Untuk tatapan 18 tahun ke atas sahaja.
Mengandungi unsur-unsur ganas yang melampau.
Dah kenapa dramatik sangat pulak kisah kali ni? Apa yang berlaku? siapa yang punya angkara? dimanakah kejadian ini berlaku?
Dah macam saspen sangat pulak yea? ini kalau aku bikin drama memang penonton dah maki-maki dah ni kenapa tak muncul-muncul lagi kisah sebenar ni kan? kompem episodnya drag sampai 159 episod nak tau apa sebenarnya yang berlaku...siapa pembunuh sebenar...yang hero tu sebenarnya anak orang jahatla, apa-apa lagilah.
Ish, sapa sebenarnya keluarga kandung hero ni?
penat dah aku tunggu ni dah episod 118 dah ni...
Itu kalau aku bikin drama la, tapi harini bukan aku nak bikin cerita, bukan nak korek siapa keluarga kandung siapa dan kisah ini hanya akan tamat di entri ini sahaja, takde sambung-sambung dah, sebab rasanya kucing pun kompem marah kalau nak kena sambung-sambung baca ni..."I pun ada banyak kerja nak buat okeh...nak tangkap tikus, makan friskies, main ngan bulu benang tuan I...bizi tau....mencik I.."
Baiklah, untuk tidak drag korang baca dengan perasaan lebih saspen, inilah kisahnya.
Satu malam yang tenang tanpa hujan ribut yang melanda, kat ofis aku adalah buat event. Selepas event tu, aku adalah janji dengan member nak exchange barang, dia tunggu aku kat tepi jalan katanya. Sementara tunggu dia aku pun dengan hati tenang tanpa ragu sembang-sembang dengan member yang lain, serius punya hal okey, hal kerja, bukan semata-mata gosip Jehan Miskin baru kahwin ke, makcik bawah rumah aku dapat cucu baru ke, bukan itu yang kami bualkan.
Tiba-tiba tak semena-mena, member tadi roger, katanya dah tunggu kat luar ofis, maka aku pun tak tahu kenapa kelam kabut gila berlari sepantas desiran angin membelah pantai menuju ke bawah, tergugat sekejap si Ying kawan Boboiboy tu.
Alamak, ada yang lagi laju dari saya ke?
menakutkannye, menakutkannye....
Tetapi tak tahu dimana silapnya, dan siapa yang harus dipersalahkan, sampai sahaja di pintu masuk ofis, dimana sebenarnya pintu masuk ofisku merupakan sebuah autosliding glassdoor, tak semena-mena........
GEDEGANGGG!!!!!!!!!!!!!!
Kepalaku telah menyentuh sliding door tersebut, dengan hentakan super maksima, dan akibatnya???
Aku pening lalat sekejap, lalat pun ketawa kalau melihat aku tatkala itu. Dan apa yang aku dapat lepas tu?
Hambik kau, hadiah untuk orang yang hyper tak memasal, kan...
Maka moral of the story dari orang yang baru insaf setelah ditimpa kecelakaan ni, berhati-hati ketika melintas...eh, silap...berhati-hati ketika berlari mahupun berjalan, ia mampu menyelamatkan kepala anda. Sekian, saya melaporkan untuk berita tv11...
Mmg ko suke berangan...setiap keje mesti nak hayal memikirkan 'kalau la terjadi'..hehe...
ReplyDelete