Aku masih ingat saat pertama yang membawa perkenalan kita,
Kau hulurkan salam perkenalan, dalam nakal mengusikku,
Nombor telefon bertukar tangan,
Maka bermulalah ikatan suci bernama persahabatan.
Masamu sentiasa lapang untukku,
Kata mereka kau ini pendiam,
Namun denganku petah sahaja bicaramu,
Kau riangkan hati yang sedih,
Kau relakan dirimu jadi sandaranku,
Saat aku rasa sepi, saat aku perlukan teman.
Bicaramu tak pernah yang buruk tentangku,
Lemah lembut tuturmu,
Tak pernah sekalipun yang kasar itu meluncur dari bibirmu,
Mahupun tingkahmu.
Jujurnya kamu,
Buat aku sangat menyayangi persahabatan kita.
Tingginya pekerti kamu,
Buat aku menghormatimu.
Tidak hanya kau bawa aku masuk ke dalam dirimu, hatimu,
Kau bawa aku masuk ke dalam duniamu,
Siapa kesayangan kamu, siapa keutamaan kamu,
Keluargamu,
Merekalah cinta hati kamu.
Dan memang ternyata
Kau tidak berpura-pura dihadapanku,
mempamerkan kebaikanmu,
kerana itu memang fitrahmu,
Kerana itu juga mereka juga menyanjungmu.
Namun,
Masa berlalu, kita terpisah,
Semakin lama, semakin jauh.
Walaupun jarak antara kita tidaklah sesaujana mata memandang,
Namun aku alpa.
Aku alpa dengan kamu,
Aku alpa dengan duniawi,
Aku leka dengan dugaan yang dihadirkan untuk aku,
menghanyutkan aku, jauh dari kamu.
Takdir menemukan kita semula,
Aku jauh berubah, bukan seperti dulu,
Tidak lagi si polos yang naif,
Yang sentiasa perlukan kamu.
Kau dan aku,
Terus membawa haluan masing-masing,
Keinginan bertemu,
Hanya dalam hati sahaja terpendam,
Tiada benar-benar diusahakan.
Aku tahu, kau senantiasa setia menantikan kehadiranku,
Walau engkau sendiri tak pasti,
Bila adanya waktu aku untuk kamu.
Akhirnya,
Takdir Allah benar-benar memisahkan kita,
Kau kini pergi selamanya.
Kita kini di dua alam yang berbeza.
Hajat bertemu hanya tinggal hajat,
Yang tak mungkin kesampaian,
Sesalanku,
Pun takkan mampu mengembalikanmu,
Hanya air mata meluncur laju,
Setiap saat aku terkenang kamu.
Saat ini aku benar-benar merasai,
Apa itu kehilangan,
Hanya pusaramu sahaja,
yang menanti kehadiranku.
Memori kita,
Takkan pernah terluput dari ingatan,
Wajahmu, senyummu,
Bicaramu dan tingkahmu,
Akan sentiasa menari dalam ingatan,
Tenanglah kamu disana,
Damailah kamu dengan duniamu kini,
Amanlah kamu,
Dalam perjalanan menemui Penciptamu.
Aku sentiasa mengenangmu,
Aku sentiasa mendoakanmu,
Kerana kamulah......
Sahabat yang terbaik,
Teman yang sejati,
Yang pernah hadir dalam hidupku,
Yang pernah aku lepaskan.
Thursday, 17 April 2014
Saturday, 5 April 2014
Bas yang Internasionale
Wah, tajuk pun dah ala-ala filem, kot boleh jadi protege Mamat Khalid alangkah bertuahnya badan, kaki, tangan, semualah.
"Abang rasa....kita patut berkolaborasi buat filem barula,
mungkin Zombie Kebun Pisang ke, atau Man Meggi ke, pun boleh, pun boleh....."
Gitu...kelas sungguh aku berangan nak jadi orang filem. Entah dari mana timbul angan-angan sebegitu aku pun musykil. Merepek meraban tak sudah-sudah.
"Ape yang kau merepek ni haaa....cut the crap will ya!"
Ha, Cik Meow ni sudah marah, siap speaking London lagi. Ok, ok. Aku tak merepek lagi.
Aku ni ulang alik pergi kerja naik bas. Bas RapidKL tu.
