Friday, 27 January 2012

AWAK SUKA SAYA TAK ? (BHG 7)

Sambil mengejar proton waja tersebut, nombor pendaftarannya diamati, dan dia terus menghubungi 999. Setelah disambungkan ke talian PDRM, dia menceritakan situasi tersebut dan memberikan nombor pendaftaran proton wira itu.

            Sementara Amirah sangat ketakutan ketika itu, berada didalam cengkaman lelaki durjana itu, dia amat mengharapkan dirinya dapat lolos dari lelaki itu.

“Ooo…..kau ingat kau boleh lari dari aku, yea, budak! mampus kau malam ni aku kerjakan!”

“Aku tak takut dengan kaulah, setan!!” Jerit Amirah memberanikan diri. “Polis akan tangkap kau semula, kau masuklah balik dalam penjara!!!”

“Sial!!!”

“PANG!”

            Satu tamparan mengenai pipi Amirah hingga berdarah bibirnya. Telinganya rasa berdesing. Sakit, tetapi dia menggagahkan diri, mengerah tenaga bergelut dengan lelaki itu. Pemandu kereta itu hanya mendiamkan diri. Ketika itu Amirah nekad. Kalau dia tidak bertindak, mungkin nasibya akan bertambah buruk. Dia menggigit tangan lelaki itu sekuat hati. Kerana kesakitan dan ingin melepaskan tangannya dari gigitan Amirah, lelaki itu menyentak kuat tangannya, malangnya, hayunan tangannya terkena rakannya, dan pemandu kereta itu hilang kawalan hingga terpaksa memberhentikan keretanya. Kesempatan itu diambil Amirah, dia menolak lelaki itu, dan meluru keluar kereta, berlari sekuat hatinya.

            Amirah panik, dia kini berada di kawasan rumah flat, tetapi dia tidak pasti nama tempat ini. Dia menyorok di celah-celah kereta yang banyak diletakkan disitu, bimbang dijumpai. Tangannya terketar-ketar menelefon Hafiz.
“Awak, tolong saya, saya takut ni….”
“Amirah, awak jangan takut, sy ada follow kereta orang yang bawak lari awak tu. Awak kat mana sekarang?”
“Saya tak tau, ada banyak kereta kat sini, rumah flat…saya tak tau nama tempat ni, wak…”
“Takpe, takpe, saya tau tempat tu, awak tunggu situ diam-diam, ok?”
“Awak, cepat, saya takut!”
“Ok,ok, sekarang awak jangan letak telefon, saya dah ada kat kawasan flat ni, awak kat mana?”
“Saya ada kat kereta Myvi putih, no plat dia WRS 4588.”
            Dari jauh Amirah nampak proton waja tadi berlegar-legar di kawasan itu. Dia ketakutan dan menunduk di belakang kereta tersebut. Dia berdoa semoga Hafiz menemuinya.

            Hafiz berpusing-pusing mencari Amirah, dia nampak proton waja itu berlegar-legar juga di kawasan itu. Dia berharap agar dia menemui Amirah dahulu sebelum penyangak itu.

“Hah, jumpa dah!” Hafiz mendekati Myvi putih benombor plat WRS 4588. Dia keluar dari keretanya untuk menjenguk kalau-kalau Amirah ada di situ.

            Amirah dengar bunyi kereta berhenti, dan bunyi pintu kereta dibuka. Dia tidak berani mengintai, cuma mengharap lelaki itu tidak menemuinya. Tiba-tiba bahunya disentuh. Amirah ingin menjerit, tetapi pantas mulutnya ditutup. Amirah meronta-ronta.

Thursday, 26 January 2012

AWAK SUKA SAYA TAK (BHG 6)






Hari-hari berlalu hubungan Amirah dan Hafiz makin akrab. Bila tak bertemu, MukaBuku atau sms jadi pengantara, bila masing-masing ada kelapangan, mereka akan bertemu, berbual tentang banyak hal. Hafiz senang berbual dengan Amirah yang kelihatannya boleh diajak berbual tentang apa sahaja.Dari hal-hal kerja, hingga ke isu semasa, politik, sukan, hiburan. Tapi bila buka sahaja perihal keluarga dan kisah zaman kanak-kanak, Amirah lebih senang jadi pendengar, hanya Hafiz yang rancak bercerita. Sedangkan Hafiz cuba memancing Amirah untuk bercerita tentang lelaki misteri tersebut, namun setakat ini belum berjaya.

