam la, awal pagi. aku dengan adik aku duk lepak kat taman bawah rumah aku. Kenapa kami di situ sambil bermain buaian macam kanak-kanak baru balik mengaji? ape lagi, bergosipla....

perkenalan singkat adik aku dengan seorang ni yang membawa kepada pertemuan malam tadi. Biasala, sesi luahan perasaan. Aku yang bertanggungjawab mengenalkan mereka-mereka ni. Kenalkan aje, selebihnya tu up to merekalah. Ape keputusan selepas sesi luahan perasaan tu, kena tanya merekalah. hehehe....yang aku bole katakan, tak berapa nak happy endingla, tak payah nak jiwa-jiwa sangat.

Apa yang boleh aku simpulkan di sini ialah manusia ni, kadang-kadang terlalu cepat menilai seseorang. Dia rasa dia dah boleh baca dah perangai orang ni macam mana kan. Tapi tak terfikirkah anda bahawa kita ni hanyalah insan biasa yang tak lari dari kesilapan, termasuklah silap tafsir peribadi orang.

Memang aku nak cakap pasal jejaka yang aku gelarkan hero gadis-gadis ni. Dia dengan yakin dan pastinya adik aku amat terluka, down, in grief dengan dirinya dan menjadikan dia saspek, hehehehe....dia yang kata. Dia tak tau adik aku ni kemain lagi kuat dramanya. hey, my sisterla...ofkos la aku tau perangai dia camne....memangla adik aku marah jugak, tapi adik aku ni marah kejap je, dia dah baling barang sikit-sikit, ha, legalah, marah dia berlalu bersama-sama jatuhnya barang2 yang dia lempar tu. Ala, lempar pun atas rumput, takde kecederaan serius pada barang2 tu. Lepas tu kitorang dah boleh bergelak ketawa sambil bersembang dan kutuk2 dia sikit, hahahaha......

Yang best tu, aku ni dikira bagi spoil plan dia la, sebab aku dah bocorkan awal2 apa yang dia nak bagitau adik aku tu. Aku pulak yang rase bersalah sikit. Sikit jela. Ni sume adik akula ni, drama kuat, dah setaraf dengan Rozita Che Wan dah dia punya drama sedih yang dia lakonkan depan insan tersebut. Hadoih......

Last2, bila aku bukak tweet-tweet, ternyata dia yang bersedih, hehehe....adoi....rapuh sungguh.....








Tula, lain kali jangan mudah nak simpulkan apa-apa. Adik aku tu, mestila aku lagi kenal perangai dia, aku yang duduk kat kaki arwah mak aku masa dia nak keluar dari perut beliau. Memang kaki drama dia tu. Aku pun, jangan rasa dirimu dah cukup mengenali diriku, walaupun masa sekolah kita sama-sama kena jaga pagar (pengawas berkaliber kan..) Nilaikan seseorang berdasarkan peribadi dia, bukan berdasarkan pengalaman kamu..... :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...