Saturday 28 July 2012

Pose time kecik ngan time dah besar

Bulan pose ni memang buat aku terimbau kenangan lama. Masa berpose time kecik-kecik dulu.

Bangun sahur tu memang payah. Sebab kena bangun awal pagi, kalau nak g sekolah, pukul 6.30 baru bangun, tapi time sahur, pukul 4.30 pagi! gile awal. Awal pagi kan sejuk, rumah makcik aku pulak rumah papan yang letaknya di pinggir hutan, memang menggeletar nak bangun. Dah bangun tu, dalam 10 minit masa habis duk menung atas katil, menghilangkan mamai, menggenyeh-genyeh bijik mata yang tak cerah-cerah. Turun dari katil, jejak ke lantai menuju ke dapur perlahan-lahan sebab sejuk sangat bila setiap kali tapak kaki mencecah lantai papan yang beralaskan tikar getah. Selipar tidur yang cute-cute yang bersepah jual kat kedai tu aku takde. Kalau nak gantikan dengan selipar jepun yang pakai time pegi main kejar-kejar petang-petang tu kang tak boleh juga walaupun selipar tu cute juga. Kang tak pasal-pasal makcik aku sumpah aku jadi selipar.



Sampai-sampai je kat dapur, makanan semua dah siap terhidang, tinggal nak ngap je. Makcikku memang rajin, sahur pun tetap masak, walaupun lauk simple. Tu yang best, lauk fresh...hahaha...tatkala kedinginan pagi tu, dihidangkan dengan nasi panas, lauk fresh, terus hilang ngantuk aku, selera terus datang. Dalam pada seronok makan, makcikku mesti ingatkan aku :"jangan lupa niat puasa..." sebab dia tau anak sedara dia ni pelupa sket.

tetiap hari makcik aku ingatkan, kalau tak memang aku lupa


Time puasa, biasanya dalam pukul 10 pagi tu, aku memang segar lagi, boleh lagi takat nak tolong-tolong basuh pinggan ke, jemur kain ke, tolong potong rumput kat laman, memang takde hal la, konon larat la puasa. Masuk pukul 4 tu macam dah slow sket, muka pun dah menunjukkan unsur-unsur kepenatan, dah macam tenaga tu tinggal 40% je. Nasib baikla time tu aku kecik lagi, belum dapat lesen nak kena masak, kalau tak, silap-silap, bawang tu pun boleh menggoda selera aku, lapar punya pasal.

Dalam pukul 6, memang aku tersadai jela kat kerusi depan tibi, sambil layan Jejak Rasul. Memula boleh la fokus kat cite tu, tapi makin lama, fokus makin lari, maka mulalah setiap 10 minit, aku tanya bila nak buka, sampai makcik aku pun malas nak layan.

Rancangan peneman saat menunggu time berbuka

Bila nak dekat-dekat buka, time ni paling eksaited, terus segar, makcik aku mintak tolong hidang makanan pun terus laju je, tengok makanan yang ada, memang tak sabar-sabar dah la, mata time tu tak pandang lain dah, kat jag air tu je. Mak cik aku kata kalah singa lapar. Bila azan je, apa lagi.....serang!!!!!!!!! hahaha....air dah masuk dalam 2 gelas, serang makanan, tapi sebab dah banyak minum air, so takdela banyak sangat aku makan, ceh, penat je tunggu sampai buka pose, makan sikit je, tak larat.

*************************************

Skang ni bila dah besar-besar ni, lain la pulak. Sebab duk bujang, so semuanya serba serbi sempoi. Sahur kekadang makan megi je, tak pun roti. buka pose, beli la lauk sejenis dua kat bazar tu, kalau ada lebih, panaskan time sahur. Dah tak thrill cam masa kat kampung dulu dah.

Time-time ni memang teringat saja kat kampung. Bila call makcik, tanya dia buka makan ape, gulai pucuk ubi pun kedengaran sedap, janji berbuka dengan keluarga. Apakan daya, diri ini perantau.....


Sunday 22 July 2012

Ramadhan datang lagi.....

