Sekitar bulan Januari tahun ini, Ketika itu Nurin sedang melayari Facebook, dan dia ternampak post Muaz di homepagenya. Dia kini di IJN, sedang menunggu hari untuk dibedah. Nurin terkejut. "Dia sakit ke? sakit ape?" Profile picture juga diubah. Nurin bertambah hairan. Hari Jumaat, Nurin terus sms Muaz, menyatakan bahawa dia mahu melawatnya pada hari esok. Dan Muaz mengalu-alukan kedatangan Nurin.
Esoknya, Sabtu tengahari, Nurin ke IJN untuk melawat, dan Nurin sempat membeli buah tangan untuk Muaz. Sampai di IJN, Nurin terus menyemak keberadaan Muaz dengan pegawai yang bertugas di kaunter. 'Wad Mawar'. Itu info yang Nurin dapat dari abang kaunter. Sampai di Wad Mawar, Nurin terus bertanyakan nurse yang bertugas di situ. Malangnya, Nurin terlewat. Kata mereka, Muaz telah dibawa masuk setengah jam yang lalu ke dewan pembedahan. Kakak nurse nasihatkan dia datang esok sahaja. Maka Nurin pulang dengan rasa hampa. Dia terus sms Muaz ketika itu juga, mengatakan dia ada datang tapi Muaz sudah masuk ke dewan pembedahan. Malam itu baru Nurin terima sms dari Muaz. Dia baru sedar selepas pembedahan dan masih perlukan rehat, maka Nurin mengatakan akan datang melawat beliau esoknya.
Ahad, kebetulan Nurin ada majlis reunion makan tengahari di Istana Bambu. Petang itu dalam pukul 3, dia meminta seorang temannya, Rafi menghantarnya ke IJN. Sampai di Wad Mawar, Nurin mencari Muaz, dan ternyata dia amat terkejut dengan kehadiran Nurin. Ada seorang perempuan menemaninya ketika itu. Dia memperkenalkan perempuan itu kepada Nurin. Fiza, teman wanitanya. Nurin tersenyum menyambut salamnya. Manis dan lemah lembut orangnya. Cantik, sepadan dengan Muaz.
Panjang lebar mereka berbual. Sesekali Fiza mencelah. Rupanya dalam dada Muaz telah dipasang besi dibahagian tulang rusuknya tiga tahun lalu, dan semalam ialah hari untuk mengeluarkan besi tersebut, konsepnya sama seperti pendakap gigi katanya. Tiga tahun lalu dia mengalami masalah sesak nafas, dan selepas dirujuk ke pakar, tulang rusuknya membengkok ke dalam menekan jantungnya seiring tumbesarannya. Jadi sebelum tulang rusuk itu menembusi jantungnya, doktor memutuskan untuk memasang besi penyokong pada tulang rusuknya bagi menghalang tulang rusuk itu terus membengkok ke dalam. Bunyinya sangat rumit, kan. Ya, dan Muaz sempat menunjukkan petikan buletin utama 3 tahun lepas, semasa TV3 membuat liputan tentang kesnya. Dan kes seperti Muaz ini hanya terjadi kepada 1 dalam sejuta orang di dunia ini. Dia juga menunjukkan parut bekas pembedahan di dadanya, tempat besi itu dikeluarkan. Nurin kagum sebenarnya kerana ini kali pertama dia melihat hal sebegini.
Tidak lama kemudian, beberapa orang rakan kolej Muaz sampai. Nurin pun meminta diri untuk pulang. Dia mahu Nurin berada lagi di situ, tapi Nurin tidak mahu mengganggu Muaz dan kawan-kawannya, lagipun Rafi telah memberi isyarat dia mahu pulang. Isnin Nurin melihat blog Muaz, dan dia buat entry mengenai dada besinya. Dan dia mengucapkan terima kasih pada Nurin kerana datang melawatnya dan dia sangat menghargai kedatangan Nurin. Nurintersenyum-senyum sendiri membaca blognya.
No comments:
Post a Comment