Friday, 9 March 2012

AWAK SUKA SAYA TAK? (BHG. AKHIR)



Seminggu kemudian terpampang di akhbar lelaki yang mencelakai hidup Amirah telah dapat diberkas. Amirah lega kerana ketakutannya berakhir kini. Dan kehidupan sehariannya diteruskan seperti biasa. Begitu juga Hafiz. Dan seperti biasa, mereka akan bertemu di mukabuku setiap hari kerana kesibukan kerja kadangkala membataskan pertemuan mereka. Hafiz sebenarnya sangat mencintai Amirah, perasaan hatinya sukar dibendung lagi. Namun Amirah seringkali mengelak bila diajukan soalan tentang hubungan mereka.

Hafiz nekad. Kalau Amirah asyik mengelak tentang perasaannya, sampai bila mereka mahu bersatu. Ibunya di kampung sudah bising bertanya soal hubungan mereka memandangkan mereka selalu bersama. Dia tahu Amirah mempunyai perasaan yang sama, tetapi masih menafikannya.

Satu hari Amirah membelek mukabukunya, di homepage, tiba-tiba muncul status dari Hafiz : In a RELATIONSHIP. Amirah terkejut. Setahunya Hafiz tidak pernah bercerita tentang mana-mana gadis dengannya. Laju dia menaip di chatbox.

Amirah : Awk..
Hafiz : Yea...
Amirah : sejak bila?
Hafiz : ape?

Hafiz tahu Amirah merujuk pada status yang diupdatenya sebentar tadi. Dia pura-pura tidak mengerti.

Amirah : tu, status tu...
Hafiz : oh, baru lagi...
Amirah : xpernah cite pun
Hafiz : xtanya
Amirah : sape? sy kenal ke?
Hafiz : x, org kg sy...knl masa balik kg aritu...
Amirah : ooo...
Hafiz : nape?
Amirah : xde pape...k,la sy ada keje ni...bye..

Hafiz tersenyum. Perangkapnya mengena. Dia tahu Amirah cemburu. Tapi tidak ditunjukkan. Dia akan meneruskan permainannya.

Sejak dari itu, Hafiz sering mengelak bila diajak keluar oleh Amirah. Dia memberi alasan mahu meluangkan masa dengan teman wanitanya. Amirah mula terasa hati. Hafiz sudah tidak melayannya. Dia rasa kehilangan. Menyesal kerana tidak menerima cinta lelaki itu. Dan sekarang, Hafiz sudah terlepas ke tangan orang lain. Sekarang dia sering menghabiskan maasnya sendirian dalam biliknya.

"Kau ni aku tengok selalu termenung, terperap aje, kenapa, Mira? selalu kau keluar dengan si Hafiz tu, mana dia?" soal teman serumahnya.

"Dia dah ada awekla. Mane la nak layan aku lagi."

"Aik, aku ingat korang couple."

"Mana ada."

"Bukan kau suka dia ke? dia pun suka kau kan? macamana boleh jadi camni?"

"Silap aku jugak, jual mahal sangat. Sekarang aku jugak yang melepas."

"Kau patutnya luahkan isi hati kau pada dia. Cakap terus terang."

"Tapi dia dah ada yang punya."

"Sekarang ni kau suka dia, kan? Bik kau pergi cakap dekat dia, ke kau nak aku yang cakapkan?"

"Malula, wei.."

"Ini bukan zaman dulu-dulu kau nak malu-malu..pergilah"

Amirah terdiam. Benar juga kata kawannya. Dia mesti luahkan perasaannya pada Hafiz. Dia mesti dapatkan Hafiz semula.

Dia menelefon Hafiz.

"Awak, kat mana?"

"Saya....tengah datingla, Mira, ada apa?" Hafiz berbohong. Padahal dia ada dirumah, saja mahu mengenakan Amirah.

"Saya nak jumpa awak sekarang jugak."

"Ada apa? macam serius je bunyinya?" Hafiz hairan.

"Ini soal hidup dan mati, sekarang jugak, saya jumpa awak kat tempat biasa."

Talian terus dimatikan. Hafiz bertambah hairan. "Dah kenapa pulak minah ni?" bisik hatinya. Tetapi diturutkan juga kemahuan Amirah.

Di taman, Hafiz menunggu Amirah. Dalam 10 minit, kelibat Amirah muncul dengan muka serius. Dia duduk di sebelah Hafiz. Diam.

"Tadi kata ada hal penting? apa dia? cakaplah?"

Amirah membatukan diri.

"Awak ni kenapa? diam je? ada masalah ke? cakaplah."

Amirah mula bersuara perlahan.

"Awak serius ke dengan awek awak tu?"

Hafiz senyum. Dia mengangguk. "yup, kalau takde apa-apa, saya nak kahwin dengan dia tahun depan."

Air mata Amirah mula bergenang. Dia bakal kehilangan Hafiz.

"Kalau awak jangan kahwin, boleh?"

"Ha? kenapa pulak?"

Esakan Amirah mula kedengaran. Hafiz mula gelabah. "Awak kenapa ni? cuba cerita dengan saya..."

Amirah terus menangis. Hafiz memegang bahu Amirah. "Awak ni kenapa?" dia mengulang soalannya.

Amirah berpusing membelakangi Hafiz. Dia menggagahkan dirinya untuk menuturkan ayat.

"Sebab saya suka awakla!!!" Jerit Amirah.

Hafiz diam. Amirah diam. Hafiz tersenyum. Amirah mula mengatur langkah. Hafiz menghalangnya.

"Awak nak pergi mana pulak ni?"

"Saya nak balik la, dah awak nak kahwin sangat dengan awek awak tu, pergilah, saya doakan awak bahagia." Sayu suara Amirah.

"Saya pun suka awak...Amirah." Amirah terkedu. Dia berpaling ke arah Hafiz.

"Habis, awek awak tu?"

"Saya mana ada awek, main-main aje, saja nak test awak, susah sangat nak dapatkan pengakuan awak tu."

"Awak!!!!" Jerit Amirah. "Main-main yea..."

"Okla, saya nak baliklah, main-main yea,  ok, bye!"

Hafiz terkejut, dia memanggil-manggil Amirah.

"Awak, nantila, saya gurau ajela....awak suka saya tak ni?" Laung Hafiz.

"Tak, cancel!" Balas Amirah.

Hafiz mengejar Amirah. Tiba-tiba Amirah berhenti. Dia menghampiri Hafiz.

"Sekarang saya tanya awak betul-betul, awak suka saya tak?" Amirah menekan suaranya, menuding jari ke arah Hafiz.

"Err...su..suka, suka..." Hafiz cuak.

Amirah ketawa.

"Awak ingat awak seorang je yang pandai gurau? saya pun boleh la..." Sambung Amirah dalam tawanya.

"Siot betul." Bisik hati Hafiz. Cuak aku dibuatnya.

"Saya pun suka awak...." Tutur Amirah.

-TAMAT-

p/s : ending dia nampak macam rushing, sorry, xnak drag cerita ni panjang-panjang sangat

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...