Bulan Ramadhan datang lagi. Rukun Islam ketiga. Tapi dalam pada kita sibuk mengejar pahala pada bulan mulia ni, ada beberapa perkara yang aku perasan dah menjadi trend bulan puasa. Yang aku perasanla, tak taula korang camne, kan....

BUDAK-BUDAK:

-Dah start-start kira sehari puasa bape boleh dapat upah ngan mak bapak, sebab hari raya nanti nak claim sedebuk. Kayo! kayo!

-Dah bincang-bincang ngan kengkawan port nak main mercun ngan bunga api masa bapak-bapak tengah solat terawih.

-Dari tengahari akan terbaring lemah depan tibi, dan sejam sekali akan tanya, "Mak, bape lama lagi nak buka?"


KAUM PEREMPUAN:

-Dah start tempah kuih raya, jual kuih raya, jual tudung, baju raya...

-Start planning nak tukar kusyen baru, langsir baru, meja makan baru, tv baru, cat rumah baru, suami baru...ops, hehehe....

-Tiap-tipa hari akan peningkan perkara yang sama, sembang topik yang sama : 'apa juadah buka puasa hari ini'.

-Yang tak pernah bertudung, tetiba bertudung, memanglah bagus, tapi tudung untuk bulan Ramadhan je, raya sok terus bukak, siap kaler rambut lagi.

KAUM LELAKI:

-Bincang-bincang cari port strategik nak lunch dan hisap rokok.

-pepagi kat ofis carik port kat surau, bukan buat solat dhuha, tapi tambah rakaat tido...hehehe....

-Kalau time EURO, kemain semangat berjaga sampai kul 5 pagi depan tibi, siap set jam kul 2.30 pagi nak bangun tengok bola, tapi nak bangun sahur, kemain liat lagi....adoyai....

Dan tibi akan start tayang drama tentang keinsafan, anak derhaka, kisah mayat yang diazab sebab masa hidup banyak buat dosa, orang lupakan agama....

di fesbuk dan twitter ramailah yang berkongsi kata2 hikmah, hadis segala bagai....bagus tu memanglah bagus,  tapi yang tukang share tu belum tentu amalkan ape yang diorang share tu....

Yang mana profile picture fesbuk ngan twitter yang seksi, bajet kiut, tayang body sasa segala bagai, akan bertukar kepada yang bertudung, bercirikan muslim/muslimah yang boleh dibuat menantu. Memang bagus, tapi yang tak bestnya, itu dp untuk Ramadhan je, raya nanti terus tukar....




Sunday 15 July 2012

Minah Brutal

Bila duduk sorang-sorang kat rumah sementara nak menghabiskan mc yang En. doktor bagi ni, teringat pulak aku, masa kecik-kecik dulu. Aku ni memang terkenal dengan kenakalan dan kedegilan, walaupun aku ni perempuan yang sepatutnya bersopan santun dan penuh dengan adab dan tatasusila sebagai gadis melayu. Tapi bak kata nenek aku la, aku ni, tak padan ngan perempuan, perangai mengalahkan jantan. Memang lasak. Maka tubuh badanku ini sudah sebati dengan kecederaan, luka-luka, lebam, patah sana sini. Dari umur setahun, nak mencapai ke umur 25 tahun ni, memang berparut sana sinila badan aku ni. Bak kata makcik aku, kalau la kaki tangan aku ni boleh tanggal-tanggal, memang dah lama dah hilang tercabut ntah ke mana. Huh, advance sungguh pemikiranmu wahai makcikku.

Aku pun tak tau nape aku ni brutal sangat masa kecik-kecik dulu. Mungkinkah kerana masa menandungkan aku, makku mengidam nak makan buah keras???


Mungkin jugak.....

Atau mungkin naluri ke'along'an yang berada dalam tubuh badan aku ni, memerlukan aku menjadi keras dan brutal, supaya orang tak buli aku atau adik-adik aku. Yela, anak sulung, kan, overprotective dan bersemangat waja sket.