Memang aku ni kira penumpang tetap sampai hampir semua abang drebar kat stesen bas tu kenal aku ni. Cuma belum sampai tahap nak mintak diskaun tambang je sebab aku ni regular customer. Eh, kejap, menarik juga idea tu. Akan ku cuba sampaikan niatku pada abang drebar tu.
"Seringgit pun nak mintak diskaun???"
Haha, sori abang drebar, saya janji tak buat lagi. Marah pulak abang drebar ni.
Tiga hari lepas aku pergi kerja macam biasa, naik bas RapidKL ni kat Hentian Kajang tu. Penumpang tak ramai. Standard. Tengahari memang tak berapa ramai orang.
Dekat kerusi depan yang mengadap pintu keluar bas tu, duduk tiga orang awek Chinese look. Tapi bila dengar diorang bersembang, rupa-rupanya dari Indonesia. Tengok gaya pakaian macam loaded, mungkin datang sini jalan-jalan. Siap berselfie bagai dengan tab canggih. Kompem la datang melancong. Aku perhatikan aje gelagat diorang. Manja-manja gitewwww....awww....hahaha...
Tiba-tiba aku terdengar suara brader kat kerusi sebelah tu bercakap kat handphone beliau. Mula-mula dengar macam slang Sabahan, tapi bila diamati betul-betul, telingaku dapat menangkap bahasa yang digunakan bukan menunjukkan beliau dari Sabah, tapi dari Indonesia juga. Tapi golongan yang datang sini ya nyari rejeki, pak. Ha, dah berjangkit pulak kat aku, nilah padah asyik tengok Sinetron je.
Ok, aku cuba abaikan walaupun suaranya boleh tahan macam dia sorang je yang duduk dalam bas tu.
Dan aku terdengar pula suara seorang wanita, dari arah belakang. Sekali bunyi arab,da. Aku toleh ada sebuah keluarga bahagia di belakang, Orang Arab la ofkos, si isteri tengah memperkatakan sesuatu pada sang suami sambil diperhatikan oleh anak kecil mereka yang berada di tengah-tengah. Ha, bahagia kan.
Maka aku baru perasan, tak ada orang Malaysia pun dalam bas tu sebenarnya. Adalah seorang budak perempuan India, budak sekolah menengah aku kira berdasarkan t-shirt yang dia pakai. Duduk depan sekali dekat abang drebar tu. Itu sahaja.
Ini membuatkan aku terfikir :
Bas ni dah boleh tukar nama, bukan RapidKL dah, tapi RapidInternasionale. Menarik jugak nama ni, kan.....
Monday, 31 March 2014
Makan yang mahal
Tengah-tengah duk menung-menung sambil berangan selagu dua tiba-tiba muncul imej makhluk ni di benak fikiran. Dan aku pun terkenang peristiwa lampau. Tak berapa lampau sangat la.
Satu pagi akubangung bangun tidur, badan rasa macam lembik je, macam ada kuasa menyedut tenaga masa aku tengah tidur. Tambah-tambah pulak hari tu hari sabtu, aku add-on rasa malas untuk kerja, so bersiap pun macam slow gila, kalau lawan dengan kura-kura pun aku rasa kura-kura tu siap dulu dari aku, siap boleh goyang kaki tengok sedara dia Ninja Turtle kat tibi sementara tunggu aku siap.
Satu pagi aku
"Dah sepauh jalang aku tengok sedara aku mung tak siak lagi keeeee"
Kata Mr. Kekure yang baru sampai dari Terengganu semalam.
Dah siap sume, Mr. Arrogant pun dah sampai depan rumah, baru nak keluar aku rasa seperti dunia ini berputar-putar. Aku tau cikgu sains aku cakap bumi berputar 24 jam sehari tapi kita takleh rasa tapi kenapa pulak pagi ni aku boleh rasa? Jadi aku pun port kat tangga depan rumah sebelum aku hilang keseimbangan dan mencium tangga tu.
Aku check temprature badan sendiri, walaupun tanpa termometer, aku tau suhu badan aku lebih tinggi dari biasa hari tu. Maka aku khabarkan pada Mr. Arrogant keadaanku ketika itu. Dan umpama doktor bertauliah, dia pun bagi aku MC untuk aku berehat di rumah.