Kini sudah hampir 6 bulan mereka berkawan, masing-masing punya rasa di hati, namun belum ada yang berani meluahkan secara jujur apa yang terbuku di hati. Hafiz ingin sekali menyatakan cintanya pada Amirah, tapi hatinya penuh tanda tanya tentang latar belakang Amirah. Dia sudah menceritakan segala-galanya tentang latar belakangnya, tapi, apa yang diketahuinya tentang Amirah hanyalah seorang gadis yatim piatu yang kehilangan ibu bapanya sejak kecil dan bersendirian di hidup di kota meropolitan ini. Bagaimana Amirah boleh jadi begini, tidak pula diceritakan. Namun hubungan mereka tetap seperti pasangan biasa, adakalanya berselisih pendapat, pertengkaran kecil itu sesuatu yang normal, kerana akhirnya mereka akan berdamai semula.

Amirah sebenarnya menantikan Hafiz untuk meluahkan rasa. Mana mungkin dia yang memulakan langkah dahulu. Memang tak salah, tapi dirinya segan, takut dikata 'desperate' . Maka dia membiarkan masa yang menentukan.

Tenghari itu Amirah tidak terasa untuk keluar makan tengahari kerana masih kenyang dengan juadah jamuan yang diadakan oleh bosnya pagi tadi. MukaBuku dibuka. Tak sampai 5 minit, chatboxnya berbunyi.

Hafiz : Hye, wak...
Amirah : Hi...
Hafiz : xg mkn?
Amirah : xlapar la. ofis sy ada jamuan pg td, tu yg knyg lg tu...
Hafiz : ooo....
Amirah : Awk? x g lunch?
Hafiz : ala, kirim kat kwn je, mls nak jln la...
Amirah : ai, g beli mkn pun mls? teruk awk ni...
Hafiz : sesekali jela wak....bukan slalu..
Amirah : yela tu...hehehe...
Hafiz : Awk, movie baru dah kua, jom g tgk..
Amirah : bila?
Hafiz : mlm ni, sy dtg ambik awk kat umah ea...
Amirah : ala...xyahla, kita jumpa kat movie jela...
Hafiz : emmm...okla...
Amirah : jmpe mlm nnt yea...
Hafiz : ok...bye...
Amirah : bye....

Dalam kepala Hafiz merancang sesuatu. Dia tetap ingin menjemput Amirah. sebenarnya dia ingin memberi kejutan, dia telah membeli sebuah kereta, dan mahu Amirah menjadi orang pertama yang menaiki keretanya. Dia tahu Amirah tidak mahu menyusahkan dirinya untuk datang menjemput di rumahnya, tetapi kali ini ada pengecualian.

Selepas pulang dari pejabat, Hafiz menghantar sms kepada Amirah.

"mlm ni kul 9 yea, jumpa kat sne..."

Amirah tersenyum mendapat sms dari Hafiz.

Malam itu dia bersiap awal, selepas solat isyak, dia sedia untuk keluar.

"Amboi, ni lawa-lawa ni, mesti nak pergi dating dengan si Hafiz kau tu, kan?" tegur Diba, rakan serumahnya.

"Bukanlah, tengok wayang je."

"Ele, datinglah jugak tu, cik kak oi..."

Amirah cuma tersenyum, dan melangkah keluar rumah. Dia menunggu teksi di hadapan rumahnya. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Nama Hafiz tertera di skrin.

"Hello, Hafiz..."
"Hello, cik kak, tunggu siapa tu?"

Amirah kehairanan. Matanya melilau mencari Hafiz.

"Awak kat mana tu?"

"Kat depan awak je "

Nun di seberang jalan kelihatan Hafiz melambaikan tangannya.  "Kereta siapa pulak lah yang kau pinjam ni Hafiz oii...." gumamnya perlahan.