                                             **************************************

Kenakalan, kebrutalan, kedegilan aku mulai terserlah sejak aku berumur 6 tahun. Tempat kejadian di kampung saudaraku di Johor. Sejak hari pertama aku sampai di rumah itu, mataku tak lepas memandang sebuah beskal tua. Aku dok perati je beskall tua tu, orang lain naik nampak cam senang je. Satu petang ketika semua orang sedang berkumpul dan bergosip berbakul-bakul di dapur, aku pun apa lagi, capai beskal tua yang dekat sama tinggi je ngan aku time tu.. Dipendekkan cerita, entah macamana, aku terjatuh, nah, padahnye, patah tangan kanan aku. Kan dah tak pasal-pasal dekat berminggu-minggu makan, menulis pakai tangan kiri.


memang lebih kurang ginila rupa beskal tua tu, 
sampai hati dia hempap aku yang kecik lagi tak berdaya waktu tu...huhuhu....

Masa aku umur 8 tahun, pergi mandi sungai, abah aku dah pesan, jangan main jauh-jauh dari dia, takut jatuh ke tempat dalam, aku ni tak pandai berenang. Tapi sekali lagi, nafsu degil tu sampai, aku pujuk sepupu aku, ajak dia main jauh sikit dari adik beradik kami dan abah aku."Rimas dan tak syok mandi ramai-ramai kat satu tempat", ayat aku meracun dia. Tapi yelah, kalau tak dengar cakap mak bapak, memang terima padah. Memang aku kenalah akibatnye. Tengah syok-syok lompat sana sini, tetibe aku terjatuh ke tempat yang dalam. Kaki aku tak jejak dasar pun. Tangan aku terkapai-kapai dalam keadaan panik. Masa tu memang aku pikir mati je, gentle cakap. Tiba-tiba aku terasa tangan aku ditarik. My abah come to the rescue!!! Sebab sepupu aku jerit panggil dia time aku jatuh tu. Memang nasib baik betul time tu. Ha, yang ni aku tanggung akibat dia sampai sekarang. Aku memang cuak sket nak masuk kat sungai yang dalam/kolam/laut. Kalau pakai pelampung beranila. Dan sampai sekarang aku tak pandai berenang dan takde keyakinan nak belajar berenang. Padan muke aku!


Adoi...malu, malu....


Masa aku umur 11 tahun pulak, satu hari aku balik, nenek aku belikan beskal baru untuk adik aku sebab dia dapat result best masa exam tengah tahun. Aku pun timbul perasaan hasad dengki sebab tak dapat beskal. (Sebab result exam tak berapa best, tak dapatla hadiah) Adik aku ni memang pandai sket, tu yang slalu dapat hadiah tu. Masa tu adik aku pun takde kat rumah, so sambil ketawa jahat, aku bawak lari beskal dia, main kat atas bukit. Masa nak turun bukit tu, makcik aku yang ada di tempat kejadian sudah berpesan pada anak sedaranya yang degil ni, bahawasanya bukit tu curam, nak turun tu kena hati-hati. Tapi, memang dasar kepala batu, kan, mula-mula memangla syok sebab laju, tapi makin lama makin laju, aku dah cuak. Jalan raya makin hampir, kalau aku teruskan jugak memang jatuh kat tengah jalan jawabnya, silap-silap kena lenyek ngan keta. Maka aku mengambil keputusan nekad, aku angkat kaki dari pedal, (aku pun tak tau apsal aku buat camtu, spontan je.) dan aku lepaskan handle. Maka aku pun mendarat ala-ala supergirl.


Akibatnye? sekali lagi dekat sebulan aku makan pakai tangan kiri. Dan ada parut kat dahi aku yang tak hilang sampai sekarang. Macam parut Harry Potter tu. Tu cop mohor kata abah aku. Adik aku? sudahlah tak bersimpati dengan kecederaan aku, siap mintak gantirugi lagi sebab bakul beskal dia jahanam dalam kemalangan tersebut. Sampai hati kau, angah, beskal lagi penting dari aku...huhuhu....