Housemate yang bercuti hari tu (untungla cuti hari sabtu) mencadangkan aku ke klinik merujuk kepada doktor yang lebih pakar, memandangkan keadaan aku ketika itu macam ikan paus lelumba yang terdampar kat pantai tercungap-cungap nak air. Tapi! itu kepantangan aku. Bab-bab demam ni aku tradisional sikit. Tak suka nak ke klinik. Relax, makan panadol, tidur, nanti baik lah demam ni. Aku tolak mentah-mentah cadangan kawan aku tu.
Masuk hari kedua, keadaan aku tetap sama. Selera makan pun hilang tak tau pegi mana. Bau makanan yang menyelerak tu buat aku jadi loya, kalah orang yang mengandung.
Masuk hari ketiga, dah aku tak mampu kata tak nak pada klinik. Tapi aku di bawa ke hospital terus.Maka selepas doktor yang bertauliah mengesahkan suhu badan aku mencecah 40 darjah celcius, dan berdasarkan simptom-simptom yang aku ceritakan pada Puan doktor tu, aku disaspek denggi. Badan aku lembik dah macam sotong.
"Oi, oi, apa samakan dengan aku pulak, ni aku boleh berdiri dengan seimbang la...hek eleh..."
Dan lepas ujian darah keluar, memang kompem tanpa syak dan ragu-ragu aku kena denggi. Dan aku terus di masukkan ke wad, dengan tangan sudah dimasukkan jarum untuk mengalirkan air.
Maka bermulalah episod derita. Oh, sedihnya macam drama pulak. Lima hari aku kat HKL, maka sehari 3 kali ambik darah. Sudahnya tangan aku bengkak-bengkak dan lebam-lebam sana-sini dikerjakan dek misi-misi dan cik-cik doktor pelatih.
Andaikanlah buah ni lengan aku, maka yang brownish-brownish tulah lebamnya. Huhu...sakit.....
Setiap kali dibagi makan pulak, aku memang takde selera, selera makan aku koma tak bangun-bangun.
Setiap kali check BP, makin lama makin menurun, Mak sedara aku datang bawak 2 botol besar 100PLUS, suruh aku habiskan, kawan-kawan yang datang pesan aku minum air sebanyak mungkin, 2 botol besar kena habiskan dalam sehari. Plus dengan air yang dicucuk masuk dalam badan, maka hasilnya setiap 20-30 minit aku akan ke toilet. Dah la katil aku jauh dengan toilet, katil pulak tinggi, nak kena panjat bagai, dengan botol air yang cucuk kat tangan tu aku nak kena usung kesana sini.
+
=
Dah macamana aku tak jadi pengunjung setia toilet kalau macam gini punya minum sehari
Dan satu hari, ada sorang kawan datang ziarah bawak sup ketam. Yea, sup ketam. Aku pun pernah dikhabarkan bahawa sup ketam boleh meningkatkan BP kau, dan kau akan kembali normal.
Beginilah lebih kurang rupa sup ketam yang aku makan. Nyum, nyum...
Dan amazingly, ajaibnya aku rasa, bila esok pagi keputusannya BP aku dah meningkat. Memang menakjubkan. Mungkin ada penjelasan saintifik kaitan antara ketam dan paras hemoglobin dalam tubuh manusia. Selepas dua hari aku dijamu dengan sup ketam ni, aku dah boleh discharge. Memang hari paling bahagia lah aku rasa masa tu. Rindu betul aku pada tilam kat rumah, bilik air, dapur, tv, dan apap sahaja yang ada kat rumah tapi takde kat hospital tu.
Balik rumah, ada kawan datang ziarah, dan dia bawa juga sup ketam, housemate aku pun masak juga sup ketam. Sudahnya, sup ketam tu jadi menu ruji aku selama beberapa hari. Pagi, petang, siang, malam. Aku siap celur bihun untuk makan dengan sup tu untuk bagi kelainan sikit.
Bila teringat pasal ni, aku terfikir balik, seingat aku, selama aku hidup 26 tahun setengah kat muka bumi ni, aku baru sekali merasa makan ketam. Seumur hidup. Maksud aku ketam betul yang orang buat lauk. Yang ni :
Yea, betul. Masa tu aku umur 11 tahun, aku stay asrama, satu hari kawan satu dorm ngan aku bawak balik ketam masak cili api yang mak dia masakkan. Serius. Yelah, ketam kan mahal.