Baru sahaja  hendak melangkah tiba-tiba sebuah kereta proton wira berhenti dihadapannya, Amirah menyangkakan orang ingin bertanyakan arah, tetapi pintu belakang kereta dibuka dan Amirah ditarik masuk kedalamnya, dan proton wira itu memecut pantas.

"Amirah!!!!" Hafiz kaget, dia terus memecut keretanya mengekori proton wira tersebut.

BERSAMBUNG....

Wednesday, 25 January 2012

AWAK SUKA SAYA TAK? (BHG 5)




Hafiz tidak memberi respon pada pertanyaan Amirah. Sampai di kawasan parking motorsikal, dia menghulurkan helmet kepada Amirah.
"Kita nak pergi mana?" Amirah menyoal lagi, tak mahu menyambut helmet yang dihulur Hafiz.
"Tadi awak mintak tolong saya kan? ni saya tengah tolong la ni. Ke awak nak tetus main kejar-kejar dengan mamat tu?"
Amirah terdiam. Dia terus menyambar helmet dan saat itu lelaki itu makin hampir dengan mereka, Hafiz terus menghidupkan enjin motor, dan memecut keluar dari kawasan itu bersama Amirah. Sepanjang perjalanan hati Amirah masih berdebar-debar.
"Aduh, mana pulak la mamat ni nak bawak aku, dah lepas satu bala, ni harap-harap janganlah bala jugak. Ya Allah, lindungilah hambamu ini, janganlah dia ni pun nak buat apa-apa pulak kat aku, Ya Allah..." bisik hati Amirah. Akhirnya Hafiz berhenti di kawasan Tasik Permaisuri. Amirah turun dari motor, kawasan sekelilingya ada ramai orang beriadah kerana hari telah pun menginjak ke petang.
"Kalau dia nak buat apa-apa takkanlah dia bawak aku kat sini pulak, kan.." bisiknya perlahan.

"Awak ni betul-betul Amirah yang kat dalam fb tu kan?"
"So awak ni Hafiz la?"
"Yela, kalau tak macamana saya kenal awak dan tolong bawak awak sampai sini"
"Hah? habis, kalau kita tak kenal, awak tak nak tolong saya la?" Amirah sedikit meninggi suara, marah dengan kata-kata Hafiz.
Amirah meninggalkan Hafiz yang terpinga-pinga. "Eh, salah ke apa yang aku cakap tadi?" gumamnya.
"Amirah, tunggu!" teriak Hafiz sambil mengejar gadis itu.
"Ok, ok, sorry, sorry, saya takdelah maksudkan macam tu, janganlah marah, patutnya awak kena terima kasih dengan saya tau, sebab dah selamatkan awak."
Amirah berhenti. "Betul jugak, kalau tak sebab mamat ni, memang nahas aku tadi.Apelah kau ni Amirah, at least terima kasihlah sikit kat mamat tu." Dia mengutuk diri sendiri.
Dia berpaling ke belakang dan Hafiz sudahpun terpacak di hadapannya kini. "Hensem jugak mamat ni...hehehe..." bisik hatinya nakal.
"Oklah, thanks sebab selamatkan saya tadi, yea."
"Haaa....macam tulah, kan elok sikit. Tak sangka kan kita akan jumpa dalam keadaan macam ni."
"A,ah...dah takdir kita akhirnya jumpa jugak, kan."