Ok, aku tipu. Takdelah sampai gitu skali parutnye, bukannya aku kena sumpah dek kuasa sihir ke apa, 
cuma ada satu parut macam garisan je kat dahi aku ni.

Masa 16 tahun, time ni dah up sket, tak bape layan dah beskal-beskal ni, ke memang aku takde chemistry ngan basikal? asal naik je jatuh, asal naik je jatuh. Aku upgrade, bawak motor. bila balik kampung, aku lenjan motor abang sedara aku. Satu hari, tengah syok-syok merempit, (buruk perangai, jangan tiru.) lalu kat selekoh, nak mengelak satu keta kancil ni, aku lost control, tersungkur aku kat tengah jalan. Akibatnya tak teruk sangat. Tersagat lutut aku sket, cuma yang parahnya bila balik rumah, kantoi ngan makcik aku, hah, merasalah aku peluru mesingan dari mulut makcik aku. Bernanah telinga aku. Insaflah barang seminit dua.

Ni dah lama tak mengalami kecederaan serius, maka kali ni, sejarah berulang lagi. Mujur makcik aku tak tau, kalau tak, bernanah lagila telinga aku gamaknya nak kena tadah tujahan peluru leteran dia. Dan mujur dia takde fesbuk dan twitter, kalau tak, memang kantoi aku.

 "Suku sakat balik bukit, budak nakal selalu sakit" Mesti ada yang pernah dengar ayat ni diungkapkan oleh orang tua korang, kan....






Monday 9 July 2012

Pengalaman hari Sabtu

Ya, di suatu petang sabtu yang damai, angin sepoi-sepoi bahasa, burung berkicauan berlagu dengan riang gembira, macam mak burung baru lepas melahirkan seekor anak burung yang sangat comel, aku pergi bermandi manda bersukaria kat sungai memandangkan hari tu aku cuti.

Dah puas bergumbira bersuka ria, aku dengan kawan aku siap-siap nak balik, waktu tu dalam pukul 6.30, burung-burung pun dah lari balik rumah masing-masing, kawasan tu pun dah tak redup, dah makin gelap, tiba-tiba gatal pulak mulut aku bersuara..."nak bawak moto..." maka sang sahabat dengan ragu-ragu campur was-was bertanya kembali, "boleh bawak moto ke?" Dan aku pun mendengar soalan berbunyi seolah-olah memperkecilkan kebolehan aku sebagai seorang perempuan, maka dengan agak berlagaknya aku menyahut, "orang pandai bawak moto la..."

Demi tidak mengecewakan seorang sahabat, dia pun bagilah aku bawak. Maka aku pun dengan seronoknya, excitednya, ape lagi, jalan la...kalau aku boleh lompat-lompat atas motor tu, aku dah lompat dah, tanda seronok sangat dapat bawak moto.(dah macam jakun pun ada) Tapi untuk meng'cover' kewanitaan aku ni, aku buat-buatlah biasa je, sorok-sorok sikit kegalakan aku tu.

Sampai je di satu selekoh, tiba-tiba moto tu macam nak mengenakan aku pulak, di terus je menghala ke kiri, aku dah tak dapat nak pusing handle tu untuk membawa moto tu kembali ke jalan yang benar, iaitu ke sebelah kanan. Dengan keadaan yang agak laju ketika aku, aku dah nampak bahawasanya kami akan jatuh, tapi aku tak mampu nak buat apa-apa, maka aku pun pasrah jela kejatuhan kami kat tepi jalan tu.

Bila jatuh je, aku rasa suasanan sunyi seketika, mungkin unggas-unggas yang ada di situ menggeleng-geleng kepala melihat apa yang berlaku. Aku dapat rasa moto tu atas kaki kanan aku, aku cuba tarik, namun apalah daya, kudrat aku tak mampu melawan berat moto tu. Maka kawan aku yang tak cedera tu angkatlah moto tu, dan aku pun nampakla keadaan jari kaki aku yang dah tak normal, dah bengkok.(patah la tu) darah mula mengalir, barulah aku terasa kesakitan yang melanda. Mujur aku sorang je yang cedera, kalau dua-dua cedera, kan susah.