Tapi kalau daging ketam yang dah proses tu selalu la aku makan. Macam ni :
Maka aku isytiharkan denggi adalah sakit yang paling best yang pernah aku dapat sebab itu je masanya aku dapat makan makanan mahal ni. Orang masakkan pulak tu. Sangat special.
#Notakaki : Terima kasih tak terhingga kepada yang membelanja saya makan ketam. Saya tau kenapa ketam mahal. Mungkin kerana keturunan Mr. Krab yang sangat kedekut dan mata duitan. Macam boleh pakai juga teori ni.
U wanna eat, U gotta pay
Tuesday, 18 March 2014
FASHIONISTA TERLAMPAU
Fesyen dan cara berpakaian akan berubah seiring waktu berjalan. Lain zaman, lain fesyennya, lain golongan, lain cara mengenakan pakaiannya. Apa yang disarungkan dibadan biasanya melambangkan peribadi si pemakai.
Amboi mukadimah dah macam pengkritik fesyen yang berpuluh tahun dalam bidang per'fesyen'an ni. Takpun dah macam penulis dalam majalah fesyen terkemuka, ayat tak nak kalah, ini kalau hantar pergi majalah 'Wanita' ada potensi jadi penulis tetap nih. Haha...angan-angan terlampau.
Alahai Ikhwani, cita-cita tinggi,
nak buat karangan Bahasa Melayu masa sekolah pun
sampai guling-guling cari idea.
Oklah, sebenarnya tiba-tiba aku teringat masa zaman kecik-kecik, aku dulu suka main 'fesyen-fesyen' dengan adik-adik aku memandangkan kami berempat heroin family yang mempunyai naluri kewanitaan dan 'diva wannabe' yang sangat menebal dalam diri hingga mengakibatkan baju-baju arwah mak menjadi mangsa.
Sebenarnya kami memang kagum dengan arwah mak sebab mempunyai koleksi pakaian yang sangat banyak, penuh satu almari. Mungkin kalau nak dibandingkan dengan sekarang umpama almari Rozita Che Wan yang penuh dengan pakaian yang glamer-glamer. Bila bukak aje almari tu, mata kami akan menyinar kegembiraan dan teruja untuk berlagak ala-ala Primadona Sarimah atau Allahyarhamah Saloma memperagakan pakaian pereka fesyen terkemuka sambil ber'catwalk' dalam rumah. Hal ini berlarutan dari umur aku sebelas tahun sampailah aku berumur 13 tahun.
Harap maklum ini adalah ilusi semata-mata sebab
pada masa tu aku belum pernah memegang
sebuah kamera dan aku pun tak pernah bagi idea untuk
abah aku tangkap gambar almari tu.
Dan setiap kali aku menyarungkan pakaian-pakaian arwah mak aku rasa dah macam ratu kebaya yang menang award dan tengah lambai peminat dari atas pentas sambil tersenyum simpul.
ok, pose ini agak melampau dan gamaknya
kalau betul-betul aku masuk pertandingan ratu kebaya
dan menang pun, aku mungkin akan dihambat
dengan penyapu gara-gara pose sebegini.
Masa tu, akulah paling berlagak sekali dengan adik-adik aku sebab bila aku pakai mana-mana baju dalam almari tu, sentiasa muat cantik je kat badan aku. maklumlah, arwah mak aku kecik molek je orangnya. Kalau Angah pakai, ada je londeh sana-sini, Noni dengan Alang lagilah, ibarat CatWoman yang tersilap pi pakai kostum Batman. Tinggallah si Batman terpinga-terpinga, dah takkan nak pakai baju CatWoman pulak nak gi kerja, nampak aurat, dosa.
Tapi adatlah, seiring dengan usia yang makin meningkat, dan juga keperluan tenaga yang makin bertambah, maka lama-kelamaan, aku perasan, setiap kali aku pakai baju-baju arwah mak, aku terasa seperti sebijik nangka yang dibalut suratkhabar, mula-mula suratkhabar tu elok je, tapi bila nangka tu makin masak, suratkhabar tu pun tak mampu menampung saiz nangka tu. Begitulah keadaanku. Tapi aku cuba bersikap positif dengan berfikiran bahawa perubahan itu hanyalah disebabkan pertambahan hormon di bahagian tertentu.