"Amirah, nak tanya boleh?"
"Apa dia?"
"Kenapa awak lari dari lelaki tu? siapa dia?"
Amirah mengeluh. "Panjang ceritanya, wak"
Melihatkan Amirah yang keberatan membuka mulut, Hafiz memahami, walaupun hatinya ingin tahu apa sebenarnya kaitan antara Amirah dan lelaki yang mengejarnya itu. "Takpelah, kalau awak taknak cerita, saya faham. Mungkin satu hari nanti awak dah sedia nak cerita, awak boleh cerita anytime."
Amirah senang dengan sikap Hafiz yang memahaminya. "Insyaallah, satu hari nanti awak akan tahu juga."
Melihatkan waktu yang menginjak ke pukul 6.00 petang, Amirah ingin pulang.
"Awak, saya balik dululah, dah lewat ni, saya belum solat asar lagi."
"Jom, saya hantarkan." Ujar Hafiz.
"Eh, takpelah, rumah saya dekat je, susahkan awak je, saya boleh naik teksi."
"Ala, janganlah takut, saya bukan nak jual awak pun, saya hantar awak balik, yea, lagipun kalau jual, belum tentu laku awak ni." Sempat Hafiz mengenakan Amirah.
"Amboi, amboi, mengenakan saya yea, oklah, awak hantar saya balik yea, minyak motor habis nanti jangan salahkan saya pulak."
"Takde maknanya cik Amirah oi,"

Di rumah Amirah asyik terfikirkan kejadian siang tadi. Dalam cemasnya kerana lelaki itu hadir semula dalam hidupnya, tetapi pertemuannya dengan Hafiz membuat hatinya berbunga-bunga. "Ok jugak mamat tu, taklah skema sangat, tapi taklah bagus sangat pun, tapi okla....." Dia berkata sendirian.

BERSAMBUNG........ 

Thursday, 19 January 2012

AWAK SUKA SAYA TAK? (BHG 4)




Amirah :K,la, wak, sy nak balik ni....bye....

Tiba-tiba telefon bimbit Hafiz berbunyi. Ada sms masuk. Nombor tak dikenali. "Ni no. sy, jg baik2 tau...hehehe -Amirah-

Hafiz tersenyum. Dia membalas : "Baik, cik puan...." Cepat-cepat dia menyimpan nombor itu.

"Okla, En. Hafiz, sy ada hal ni, nnt kita sembang lagi yea...bye...."

Maka mereka makin mudah berkomunikasi. Kalau tidak di MukaBuku, sms pun memadai.

Setelah hampir 2 bulan meereka berkawan, namun hanya di alam maya. Belum pernah sekali pun mereka bertemu. Tidak pernah terbit cadangan untuk bersua muka baik dari Amirah mahupun Hafiz.

Hari minggu. Amirah terasa bosan dirumah, lantas dia bersiap-siap untuk keluar. Hala tujunya Sogo di Jalan TAR. Saja mencuci mata.Di sogo, dia pusing dari setingkat ke setingkat. Tiba di bahagian kasut, dia membelek-belek kasut-kasut disitu, mana tahu ada yang berkenan. Tiba dia ternampak kelibat seseorang yang dikenalinya. Lelaki itu juga memandang tepat ke arahnya. Perlahan Amirah meletakkan kasut itu, seperti tidak ada apa-apa berlaku, dan beliau meninggalkan kawasan itu. Lelaki tadi mengekorinya. Amirah jadi kelam kabut bercampur perasaan takut. Dalam tergopoh gapah melarikan diri menghala ke stesen LRT, dia terlanggar seseorang. Masing-masing terkejut.

"Hafiz?"

"Amirah?"

Melihatkan Amirah yang pucat ketakutan, Hafiz ingin bertanya, belum sempat membuka mulut, Amirah bersuara cemas.

"Awak, tolong saya, tolong saya, ada lelaki kejar saya, saya takut sangat." Hafiz dapat lihat ada seorang lelaki meluru ke arah mereka. Dia spontan menarik tangan Amirah untuk pergi dari situ. "Kita nak ke mana ni wak?"

BERSAMBUNG.........(Sebab aku dah nak balik...hehehehe)

Friday, 13 January 2012

AWAK SUKA SAYA TAK (BHG 3)




Hari itu Amirah sangat sibuk. "Asal bos nak meeting aje aku sibuk, haish! apalah nasib jadi orang bawahan ni..." rungutnya sendirian. MukaBukunya dibuka, tetapi dia tidak ada masa untuk menjenguknya. Dia khusyuk menyelesaikan tugasannya untuk mesyuarat bosnya esok.

Hafiz : Salam cik amirah...

Sepi. tidak berbalas. Amirah tidak memandang monitor langsung. Hafiz menanti balasan.

Hafiz : Sibuk ke?