Maka satu demi satu kenderaan berhenti cuba membantu kami. Rakyat Malaysia memang prihatin dengan eksiden-eksiden ni. Cuma takdelah sampai sekampung turun nak tolong. Setelah berbincang lebih kurang, (aku tengah sakit-sakit ni sempat lagi nak bincang-bincang petang kan, adoiyai...)

Setelah kata sepakat dan rundingan meja bulat dicapai, semua hadirin-hadirat yang hadir di situ bersetuju untuk memberi dua orang brader yang baik hati menghantar aku ke HKL. Diorang bawak pun boleh tahan macam tengah buat ujian saringan nak masuk rally je. Tapi takpe, aku tahankan jugak sakit ni, yang penting aku nak cepat sampai, bisa sungguh rasanya kakiku dikala itu. Pilu siot!

Sampai je di HKL bahagian kecemasan, ingatkan staff situ bawakkan wheelchair aje, rupenye dibawakkan terus stretcher utk aku. Terkejut gak aku. Tapi dah ada, aku pun pasrah jela, baring atas stretcher tu, dan ditolak kedalam.

Maka sorang demi sorang kakak nurse mengerumun aku. Godek segala ape yang patut kata badan aku ni, takut-takut ada injured kat bahagian lain ke, kot-kot terhilang ingatan ke. Tapi aku ok, cume adala calar-balar, luka-luka, bengkak-bengkak sket kat kaki kanan tu.

Lepas tu datang pulak doktor bawak jarum. Part ni yang paling aku menyampah. Sebab aku dah agak dah, kalau nak ambik darah, memang sekali cucuk takkan dapat punye, dari dulu lagi camtu. Aku dah agak dah, mau kena cucuk dua tiga tempat baru darah aku nak masuk kat jarum tu, kalau tak dia segan sikit nak kuar. Paling best bile dah cucuk tu, dia bole pulak main pusing-pusing jarum tu bawah kulit aku, mencari urat...memang best sangat...rasanya kalau aku ni baru umur 10 tahun, memang aku nak teriak aje, tapi memikirkan aku dah nak masuk 25 tahu, kang kalau teriak lebih-lebih kang orang cop aku ngada-ngada pulak. Tahankan ajela. Cucukan kali keempat barulah berjaya memaksa urat-uratku mengalirkan darah ke dalan sedutan picagari doktor tu. Lega aku.

Lepas tu proses x-ray, Boleh tahan gak brutal brader-brader ni, memang tang jari yang patah tu diorang tak sentuh, tapi yang bengkak-bengkak tu, mungkin diorang tak perasan, sekali dia pegang, memang menusuk rasanya. Tapi disebabkan aku tak mahu jadi pesakit yang banyak kerenah, aku diamkan ajela. Berkerut-kerut jugak muka aku menahan sakit.

Pas x-ray, memang kompem, jari kaki aku patah, tempat lain takde pape. Selamat aku, takdela kena tahan wad. Kalau tak, naya je kena tido spital malam tu. Pastu datangla sorang lagi akak nurse ni cuci luka aku dengan penuh berhemah, takut aku sakit. Baik sungguh akak ni. Tapi nurse yang sorang lagi ni tak berapa baik, boleh pulak dia suruh akak tu laju2 sket cuci luka aku. Kang kalau laju-laju sangat tak cermat, lagi teruk kecederaan aku macamane? tak memahami jiwa pesakit betulla akak ni.

Settle cuci, next adalah proses menyimen bagi membetulkan balik tulang jari kaki aku ni. Tapi aku tengok brader tu tak simen pun, dia cuma balut, ikat jari kaki yang patah ni pada ibu jari kaki, supaya tak bergerak. Tak kisahlah, janji kaki aku tak teruk. Last sekali, ambik ubat, then balik rumah.

Boleh tahan jugak pengalaman hari sabtu aku. Sangat superb! Lepas ni memang aku tobat taknak bawak moto dah, Aku rela naik pengangkutan awam aje sampaila aku mampu beli keta.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...