Aku pun tak tau nape aku ni brutal sangat masa kecik-kecik dulu. Mungkinkah kerana masa menandungkan aku, makku mengidam nak makan buah keras???
Mungkin jugak.....
Atau mungkin naluri ke'along'an yang berada dalam tubuh badan aku ni, memerlukan aku menjadi keras dan brutal, supaya orang tak buli aku atau adik-adik aku. Yela, anak sulung, kan, overprotective dan bersemangat waja sket.
**************************************
Kenakalan, kebrutalan, kedegilan aku mulai terserlah sejak aku berumur 6 tahun. Tempat kejadian di kampung saudaraku di Johor. Sejak hari pertama aku sampai di rumah itu, mataku tak lepas memandang sebuah beskal tua. Aku dok perati je beskall tua tu, orang lain naik nampak cam senang je. Satu petang ketika semua orang sedang berkumpul dan bergosip berbakul-bakul di dapur, aku pun apa lagi, capai beskal tua yang dekat sama tinggi je ngan aku time tu.. Dipendekkan cerita, entah macamana, aku terjatuh, nah, padahnye, patah tangan kanan aku. Kan dah tak pasal-pasal dekat berminggu-minggu makan, menulis pakai tangan kiri.
memang lebih kurang ginila rupa beskal tua tu,
sampai hati dia hempap aku yang kecik lagi tak berdaya waktu tu...huhuhu....
Masa aku umur 8 tahun, pergi mandi sungai, abah aku dah pesan, jangan main jauh-jauh dari dia, takut jatuh ke tempat dalam, aku ni tak pandai berenang. Tapi sekali lagi, nafsu degil tu sampai, aku pujuk sepupu aku, ajak dia main jauh sikit dari adik beradik kami dan abah aku."Rimas dan tak syok mandi ramai-ramai kat satu tempat", ayat aku meracun dia. Tapi yelah, kalau tak dengar cakap mak bapak, memang terima padah. Memang aku kenalah akibatnye. Tengah syok-syok lompat sana sini, tetibe aku terjatuh ke tempat yang dalam. Kaki aku tak jejak dasar pun. Tangan aku terkapai-kapai dalam keadaan panik. Masa tu memang aku pikir mati je, gentle cakap. Tiba-tiba aku terasa tangan aku ditarik. My abah come to the rescue!!! Sebab sepupu aku jerit panggil dia time aku jatuh tu. Memang nasib baik betul time tu. Ha, yang ni aku tanggung akibat dia sampai sekarang. Aku memang cuak sket nak masuk kat sungai yang dalam/kolam/laut. Kalau pakai pelampung beranila. Dan sampai sekarang aku tak pandai berenang dan takde keyakinan nak belajar berenang. Padan muke aku!
Adoi...malu, malu....
Masa aku umur 11 tahun pulak, satu hari aku balik, nenek aku belikan beskal baru untuk adik aku sebab dia dapat result best masa exam tengah tahun. Aku pun timbul perasaan hasad dengki sebab tak dapat beskal. (Sebab result exam tak berapa best, tak dapatla hadiah) Adik aku ni memang pandai sket, tu yang slalu dapat hadiah tu. Masa tu adik aku pun takde kat rumah, so sambil ketawa jahat, aku bawak lari beskal dia, main kat atas bukit. Masa nak turun bukit tu, makcik aku yang ada di tempat kejadian sudah berpesan pada anak sedaranya yang degil ni, bahawasanya bukit tu curam, nak turun tu kena hati-hati. Tapi, memang dasar kepala batu, kan, mula-mula memangla syok sebab laju, tapi makin lama makin laju, aku dah cuak. Jalan raya makin hampir, kalau aku teruskan jugak memang jatuh kat tengah jalan jawabnya, silap-silap kena lenyek ngan keta. Maka aku mengambil keputusan nekad, aku angkat kaki dari pedal, (aku pun tak tau apsal aku buat camtu, spontan je.) dan aku lepaskan handle. Maka aku pun mendarat ala-ala supergirl.
Akibatnye? sekali lagi dekat sebulan aku makan pakai tangan kiri. Dan ada parut kat dahi aku yang tak hilang sampai sekarang. Macam parut Harry Potter tu. Tu cop mohor kata abah aku. Adik aku? sudahlah tak bersimpati dengan kecederaan aku, siap mintak gantirugi lagi sebab bakul beskal dia jahanam dalam kemalangan tersebut. Sampai hati kau, angah, beskal lagi penting dari aku...huhuhu....
Ok, aku tipu. Takdelah sampai gitu skali parutnye, bukannya aku kena sumpah dek kuasa sihir ke apa,
cuma ada satu parut macam garisan je kat dahi aku ni.
Masa 16 tahun, time ni dah up sket, tak bape layan dah beskal-beskal ni, ke memang aku takde chemistry ngan basikal? asal naik je jatuh, asal naik je jatuh. Aku upgrade, bawak motor. bila balik kampung, aku lenjan motor abang sedara aku. Satu hari, tengah syok-syok merempit, (buruk perangai, jangan tiru.) lalu kat selekoh, nak mengelak satu keta kancil ni, aku lost control, tersungkur aku kat tengah jalan. Akibatnya tak teruk sangat. Tersagat lutut aku sket, cuma yang parahnya bila balik rumah, kantoi ngan makcik aku, hah, merasalah aku peluru mesingan dari mulut makcik aku. Bernanah telinga aku. Insaflah barang seminit dua.
Ni dah lama tak mengalami kecederaan serius, maka kali ni, sejarah berulang lagi. Mujur makcik aku tak tau, kalau tak, bernanah lagila telinga aku gamaknya nak kena tadah tujahan peluru leteran dia. Dan mujur dia takde fesbuk dan twitter, kalau tak, memang kantoi aku.
"Suku sakat balik bukit, budak nakal selalu sakit" Mesti ada yang pernah dengar ayat ni diungkapkan oleh orang tua korang, kan....
No comments:
Post a Comment