Monday, 9 July 2012

Pengalaman hari Sabtu

Ya, di suatu petang sabtu yang damai, angin sepoi-sepoi bahasa, burung berkicauan berlagu dengan riang gembira, macam mak burung baru lepas melahirkan seekor anak burung yang sangat comel, aku pergi bermandi manda bersukaria kat sungai memandangkan hari tu aku cuti.

Dah puas bergumbira bersuka ria, aku dengan kawan aku siap-siap nak balik, waktu tu dalam pukul 6.30, burung-burung pun dah lari balik rumah masing-masing, kawasan tu pun dah tak redup, dah makin gelap, tiba-tiba gatal pulak mulut aku bersuara..."nak bawak moto..." maka sang sahabat dengan ragu-ragu campur was-was bertanya kembali, "boleh bawak moto ke?" Dan aku pun mendengar soalan berbunyi seolah-olah memperkecilkan kebolehan aku sebagai seorang perempuan, maka dengan agak berlagaknya aku menyahut, "orang pandai bawak moto la..."

Demi tidak mengecewakan seorang sahabat, dia pun bagilah aku bawak. Maka aku pun dengan seronoknya, excitednya, ape lagi, jalan la...kalau aku boleh lompat-lompat atas motor tu, aku dah lompat dah, tanda seronok sangat dapat bawak moto.(dah macam jakun pun ada) Tapi untuk meng'cover' kewanitaan aku ni, aku buat-buatlah biasa je, sorok-sorok sikit kegalakan aku tu.

Sampai je di satu selekoh, tiba-tiba moto tu macam nak mengenakan aku pulak, di terus je menghala ke kiri, aku dah tak dapat nak pusing handle tu untuk membawa moto tu kembali ke jalan yang benar, iaitu ke sebelah kanan. Dengan keadaan yang agak laju ketika aku, aku dah nampak bahawasanya kami akan jatuh, tapi aku tak mampu nak buat apa-apa, maka aku pun pasrah jela kejatuhan kami kat tepi jalan tu.

Bila jatuh je, aku rasa suasanan sunyi seketika, mungkin unggas-unggas yang ada di situ menggeleng-geleng kepala melihat apa yang berlaku. Aku dapat rasa moto tu atas kaki kanan aku, aku cuba tarik, namun apalah daya, kudrat aku tak mampu melawan berat moto tu. Maka kawan aku yang tak cedera tu angkatlah moto tu, dan aku pun nampakla keadaan jari kaki aku yang dah tak normal, dah bengkok.(patah la tu) darah mula mengalir, barulah aku terasa kesakitan yang melanda. Mujur aku sorang je yang cedera, kalau dua-dua cedera, kan susah.

Maka satu demi satu kenderaan berhenti cuba membantu kami. Rakyat Malaysia memang prihatin dengan eksiden-eksiden ni. Cuma takdelah sampai sekampung turun nak tolong. Setelah berbincang lebih kurang, (aku tengah sakit-sakit ni sempat lagi nak bincang-bincang petang kan, adoiyai...)

Setelah kata sepakat dan rundingan meja bulat dicapai, semua hadirin-hadirat yang hadir di situ bersetuju untuk memberi dua orang brader yang baik hati menghantar aku ke HKL. Diorang bawak pun boleh tahan macam tengah buat ujian saringan nak masuk rally je. Tapi takpe, aku tahankan jugak sakit ni, yang penting aku nak cepat sampai, bisa sungguh rasanya kakiku dikala itu. Pilu siot!

Sampai je di HKL bahagian kecemasan, ingatkan staff situ bawakkan wheelchair aje, rupenye dibawakkan terus stretcher utk aku. Terkejut gak aku. Tapi dah ada, aku pun pasrah jela, baring atas stretcher tu, dan ditolak kedalam.

Maka sorang demi sorang kakak nurse mengerumun aku. Godek segala ape yang patut kata badan aku ni, takut-takut ada injured kat bahagian lain ke, kot-kot terhilang ingatan ke. Tapi aku ok, cume adala calar-balar, luka-luka, bengkak-bengkak sket kat kaki kanan tu.

Lepas tu datang pulak doktor bawak jarum. Part ni yang paling aku menyampah. Sebab aku dah agak dah, kalau nak ambik darah, memang sekali cucuk takkan dapat punye, dari dulu lagi camtu. Aku dah agak dah, mau kena cucuk dua tiga tempat baru darah aku nak masuk kat jarum tu, kalau tak dia segan sikit nak kuar. Paling best bile dah cucuk tu, dia bole pulak main pusing-pusing jarum tu bawah kulit aku, mencari urat...memang best sangat...rasanya kalau aku ni baru umur 10 tahun, memang aku nak teriak aje, tapi memikirkan aku dah nak masuk 25 tahu, kang kalau teriak lebih-lebih kang orang cop aku ngada-ngada pulak. Tahankan ajela. Cucukan kali keempat barulah berjaya memaksa urat-uratku mengalirkan darah ke dalan sedutan picagari doktor tu. Lega aku.

Lepas tu proses x-ray, Boleh tahan gak brutal brader-brader ni, memang tang jari yang patah tu diorang tak sentuh, tapi yang bengkak-bengkak tu, mungkin diorang tak perasan, sekali dia pegang, memang menusuk rasanya. Tapi disebabkan aku tak mahu jadi pesakit yang banyak kerenah, aku diamkan ajela. Berkerut-kerut jugak muka aku menahan sakit.

Pas x-ray, memang kompem, jari kaki aku patah, tempat lain takde pape. Selamat aku, takdela kena tahan wad. Kalau tak, naya je kena tido spital malam tu. Pastu datangla sorang lagi akak nurse ni cuci luka aku dengan penuh berhemah, takut aku sakit. Baik sungguh akak ni. Tapi nurse yang sorang lagi ni tak berapa baik, boleh pulak dia suruh akak tu laju2 sket cuci luka aku. Kang kalau laju-laju sangat tak cermat, lagi teruk kecederaan aku macamane? tak memahami jiwa pesakit betulla akak ni.

Settle cuci, next adalah proses menyimen bagi membetulkan balik tulang jari kaki aku ni. Tapi aku tengok brader tu tak simen pun, dia cuma balut, ikat jari kaki yang patah ni pada ibu jari kaki, supaya tak bergerak. Tak kisahlah, janji kaki aku tak teruk. Last sekali, ambik ubat, then balik rumah.

Boleh tahan jugak pengalaman hari sabtu aku. Sangat superb! Lepas ni memang aku tobat taknak bawak moto dah, Aku rela naik pengangkutan awam aje sampaila aku mampu beli keta.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...