"Apsal senyap aje minah ni....adoi....."

Hafiz mematikan komputer, pulang ke rumah. "Dia sibuk kot..." bisiknya sendiri menenangkan hati.

Jam 6 petang baru selesai semua tugasannya. Dibeleknya MukaBuku sebelum pulang. Ada mesej dari Hafiz.

"Awak bz ea? sori kacau...igt nk sembang, xpela, sy blek dulu, bye"

"Alaaaa......ish, takde jodoh nak menyembang hari ni, ni semua meeting bos punya pasallah ni...nak wat camne kan...tunggu jela"

Esoknya Amirah lapang sebab bosnya pergi mesyuarat di Putrajaya. Maka terpaku seharian di depan monitor, mengemaskini blognya, tak lupa MukaBuku. Tapi Hafiz tiada. Dia sedikit hampa. Hafiz keluar menemani bosnya bermesyuarat di Putrajaya pagi itu. Dia tidak dapat memaklumkan pada Amirah kerana terlupa meninggalkan pesanan di inbox Amirah. Petang baru mesyuarat itu selesai. Hafiz terus pulang ke rumah. Dia menghidupkan laptopnya. Kebetulan Amirah online ketika itu. Belum sempat dia menaip apa-apa :

Amirah : Awak...
Hafiz : yea...
Amirah : marah ke smlm sy xlyn awk? soryla....bz sesangat...ada keje nak siapkan, bos meeting arini...
Hafiz : xpe, dah agak dah...sy pun pg ni takde kat ofis..
Amirah : patutla xon9...awk g ane?
Hafiz : anta bos g meeting...
Amirah : aik? katne?
Hafiz : Putrajaya.
Amirah : eh, sama dgn tmpt meeting boss sy
Hafiz : Awk kje katne?
Amirah : Mahkamah Ampang, awk?
Hafiz : Mahkamah industri, kat dataran ni
Amirah : ooo....1 line la kite ni...
Hafiz : a,ah....

Amirah menunggu juga kalau-kalau Hafiz akan meminta nombor telefonnya, tetapi tidak ada tanda-tanda begitu pun. "Ish, payahla mamat ni, takleh jadi ni..."

Amirah : awk...
Hafiz : yea...
Amirah : nak no tepon, payahla nak sembang sebab sy jarang on9......

"aku baru ingat nak mintak, dia dah mintak dulu...hehehe....advance betulla minah ni...." bisik Hafiz.

Hafiz : nah. 010-4xxxxxx...
Amirah : tenkiu....
Hafiz : mana awk punya no?
Amirah : la...nak kene bg ke?
Hafiz : yela, barula adil...

BERSAMBUNG.......

Wednesday, 11 January 2012

AWAK SUKA SAYA TAK? (BHG 2)



Hari demi hari Amirah dan Hafiz makin rancak berbual di MukaBuku. Hafiz pula makin seronok melayan Amirah.

Hafiz : Salam, awk...watpe?
Amirah : ada keje nk siapkan ni, so balik lambat sket...awk watpe?
Hafiz : xde apa....saja on9....sht ke?
Amirah : sht...
Hafiz : Sok cuti tak g mne2 ke?
Amirah : xkot....xde gengla, xbest jln2 sorg....awk? xg mne2 sok?
Hafiz : xgak....sy pun biasa cuti duk umah aje....
Amirah : ooo.....yeke....okla, sy nak siapkan kje ni, nnt chat lg yea...
Hafiz : ok....awk mmg jrg on9 ke?
Amirah : umah sy xde internet...so sy on9 kat ofis je....
Hafiz....ooo....patutla....
Amirah : nape?
Hafiz : xde ape....
Amirah : okla....bye2....
Hafiz : bye....

Amirah sedikit kecewa....dia ingin kenali Hafiz lagi....kalau boleh dia ingin mereka bertukar-tukar nombor telefon, agar lebih senang berhubung. "Ish, takkanlah aku pulak yang nsk mintak....nanti dia mesti ingat aku ni desperate sangat kat dia..."