Perubahan diri yang sangat ketara sampai
gambar nangka dengan gambar aku pun dah terkopius..huhu
Akhirnya aku tak mampu mempertahankan kepercayaan positif ku dan jugak sekaligus meragut gelaran 'Ratu Kebaya' yang aku menangi dari adik-adikku. Kerana pada satu hari, aku cuba menyarungkan salah satu pakaian arwah mak yang memang jadi rebutan aku dengan Angah sebab antara banyak-banyak, baju tu yang paling cantik, macam baju Primadona Sarimah masa muda-muda dulu.
Saat aku menyarungkan baju itu pun dah terseksa pernafasan, tapi aku buat-buat cool depan Angah, tapi bila aku duduk aje, ada satu bunyi yang tak best.
ZRAPP.....
Dan jahitan di bahagian susunan kain yang ala-ala kebaya itu terbetas sedikit.
ALAMAK......
Dan ketika itu ku lihat senyuman terukir dibibir Angah tanda kemenangan. Disusuli dengan ketawa yang berdekah-dekah dan satu statement agak jujur yang akhirnya menyedarkan aku dari alam khayalan yang aku cipta tentang diriku.
"Along dah gemuk!!!!!"
Cis, kurang asam boi sungguh.
.
Wednesday, 26 February 2014
Blog aku hilang??????!!!!
Dah lama tak bukak blog ni, sampai tahap lupa email apa yang aku guna untuk sign in blog ni. Memang terbiar sungguh blog aku kali ni. terpulau, bukan terpukau. Kesian diri beliau.
Gile ah password macam gini. memang nampak kemata duitannya.
Banyak kali jugakla aku try nak memecah masuk nak melawat blog yang satu ketika dulu jadi kesayangan aku ni. Bukanlah kata sekarang tak sayang, sayang jugak. kang merajuk lagi cik bolg ni tak mau menunjukkan diri. Haru aku.
Hatiku dah rasa tak best.
Alahai cik blog ni merajuk pulak main sorok-sorok dengan aku ni.
Manalah kamu ni nak oiii....baliklah.
Kamu tak kesian ke kat aku ni cari kamu bagai nak gila.
Aduh dah macam cerita tanggang part mak dia nanges anak dia tak mau balik-balik sampai tahap tetiap petang lepak kat pantai tunggu si tanggang balik.
Punyalah puas dua tiga hari aku mencari jalan masuk. Bermacam ikhtiar aku untuk bertemu cik blog ni. Aku dah naik cuak dah, puas aku bertemu dukun tok google ni mintak petunjuk dah macam jumpa tok bomoh cari budak yang kena sorok dek bunian.
tunggu sekejap tok nak seru dia datang ni!!
(sila baca dalam slanga jawa yang pekat)
Cuba punya cuba punya cuba punya cuba akhirnya aku jumpa juga dengan si bertuah ni...
Header yang sangat dramatik
ayat takbleh blah kalah Ahmad Idham
Rupa-rupanya aku yang silap log in. Salah email address. Maka memang tak jumpalah. Bertahun cari pun takkan jumpa punya.
sebenarnya bukan @gmail.com, tapi @yahoo.com
Maka pengajaran yang kuperolehi adalah rajin-rajinlah bukak blog ni. Bak kata orang tua-tua pandai beranak pandailah jaga. Dengan ini aku berjanji untuk tidak mengabaikan budak bertuah ni lagi. Kang dia main nyorok-nyorok lagi kang sampai lari ke negara jiran kang susah pulak aku.
Alamat email mana yang aku guna untuk blog ni pun boleh lupa, teruk betul masalah pelupa aku ni. Banyak sangat ke semut yang aku telan? Mungkin kot. Sampai dah bersarang bagai dan bermaharajalela dalam kepala otak aku dan mengubah struktur otak aku menjadi empayar mereka, mungkin kerana itu memori yang penting sebegini boleh lost dari ingatan aku.
Ok, alasan yang sangat tak boleh pakai.
Subscribe to:
Posts (Atom)