Minggu ini talian internet di pejabat Amirah mengalami masalah. Seminggu Amirah dan Hafiz tidak 'bertemu'. Dia sedikit gelisah, tapi dia tidak mahu melayan perasaannya. Hafiz pula ternanti-nanti kelibat Amirah di MukaBuku itu. Sudah seminggu tidak berbual dengan gadis itu. Dia terasa sesuatu. Terasa ingin mencari. Tetapi tidak tahu bagaimana. Dia terpaksa menunggu. Sesekali dia membelek profile Amirah, bimbang kalau-kalau gadis itu membuang namanya dari senarai rakan-rakannya. Dia tertarik melihat profile gadis itu, tidak seperti pengguna MukaBuku wanita yang lain. Album gambar tidak dipenuhi gambar-gambar pose ala-ala comel seperti yang lain. Gambar profile nya juga diletakkan gambar bersama kawan-kawan, bukan gambar pose muncung-muncung yang buat dia rasa menyampah dengan kebanyakan gadis sekarang. Senarai rakannya juga tidak ramai dan semuanya rakan-rakan sekolah dan tempat kerja. Ertinya Amirah bukan sesukanya menambah rakan-rakan yang tidak dikenali. "tapi macamana pulak dia boleh approve aku ek?" xde mutual friends pun..."

Amirah memang tidak suka mempromosi diri di laman sosial itu seperti kebanyakan orang. Baginya, MukaBuku adalah tempat beliau mencari semula teman-teman lama dan mengeratkan silaturrahim setelah bertahun-tahun tidak bertemu. Dia juga tidak ada puluhan gambar sendiri berbagai pose dalam album gambarnya, cukup satu gambar dirinya diletakkan sebagai profile picture supaya mudah rakan-rakannya mengecam beliau, yang lain kebanyakannya gambar keluarga dan kawan-kawan.

Hari sabtu. Hafiz tidak kemana-mana. Dia membuka MukaBukunya dan membelek-membelek komen kawan-kawan. Tiba-tiba...

Amirah : Salam, awk...

Hafiz melonjak kegirangan. "yes! akhirnya......"


Hafiz : Wslm...awk...mne awk pegi?
Amirah : Kat ofis sy internet prob la...xdpt on9...
Hafiz : ooo....lama sy tgu awk...
Amirah : eh, cari sy ke?
Hafiz : yela...ni awk katne ni?
Amirah : kat cc...dah lama tak on9...tkut ada org cri...hehe...
Hafiz : yela, mmg ada org cri pun...
Amirah : yea? sapa cri?
Hafiz : Sy laa....
Amirah : o, yeke awk cri....terharu sy....
Hafiz : sshla kita nk chat klu awk xon9...
Amirah : tula...mmg ssh...
Hafiz : pas g cc ni awk g ane?
Amirah : blekla...xtau nk g mne...
Hafiz : oooo....ok....
Amirah : k, la awk, sy nk out dah ni, nk abis time dh...
Hafiz : la, kejapnye...
Amirah : sy dah dekat sejam kat cni, awk je yg lmbt on9....
Hafiz : oo...okla, xpela camtu...hati2 yea blek tu...
Amirah : ok....

Perbualan mereka terhenti setakat itu. Tiba-tiba Hafiz menepuk dahi, teringat sesuatu. " aduh....apsal la aku tak mintak nombor telefon dia, kan susah kalau internet ofis dia problem lagi..."

Bersambung........

Thursday, 5 January 2012

AWAK SUKA SAYA TAK? (BHG 1)





Amirah dan Hafiz bekenalan melalui MukaBuku. Dah lama Hafiz ada dalm Friend list Amirah, tetapi mereka tak pernah berkomunikasi walaupun online pada waktu yang sama.

Tiba-tiba satu hari entah kenapa hati Amirah tergerak untuk menegur Hafiz bila dia nampak Hafiz sedang online. Perbualan dimulakan....

Amirah : Salam....
Hafiz : wslm...
Amirah : katne?
Hafiz : Kat ofis..awk?
Amirah : samala...nape tak balik lg?
Hafiz : saja...takde apa nak wat kat umah...awk nape tak balik lg?
Amirah : ada keje sket, tapi nak balik dah ni....
Hafiz : ok...

Amirah offline. Dia balik rumah dan hari-hari berikutnya diteruskan seperti biasa. Satu hari dia online, dia tergerak untuk melihat-lihat profile Hafiz. Dia membaca info, melihat gambar, tapi baginya biasa-biasa sahaja. Tiba-tiba chatbox berbunyi. Mesej dari Hafiz....

Hafiz : Salam, awak...
Amirah : wslm....
Hafiz : sihat?
Amirah : sihat, awk?
Hafiz : sihat...watpe 2?
Amirah : xde apa....saja on9....
Hafiz : Sok cuti xg mana2 ke?
Amirah : xkot...saya jarang kua...awk?
Hafiz : sy pun....
Amirah : Okla, wak...sy nak balik dah ni...nnt chat lg yea...
Hafiz : ok, hati2....
Amirah : ok...

Entah mengapa, hati Amirah tiba-tiba rasa senang. Seperti ingin lagi berbual dengan Hafiz. Tapi rasa itu dipendam dulu. Dia ingin mengenali lelaki itu lebih lagi.

Sejak itu, setiap kali online, dia akan memerhati kalau-kalau Hafiz online. Kalau tak Amirah, pasti Hafiz akan memulakan perbualan. Tetapi perbualan mereka biasanya singkat sahaja. Amirah belum dapat mencungkil latar belakang lelaki itu.

Bersambung............

Tuesday, 3 January 2012

AKU PANAS NI BEB!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sesungguhnya hari ni entryku agak bersifat peribadi dan luahan perasaanku yang tak puas hati...



Sebenarnya sempena tahun baru ni aku dah berazam untuk menjadi pekerja yang lebih berdisiplin, tak nak datang lambat, nak siapkan kerja on time, tak nak ada yang tertangguh, sebab prestasiku hujung tahun lepas agak kureng memberangsangkan....




Jadi, pada hari ini, hari pertama aku mula bekerja di tahun 2012, pagi-pagi aku gagahkan diri untuk awal ke tempat kerja, walaupun nafsu tidur tu meronta-ronta, gara-gara malam tadi aku tak boleh tidur. (tak tau kenapa, pukul 5 pagi baru terlelap). 


Dengan semangatnya aku sampai awal ke tempat kerja tercinta.....

Lepas breakfast, bukak komputer, blogwalking dulu....(dah habit, tak boleh tinggal...hehehe...) dalam 15 minit, aku mulakan kerja. Jumaat tahun lepas(macam jauh sangat je, padahal minggu lepas je.) kawan aku pesan, tolong siapkan statistik bulanan department kami, ada sikit je lagi katanya. Padahal waktu tu aku tengah tolong partner yang sorang lagi ni punya kerja, nak update list kes-kes terkini....banyak jugakla...(dia mintak tolong siapkan jugak pasal dia dah start cuti) Aku pun ok ajela time tu sebab aku ingatkan memang sikit.

Bila aku bukak statistik tu........

AKU MENYIRAP!!!!!!!!!!! PANASSSS JE RASA HATI!!!!!!!!!!!!!



Bukannya sikit, mula-mula aku tengok ada dalam 60% tak siap, bila aku nak sambung, kiraan dia salah! semua pulak tu! So aku kena buat semula dari awal, padahal orang lain dah submit ke HQ....bos aku pulak asyik tanya, dah siap ke belum....dah lah hari ni dua-dua pun cuti, so aku la yang kena bertungkus lumus siapkan....ni baru je siap, petang ni nak email ke HQ sebab sekarang lunch hour. Petang ni aku kena sambung pulak list kes yang terbengkalai tu....padahal aku sendiri pun ada kerja yang nak kejar deadline ni....

Padahal aku dah pesan kat minah ni, buat statistik tu awal-awal, sebab banyak yang nak kena kira, tapi dia degil. Padahnya, akula yang kena...diorang sedap-sedap aje cuti.....sesungguhnya aku amat geram dikala ini.....



Adoyai...apala nasib aku diperkotak-katikkan begini......huhuhu....sampai hati korang buat aku macam ni.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...